“IRA…kau bawak tak list barang-barang yang kita nak beli?” Soal Liyana sambil memandang Insyirah di sebelah.
“Jangan bimbang. Ada ni haa..” Balas Insyirah sambil menayangkan sehelai kertas yang berada di tangannya.
“Pegang elok-elok. Nanti hilang susahlah kita. Dahlah banyak barang yang nak dibeli....” Pesan Liyana.
“Yelah. Aku tahulah..”
Kaki mereka terus melangkah ke dalam shopping complex. Dalam masa beberapa hari nanti, Sukan Tahunan Yayasan An Nur akan diadakan. Insyirah telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan peralatan dan hadiah untuk acara sukaneka. Abangnya, Aiman tidak dapat membantunya kerana sibuk menguruskan hal berkaitan dengan business yang bakal dijalankannya nanti. Nasib baiklah Liyana sanggup menemaninya. Kalau tidak kelam-kabut jugak nak melakukannya sendiri.
“Yana, jom kita masuk kedai hujung tu!” Ajak Insyirah sambil menarik tangan kakak iparnya itu.
Ralit mereka memilih barang-barang yang dikehendaki. Setelah selesai membuat pembayaran, mereka beralih pula ke kedai cenderahati. Setelah selesai mendapatkan kesemua barang yang dikehendaki, mereka melangkah ke arah Food Court untuk mengisi perut.
“Ira, aku nak ke tandas sekejap ya. Kau pergi dulu. Nanti aku cari kau kat sana.” Ucap Liyana.
“Ok..” Insyirah terus menapak ke ruang makan di situ. Dia memilih tempat duduk di bahagian tengah.
Matanya ralit memandang orang ramai yang singgah makan di situ. Pemandangan biasa pada setiap hujung minggu. Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang lelaki muda yang sangat dikenalinya. Irfan sedang menikmati hidangan di meja hadapan tidak jauh dari situ. Bersamanya adalah seorang gadis muda bertudung. Mereka kelihatan mesra. Sesekali perbualan mereka diselangi oleh tawa riang gadis itu. Bibir Irfan pula tidak lekang dengan senyuman. Siapa gadis itu? Tak pernah nampak pun sebelum ni. Kekasih Irfan ke? Soal hatinya.
“Haah!” Sergah Liyana. Insyirah tersentak.
“Apa yang kau menungkan tu?!” Sambil duduk di kerusi.
“Adoii terkejut aku dibuatnya. Kau ni kan…!” Ujar Insyirah sambil mengurut dada.
“Sorry….!” Liyana tersengih.
“Yana, kita makan kat tempat lain boleh tak? Ramai sangatlah orang. Jom!” Tanpa menunggu persetujuan Liyana, Insyirah menarik tangan rakannya itu keluar dari situ.
“Kau ni kenapa Ira? Tadi cakap nak makan kat situ. Tup tup nak makan kat tempat lain pulak!” Omel Liyana sambil menuruti langkah Insyirah.
“Aku nak ajak kau makan kat tempat yang lagi best. Itu aje. Kau ikut ajelah!” Dalihnya. Hakikatnya dia tidak betah untuk terus berada di situ.
“ABANG dah habis makan ke?” Kata Qaleesha sebaik menghampiri meja.
“Belum lagilah Esha. Kenapa lama sangat dalam tandas tu? Abang ingatkan Esha dah tidur kat situ…!” Usik Irfan sambil menjeling adiknya di sebelah. Anis ketawa kecil.
“Apalah abang ni. Tak adalah. Esha terserempak dengan kawan tadi. Sempatlah bertanya khabar. Tu yang lambat sikit..” Jelas Qaleesha.
“Kawan yang mana pulak? Haah..entah-entah boyfriend tak?!” Telah Irfan sambil tersengih.
“Issh..abang ni. Tak adalah. Kawan perempuanlah. Kak Yana…isteri Along, abang Kak Ira…” Ulas Qaleesha lagi.
“Oh Yana. Dia datang sorang aje ke?” Soal Irfan pula.
“Tak. Berdua. Katanya datang beli barang dengan Kak Ira. Tapi Esha tak nampak pulak kelibat Kak Ira tadi.” Balas Qaleesha.
Irfan mengangguk. Matanya sedikit melilau ke arah orang ramai yang sedang makan di situ. Manalah tahu entah-entah Ira dan Liyana turut menjamu selera di situ.
“Abang!”
“Abang cari siapa tu? Haa..abang cari Kak Ira ya?!” Usik Qaleesha bila melihat tingkah abangnya itu.
“Ishh mana ada. Abang saja tengok. Ramai sangat orang kat sini hari ni..” Dalih Irfan. Qaleesha tersengih.
“Esha..makanlah cepat. Kami dah habis makan ni. Nanti aku tinggal kau sorang-sorang kat sini..baru tahu!” Usik Anis.
“Oklah..aku makanlah ni..!” Sambil mula menyuapkan Mee Bandung ke mulutnya.
Anis merenung Irfan yang mendiamkan diri. Melalui Qaleesha, Anis mengetahui kisah yang berlaku antara Irfan dan Insyirah. Pasti benak lelaki itu terganggu saat Qaleesha menyebut nama itu sebentar tadi.
“Abang Irfan..”
Irfan memandang ke arahnya.
“Terima kasih ya. Belanja Anis makan hari ni. Susahkan abang aje…”
“Sama-sama. Tak ada menyusahkan pun. Yang penting, abang dah tunaikan janji abang kan?” Balas Irfan sambil melemparkan senyuman. Anis turut tersenyum sambil menganggukkan kepala.
INSYIRAH terus memandu dengan tenang. Namun tidak hatinya. Benaknya masih teringatkan pandangan matanya ketika di Food Court itu tadi. Masih mencongak-congak siapakah gerangan gadis yang bersama Irfan sebentar tadi.
“Ira. Kau ni kenapa? Senyap aje dari tadi.” Liyana di sebelahnya memecah kesunyian saat itu.
“Tak ada apalah. Aku cuma penat aje.” Dalihnya.
“Yana…nanti kau tolong aku buat persiapan untuk sukan tu ya.” Pinta Insyirah sambil menjeling sekilas ke arahnya.
“Yelah…aku tolong.. Jangan risau.”
Lega hati Insyirah dengan kesanggupan temannya itu. Bagi memastikan semuanya berjalan lancar, Insyirah bersama-sama berganding bahu dengan kakitangan An Nur lain menyiapkan segalanya.
TIBA jua hari yang dinanti-nantikan. Kaum keluarga, rakan-rakan dan masyarakat setempat datang beramai-ramai memeriahkan Sukan Tahunan Yayasan An Nur bagi tahun itu. Tetamu VVIP turut dijemput untuk merasmikan majlis.
“Assalamualaikum Kak Ira!”
“Waalaikumussalam!” Balas Insyirah sambil memandang ke arah suara itu.
“Eh Esha!”
“Rindunya Esha kat akak..!” Katanya sambil memeluk mesra Insyirah.
“Akak pun rindukan Esha jugak!” Mata Insyirah turut tertancap pada seorang gadis muda di sebelahnya.
“Ni siapa Esha? Kawan Esha ya?” Ingin tahu. Memang gadis itulah yang dia nampak bersama Irfan di shopping complex tempohari.
“Kenalkan Kak Ira..ini Anis adik abang Hairi!”
“Adik abang Hairi? Macamana Esha boleh kenal dengan Anis?” Sedikit kehairanan. Nak katakan teman sekolej, tentulah bukan. Setahunya Anis belajar di UK. Kata hati Insyirah.
“Sebenarnya kami dah kenal lama. Sebab Abang Hairi dengan abang Irfan belajar satu kolej dulu. Kami selalu berkunjung ke rumah keluarga Abang Hairi dan hubungan kami memang rapat. Selepas mereka berpindah terus kami terputus hubungan.”
“Tak sangka kemudiannya kami bertemu semula di Facebook. Kami selalu berhubung di situ.” Terang Qaleesha.
“Oh….”
“Apa khabar Kak Ira? Esha selalu bercerita tentang akak. Baru hari ni dapat jumpa.” Ucap Anis mesra sambil menyalami tangan mulus Insyirah. Insyirah menyambut dengan sebuah senyuman terukir di bibirnya.
“Khabar baik. Cerita apa tu ya? Harap-harap yang baik-baik aje ya?!” Kata Insyirah sambil mengulum senyum. Anis dan Qaleesha ketawa kecil.
“Macamana study?” Terus bertanya. Masih cuba berlagak biasa. Walau hatinya ingin benar mengetahui status sebenar hubungan gadis itu dengan Irfan.
Zuhairi pernah bercerita tentang adik perempuannya yang sedang belajar di luar negara. Tak sangka akhirnya bertemu jua. Sungguh manis orangnya. Puji hati Insyirah.
“Ok akak. Sekarang ni Anis sedang bercuti. Nak sangat jumpa abang dan Kak Zati. Tu yang balik jugak walau sekejap.” Terang Anis.
“Oh..Esha pulak macamana?”
“Esha sekarang sibuk dengan persiapan untuk Final Exam kak.”
“Oh ye ke? Study smart okey. Akak doakan Esha dan Anis berjaya.”
“Terima kasih akak.” Ucap keduanya serentak.
“Sama-sama. Esha datang dengan siapa ni?” Soal Insyirah lagi.
“Dengan siapa lagi..dengan abang Irfanlah. Esha dengan Anis ni bukannya boleh drive..”
“Habis tu mana abang Irfan? Tak nampak pun!” Mata Insyirah melilau mencari kelibat pemuda itu.
“Kenapa Kak Ira tanya? Kak Ira rindukan abang ya?!” Usik Qaleesha sambil tersenyum.
“Isshh Esha ni.. akak cuma tanya aje. Pandai-pandai aje dia ni.” Mata Insyirah menjeling sekilas ke arah Anis. Ingin melihat reaksi gadis itu.
“Mengaku ajelah akak. Yang akak masih cintakan abang sebelum orang lain masuk daun! Esha tak nak akak menyesal nanti…!”
“Apa yang Esha cakapkan ni? Malaslah nak layan. Akak nak tengok acara seterusnya yang berlangsung kat sana tu. Kalau nak ikut, jom!” Ujar Insyirah cuba mengalih topik perbualan. Langkahnya sudah diatur ke arah padang di sebelah hadapan.
“Eh Kak Ira…tunggulah. Esha nak ikut. Jom Anis!” Ucap Qaleesha sambil menarik tangan Anis. Mereka berlari-lari anak mengekori langkah Insyirah.
ACARA penyampaian hadiah dan pingat berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja selesai upacara penutup Sukan Tahunan, kakitangan dan anak-anak Yayasan An Nur saling membantu membersihkan khemah dan padang. Irfan, Qaleesha dan Anis turut sama membantu Insyirah.
“Kak Ira..boleh Esha tanya sesuatu? Tapi akak jangan marah ya?” Soal Qaleesha bila kelibat abangnya sudah menjauhi mereka. Anis yang berada di situ turut sama memasang telinga mendengar perbualan mereka.
“Apa dia Esha?” Soal Insyirah kembali sambil mengerut kening. Serius nada suara gadis itu.
“Hmm..Kak Ira dengan abang Irfan macamana?”
“Apa maksud Esha ni? Akak tak faham.” Ujar Insyirah. Buat-buat tidak faham.
“Akak faham maksud Esha kan. Esha tahu. Akak memang tak nak beri peluang kedua kat abang Irfan ke? Ataupun akak memang dah tak cintakan abang?” Insyirah terpana mendengar kata-kata itu.
“Esha bukan apa kak. Esha kesian kat abang. Selepas berpisah dengan akak dulu, dia tak pernah cuba mencari pengganti akak. Bukan tak ada yang nak kat abang tu tapi dia yang tak nak. Cinta abang hanya untuk Kak Ira sorang.” Jelas Qaleesha. Begitu jelas tentang perasaan abang kesayangannya itu.
“Kenapa Esha bagitahu akak semua ni? Entah-entah abang dah ada pengganti akak di luar pengetahuan Esha.” Telah Insyirah. Matanya menjeling Anis sekilas.
“Esha kenal abang Irfan tu Kak Ira. Kalau betul dia dah ada pengganti, Eshalah orang pertama yang akan dia beritahu.” Insyirah terdiam.
“Ira!”
Jeritan suara seseorang melaungkan namanya mengganggu perbualan mereka. Kelihatan Liyana berlari kecil merapati mereka di situ.
“Ada apa-apa lagi yang aku boleh tolong ke?!” Soal Liyana sebaik saja berdiri di situ sambil sedikit tercungap-cungap.
“Kak Yana jangan risau. Esha boleh bantu Kak Ira.”
“Wah…bertuahnya Kak Ira ya. Ada bakal adik ipar sanggup membantu!” Usik Liyana. Qaleesha tersenyum lebar.
“Yana! Kau ni kan…!” Balas Insyirah sambil mengetap bibir. Geram dengan usikan itu.
“Betul apa… kan Esha?!” Qaleesha menganggukkan kepalanya.
“Haa..Kak Yana jumpa tak barang yang akak cari hari tu?” Soal Qaleesha tiba-tiba.
“Dah jumpa dah. Nasib baik Esha bagi maklumat tepat kat akak. Senang akak cari.” Jawab Liyana.
“Barang apa pulak ni? Bila masa pulak kau jumpa Esha?!” Tanya Insyirah.
“Oh..aku lupa nak bagitahu kau. Aku jumpa Esha masa hari kita pergi beli barang hari tu. Katanya dia datang makan kat situ dengan Irfan dan Anis. Dia ada sampaikan salam. Aku lupa nak bagitahu. Sorry ya!”
Kata-kata Liyana membuatkan Insyirah tergamam. Jadi, maknanya Irfan bukanlah keluar berdua dengan Anis. Qaleesha pun turut bersama mereka. Dan mungkinkah benar kata-kata Qaleesha sebentar tadi bahawa Irfan tidak pernah menemui pengganti dirinya? Aku tersilap mentafsir lagikah? Telah hati Insyirah.
INSYIRAH menyedari dirinya berada di atas sebuah singgahsana yang sungguh indah. Nun di bawah sana terdapat sebuah taman bunga yang dipenuhi dengan pohon bunga ros berbagai warna. Aroma harum singgah ke hidungnya. Sungguh damai suasana di situ.
“Assalamualaikum..” Suara lembut seorang lelaki memberi salam di belakangnya.
“Waalaikumussalam…” Jawabnya sambil berpaling ke belakang.
“Ira…” Lelaki berpakaian serba putih itu memandangnya. Senyuman manis terukir pada wajah tenang itu. Menyerlahkan lagi ketampanan wajahnya.
“Irfan…” Wajah itu begitu menawan hatinya saat itu. Irfan menganggukkan kepala sebagai tanda supaya Insyirah menuruti langkahnya.
Mereka menembusi satu pintu yang memancarkan cahaya yang amat terang. Sebaik sahaja melepasi pintu itu, terpamerlah satu pemandangan indah sungai yang dihiasi air terjun dan jeram yang mengalir tenang. Irfan dan Insyirah saling berpandangan lagi. Senyuman kian melebar di bibir masing-masing.
SUARA azan Subuh mengejutkan Insyirah dari lena yang panjang. Dia bangkit dari baringan.
“ALLAHUAKBAR. Aku bermimpi rupanya.” Bisik Insyirah sambil meraup wajahnya perlahan.
Dia telah mengalami satu mimpi yang cukup indah. Apakah makna mimpi itu? Apakah ini jawapan yang dicari selama ini? Diakah orangnya?
Insyirah bangkit lalu menuju ke bilik air. Mengambil wuduk dan menunaikan solat Subuh dengan penuh khusyuk. Usai solat, dia memanjatkan doa pada ILLAHI. Semoga diberikan petunjuk dalam setiap apa jua yang mendatanginya dan membuat pilihan terbaik untuk kehidupannya. Insya-ALLAH.
No comments:
Post a Comment