SEGAK sungguh Aiman duduk di pelaminan bersama isterinya. Insyirah bersyukur akhirnya abang kesayangannya itu telah bertemu jodoh. Bertemu jodoh dengan rakan baiknya sendiri, Liyana. Sesungguhnya, jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Siapa menyangka jodoh berada di hadapan mata.
“Tahniah Along, Yana…!” Ucapnya sambil bersalaman dan mencium tangan Aiman. Dia turut memeluk mesra Liyana di sebelah.
“Terima kasih dik…” Balas Aiman sambil tersenyum.
“Ira…lepas ni kena panggil kakak ipar Ira ni Kak Yana, bukan Yana tau…” Ujar Aiman sambil menjeling isteri dan adiknya.
“Oklah Along…Ira ikut jelah cakap Along…Ya, Kak Yana….!” Ucapnya sambil menyengih pada Liyana.
“Isshh…Ira, aku rasa gelilah pulak kau panggil aku macam tu. Rasa macam tua pulak. Tak payahlah abang. Biar Ira panggil dengan nama saya dahlah…” Kata Liyana sambil disambut tawa Insyirah dan Aiman.
“Tahniah Along…Liyana. Selamat pengantin baru…!” Ucap Irfan yang baru tiba bersama Qaleesha. Pandangan mata Insyirah berlabuh pada lelaki itu. Irfan kelihatan tampan berbaju melayu dan bersongkok.
“Terima kasih Irfan.” Balas Aiman sambil bersalam dan memeluk lelaki itu. Liyana turut bersalam dengan Qaleesha.
Mata Irfan masih sempat mengerling pada wajah manis Insyirah. Sungguh anggun berbaju kurung moden berwarna biru lembut dan bertudung warna senada. Mereka berbalas senyuman saat mata gadis itu turut memandang ke arahnya. Masing-masing cuba bertenang melawan debaran di dada.
“Along, Esha nak ambik gambar boleh?” Soal Qaleesha.
“Eh..kenapa pulak tak boleh? Hari ni Along rela aje jadi model. Kata raja sehari, kan?” Usiknya disambut ketawa yang lain.
“Hah..Irfan dengan Ira, join sekali. Meh sini..!.” Ajak Aiman. Sambil menarik tangan keduanya ke sisi kanannya.
“Haa…ok. Kak Ira dengan abang rapat sikit..!” Arahnya. Saja ingin mengusik mereka. Irfan dan Insyirah pula hanya menurut sambil tersipu-sipu malu. Macam pengantin baru dah lagaknya. Qaleesha mengekek dalam hati.
MAJLIS perkahwinan yang diadakan di teratak Arwah Pak Zaman itu berjalan lancar dan penuh kemeriahan. Rumah itu kembali bercahaya dengan sinar kebahagiaan setelah sekian lama seakan suram. Ramai orang kampung datang membantu bagi melancarkan majlis kenduri itu. Pemandangan biasa setiap kali ada majlis perkahwinan berlangsung. Saling membantu bagai satu keluarga.
Ramai tetamu dah pun pulang sebaik selesai semua kerja. Insyirah ligat membersihkan pinggan mangkuk yang masih berbaki di bahagian luar dapur. Selesai melayan tetamu petang tadi, dia kembali membantu kerja-kerja di dapur.
“Nak saya tolong ke?” Tanya Irfan yang tiba-tiba muncul dari dalam rumah.
“Boleh jugak.. Nah, tolong bilaskan pinggan-pinggan yang dah saya cuci ni..” Arah Insyirah sambil bangun dan bergerak ke kiri sedikit. Memberi ruang kepada Irfan untuk duduk di tempat tadi.
Irfan mengambil tempat lalu memulakan tugasnya. Untuk beberapa ketika mereka tekun melakukan kerja. Tanpa suara. Terasa bosan pulak. Tiba-tiba idea nakal Irfan mula datang. Dia memercikkan sedikit air pada Insyirah yang ralit mencuci pinggan-mangkuk.
“Hey…janganlah main-main. Habis basah ni…Bilas jelah elok-elok…!” Omelnya sambil menjeling Irfan.
“Alah..dah memang basah kan. Apa salahnya basahkan lagi sampai kuyup…” Ujar Irfan lagi sambil mengulangi perbuatannya sebentar tadi berulang kali. Dia ketawa mendengar jeritan kecil Insyirah.
“Isshhh…dia ni. Nak kena ni. Nah ambik ni….!.” Giliran Insyirah pulak melemparkan buih sabun pencuci Sunlight pada muka lelaki itu.
“Adoiii…pedih mata ni weh…!” Irfan tidak menduga tindakan spontan gadis itu.
“Padan muka…!” Insyirah ketawa.
Irfan membilas mata yang pedih dengan air. Dia meraup wajah sambil memandang geram Insyirah yang tersengih memandangnya.
“Oh..main jahat ya? Nanti kejap….nah ambik ni..!” Irfan mula menyembur gadis itu dengan getah paip air berdekatannya.
“Hey…janganlah Irfan...habis basah saya ni..!.” Jerit Insyirah sambil cuba melarikan diri.
Lelaki itu makin galak mengejar sambil menyemburkan air paip itu lagi padanya. Dia ketawa melihat Insyirah yang beria-ia melarikan diri jauh darinya. Gadis itu menjelirkan lidahnya bila melihat Irfan tidak dapat menghampirinya lagi. Irfan tersengih memandangnya. Hampir basah lencun baju kurung yang dipakai oleh gadis itu gara-gara kenakalannya tadi.
“Aaaaaaaaaaaaaa……..!” Tiba-tiba Insyirah menjerit sambil melompat ke arahnya kembali.
“Kenapa?!” Tanya Irfan kehairanan.
“Ada katak melompat atas kaki saya tadi…eeeeii….!!” Irfan ketawa besar.
“Apsal yang awak gelak sangat ni? Kelakar sangat?!” Bentak Insyirah. Geram dengan reaksi lelaki itu.
“Yelah…awak tu takutkan katak sampai melompat. Saya tengok dah macam katak dah tadi…!” Jawabnya dalam tawa yang masih berbaki.
“Saya geli tahu tak..boleh rasa kaki katak yang duduk atas kaki saya tadi tu…eeeeiii.. geli..!” Siap dengan bahunya bergoyang menahan geli. Irfan ketawa lagi.
“Apalah awak ni Ira..semua benda pun geli. Padahal takut..cakap geli. Nak coverline konon.. cakap ajelah yang awak tu memang penakut…!” Usik Irfan lagi. Insyirah menampar lengan lelaki itu.
“Ini semua awak punya pasallah. Nak sangat kacau saya kan? Cakap nak tolong..tapi tengok ni..basah kuyup saya dibuatnya..awak ni jahatlah..isssshh...!” Insyirah mula muncung sambil menjeling tajam Irfan.
“Cakap saya pulak jahat…awak tu tak jahat? Siapa suruh simbah saya dengan air sabun? Kalau awak tak mula dulu, saya taklah usik awak sampai basah kuyup…!” Masih membela diri.
“Isssh sudahlah..malas saya nak layan awak. Awak tetap akan cakap awak tak bersalah kan?!”
Balas Insyirah. Dia mula menghabiskan bilasan pinggan yang ada tanpa mempedulikan Irfan.
“Ira..sorrylah. Yelah yelah salah saya tadi..janganlah marah. Saya gurau aje..!” Pujuk Irfan sambil membantu Insyirah mengangkat besen berisi pinggan ke dapur.
Sebaik selesai kerjanya di dapur, Insyirah mengatur langkah ke bilik tidurnya untuk mengambil tuala dan baju persalinan. Sejak siang tadi dia sibuk membantu menguruskan kenduri Along. Sebentar tadi pula bajunya lencun dek angkara Irfan. Dia turun semula ke bilik air untuk membersihkan diri. Badannya rasa melekit-lekit dan tidak selesa.
Baru sahaja kakinya ingin melangkah ke bilik mandi, tiba-tiba muncul Irfan dari dalam tandas di sebelah.
“Ira…saya mintak maaf pasal tadi ya..” Ucap Irfan perlahan sambil menjeling Insyirah.
“Mmm..tak ada apalah..saya nak mandi ni..” Balasnya sambil mula menapak.
“Oh nak mandi. Nak saya temankan ke?” Usiknya nakal sambil mengangkat-angkat kening.
Insyirah menjegilkan mata memandang Irfan. Nakal tak habis-habis. Irfan hanya tersengih. Suka benar dapat mengusik gadis itu.
Insyirah yang telah memboloskan diri ke dalam bilik mandi tersenyum sendiri mengingatkan kejadian tadi. Lagak mereka dah macam budak-budak. Malu rasa dengan tingkah sendiri. Aduhai. Dia sendiri tidak mengerti mengapa tingkahnya akan berubah tiap kali berdepan dengan Irfan. Walau kadang kala dia rimas dengan kenakalan lelaki itu, namun dalam masa yang sama ada bahagia yang menyaluti hatinya. Senyuman lebar kian terukir di bibirnya.
GADIS muda itu menyalami dan mencium tangan kasar lelaki di hadapannya sambil memeluknya. Senyuman lebar terukir di bibir keduanya.
“Abang apa khabar?”
“Abang sihat Anis.” Balas Zuhairi. Tangannya beralih memain peranan membantu menolak troli yang berisi beg-beg adiknya itu.
Sebaik saja sampai di tempat parkir kereta, Anis membantu abangnya memasukkan semua beg ke dalam bonet kereta.
“Abang! Kenapa Kak Zati tak ikut sekali?” Soal Anis sebaik saja mereka berada di dalam kereta.
“Kak Zati kurang sihat. Kena demam panas semalam. Abang dah bawak ke klinik. Abang suruh berehat kat rumah aje.” Jawab Zuhairi sambil memandu keluar dari kawasan lapangan terbang.
“Oh ye ke? Ke ada apa-apa Kak Zati tu?” Usik Anis sambil tersenyum memandang abangnya.
“Ada apa pulak? Apa maksud Anis ni?!” Soal Zuhairi kembali. Keningnya berkerut.
“Yelah..manalah tahu kan. Anis bakal jadi makcik..!” Zuhairi ketawa kecil.
“Bukan pasal tulah. Demam biasa aje. Kalau betul, abanglah yang paling gembira!” Ujar Zuhairi lagi sambil tersenyum lebar.
“Tak sabar rasa nak jumpa kakak ipar Anis tu.” Luah Anis.
Maklumlah pertama kali akan bertentang mata dengan kakak ipar sendiri. Ketika majlis perkahwinan abangnya berlangsung, dia tidak dapat pulang kerana terikat dengan minggu peperiksaan semesternya. Mereka hanya berbual dan berkenalan menerusi internet. Kecanggihan teknologi masa kini memudahkan segalanya. Keakraban terjalin walau terpisah oleh lautan yang terbentang luas. ALHAMDULILLAH…Anis merasakan kemesraan antara mereka bagai sudah terjalin sekian lama walau hakikat sebenar adalah sebaliknya.
Beberapa minit kemudian, kereta yang dipandu Zuhairi selamat memasuki perkarangan banglo mewah Puan Khadijah. Anis mempamerkan riak kekagumannya tatkala menjejakkan kaki ke banglo tersebut.
Puan Khadijah dan Izzati telah sedia menunggu di pintu utama dengan senyuman terukir di bibir. Zuhairi dan Anis menghampiri mereka. Anis menghulurkan tangan menyalami dan mencium tangan keduanya.
“Wah, nampak kat depan mata lagi cantik Anis ni ya?” Usik Izzati sambil memandang Anis.
“Isshh…ada-ada ajelah Kak Zati ni. Mana ada. Kalau akak tu lainlah..memang sangat-sangat cantik!” Puji Anis pula.
“Orang cakap dia. Dia cakap kita pulak.” Zuhairi tersengih melihat kemesraan mereka.
“Abang cakap akak demam. Dah ok ke?” Soal Anis sambil memandang ke arah kakak iparnya.
“Demam sikit aje Anis. Tapi risau abang Hairi tu macam teruk sangat demam akak ni.” Jelas Izzati sambil menjeling suaminya. Dia memang beria-ia ingin menemani Zuhairi menjemput Anis tapi dilarang suaminya itu. Dengan alasan, dia belum sihat sepenuhnya lagi.
“Dahlah tu. Takkan nak berborak kat muka pintu aje. Jom kita masuk Anis.” Ajak Puan Khadijah. Izzati menarik tangan Anis sambil beriringan masuk.
Sebaik saja masing-masing melabuhkan punggung di ruang tamu banglo tersebut, kelihatan pembantu rumah yang dikenali sebagai Mak Jah menghidangkan jus oren di atas meja.
“Jemput minum Anis. Jangan malu-malu. Kita kan dah jadi satu keluarga.” Sambil menghulurkan segelas Jus Oren kepada Anis.
“Terima kasih Auntie.” Ucap Anis sambil menyambut huluran gelas tersebut.
“Kenapa pulak panggil auntie? Panggil Mama aje. Macam abang Hairi tu. Mama abang Hairi, Mama Anis jugak kan?” Kata Izzati sambil menjeling sekilas ke arah Zuhairi.
“Aa ar betul tu. Anis panggil Mama ya!” Pinta Puan Khadijah pula.
“Er…baiklah Mama.” Balas Anis sambil tersenyum.
Hatinya berbunga dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh keluarga mertua abangnya itu. Terasa bagai sebuah keluarga bahagia telah kembali melingkari hidupnya selepas pemergian kedua orang tua mereka.
“ASSALAMUALAIKUM!”
“Mak Ngah! Oh Mak Ngah!” Jerit Irfan dari luar pintu yang terbuka.
Kelihatan Mak Jah terkocoh-kocoh keluar menghampiri muka pintu.
“Waalaikumussalam. Eh Irfan!” Jawab Mak Jah sebaik melihat kelibat pemuda itu di situ sambil melemparkan senyuman.
“Mak Jah, Mak Ngah mana?” Sambil menyalami tangan tua itu.
“Ada kat belakang Irfan. Pergilah cari dia kat situ.”
“Oh..ok. Terima kasih Mak Jah. Saya ke belakang dulu ya.”
“Haa..yelah.” Jawab Mak Jah ringkas.
Irfan mengatur langkah ke arah taman di halaman belakang banglo mewah itu. Matanya tertancap pada seorang gadis muda bertudung hijau pucuk pisang di sebelah Puan Khadijah. Siapa pulak?
“Assalamualaikum Mak Ngah!” Ucapnya sebaik sahaja menghampiri halaman itu. Tangannya pantas menyalami dan mencium tangan ibu saudaranya itu.
“Waalaikumussalam Irfan. Dari mana ni? Tak kerja ke hari ni?” Soal Puan Khadijah.
“Saya baru balik dari Kuantan Mak Ngah. Saja singgah dulu kat sini sebelum balik rumah. Ni saya bawakkan buku yang Mak Ngah nak hari tu. Nasib baik masih ada stok kat kedai di Kuantan tu.” Jelasnya sambil menghulurkan plastik berisi dua buah buku agama kepada Mak Ngah Deejah.
“Oh ye ke? Alhamdulillah. Ada lagi rezeki Mak Ngah nak baca buku ni.” Senyuman terukir di bibirnya.
“Oh ya. Mak Ngah kenalkan. Ni Anis, adik kepada Zuhairi.” Irfan memandang ke arah gadis muda itu dengan dahi berkerut. Adik Zuhairi? Anis? Mindanya mencongak-congak nama itu. Seperti pernah didengar.
“Apa khabar abang Irfan? Takkan dah lupakan Anis kot?” Ucap Anis sambil melemparkan senyuman pada pemuda kacak di hadapannya itu. Seketika kemudian pemuda itu turut mengukir senyuman lebar.
“Laa… Anis ke? Issh..dah lain sangat rupanya. Macamana abang nak cam. Patutlah tadi abang rasa macam kenal!” Ujar Irfan. Ketawa kecil kedengaran dari mulutnya.
“Irfan kenal ke?” Soal Puan Khadijah.
“Memanglah kenal Mak Ngah. Saya kan rapat dengan abang dia masa kat Kolej dulu. Selalu jugak ke rumah dia. Selepas keluarga dia berpindah, terus kami terputus hubungan.” Jelas Irfan.
“Oh ,macam tu rupanya.”
“Irfan duduklah dulu berbual dengan Anis. Mak Ngah buatkan air ya.” Sambil berlalu ke dalam rumah.
Irfan melabuhkan punggung di kerusi kayu di hadapan Anis.
“Anis further study kat Universiti mana kat UK tu? Ambik course apa?” Irfan kembali menyambung perbualan.
“Kat University of Leeds, ambik degree Biological Science.”
“Oh..berapa tahun ya?”
“Dalam empat tahun. Anis balik ni pun sebab cuti semester. Sekejap aje. Nak sangat jumpa dengan kakak ipar Anis. Tu yang balik jugak.” Irfan mengangguk.
“Abang pulak macamana? Dah kahwin ke belum?” Soal Anis. Matanya tertancap pada wajah tampan dan tenang itu.
“Belum lagi. Abang tunggu Anislah!” Usiknya sambil tersengih memandang Anis.
“Yelah tu. Entah-entah dah ada makwe tapi tak nak cakap…!” Terjah Anis pula.
“Orang macam abang ni siapalah yang nak Anis….”
“Muka handsome pun tak ada orang nak ke? Boleh percaya ke ni?”
“Handsome ke? Abang tak perasanlah pulak.” Ujar Irfan sambil mengangkat kening.
“Adoiii…riaklah pulak. Anis tarik baliklah kata-kata Anis tadi tu!” Irfan ketawa kecil. Anis pun turut ketawa.
“Amboi…apa yang dibualkan ni? Sampai ke dalam Mak Ngah dengar ketawa tadi.” Tegur Puan Khadijah yang muncul bersama dulang berisi minuman.
“Tak ada apalah Mak Ngah. Bual kosong aje. Dah lama sangat tak mengusik si Anis ni.” Balas Irfan sambil tersenyum memandang ibu saudaranya itu.
“Jemputlah minum Irfan. Kau ni dah makan ke belum? Kalau belum boleh Mak Ngah siapkan makan.”
“Saya dah makan tadi Mak Ngah.” Irfan meneguk air Teh O perlahan.
“Bila abang Irfan nak belanja Anis makan ni? Abang dah lupa ke, dulu abang pernah cakap nak belanja Anis makan kalau Anis berjaya dalam SPM.” Tutur Anis.
“Ye ke? Abang ada janji ke? Tapi tu dah lama sangat. Mana aci!”
“Amboi kedekut betullah abang Irfan ni. Habis tu dah lama sangat kita tak jumpa, macamana Anis nak tahu abang kat mana..”
“Nantilah abang fikirkan semula.” Balas Irfan selamba. Anis mencebik. Irfan tersengih.
“Abang gurau ajelah. Insya-ALLAH ada masa nanti abang belanja Anis makan ya.”
“Jangan lambat sangat abang. Cuti Anis sekejap aje ni. Jangan sampai Anis kempunan nak tunggu abang belanja.”
“Oklah..Insya-ALLAH.”
Puan Khadijah hanya diam memerhati gelagat keduanya. Rapat sangatkah hubungan mereka? Nampak mesra semacam aje. Bisik hatinya.
No comments:
Post a Comment