Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.
Harap maklum.
Saturday, July 16, 2011
BAB 17 ~ KAU TERCIPTA UNTUKKU
AKHIRNYA usahanya berhasil dengan bantuan setiausahanya, Rozie. Setelah satu jam perjalanan, kereta Mercedes Benz itu membelok ke arah kawasan berbukit. Pintu masuk Yayasan Anak-Anak Yatim An Nur dilewati dan kereta itu mula memasuki kawasan dalam Yayasan yang luas itu. Tersergam beberapa buah bangunan di situ. Sungguh indah dan tenang suasana di kawasan tersebut. Jauh dari kebisingan kota.
Sebaik saja memarkir kereta, wanita itu mula mengatur langkah ke bangunan Pentadbiran Yayasan tersebut. Kehadiran wanita muda yang ayu bertudung dengan penampilan penuh bergaya menarik perhatian mata beberapa mata anak-anak yatim yang melintasi kawasan itu. Gadis itu pula cuma melemparkan senyuman manis pada mereka.
Dia memasuki ruang pejabat Yayasan yang cukup menarik dan teratur. Ada beberapa orang kakitangan berada di situ. Salah seorang daripada mereka datang menghampirinya sambil tersenyum.
“Assalamualaikum..Puan. Apa yang boleh saya bantu?.” Soal perempuan itu dengan ramah. Matanya tidak berkelip memandang wanita cantik itu.
“Waalaikumussalam. Nama saya Izzati…Cik Izzati. Saya nak cari seseorang yang bernama Auni Insyirah Binti Zaman. Saya difahamkan dia adalah pemilik Yayasan ini.” Ujarnya pada perempuan itu. Matanya terjatuh pada name tagnya. Noraini namanya.
“Oh…Cik Insyirah. Ya, memang dia pemilik tunggal Yayasan ni. Boleh saya tahu Cik Izzati ni siapa?.” Soal Noraini kembali.
“Oh..saya kawan lama dia. Kat mana saya boleh jumpa dia?.”
“Oh…sekarang ni Cik Insyirah ada kelas tuisyen bersama anak-anak An Nur. Cik Izzati boleh tunggu kat dalam bilik tamu.”
“Er..takpe. Saya tunggu kat luar saja. Boleh jugak saya tengok kawasan ni..” Balasnya sambil tersenyum.
“Baiklah..nanti saya maklumkan Cik Insyirah ya.”
“Terima kasih.”
“Sama-sama.”
Langkahan kaki Izzati menuju ke arah Dewan Serbaguna yang tersergam. Kelihatan beberapa orang sedang membuat persiapan di situ. Pastinya ada majlis yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini. Leka dia meneliti setiap ruang Dewan itu. Kagum dengan kemudahan yang disediakan di Yayasan itu.
HATINYA berdetak kencang mendengar nama yang disebut oleh Noraini sebentar tadi. Kalau benar nama itu adalah pemilik yang sama dengan seseorang yang dia kenali, pastinya ada sesuatu yang diinginkan oleh gadis itu darinya. Nampaknya gadis itu tidak habis-habis lagi nak menganggu hidupnya. Dia tertanya-tanya apakah maksud kedatangannya kali ini? Pasti besar benar hajatnya kerana sanggup datang sejauh ini.
Batang tubuh gadis itu dari jauh amat dikenali. Cuma bezanya dia kini telah bertudung.
“Assalamualaikum..” Ucap Insyirah perlahan.
“Waalaikumussalam..”
Salam dijawab bersama seulas senyuman di bibir itu. Insyirah teragak-agak menyambut huluran tangan gadis itu.
“Ira…boleh saya cakap dengan awak sekejap?.” Riak wajah itu mula kelihatan suram. Tutur katanya penuh sopan.
Insyirah mengangguk sambil mengatur langkah ke Taman Riadah An Nur. Izzati menuruti langkahnya. Mereka akhirnya melabuhkan punggung di kerusi batu di situ.
“Ada apa hal kau cari aku?!” Kasar soalan dari Insyirah.
Tanpa diduga Izzati mula menangis sambil memaut tangannya. Insyirah sedikit tergamam.
“Ira…aku mintak maaf. Aku banyak buat salah pada kau. Kesalahan besar. Aku telah menyebabkan kau menderita selama ini. Maafkan aku Ira…!” Esak tangisnya kian kedengaran.
“Ira..tolong maafkan aku…!” Rayunya lagi.
“Maaf…? Disebabkan kau.. aku hampir kehilangan orang yang pernah aku cintai. Disebabkan kau juga Along aku lumpuh. Dan sekarang senang-senang kau datang nak mintak maaf…!” Insyirah meluahkan amarah di hatinya.
“Aku tahu..semua itu silap aku. Aku dah insaf, Ira.. aku nak tebus semua kesalahan aku. Dan kalau kau nak laporkan pada polis sekalipun tentang perbuatan aku dulu…aku sanggup terima..aku sanggup Ira..asal kau maafkan aku…!” Air mata itu kian bercucuran. Begitu mengharapkan kemaafan Insyirah.
Namun hati Insyirah keras membatu. Takkan mudah dia percayakan kata-kata Izzati. Kesakitan yang dia tanggung selama lima tahun itu tidak mampu dibendung hanya dengan pengucapan maaf dan air mata dari Izzati. Insyirah meninggalkan Izzati termangu di situ.
Izzati terduduk di tanah. Dia sudah menduga penerimaan sebegini yang dia akan terima. Namun, dia akan tetap memohon kemaafan dari Insyirah. Dia tetap percaya, satu hari nanti Insyirah akan memaafkan segala kesalahannya meskipun dia akan menerima balasan di atas perbuatannya itu. Dia pasrah.
“NAK bawak apa pergi sana, Hairi?.” Soal Irfan sambil memandang temannya itu.
“Tak payah bawak apalah…bawak diri kau tu aje..”
“Ishh…takkanlah nak pergi dengan tangan kosong…tak manislah..” Balas Irfan.
“Ya tak ya jugak kan…” Dahi Zuhairi berkerut.
“Haaa..apa kata aku bawakkan buku-buku dan alatulis untuk diorang?.”
“Wah…ni baru betul nak beramal..sebarkan ilmu untuk anak-anak Yayasan. Aku setuju sangat!” Ujar Zuhairi sambil menepuk-nepuk bahu Irfan.
“Hei..Kau ni..tak payahlah cakap kuat-kuat. Nak beramal tak payah nak heboh-heboh..” Bisik Irfan sambil menarik sedikit tubuh Zuhairi menghampirinya. Suara temannya yang agak kuat tadi telah menyebabkan beberapa orang yang lalu-lalang menoleh ke arah mereka.
“Oopss..sorry aku tak sengaja.” Kata Zuhairi seakan berbisik. Dia menyengih. Irfan hanya menggeleng kepala.
ZUHAIRI membelokkan kereta ke pintu masuk Yayasan Anak-Anak Yatim An Nur. Irfan di sebelahnya hanya diam memandang ke luar.
Irfan tak tahu kenapa hatinya berdebar-debar saat memasuki kawasan Yayasan itu. Debaran itu kian kencang membalut hatinya. Issh…apa kena aku ni? Detik hati kecilnya.
“Hei…Irfan. Kau ni apasal? Cuak je aku tengok. Kau sakit ke?.” Soalnya bila melihat tingkah Irfan.
“Issh..mana ada. Aku ok. Cuaca ni panas sangat…” Dalihnya.
Zuhairi memarkir kereta. Kotak-kotak berisi buku dan alatulis dikeluarkan dari bonet kereta dan dibawa ke Dewan Serbaguna yang berada di bahagian tengah kawasan Yayasan itu. Irfan terpegun melihat kawasan itu. Sangat cantik dan tenang.
“Ha…adik-adik, hari ni kawan abang Hairi, abang Irfan ada bawakkan banyak buku dan alatulis untuk adik-adik. Jadi, adik-adik pilih ajelah yang mana adik-adik nak..ok!” Kata Zuhairi sambil mengadap anak-anak Yayasan An Nur itu.
“Abang Hairi…berapa harga buku tu? Kalau mahal sangat, kami tak ada duit nak bayar!” Ucap salah seorang daripada mereka.
“Jangan risau…semua buku-buku dan alatulis ni abang Irfan bagi free untuk semua…” Ujar Irfan sambil tersenyum.
“Betul ke abang Irfan?” Soal mereka. Masih tidak percaya.
“Betul…” Ucap Irfan sambil menganggukkan kepala.
“Terima kasih abang Irfan!” Ucap mereka sambil tersenyum lebar memandang ke arahnya.
“Sama-sama...”
Mereka mula ralit memilih buku-buku dan alatulis tersebut. Terpancar wajah ceria mereka. Irfan tersenyum lagi.
“Hairi…aku nak ke tandas sekejap.” Ujar Irfan. Setelah dipetakan arah, Irfan berlalu pergi.
LANGKAH kakinya pantas membelok ke sisi bangunan itu. Tidak semena-mena dia terlanggar tubuh seseorang.
“Aaaaaaaaa…….!!” Kedengaran jeritan kecil seorang wanita di hadapannya.
Tanpa sengaja tangan kanannya merangkul pinggang wanita itu. Sebelah tangannya lagi tertampu ke dinding cuba menahan tubuh mereka dari terjatuh. Tubuh mereka begitu rapat. Seketika kemudian, dua pasang mata itu buntang memandang antara satu sama lain. Tidak menduga sama sekali akan pertemuan itu.
“Ira….?!”
“Irfan…?!”
Tanpa sedar nama itu disebut. Nama yang pernah terpahat di lubuk hati masing-masing.
Tatapan mata bersinar itu tetap sama. Wajah tampan yang tenang dan menyejukkan hati itu amat dirindui. Bisik hati Insyirah.
Mata redup dan seraut wajah lembut itu makin ayu dan masih sangat manis di matanya. Bisik hati Irfan.
Pandangan mata mereka seakan tak ingin dilepaskan. Tiada kata-kata yang mampu merungkaikan rasa rindu itu. Makin erat rangkulan tangan Irfan di pinggang Insyirah. Tangan kirinya ingin menyentuh wajah mulus gadis itu.
Suara yang kedengaran dari arah Dewan mematikan terus lamunan mereka. Pantas Irfan meleraikan rangkulannya dari pinggang Insyirah dan menjarakkan diri. Insyirah menundukkan wajah dan terus berlalu pergi. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut masing-masing saat itu. Patutlah ada debaran hebat yang mencengkam hatinya saat menjejakkan kaki ke sini. Seolah-olah memberi petanda akan kehadiran Insyirah di situ. Pandangan mata Irfan tak lepas dari memandang tubuh kecil molek yang sedang berlalu pergi itu.
“Irfan…kau pergi cuci tandas ke?!” Kedengaran suara Zuhairi. Irfan mengalihkan pandangan matanya ke arah rakannya itu.
“Apa yang kau merepek ni?” Soal Irfan sambil mengerutkan kening.
“Yelah..lama sangat kau pergi tandas. Aku ingatkan kau cuci tandas tu sampai bersih!” Usik Zuhairi sambil tersengih.
“Kalau kau nak tahu, aku bukan cuci tandas. Tapi aku tidur kat tandas tu tadi. Sebab tulah lama..!” Balas Irfan sambil merenung temannya itu.
“Oh…patutlah!” Zuhairi tergelak kecil.
“Irfan…jom aku kenalkan kau dengan pemilik tunggal Yayasan ni!” Ujar Zuhairi sambil menarik tangan sahabatnya itu.
Irfan hanya menuruti langkah Zuhairi ke bangunan pentadbiran Yayasan tersebut. Sebaik saja mereka memasuki ruang pejabat itu, Zuhairi menghampiri seorang kakitangan di situ.
“Aini…mana Cik Insyirah?” Soal Zuhairi. Irfan sedikit tersentak bila temannya menyebut nama itu.
Insyirah? Kata tadi nak bawak jumpa pemilik Yayasan ni. Kenapa nak jumpa si Ira pulak? Soal hati Irfan. Hatinya mula berdebar kembali setelah pertemuan tidak terduga sebentar tadi.
“Ada kat dalam Encik Hairi. Biar saya panggilkan ya?!” Jawab Noraini.
“Eh..takpe Aini. Biar saya jumpa dia kat dalam. Terima kasih ya!” Ucap Zuhairi.
“Sama-sama. Silakan.” Zuhairi menggamit Irfan untuk menuruti langkahnya. Irfan akur.
Zuhairi menghampiri sebuah bilik. Tertera nama Cik Auni Insyirah di depan pintu tersebut. Irfan sedikit tersentak dan mula tertanya-tanya.
“MAMA…Zati dah jumpa Ira.” Kata-kata anaknya disambut dengan rasa syukur.
“ALHAMDULILLAH..kat mana Zati?.”
“Ira sekarang menjadi pemilik sebuah Yayasan Anak-Anak Yatim.”
“Haa..pemilik Yayasan?.” Agak terkejut wanita itu.
“Ya..Mama. Ira sebenarnya adalah cucu kepada arwah Tan Sri Shahril seorang ahli korporat yang berjaya. Yayasan tu adalah wasiat peninggalan arwah ibunya, Puan Suraya. Sejak lima tahun dulu, Ira tinggal di situ bersama abangnya, Aiman. Kini, Ira juga telah menjadi antara tenaga pengajar di situ.” Terang Izzati dengan panjang lebar. Puan Khadijah teringatkan kata-kata yang pernah dilemparkan pada gadis itu dulu. Matanya terasa panas. Dia memejamkan mata.
“Zati dah mintak maaf pada Ira?..” Soalan Puan Khadijah membuatkan dada Izzati sebak.
“Dah Mama…tapi tak semudah tu Ira nak terima maaf Zati..Mama. Ira pasti sangat bencikan Zati atas apa yang Zati dah buat pada dia…”
“Zati..kena sabar. Zati tak boleh salahkan Ira. Dia berhak untuk rasa begitu. Kalau Zati berada pada tempat dia, Zati pun akan melakukan yang sama…” Pujuk Puan Khadijah.
“Zati faham Mama..Zati takkan putus asa. Zati akan terus berusaha hingga Ira terima maaf Zati..”
“Insya-ALLAH Zati..”
Dia memeluk anaknya itu. Dipanjatkan rasa syukur dengan perubahan diri Izzati kini. Dia sendiri berdoa agar Insyirah akan memaafkannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment