Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.
Harap maklum.
Monday, July 18, 2011
BAB 18 ~ KAU TERCIPTA UNTUKKU
ZUHAIRI tertanya-tanya. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya saat terpandang tingkah Insyirah bersama Irfan petang tadi. Adakah mereka saling mengenali? Bahkan ketika di pejabat tadi, Zuhairi perasan mata Irfan tidak lepas dari merenung Insyirah. Kelihatan Insyirah pula seperti hanya jasadnya berada di situ. Mindanya melayang entah ke mana. Setiap pertanyaan atau perbualan yang keluar dari mulutnya langsung tidak diberi perhatian oleh gadis itu. Kegelabahan gadis itu seolah-olah menggambarkan gelodak perasaannya saat itu. Wajarkah dia untuk bertanya pada keduanya tentang persoalan yang terbuai di benaknya itu? Bimbang pula dikatakan busy body. Namun, dia perlu tahu lantaran taman hatinya yang kian berbunga buat Insyirah.
DUA kejutan yang diterima Insyirah pastinya akan membuatkan hatinya kembali berkecamuk. Kemunculan Izzati di Yayasan tempohari agak mengejutkan. Kata-kata maaf dari gadis itu bagaikan sembilu yang kembali menghiris hulu hatinya. Entah kenapa hatinya menjadi sekeras batu dan tegar meninggalkan gadis itu termangu tanpa sepatah kata. Kejamkah dia?
Berbagai rasa bercampur baur di sudut hati tatkala terpandangkan wajah lelaki itu. Pertemuan tidak terduga dengan Irfan seakan menggamit kembali memori yang pernah mereka lalui bersama. Saat melihat Irfan, ingin rasa bibirnya mengucapkan kata-kata rindu pada lelaki itu. Tapi mindanya seakan menolak. Enggan mengakui. Egokah dia? Ataukah masih ada riak bimbang dihatinya?. Bimbang benih-benih cinta takkan mampu untuk menyubur seperti yang pernah mereka lalui dulu?.
SUASANA Dewan Serbaguna di An Nur bergema dengan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran sempena berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Ramai tetamu VIP yang dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Setelah selesai, hadirin diperdengarkan pula dengan satu ceramah tentang Nabi Muhammad SAW. Satu persembahan khas daripada anak-anak yatim An Nur dengan alunan lagu nasyid menyusul selepas itu. Begitulah kemeriahan yang dirasai oleh anak-anak An Nur pada setiap tahun. Para tamu kemudiannya disajikan dengan jamuan ringan setelah majlis selesai.
IRFAN menghampiri gadis muda itu dari belakang. Sungguh ayu dengan kurung biru lembut dan warna tudung senada. Semakin bijak bergaya. Sekali pandang persis gaya penyanyi AF si Heliza tu. Tapi Insyirah kecil molek orangnya dan berkulit putih mulus. Itulah yang menambahkan kecomelannya.
“Assalamualaikum…” Lembut suara memberi salam dari belakang Insyirah. Dia cam suara itu. Cuba memujuk diri untuk bertenang.
“Waalaikumussalam..” Jawabnya sambil menoleh ke sisi.
YA ALLAH…tampan sungguh dia dengan baju melayu biru dan bersongkok. Sedondon pulak mereka hari itu. Bagai berjanji. Mereka saling berbalas senyuman.
Rindunya Irfan pada senyuman manis itu. Senyuman yang mampu mengubat lara hatinya. Matanya seakan tidak mahu lepas dari memandang wajah ayu itu.
“Ira…awak apa khabar?.” Soalan pertama yang terpacul dari mulutnya. Baru berpeluang untuk berbicara dengan gadis itu. Pertemuan di pejabat Insyirah tempohari pula menjadi serba tak kena. Lantaran terpaksa berlagak saling tidak mengenali semata-mata kerana Zuhairi.
“Saya sihat. Awak?.” Soalan yang sama.
“Saya sihat..bertambah sihat bila tengok senyuman manis awak tadi..” Jawapan Irfan membuatkan Insyirah terpana.
Kata-kata itu pernah didengari dari mulut lelaki itu. ..Sehari tak tengok senyuman Ira..boleh sakit saya dibuatnya… Usikan itu menyinggah mindanya. Senyuman kembali terukir di bibirnya.
“Dah lama kita tak jumpa..Ira masih tak berubah. Tapi makin cantik....” Usik Irfan.
Insyirah merenung Irfan. Lelaki itu juga masih tak berubah. Janggut yang mula menghuni dagunya kini membuatkan penampilannya nampak kian matang. Pandangan mata mereka bertemu. Ada getar lagi singgah di hati. Akhirnya dia yang tewas dengan panahan mata lelaki itu. Itulah kelemahannya. Tidak mampu menentang pandangan mata Irfan.
“Ira dah kahwin ke? Kot-kotlah nanti ada yang cemburu kan…” Bimbang tanpa sedar dia terlebih mengusik gadis itu. Tak pasal-pasal nanti lebam biji mata sendiri.
“Tak ada yang cemburu….Awak ada ke?.” Soal Insyirah kembali. Ingin tahu.
“Saya pun tak ada….” Hati Irfan berlagu riang. Bermakna dia masih ada peluang.
“Er…Along apa khabar?.” Cuba mengawal gelodak hati sendiri.
“Along sihat. Cuma sekarang masih bertongkat sebab kakinya belum pulih sepenuhnya lagi.” Jelas Insyirah.
“Qaleesha macamana sekarang? Masih belajar ke? Rindunya saya kat dia…” Soalnya pula.
“Esha sekarang tengah study kat UiTM Shah Alam. Ambik course Fotografi.”
“ Rindu kat Esha aje? Saya… awak tak rindu ke?.” Spontan mata Insyirah memandang wajah lelaki itu. Irfan pula dengan selamba mengenyitkan matanya. Terkejut Insyirah dengan tingkah Irfan. Rasa malu menguasainya. Mukanya mula merona merah. Irfan pula makin menyengih. Dah lama tidak mengusik Insyirah.
“Rancak berbual nampak? Tak makan ke?.” Kehadiran Zuhairi mengejutkan mereka.
“Dah makan tadi.” Jawab Irfan pendek.
“Berbuallah ya..Ira nak ke sana sekejap.” Insyirah meminta diri. Tak betah berhadapan dengan keduanya. Dia menghampiri meja tetamu dan berbual mesra dengan mereka. Irfan ralit memerhati.
“Irfan..kalau aku tanya kau jangan marah ya..” Zuhairi bersuara tiba-tiba.
“Apa dia? Tanya jelah.” Mata dikalihkan pada lelaki itu.
“Aku tengok kau dan Ira macam dah kenal lama aje…” Irfan sedikit terkejut dengan soalan itu.
“Kau dengan Ira ada apa-apa ke?.” Soal Zuhairi.
“Atau Ira tu girlfriend kau?.” Risau andai Insyirah buah hati Irfan di luar pengetahuannya.
“Taklah…”
“Habis tu..?.”
“Memang kami saling mengenali dulu. Dia…er…ex- girlfriend aku…”
“Oh…macam tu.” Agak terkejut dengan pengakuan temannya itu.
“Kenapa berpisah?.” Semakin ingin tahu.
“Sebab keadaan…”
“Habis tu sekarang kau dah tak cintakan dia lagi?.” Soalan Zuhairi membuatkan Irfan tergamam.
“Ishh…banyak pulak soalan kau ni..!” Irfan mula rimas.
“Berterus-terang ajelah..bukan susah pun. Aku tengok kau selalu merenung dia …”
Irfan terdiam. Tak menduga Zuhairi memerhatikan tingkahnya. Dia malu sendiri.
“Atau kau masih cintakan dia?.”
“Hairi…aku ni bukan anak guam kau.. nak kena jawab semua soalan. Dahlah malas aku nak layan kau...” Dalihnya. Dia ingin lari dari soalan bertubi-tubi Zuhairi yang akan menjerat dirinya. Bimbang jika berterusan di situ segala cerita akan terbongkar nanti.
Zuhairi hanya memandang Irfan yang berlalu. Dia tahu temannya itu cuba mengelak. Dia dapat rasakan banyak persoalan yang kian terungkai.
GADIS itu sedang ralit menilik foto-foto menerusi kameranya. Khusyuk benar dengan minatnya yang satu itu. Tidak menyedari langsung akan kepulangannya. Irfan membuka butang kedua lengan kemejanya lalu dilipat. Langkah kakinya menghampiri adiknya di ruang tamu.
“Haaaah!!.” Sergahnya dari belakang.
Terkejut besar Qaleesha saat itu. Hampir terlepas kamera dari tangannya. Spontan dia memukul lengan abangnya yang mula duduk di sisi.
“Abang ni…suka sangat kejutkan Esha macam tu. Lama-lama Esha boleh sakit jantung tau...” Sambil menjeling geram abangnya. Irfan ketawa kecil.
“Esha tu yang asyik sangat dengan kamera tu. Sampai abang balik pun Esha tak sedar. Kalau abang tahu sampai macam ni, abang tak belikan Esha kamera tu..” Ujarnya sambil menyandarkan kepala di sofa.
“Alah…sorrylah…Tentu abang haus kan..Esha ambikkan abang air ok…” Sambil berlalu ke dapur. Qaleesha kembali bersama gelas berisi Jus Oren dan menghulurnya pada Irfan.
Dia menyambutnya lalu mula meneguk jus itu. Sejuk terasa tekaknya.
“Esha…abang ada berita gembira ni..” Sambil meletakkan gelas ke atas meja kaca di hadapan mereka.
“Apa dia bang? Abang nak kahwin ya..?” Telahnya sambil tersengih memandang Irfan.
“Bukanlah dik…Sebenarnya abang dah jumpa Kak Ira..”
Terlopong mulut Qaleesha. Matanya membulat. Terkejut. Bagai tak percaya. Gelihati Irfan melihatnya.
“Betul?!.” Inginkan kepastian.
“Betul..!”
“Abang tak main-mainkan Esha?!”
“Taklah dik…”
“Betul ni?!”
“Betul…Hujung minggu ni abang bawak Esha jumpa Kak Ira..” Janji Irfan.
Hati Qaleesha melonjak riang. Rindunya pada Kak Ira membuak-buak. Senyumannya kian melebar.
LANGKAHNYA merapati Insyirah di ruang rehat Asrama Dorm 3 itu. Gadis itu sedang leka membaca surat khabar.
“Assalamualaikum..” Ucapnya.
“Waalaikumussalam..” Jawab Insyirah sambil berpaling.
“Awak buat apa kat sini? Dari mana?.” Sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki itu di situ..
“Tadi jumpa Along. Sekarang nak jumpa awak…”
“Jumpa saya? Kenapa?.”
“Sebab rindu….” Wajah manis itu direnung. Insyirah mula rasa berdebar.
“Ira……” Irfan duduk di sisinya di sofa. Insyirah tergamam.
“Sebenarnya saya…..” Ayat itu tergantung.
Tubuh Irfan makin rapat. Tanpa diduga lelaki itu kian merapatkan wajah ke arahnya. Insyirah membatu. Dadanya berdegup kencang. Dia memejam mata. Hanya menunggu apa yang bakal terjadi. Tiba-tiba kedengaran ketawa kecil Irfan. Di buka matanya. Irfan sudah berdiri di hadapan sambil tersengih memandangnya. Insyirah menahan malu. Terasa panas wajahnya saat itu.
“Kenapa dengan awak ni Ira?.” Sambil menyengih lagi. Gelihati melihat tingkah Insyirah. Pasti gadis itu berfikir dia akan melakukan sesuatu tadi.
“Er…..saya tak apa-apa…” Geram. Irfan mempermainkannya. Nasib baik tak ada sesiapa di situ. Kalau tidak, malu besar dia dibuatnya.
“Er…ada apahal awak datang jumpa saya ni?..” Kembali menyoal Irfan.
“Along suruh panggilkan awak..”
“Kenapa?!” Bimbang.
“Entah…!” Balas Irfan sambil mengangkat bahu. Buat-buat tak tahu. Saja nak surprisekan gadis itu nanti. Dia tersenyum sambil menuruti langkah Insyirah yang mula berlalu keluar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment