CUACA panas terik hari ini. Penghawa dingin kereta Proton MyVi menjadi penyelamat dari bahang yang dirasa di luar sana. Seperti yang dijanjikan, Liyana membawa Insyirah ke Bandar untuk mencari pekerjaan. Perjalanan ke sana mengambil masa 15 minit.
“Ira, kau nak cari kerja macamana? Maksud aku kerja yang menarik minat kaulah?.” Liyana bersuara.
“Aku tak kisah Yana. Tak semestinya kerja yang bergaji tinggi. Apa saja.. asal kerja tu halal.” Terang Insyirah sambil mengerling Liyana yang sedang memandu.
“Ok kalau macam tu, kita tengoklah nanti. Insya-ALLAH adalah tu.” Balas Liyana sambil membelok ke simpang di hadapan mereka.
Setelah tiba di Bandar, Liyana memarkir kereta dan keluar beriringan dengan Insyirah. Dia teringat akan satu iklan jawatan kosong yang pernah dilihatnya.
“Cepatlah Ira.” Jerit Liyana. Laju langkahannya. Insyirah berlari-lari anak mengejar sambil membetulkan tudung kepala dan tali beg tangannya. Fail yang berisi sijil persekolahannya dipeluk erat.
“Kejaplah. Kenapa tergesa-gesa sangat ni Yana? Kau ada hal ke?.” Tanya Insyirah. Liyana tidak menjawab.
Liyana kelihatan seperti mengejar masa. Kalau betul Liyana ada hal tadi, dia tidak akan bersetuju untuk datang ke sini. Bukan apa, serba salah rasanya jika dia telah menyusahkan rakannya itu.
“Ira! Sini cepat.” Insyirah memandang Liyana yang membelakangkannya. Tampak Liyana sedang khusyuk memerhatikan sesuatu.
“Apa yang kau tengok tu, Yana?.”
“Ira, ini iklan jawatan kosong. Cuba kau baca ni...” Jari telunjuk Liyana menghala tepat ke arah sekeping kertas di tepi Restoran Farhan itu.
…Kedai Buku Saujana…memerlukan seorang pembantu wanita. Beragama Islam. Berusia lingkungan 18-25 tahun. Waktu kerja: 9.00 pagi – 5 petang (Jumaat - cuti) Gaji boleh dirunding.
Jika berminat, sila hubungi En Irfan Naufal (09-5544529)
“Macamana Ira? Berminat? Kerja kat kedai buku. Kau kan ulat buku. Inilah peluang kau. Sambil menyelam sambil minum air.” Kata Liyana sambil memandang Insyirah.
“Issh..kau ni Yana. Aku nak kerja bukannya nak curi tulang.” Balas Insyirah.
“Yelah..aku tahu. Maksud aku, bolehlah kau survey buku-buku terkini di pasaran. Bolehlah kau tambahkan koleksi.” Tambah Liyana sambil tersengih.
“Kalau kau berminat, jom kita pergi tanya terus. Tak payah call.” Ujar Liyana lagi. Insyirah akur. Mereka berlalu dari situ.
KEDAI BUKU SAUJANA. Pertama kali melangkah ke dalam, Insyirah kagum dengan dekorasi ruang kedai yang agak luas itu. Pemilihan warna dinding dan wallpapernya sungguh menarik. Susun atur buku-buku juga kemas dan menarik.
Leka seketika dia dengan pemandangan yang berada di depan mata itu. Seakan jatuh cinta dengan suasana itu. Kalaulah aku diterima bekerja di sini……..di sebuah gedung ilmu…Detik hatinya.
“Ira. Jom kita jumpa tuan punya kedai ni.” Kata-kata Liyana mematikan lamunannya. Dia mengekori Liyana.
Kelihatan ramai juga pengunjung yang datang. Mereka menghampiri kaunter bayaran.
“Assalamualaikum.” Sapa Liyana pada lelaki yang berdiri membelakangkan mereka.
“Waalaikumussalam. Ya, apa yang boleh saya bantu?.” Kata lelaki itu sebaik saja berpaling. Liyana dan Insyirah terpana bila memandang wajah itu. Kacak orangnya dan masih muda.
“Ini Encik Irfan, pemilik kedai ni?.” Soal Liyana. Masih ingat akan nama yang tertera pada iklan yang dilihatnya tadi.
“Ya, saya. Kenapa cik?.” Soal Irfan pula. Matanya turut menjeling gadis kecil molek bertudung di belakang gadis muda yang sedang bercakap dengannya itu.
“Saya nak tanya pasal kerja kosong sebagai pembantu kat sini. Masih kosong ke?.” Ujar Liyana. Insyirah pula hanya diam.
“Oh.. pasal tu. Memang kosong lagi. Cik ke yang nak kerja?.” Irfan baru teringat tentang iklan jawatan kosong itu.
“Bukan saya encik, tapi kawan saya ni.” Katanya sambil berpaling ke arah Insyirah. Mata Irfan beralih pada gadis comel yang hanya diam sejak tadi.
“Oh...siapa nama?.” Soal Irfan. Matanya terus terpaku pada wajah comel itu. Dia tidak tahu mengapa hatinya berdebar tatkala memandang wajah itu.
“Auni Insyirah. Panggil saja Ira, encik.” Insyirah tersenyum memandang lelaki muda itu. Ada getar di hatinya juga saat itu.
Cantiknya nama sesuai dengan orangnya. Bisik hati Irfan.
“Er…sebelum Cik Ira terima kerja ni, saya nak ingatkan tentang gaji yang ditawarkan……”
“Saya tak kisah berapa gajinya encik…saya memang betul-betul perlukan kerja ni.” Ujar Insyirah memotong percakapan Irfan sebentar tadi. Berharap benar dia diterima. Liyana pula hanya mendengar perbualan mereka.
Irfan terpana. Bersungguh benar nampaknya gadis itu.
“Baiklah. Er…bila Cik Ira nak mula kerja?.” Soal Irfan kembali.
“Bila-bila pun boleh encik.” Balas Insyirah.
“Kalau begitu, Cik Ira boleh mula kerja esok pagi. Kedai buka jam 9 pagi. Tapi kena datang awal sikit untuk buat persediaan apa yang patut. Lebih kurang jam 8.30 pagi macam tu. Boleh?.” Kata Irfan.
“Boleh encik. Terima kasih Encik Irfan.” Ucap Insyirah sambil tersenyum memandang Irfan.
Ya Allah, sungguh manis senyuman itu. Irfan terpana lagi.
Bagai tersedar Irfan membalas senyuman itu sambil menjawab…. “Sama-sama.”
“Kalau macam tu, kami balik dulu ya Encik Irfan...” Kata Liyana.
“Ok…” Balas Irfan sambil memandang kedua gadis muda itu berlalu.
Mereka keluar dari situ dengan gembira. Lebih-lebih lagi Insyirah. Akhirnya dia berjaya mendapat kerja. Berita ini tentu juga menggembirakan ibu dan abangnya.
IRFAN tersenyum sendiri. Masih terbayang-bayang di benaknya pertemuan dengan gadis comel itu petang tadi. Tak tahu kenapa hatinya berdebar-debar bila memandang wajah itu. Apa yang lebih menggembirakan, dia akan dapat menatap wajah manis itu setiap hari. Dia tersenyum lagi. Hissh.. apa kena dengan aku ni. Takkanlah aku dah jatuh cinta. Bisik hatinya.
‘Haah!!.” Sergahan Qaleesha secara tiba-tiba betul-betul mengejutkan Irfan.
“Hey…!.” Irfan separuh menjerit sambil mengurut dada..
Qaleesha tersengih-sengih memandangnya.
“Apa ni Esha? Main sergah-sergah orang. Terkejut abang tau.” Kata Irfan sambil menjeling.
“Abang tu yang macam orang tak betul tu kenapa? Tersengih-sengih dari tadi. Abang ingatkan girlfriend ek?.” Usik Qaleesha sambil tersengih.
“Hissh..mengarutlah Esha ni. Abang mana ada girlfriend. Abang cuma teringatkan kejadian kelakar kat kedai tadi.” Dalih Irfan. Tak sanggup melayan persoalan yang akan timbul dari mulut Qaleesha, jika diceritakan perkara sebenar.
“Oh ya ke? Saja je nak usik abang. Abang marah ke?.” Tanya Qaleesha.
“Tak…abang cuma geram je...” Katanya sambil menarik rambut adiknya.
“Adoi…sakitlah bang!.”
“Padan muka.”
“Esok Esha dah start cuti sekolah kan?” Soal Irfan.
“Aa ar…tapi seminggu je. Kenapa bang?.”
“Bolehlah tolong abang kat kedai sampai petang, ya?
“Boleh bang. No problem.” Jawab Qaleesha.
“Oh ya..kita dah dapat pembantu. Esok dia akan mula kerja. Esha bantulah dia apa yang patut ya.” Tambah Irfan lagi.
“Oh ye ke? Alhamdulillah. Taklah Esha sunyi sangat. Ada jugak teman berbual.”
“Selama ni Esha sunyi ke? Habis tu selama ni abang tak temankan Esha?.” Soal Irfan.
“Abang tu kalau dah khusyuk buat kerja, bukan pedulikan Esha pun. Nak ajak berbual lagilah payah. Kalau Esha cakap sorang-sorang karang ada pulak yang cakap adik abang ni dah tak siuman.” Balas Qaleesha.
Irfan ketawa. Ada benarnya kata-kata itu. Kesian Qaleesha. Nanti kau takkan sunyi lagi dik. Kata Irfan dalam hati.
BERDEBAR-debar hati Insyirah pada hari pertama bekerja. Lain macam rasanya. Debar nak memulakan tugas atau ada getar saat menatap wajah bossnya nanti. Dia sendiri tak pasti. Kakinya melangkah masuk ke ruang kedai dengan lafaz Bismillah.
“Assalamualaikum, Encik Irfan.” Ucap Insyirah sambil menghampiri boss muda itu.
“Waalaikumussalam. Dah sampai dah…” Balas Irfan lembut sambil memandang Insyirah. Mereka saling berbalas senyuman. Manisnya senyuman itu. Indahnya pagi ini. Sahut hati masing-masing.
Qaleesha yang baru muncul menuju ke arah abangnya. Ada seorang gadis muda di situ. Dia menghampiri mereka.
“Haa…Esha kenalkan ini Kak Insyirah, pembantu kita. Ini adik saya, Qaleesha.” Kata abangnya.
Insyirah bersalam dengan Qaleesha.
“Hai…panggil akak Kak Ira.”
“Kak Ira panggil saya, Esha ya.”
Insyirah mengangguk. Mereka berbalas senyuman. Comel sungguh Kak Ira ni. Kecil molek orangnya. Detik hati Qaleesha.
“Apa yang saya perlu buat, Encik Irfan?.” Soal Insyirah.
“Er…Ira, boleh tak jangan panggil saya Encik Irfan? Saya rasa janggal pulak. Panggil saya Irfan saja, boleh?.” Pinta Irfan tiba-tiba.
“Oh..ok.. baik En… oops.. baik Irfan.” Nak tersasul jugak.
“Kalau nak panggil abang pun boleh….” Usik Qaleesha. Dia menjeling abangnya sambil tersengih.
“Esha….!.” Irfan menahan geram. Malu rasanya pada Insyirah. Insyirah tersenyum. Dalam hati Tuhan saja yang tahu.
“Er…Ira tolong kemaskan apa yang patut sebelum kita buka kedai ya. Esha tolong Kak Ira. Jangan nak ambik kesempatan pulak.” Arah Irfan sambil menjeling adiknya.
“Baik, Boss!.” Kata Qaleesha sambil membuat aksi tabik hormat. Ira ketawa melihat kenakalan Qaleesha.
Walaupun baru mengenali antara satu sama lain, namun Insyirah dan Qaleesha tampak cepat serasi. Mereka begitu mesra berbual dan bergurau senda. Bagai rakan karib. Irfan tersenyum lebar melihat tingkah mereka. Matanya berlabuh lama pada wajah gadis yang baru dikenalinya itu. Sesekali tutur katanya diselangi tawa kecil. Sungguh comel. Tangkai hatinya bagai ditarik-tarik untuk lebih mengenali gadis itu.
No comments:
Post a Comment