JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Monday, November 30, 2009

RIZ MASIH PEGANG TIPS PENTING DARIPADA ANITA SARAWAK




Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ @mStar Online

Riz cuba lupa masalah apabila di atas pentas. -foto The Star oleh RAHMAN SENIN


SETIAP kali menaiki pentas, penyanyi Riz sentiasa mengingatkan dirinya untuk mengikut tips penting yang diberikan oleh penyanyi veteran Anita Sarawak.

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 ini berkata tips itu dikongsi oleh Anita ketika dia berada dalam program realiti itu.

“Ketika hendak melakukan persembahan di atas pentas, kita kena lupa apa-apa masalah yang berlaku dalam diri. Kita tidak boleh naik atas pentas dengan masalah.

“Jadi, sebelum memanjat tangga untuk naik ke pentas, saya terus fikir untuk lupakan masalah. Kalau tidak kita akan rasa stres, jadi diri kita yang akan susah nanti.

“Dari situ kita akan susah senyum dan selepas itu penonton akan ‘cop’ kita sombong sedangkan mereka tidak tahu yang kita sebenarnya mempunyai masalah lain.

“Begitu juga kalau saya keluar dari rumah, saya akan cuba sembunyikan perasaan stres itu. Tapi kadangkala ada juga tidak boleh ‘cover’,”
katanya yang ligat memenuhi undangan persembahan sekarang.

Menurut pemilik nama Mohd Idris Mohd Zaizizi ini, selepas memenangi tempat kedua dalam AF6, dia diundang untuk menjayakan banyak persembahan termasuk makan malam melibatkan orang kenamaan dan kerabat diraja.

Antara kerabat diraja itu adalah
Yang di-Pertuan Agong, Kerabat Diraja Perak dan Kerabat Diraja Pahang.


“Saya sudah beberapa kali diundang menjayakan persembahan di hadapan kerabat diraja. Misalnya, baru-baru ini di hadapan Kerabat Diraja Pahang buat pertama kalinya.

“Sebelum itu, sudah tiga kali saya mengadakan persembahan di hadapan Kerabat Diraja Perak dan Agong.

“Sebelum berhadapan dengan mereka, memang saya rasa takut tetapi selepas itu saya cuba kawal perasaan gugup itu perlahan-lahan agar suara saya tidak bergetar.

“Alhamdulillah, saya rasa lebih bersemangat apabila mereka bertepuk tangan dan akhirnya persembahan itu berjaya.

“Misalnya saya berasa sangat gembira dan lega apabila tengok Sultan Pahang menepuk tangan dengan bersungguh-sungguh selepas saya menyanyikan lagu ‘Kasih Berubah’ dan ‘Bermula Semula’ di majlis makan malam sempena Festival Fesyen Islam 2009 baru-baru ini,”
kata penyanyi yang turut popular dengan lagu ‘Hanya Sandiwara’ ini.

Selain itu, pemuda berasal dari Grik, Perak ini turut berasa bertuah apabila selalu mendapat undangan melakukan persembahan di majlis orang-orang berada.

Malah dia tidak menafikan ada kalangan VIP berstatus Datuk dan Datin yang meminatinya.


“Saya bersyukur sebab ada kalangan orang kaya yang mahu membeli album dan menjemput saya untuk membuat ‘show’ seperti di majlis hari jadi anak-anak mereka.

“Dari situ, Datuk dan Datin ini akan kenalkan saya dengan kawan-kawan mereka sekaligus melebarkan rezeki saya.


“Sekurang-kurangnya, hasil titik peluh saya ini boleh menampung perbelanjaan harian saya tetapi sampai bila saya nak bergantung dengan kerja ini...,” jelasnya yang sehingga kini juga mampu membayar ansuran kereta mahal setiap bulan dengan hasil pendapatan yang diperolehinya.

Bukan itu sahaja, Riz juga bersyukur dengan rezeki yang ada kerana dia turut dapat mengagihkan wang itu untuk membayar duit sewa rumah dan membeli pakaian berjenama.

“Alhamdulillah, saya harap rezeki berkekalan,” luahnya yang menantikan kemunculan albumnya, ‘Bermula Semula’ di pasaran mulai 3 Disember ini terbitan syarikatnya Riz Entertainment.

Menurutnya, album itu sepatutnya keluar pada Disember tahun lalu namun proses penerbitannya terpaksa ditunda disebabkan masalah kewangan.

Riz juga mempunyai dua buah restoran, ‘Restoran Riz’ yang diuruskan oleh keluarganya di Grik.
Walaupun sudah mampu mengumpul aset dan mengabulkan impiannya bergelar seorang penyanyi, Riz berkata dia masih belum berpuas hati dengan kedudukan sekarang lantas terus memasang angan-angannya untuk bergelar penyanyi yang lebih dikenali pada masa akan datang.

“Walaupun saya sudah dikenali, tetapi saya nak lebih dari itu. Mungkin setaraf dengan penyanyi Anuar Zain kerana bagi saya dia memegang gelaran penyanyi lelaki nombor satu di Malaysia,” ujarnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.


Sunday, November 29, 2009

GET WELL SOON RIZ!




Photos



Berita terkini dari Miss Presiden Riz FC, Cik Muzlia Muzzy, Riz telah dimasukkan ke hospital kerana apendiks dan selamat menjalani pembedahan kira-kira jam 1 pagi tadi. Sekarang Riz sedang berehat di hospital.

Inilah antara beberapa gambar yg diambil oleh Miss Presiden untuk tatapan peminat. Menurut beliau, keadaan Riz dah okey sikit dan sudah boleh menjamah makanan. Riz turut mengucapkan terima kasih pada semua peminat yg mendoakan kesihatannya.

Harap Riz banyakkan bersabar dengan ujian yg Allah turunkan ini dan moga Riz akan jadi lebih kuat untuk meneruskan kehidupan. Pasti ada hikmah di sebalik apa yg berlaku ini.

Kepada semua peminat Riz, sama-samalah kita mendoakan kesihatan Riz agar dia dapat meneruskan kariernya, InsyaAllah ... Amin...

JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes


Saturday, November 28, 2009

Friday, November 27, 2009

SIAPA DIA BERDASARKAN TANDATANGAN



TANYA MADAM
ZORRA@AKSI AF

Madam Zorra merupakan pengamal astrologi terkenal dalam bidang ramalan, terapi batu permata, analisis wajah dan tulisan. Terlibat dalam penulisan untuk surat khabar tempatan dan antarabangsa serta beberapa kemunculan di radio dan TV. Madam Zora boleh dihubungi di:

E-mail: mdmzorra@zorrapredictions.com

Laman Web: www.zorrapredictions.com

Tandatangan individu sebenarnya memaparkan wajah sebenar mereka. Tandatangan membuka rahsia diri mereka. Paling utama, pesona rahsia inilah yg sering disembunyikan mereka. Cuba kita selusuri karektor Riz dan Stacy berdasarkan tandatangan mereka mengikut ramalan Madam Zorra.


STACY

Dia sukakan perhatian (1) dan sentiasa memiliki cara tersendiri malah tenaga dan dinamik dapat ditafsirkan melalui tandatangannya. Dia juga seorang yang tidak sabar (2) dan bercita-cita tinggi (3). Simbol titik yg banyak dalam tandatangannya melambangkan personalitinya dalam keadaan tegang dan tertekan yg membawa maksud dia gemar melakukan sesuatu perkara tanpa bantuan sesiapa. Namun, sifat yg baik ini akan mengundang padah jika tidak kena pada caranya.


Apabila tandatangan memiliki elemen tenaga dan dinamik yg tersendiri, menunjukkan individu itu juga mempunyai semangat juang yg tinggi.


RIZ

Cara Riz menulis huruf 'R' menunjukkan dia memiliki citarasa tinggi dan mempunyai aspirasi dalam dirinya. Dia ingin dihormati dan dikenali di mana jua dia berada. Dia juga akan membidas apa yg diperlakukan ke atas dirinya sama ada kata-kata penghinaan ataupun hal-hal lain. Dia juga melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai tahap yg diinginkan.

Pemerhatian terhadap dirinya dibongkar dengan tulisan besar huruf 'R' (1) dan juga penekanan pada bawah huruf 'z' yg berbentuk sfera (2). Bentuk ini menunjukkan Riz bukan sahaja ingin dikenali tetapi ingin mendapatkan perhatian terhadap penampilan dirinya. Dia juga seorang yg praktikal dan menyedari aspirasi serta pegangannya bukanlah perkara yg menggembirakan hidupnya. Riz inginkan kepuasan diri dan dapat mencapai kepuasan dari segi kedudukan kewangannya.

Riz juga cuba mencari jalan pintas (3) malah dia perlu menyedari jika melakukannya terlalu kerap dia akan berhadapan dengan dengan pelbagai masalah. Tulisannya yg berbentuk sfera dan nama yang dieja sepenuhnya menunjukkan dia seorang yg baik dan pemaaf. Buat insan istimewa yg berjaya menambat hatinya, pasti bertuah kerana Riz adalah seorang yg memiliki sifat penyayang.


Credit to majalah AKSI AF 2008

Thursday, November 26, 2009

MORE PICS@ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) 2009



Photos & Info credit to
RizAngels


Riz pada persembahan kedua (24hb November 2009)@IFF 2009. Pada malam itu, Riz menyampaikan lagu Hanya Sandiwara dan Harus Ku Yang Pergi.


Jujurnya, saya bangga dengan perubahan imej yg dilakukan oleh Riz demi kariernya. Harap-harap Riz kekalkan usahanya ini seiring dengan kemunculan album sulungnya, Bermula Semula. Riz hendaklah senantiasa menjaga penampilan ketika muncul di majlis-majlis seumpama ini. Sebagai selebriti, tentunya mata sering tertumpu pada anda. Jadi,anda lebih tahu yg mana terbaik untuk anda!
Best of luck Riz!


**ALBUM 'BERMULA SEMULA' AKAN BERADA DI PASARAN PADA 3HB DISEMBER 2009. DAPATKAN YG ORIGINAL!


Tuesday, November 24, 2009

STACY@DRAMA KAU DAN AKU





Credit to wwwvideoklcom


Penampilan khas Stacy dalam drama muzikal Kau Dan Aku @ Astro Ria dengan lagu Gagap.


RIZ@ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) 2009



Pictures credit to
Riz Angels


RIZ menyampaikan dua buah lagu pada malam itu.

Islamic Fashion Festival (IFF) 2009 yang diadakan di Hotel J.W.Mariot, Kuala Lumpur semalam berlangsung dalam suasana penuh elegan dan berwarna-warni.

Buat kali kelapan, IFF muncul lagi dan pada tahun ini mulai 23 hingga 25 November, tarikan rekaannya lebih bergaya dan stailo bertepatan dengan koleksi busana muslimah.

Sudah tiga tahun penganjuran IFF dan festival fesyen Islam ini sudah menjadi landasan kepada pereka untuk lebih dikenali. Malah, ia turut mencatatkan nama Malaysia sebagai hub fesyen Muslimah ~
Info dari mStar Online



Riz menyampaikan dua buah lagu iaitu Kasih Berubah dan single terbaru, Bermula Semula. Pastinya peluang beraksi di majlis berprestij ini akan memberikan lebih sinar pada kerjaya seninya yg baru bermula, Insya - Allah .


Riz Angels, ahli fanclub Riz turut hadir memberikan sokongan.


Bangga melihat perubahan penampilan Riz ... nampak bergaya dan stailo.


Secara peribadi, saya suka dengan penampilan Riz pada malam tersebut yg menepati tema majlis yg dihadirinya. Secara tidak langsung, ini membuktikan Riz sentiasa berusaha untuk memperbaiki gaya penampilannya meskipun seringkali dikritik. Riz pasti tahu apa yg terbaik untuk perjalanan kariernya. Tahniah, Riz!

Riz dan Miss Presiden RizFC.


Album Bermula Semula akan mula dipasarkan pada awal Disember 2009, Insya - Allah. Jangan lupa untuk mendapatkan album Riz di pasaran nanti.
Beli yang original, okey!

All the best untuk Riz! Hopefully, album Bermula Semula akan berjaya, Insya-allah...

Monday, November 23, 2009

RIZ@MANGGA DISEMBER 2009


RIZ BUKA DUA RESTORAN DI PERAK


Oleh Nuek
Email : nuek@utusan.com.my

Foto Jeffri Iran


Bintang Akademi Fantasia (AF6), Riz muncul dengan album terbarunya Bermula Semula. Sebelum ini Riz popular dengan lagu duet Ku Pinjam Satu Bintang bersama Alyah.

Cerita Riz:

“Pada mulanya memang saya bercadang untuk keluarkan single je tetapi setelah difikir kembali apa salahnya kalau saya buat full album. Bagi saya walaupun terpaksa menelan kos puluhan ribu ringgit, namun kepuasan untuk peminat harus diutamakan.

“Untung atau rugi bukanlah ukuran utama kerana menyanyi juga ibarat satu bisnes. Turun atau naik memang perkara biasa. Jadi kita kena bijaklah merancang segala promosi dan usaha bagi menangani hati peminat.


“Sebelum ini memang ada suara-suara yg mengatakan kemewahan saya kecapi hari ini adalah atas sponsor seseorang yg bergelar ‘Mak Datin’. Bagi saya itu adalah mengarut! Apa yg saya dapat dan miliki hari ini adalah hasil berkat titik peluh saya sendiri dan bukannya ditaja.

“Sekarang ini pun saya sudah miliki dua buah restoran seafood di Gerik dan Lawin, Perak yg diuruskan oleh keluarga. Lepas ni tak tahu pula bisnes apa yg nak saya ceburi lagi. Kalau rasa mampu dan menguntungkan, insyaallah.




"Tentang status pula rasanya saya lebih selesa berkeadaan solo macam ni. Sekarang ni masa untuk saya bekerja keras mengumpul harta. Saya bukannya tak nak ada girlfriend macam orang lain tapi takut tak boleh beri komitmen kerana kesibukan tugas.

“Bagi saya kalau cinta tu nak datang, biarlah dia datang dengan sendirinya, yg pasti saya tidak mencari. Lagipun target saya nak kahwin sebelum 30 tahun. So, ada banyak masa lagi tu……”
Begitulah cerita Riz.


Jangan lupa dapatkan Mangga terbaru yang telah berada di pasaran!



STACY@REMAJA 15 NOVEMBER 2009




Oleh
Wan Emi Liza Md Izatzi
Foto Epul dan Tuan Azman


Muda, berbakat, lincah dan punya gaya yg tersendiri. Itulah sekilas pandang yg menggambarkan penyanyi genit yg bernama Stacy ini.

Perjuangannya untuk menjadi seorang penyanyi yg bukan sahaja boleh menyanyi, malah mampu menari dengan baik ternyata semakin terlaksana.

Bergelar selebriti di usia muda, apa halangan terbesar?
Halangan yg paling besar setakat ini ialah impian untuk sambung belajar terpaksa ditunda kerana kesibukan saya dalam aktiviti seni.

Gosip yg paling tidak dapat kamu lupakan?

Ketika membuat persembahan di Festival Filem tahun lepas apabila saya buat kesilapan ketika membuat persembahan. Itu bukan sahaja mengajar saya agar lebih berhati-hati di masa akan datang malah lebih serius setiap kali bekerja.

Perancangan Stacy seterusnya untuk memastikan terus bertahan di dalam bidang seni ini?

Terus mengekalkan apa yg saya lakukan hari ini dan terus berusaha untuk memastikan persembahan serta nyanyian saya terus diterima. Selain itu juga saya menyimpan cita-cita untuk membuka perniagaan sendiri dan bentuk perniagaan yg menjadi pilihan saya ialah kedai makan.

3 lokasi percutian yg menjadi idaman Stacy?

Saya sukakan pulau dan lokasi pilihan saya semestinya Malaysia.
1. Pulau Sipadan
2. Pulau Pangkor
3. Pulau Perhentian

Selebriti lelaki yg menjadi kegilaan

Farid Kamil dan Rosyam Nor

Bahagian tubuh yg menjadi kebanggaanmu?
Gigi

Sekiranya kamu tidak menjadi seorang penyanyi, kamu adalah...
Polis

Perkara yang paling memalukan dalam hidup kamu?
Tersalah buat sesuatu



Jangan ketinggalan mendapatkan Remaja 15 November 2009 untuk mengetahui cerita selanjutnya!




Sunday, November 22, 2009

AKSI RIZ~STACY @ SEMIFINAL MUZIK MUZIK 24




Aksi RIZ~STACY @ Semi Final Muzik Muzik 24 pada 13/11/09 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada Stacy kerana berjaya ke AJL24 yg akan berlangsung pada 10 Januari 2010 nanti!


Photos credit to mStar Online


ADAM&STACY SEKEPALA TAPI TAK SERASI



Oleh Zubir Mohd Yunus@Berita Harian Online


Bintang AF dari Sabah akui sudah kenal keperibadian masing-masing tapi tiada lahir bibit cinta.



KALI pertama menonton klip video lagu Menggegar Dunia, duet bintang Akademi Fantasia (AF) - Adam dan Stacy yang disiarkan kali pertama pada 31 Oktober lalu menerusi Astro Ria, penulis teruja melihat gandingan mantap mereka ketika mendendangkan lagu ciptaan Edry KRU itu.

Mengamati liriknya pula, memang benar menggambarkan Adam dan Stacy, mereka pasangan yang tak kena, namun sebaik bergabung di pentas seni - menari dan menyanyi, kedua-duanya meletup apabila bersatu!

Sebelum ini memang tidak pernah timbul sebarang gosip yang mengaitkan Adam bercinta dengan Stacy. Peminat sedia maklum, Adam ketika ini dikatakan ‘berteman tapi mesra’ dengan Naib Johan Pertandingan Akhir Bintang RTM2009, Jo-Anna Sue Henley-Rampas atau Joan, 20, manakala Stacy yang dikhabarkan baru putus kasih dengan bintang AF6, Nubhan, kini dikatakan sedang menyemai benih cinta dengan Akim dari AF7.

Justeru, gandingan Adam dan Stacy, memang tidak kena apabila mereka dikatakan pasangan kekasih, namun apabila melihat keserasian dan kelincahan mereka ketika menyanyi serta menari lagu rancak, Menggegar Dunia yang juga lagu tema filem terbaru terbitan KRU Studios, My Spy, tidak keterlaluan apabila melabel gandingan itu bakal menggegar industri hiburan, buktinya lagu berkenaan kini menduduki carta selesa di beberapa stesen radio popular!

Klip video Menggegar Dunia yang diarahkan Abdulazeez W.R dilatari filem My Spy apabila filem ke-5 terbitan KRU Studios ini dijangka menjengah pawagam pada 3 Disember depan. Pun begitu, KRU Studios bijak mencuri peluang apabila populariti yang sedang diraih Adam dan Stacy di mata peminat, mereka gabungkan untuk menyuntik kelainan dalam filem terbaru mereka, sekali gus bakal menggamit peminat kedua-dua bintang realiti kelahiran Astro ini memenuhi pawagam.


'Tak mungkin kami jatuh cinta'


Stacy juga mengakui serasi dan selesa bekerja dengan Adam menghasilkan pembikinan Menggegar Dunia. Sekalipun mereka dikatakan pasangan tak sepadan, tak mustahil dia mungkin jatuh cinta dengan Adam yang sama-sama berasal dari Sabah apabila berkongsi budaya dan loghat bahasa yang sama.

“Saya dan Adam tak mungkin jatuh cinta, kami dah kenal lama, dah tahu keperibadian masing-masing, memang susah nak jadi pasangan kekasih! Lagipun saya perlu menghormati perasaan Adam dan Joan yang berkawan baik, tambahan pula saya dan Joan satu sekolah di Sabah dulu, dia juga saya dah kenal lama.

“Justeru, cukup sekadar saya dan Adam bergabung di pentas seni, kami boleh meletup apabila digandingkan, sama-sama suka menyanyi dan menari lincah,”
katanya.

Apa pula cerita putus cinta Stacy dengan Nubhan dan sejauh mana kebenaran percintaan yang terjalin antara dirinya dan Akim sejak akhir-akhir ini?

“Saya hairan macam mana orang kata saya putus cinta dengan Nubhan, bercinta pun tak pernah. Begitu juga dengan Akim, kami tak pernah keluar dating, tiba-tiba saja boleh keluar gosip saya dan Akim bercinta! Bagi saya, apa yang berlaku antara saya, Nubhan dan Akim adalah salah faham semata-mata. Apabila kami sering bekerjasama menjayakan persembahan nyanyian, mulalah orang bergosip, antara kami pasangan kekasih,” jelasnya lagi.

Kebenaran gosip Stacy pernah mengundang Akim bertandang ke rumahnya?

“Mengarut! Tak pernah ke situ perhubungan kami,” katanya yang mengakui teringin juga bercinta seperti remaja lain, namun ketika ini masanya belum sesuai.

Katanya lagi, dirinya belum cukup kuat memberi komitmen dalam percintaan.
“Kalau bercinta, sekejap saja, nak buat apa? Akhirnya jadi macam lagu saya, Pakai Buang, tak mahulah!,” katanya berseloroh.



Wednesday, November 18, 2009

RIZ~STACY@HARIAN METRO 18 NOVEMBER 2009



SAINGAN PADA LAGU BUKAN PENYANYI


Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
Foto Mustaffa Kamal

MANTAP...... Stacy menampilkan persembahan bertenaga menerusi lagu Pakai Buang.


POPULARITI lagu Pakai Buang nyanyian bekas juara Akademi Fantasia 6, Stracie Angie Anam (Stacy) yang sering disampaikan dalam pelbagai persembahan pentas termasuk kerap dimainkan di radio dipilih antara Top 5 lagu pilihan juri pada saingan separuh akhir kedua Muzik-Muzik yang berlangsung baru-baru ini.

Stacy, 19, berjaya memberi persembahan mantap ketika program itu bersiaran langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Biarpun keputusan lagunya itu bukan muktamad untuk melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) tetapi ia cukup memberikan berita gembira pada penyanyi yang berasal dari Penampang, Sabah itu untuk mengharap peluang beraksi di peringkat akhir ada.

Kata Stacy, kejayaan awal lagu itu berdasarkan kekuatan pada lirik dan melodi ciptaan Edry KRU yang turut menyelit loghat Sabah. Akuinya, lagu itu membawa melodi rancak yang menghiburkan ramai pendengar khusus kanak-kanak dan remaja.

"Biarpun ramai yang suka dengan lagu ini, saya sukar untuk jangka sama ada lagu ini berjaya ke AJL24. Pada saya, pemilihan lagu ini untuk layak pada peringkat separuh akhir kedua ini sudah menggembirakan saya.

"Saya bersyukur sangat jika lagu ini berjaya melangkah ke peringkat akhir nanti. Saya patut berterima kasih pada Edry yang mencipta lagu ini yang membuatkan peminat suka.

"Saya fikir lagu ini mempunyai kekuatan dari aspek lirik dan melodinya yang senang didengar. Jika berjaya ke AJL24, saya anggap ia sebagai bonus,"
katanya.



SAINGAN AJL24 KIAN SENGIT

GAGAL ... persembahan Riz bersama Alyah menerusi Ku Pinjam Satu Bintang tidak berjaya menduduki Top 5 separuh akhir kedua yg lalu.

FORMAT pertandingan terbuka tanpa kategori khusus pada Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) tahun ini nyata memberikan saingan sengit pada setiap penyanyi untuk menempah tiket ke peringkat akhir pada awal 2010. Seperti saingan separuh akhir pertama lalu menyaksikan penguasaan komposer dan artis muda merebut lima tempat lagu yang dipilih juri profesional.

Pada separuh akhir kedua pada malam Jumaat lalu pula, 11 lagu berentap untuk meraih peluang yang sama ke AJL24. Biarpun keputusan yang diumumkan pengacara Faisal Ismail dan Cheryl Samad bukan muktamad yang menyatakan lagu itu mara ke peringkat akhir, ia memberikan kelebihan penyanyi berkenaan untuk berbangga dengan pencapaian awal ini.

Mengikut format baru kali ini, setiap lagu yang berjaya pada saringan separuh akhir akan dinilai semula menerusi pemarkahan pada saingan minggu ketiga yang akan berlangsung Jumaat ini. Ini bermakna, lagu lain yang tidak terpilih masih ada peluang untuk ke AJL24 sekiranya juri membuat keputusan sebaliknya dan hanya 14 lagu akan dipertandingkan pada AJL24 nanti.

Pada separuh akhir kedua yang turut disiarkan secara langsung menerusi TV3, menyaksikan lima lagu dipilih juri iaitu Aurora nyanyian kumpulan Estranged, Seadanya Aku (Nubhan), Bengang (Akim), Aku Rindu Sayang Kamu (Black) dan Pakai Buang (Stacy). Lagu yang gagal pula adalah Tahu Tak Tau Joget (Jinbara), Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah duet bersama Riz), Fikirlah (Aizat), Khatimah Cinta (6ixth Sense), Cinta Gila (Grey Sky Morning) dan Benar-Benar (Adam).



Credit to
Harian Metro


PENANGAN ARTIS AF



Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

ARTIS dengan lagu markah tertinggi pada separuh akhir kedua, Akim, Black, Stacy, Estranged dan Nubhan.


Kehadiran peminat setia program realiti terbitan Astro hangatkan peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 24.

SEJAM sebelum pintu Sri Pentas 2 di Plaza Alam Sentral dibuka, kelihatan begitu ramai sekali peminat berbaris panjang di luar studio yang terletak di aras lima kompleks beli-belah di Shah Alam. Mereka menunggu dengan sabar untuk sama-sama memeriahkan acara siaran langsung peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 24 yang berlangsung pada 13 November lalu.

Sebaik saja pintu dibuka, peminat terus memenuhkan setiap ruang yang ada di studio terbabit. Daripada kerusi di depan pentas sehinggalah ke bahagian belakang, segenap sudut diisi penonton. Sekali pandang, jika diukur kepada kedatangan orang ramai, acara malam itu umpama sebuah pertandingan akhir bagi sesuatu program.

Apatah lagi sebahagiannya datang siap membawa sepanduk penyanyi kegemaran masing-masing. Apabila diamati, kesemua sepanduk yang dibawa memaparkan artis kelahiran program Akademi Fantasia (AF).

Penangan kemunculan kelab peminat yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, sebaik saja wujudnya program realiti itu, nampaknya turut memberikan kesan besar kepada kehangatan minggu kedua peringkat separuh akhir Muzik Muzik.

Ia memang berbeza pada minggu pertama peringkat yang sama, tidak sampai separuh pun penonton yang hadir menyokong artis kesukaan mereka. Tetapi, apabila saja ada artis AF yang bertanding, peminat setia mereka tidak ketinggalan memeriahkan program. Lebih-lebih lagi apabila hampir 70 peratus penyanyi yang bersaing pada malam berkenaan adalah bekas pelajar rancangan realiti yang popular itu.


DUET Alyah dan Riz menerusi lagu Ku Pinjam Satu Bintang.


Pada malam itu, artis AF yang muncul di pentas ialah Nubhan dengan lagu Seadanya Aku (ciptaan Sharon Paul/lirik Azalea), Aizat dengan Fikirlah (Anas), Akim dengan Bengang (Amir/Sheikh Qalam), Adam dengan Benar-Benar (Edry), Stacy dengan Pakai Buang (Edry), Riz berduet bersama Alyah menyampai lagu Ku Pinjam Satu Bintang (Ajai/Slen) dan Rich bersama kumpulannya, Estranged, dengan lagu Aurora (Estranged).

Langkah TV3 membuka peluang kepada semua artis, tidak kira dari mana munculnya mereka, memberikan kesan positif kepada kesinambungan karier artis baru, termasuk daripada AF.

Apatah lagi apabila ramai sudah maklum, kemunculan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) mampu meletakkan seseorang artis satu anak tangga lebih tinggi dalam dunia seni tanah air. Persembahan yang baik pada acara akhir itu nanti bakal meninggalkan kesan mendalam kepada jutaan peminat serta pemerhati seni, sebagaimana dilakukan Stacy pada edisi sebelum ini.

Lalu, apakah peluang itu sekali lagi bakal digenggam wanita muda dari Sabah ini apabila lagu nyanyiannya turut melekat dalam senarai Top 5 (lagu dengan markah paling tinggi) pada minggu lalu?

Stacy tetap tampil bertenaga dalam setiap persembahannya, termasuk ketika bersaing pada separuh akhir. Kelebihannya yang mampu menari dan menyanyi tanpa menampakkan unsur ‘mahu pancit’, pastinya memikat hati juri yang dianggotai Azlan Abu Hassan, Helen Yap, Mohariz Yaakub dan Akadiat Akashah.


**Lagu dan artis mana yang akhirnya bakal berentap pada pentas AJL24 di Stadium Putra Bukit Jalil, 10 Januari nanti, akan diketahui apabila lapan lagu lagi selesai dipersembahkan. Separuh akhir ketiga dilangsungkan pada 20 November, jam 10 malam di Sri Pentas 2.

Monday, November 16, 2009

ARTIS REALITI KUASAI TOP 5 SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 2



Teks By
Lee Ee Kee@Gua.com

RIZ dan Akim AF7 ~ Photo credit to RizAngels


STACY dan Akim AF7 ~ Photos credit to Klubbkidd


Kecuali Estranged, melalui lagu pencalonan mereka "Aurora", empat tempat di Top 5 di bolot oleh artis-artis realiti.

Mereka adalah juara Mentor 3 dan Akademi Fantasia 6, Black ("Aku Rindu Sayang Kamu") dan Stacy ("Pakai Buang") serta dua rakan seperjuangan Stacy dari AF musim 6 dan 7, Nubhan ("Seadanya Aku") dan Akim ("Bengang").

Mereka berjaya mengalahkan Jinbara ("Tahu Tak Tau Joget"), Alyah & Riz ("Ku Pinjam Satu Bintang"), Aizat ("Fikirlah"), 6ixth Sense ("Khatimah Cinta"), Grey Sky Morning ("Cinta Gila") dan Adam ("Benar-Benar").

Sekali lagi diingatkan, kedudukan mereka di Top 5 tidak bermakna mereka akan ke Anugerah Juara Lagu (AJL). Mereka masih perlu bersaing dengan Top 5 dari minggu lepas serta lapan lagi finalis yang akan berentap di Muzik-Muzik Separuh Akhir minggu depan. Siapa yang bakal layak ke AJL akan terjawab pada 20 November ini.

Pemilihan dibuat berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional berdasarkan persembahan pada malam pertandingan dicampur markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan.

Seperti minggu lepas, panel juri terdiri daripada Azlan Abu Hassan, Helen Yap, Mohariz Yaakup, Ahadiat Akashah dan Azhar Borhan.


*** TAHNIAH STACY KERANA TERSENARAI DALAM TOP 5 DAN BERPELUANG CERAH UNTUK KE AJL24 NANTI!

*** JANGAN KECEWA RIZ WALAUPUN TIDAK BERJAYA. TAHNIAH KERANA ANDA TELAH MEMBERIKAN YG TERBAIK PADA MALAM TERSEBUT! CUMA BELUM REZEKI ANDA ...

*** KEPUTUSAN AKHIR 14 LAGU YG BAKAL BERSAING DI PENTAS AJL24, AKAN DIKETAHUI PADA JUMAAT INI (20 NOVEMBER 2009). JANGAN LUPA TENGOK NANTI! MUNGKINKAH ADA PERUBAHAN ATAU KEJUTAN? KITA TUNGGU!!!

Saturday, November 14, 2009

RIZ~STACY@ SEMIFINAL MUZIK MUZIK 2009




Riz & Alyah ~ Ku Pinjam Satu Bintang



Credit to cpcnproduction



Stacy ~ Pakai Buang



Credit to ryomasakunotennis


Persembahan hebat Riz dan Stacy @ Separuh Akhir Kedua Muzik Muzik semalam di Sri Pentas. Tahniah buat Stacy kerana lagu Pakai Buang tersenarai dalam Top 5 dan berpeluang cerah untuk ke AJL24 nanti. Namun berkemungkinan, peluang Riz dengan lagu Ku Pinjam Satu Bintang juga masih ada walaupun tidak disenaraipendek semalam. Entahlah.. AJL kan selalu ada kejutan.


Keputusan keseluruhan 14 buah lagu yang akan bertanding di AJL24 akan diketahui pada 20hb November nanti. Kita tunggu sajalah....

Friday, November 13, 2009

PERSAINGAN CUKUP HEBAT



Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Riz dan Alyah.


KONSEP terbuka yang diperkenalkan Separuh Akhir Muzik-Muzik 24, memberi ruang kepada artis realiti menonjolkan bakat nyanyian untuk bertanding merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24) nanti.

Minggu lalu menyaksikan penguasaan bintang muda seperti Aizat menerusi lagu Kau Aku, Yuna (Dan Sebenarnya), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang), Hujan (Aku Scandal) dan One Nation Emcees (Raja Gelek) yang memungut markah tertinggi dari segi persembahan.

Untuk minggu kedua menyaksikan 11 lagi lagu bersaing pada peringkat separuh akhir kedua Muzik-Muzik 24 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam ini.

Hampir semua lagu yang bertanding dikuasai peserta bintang realiti kecuali penampilan kumpulan Jinbara dengan lagu Tak Tahu Joget ciptaan Anak Jin dan Palut, 6ixth Sense mempertaruhkan lagu mereka, Khatimah Cinta manakala Grey Sky Morning mempertaruhkan Cinta Gila ciptaan Sharnizad dan Hafizal. Kumpulan ini menggantikan tempat juara Anugerah Juara Lagu ke-23, Meet Uncle Hussain yang menarik diri pada saat akhir.

Peserta realiti yang bersaing adalah juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Hafiz menerusi lagu hitnya, Masih Jelas ciptaan komposer terkenal, Aidit Alfian dan Ad Samad, rakannya, Akim dengan lagu Bengang (Amir/Sheikh Qalam), Nubhan Seadanya Aku (Sharon Paul/Azalea) manakala lagu Aku Rindu Sayang Kamu ciptaan Yuzai nyanyian Black Mentor.

Turut bersaing, Estranged yang mempertaruhkan dua lagu ciptaan sendiri, Aurora dan Ketika Ini, Adam menerusi Benar-Benar lirik dan lagu Edry KRU, gandingan Alyah dan Riz menyampaikan lagu Ku Pinjam Satu Bintang ciptaan Ajai dan Slen.

Lima lagu diramalkan berpeluang ke AJL24 malam ini ialah Aurora, Tahu Tak Tahu Joget, Ku Pinjam Satu Bintang, Aku Rindu Sayang Kamu dan Masih Jelas.



Info Dari STACYFRENZ

Stacy
telah bertukar tarikh hari persembahan dengan Hafiz AF7 kerana pada 21hb November, Stacy ada show di Sabah dan dia perlu ke sana pada 20hb November, hari yang sepatutnya dia bertanding di Semifinal Muzik Muzik. Memandangkan mereka berada di bawah pengurusan yg sama iaitu Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), maka masalah tersebut dapat diatasi dengan mudah. Jadi, kita dapat melihat persembahan kedua-dua artis kesayangan kita, Riz dan Stacy pada malam ini. Jangan lupa, jam 10pm @ TV3.


Info credit to StacyFrenz


MY HAIR STYLE.....




Penampilan terkini Riz.


Transformasi rambut terkini@ majalah Mangga.


Penampilan @ Konsert Gegar U


Photoshoot @ HAI



Gaya @ Konsert Ke-8 AF6.



Dah ramai sangat yang bercakap pasal imej dan penampilan Riz, terutamanya rambut. Sebagai artis baru, memang mengambil masa untuk mendapatkan imej yg bersesuaian. Itulah juga yg dialami oleh artis-artis yg dah lama dalam bidang ini. Jadi, pada semua peminat Riz...post ini sekadar suka-suka untuk mengetahui respons anda tentang gaya rambut yang anda rasa paling sesuai untuk Riz. Any
comments!



Pictures credit to RizAngels
Related Posts with Thumbnails