JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, August 26, 2011

BAB 33 ~ KAU TERCIPTA UNTUKKU


PETANG terakhir di Tanjung Belikat. Tangan mereka bertaut erat sambil menyusuri pesisir pantai.

“Sayang…”

“Hmm…”

“Sayang seronok tak datang sini?”

“Ira seronok sangat. Terima kasih abang sebab bawak Ira ke sini. Inilah pertama kali Ira menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi ni. Cantik sangat-sangat tempat ni.” Ucapnya jujur sambil tersenyum manis.

“Sama-sama. Abang pun seronok. Lebih-lebih lagi dapat bersama dengan isteri abang ni.” Sambil mencuit mesra hidung Insyirah.

“Lain kali boleh tak kita datang lagi? Bawak Esha sekali. Mesti best.”

“Tak nak.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab mesti sayang tak pedulikan abang nanti.”

“Isshhh…kenapa pulak Ira nak buat macam tu?”

“Yelah..sayang tu kalau dapat bersama dengan adik ipar kesayangan sayang tu, suami sendiri pun sayang boleh lupa…” Tutur Irfan mengundang tawa Insyirah. Berdekah-dekah tawanya.

“Amboi…bukan main lagi ketawa. Gelihati sangat ke?!” Bentak Irfan.

“Yelah…mana Ira tak gelak, dengan adik sendiri pun abang nak cemburu. Kelakar betullah abang ni..!”

“Taklah cemburu..jealous aje..” Jawabnya selamba.

Ketawa Insyirah meledak lagi.

“Bukan ke sama aje maksudnya tu bang?” Soal Insyirah.

“Mana ada sama. Lain ejaannya tu. Bunyi pun lain. Satu dalam Bahasa Melayu. Satu lagi Bahasa Inggeris. Kan tak sama.” Kening Irfan sedikit terangkat.

“Dahlah abang. Tak payah nak loyar buruk. Tak kuasa dah Ira nak layan.”

Senyuman Irfan makin melebar. Saja ingin terus mengusik isterinya itu.

“Amboi..sejak bila pulak dah malas nak layan abang ni. Tak baik tau derhaka pada suami. Berdosa besar.”

“Apa pulak abang melalut sampai ke situ? Issh.. malaslah nak layan abang ni.” Kakinya mula menapak meninggalkan Irfan. Terus menyusuri pasir pantai yang putih.

Irfan menuruti langkah Insyirah.

“Sayang…sorrylah. Abang gurau aje. Takkan tu pun nak merajuk.” Sambil menarik tangan Insyirah dan menggenggamnya kembali.

“Mana ada Ira merajuk. Cuma geram aje sikit.”

“Geram? Geram tang mana tu?”

“Abang…! Tengok tu nak mula lagi..”

“Ooops…sorry sorry…!” Kata Irfan sambil merapatkan kedua telapak tangannya. Dia kembali menggenggam erat tangan Insyirah sambil merenung mata redup itu.

Insyirah turut merenung wajah tampan itu. Emosinya tiba-tiba berubah.

“Abang…boleh tak abang berjanji dengan Ira?” Irfan memandang wajah serius isterinya.

“Eh..janji apa pulak ni. Buat suspen aje…”

“Abang takkan tinggalkan Ira…” Irfan sedikit tergamam dengan kata-kata isterinya itu.

“Eh..kenapa sayang cakap macam tu? Abang takkan sesekali tinggalkan sayang. Tak tahulah kalau sayang yang nak tinggalkan abang….”

“Abang…Ira takkan tinggalkan abang. Sebab kedudukan seorang isteri hanyalah di sisi suaminya. Walau baik atau buruk, kena terima seadanya.” Insyirah sendiri tidak mengerti kenapa kata-kata itu yang keluar dari bibirnya.

Kebelakangan ini dia menjadi sangat-sangat sensitif dengan setiap gurauan Irfan. Entahlah.

“Sayang..kenapa ni?” Soal Irfan bila melihat air muka Insyirah berubah.

“Ira mintak maaf kalau Ira selalu buat abang rimas dengan sikap Ira yang kuat merajuk. Jadi terlalu sensitif…” Matanya mula terasa panas. Ada air yang mula bertakung di kolam matanya saat itu.

“Sayang..sayang kan isteri abang. Abang sudah terima diri sayang seadanya. Abang tak pernah anggap sayang macam tu. Percayalah..” Ucapnya lembut.

“Terima kasih abang…” Air jernih sudah mula mengalir ke pipinya.

“Isshh…kenapa nangis pulak ni?” Pujuknya sambil menyapu air mata di pipi mulus itu.

“Dah dah…jangan nangis lagi. Nanti orang ingat abang dera isteri pulak..” Kata-kata itu mengundang tawa kecil Insyirah sambil menyapu sisa air mata di pipi.

“Haa…macam tulah. Senyum ok..”

“Dah, jom kita balik ke Villa.” Sambungnya sambil menarik tangan Insyirah. Namun badan Insyirah masih kaku di situ.

“Sayang..jomlah. Ke nak suruh abang dukung sayang?” Ujarnya sambil membongkokkan sedikit badannya ke arah Insyirah.

“Abang….!” Irfan kembali berdiri sambil tersenyum nakal.

“Orang pandang tu…!” Malu dengan tingkah suaminya sebentar tadi. Ada yang memandang mereka sambil tersenyum-senyum.

“Biarlah diorang pandang. Nanti abang cakaplah, sayang ni isteri abang..!” Insyirah mengetap bibir sambil memandang Irfan. Irfan hanya menyengih.

“Ah..malaslah nak layan abang….!” Insyirah mula berlari anak menuju ke Villa.

“Sayang… tunggu abang…!” Sambil menyaingi langkah Insyirah.

Dia mencapai jemari isterinya lalu digenggam erat. Mereka beriringan sambil sesekali Irfan mengusik dan menarik Insyirah ke arah ombak yang sedang memukul pantai. Kedengaran jeritan kecil dari bibir mungil itu setiap kali diusik suaminya.


BERITA kehamilan Insyirah tentunya amat mengujakan Irfan. Walaupun usia perkahwinan mereka masih muda, namun mereka bersyukur dengan rezeki yang dberikan ALLAH. Insiden di Pulau Langkawi menggamit ingatan Irfan. Saat itu Insyirah telah menunjukkan tanda-tanda kehamilannya. Namun kejahilan diri sendiri membuatkan dia tidak memandang serius akan perkara itu.

“Sayang suka anak perempuan ke lelaki?” Irfan memeluk Insyirah dari belakang sambil mengusap lembut perut isterinya itu.

“Ira tak kisah pun. Janji dia sihat dan dilahirkan sempurna. Ira bersyukur saja.”

“Sayang nak letak nama apa bila anak kita lahir nanti ya…?” Soal Irfan lagi.

“Apalah abang ni. Kandungan Ira ni baru sebulan lebih. Lambat lagilah baby ni nak keluar.” Ucap Insyirah sambil memegang tangan suaminya.

“Tak apalah kita rancang dulu. Nanti dah lahir senang. Dah siapkan nama.” Ulas Irfan lagi.

“Tak naklah. Ira nak tunggu usia kandungan ni lima bulan baru nak fikirkan nama-nama yang sesuai.” Ucap Insyirah sambil menjeling suaminya.

“Oklah abang ikut kata sayang. Kita tunggulah ya…” Kata Irfan sambil mencium mesra pipi Insyirah. Bersetuju saja. Bimbang rajuk isterinya timbul pula hanya kerana hal remeh itu.

Mereka mengharapkan kebahagiaan akan bertambah dengan kelahiran cahaya mata itu nanti. Itulah doa mereka. Insya-ALLAH.


INSYIRAH terjaga dari lena. Tidak kelihatan kelibat suaminya di situ. Insyirah yang mengalami alahan yang agak teruk pada awal kehamilannya kelihatan sedikit pucat. Badannya terasa sangat lemah. Namun digagahinya jua untuk bangun. Insyirah mengatur langkah perlahan ke tandas.

Selesai membersihkan diri, dia mula melangkah keluar menuju ke ruang bilik tidur. Malangnya langkahan itu tersadung sebelum sempat Insyirah memboloskan dirinya dari tandas. Badannya yang sedia lemah itu tidak dapat bertahan. Dia jatuh terduduk di lantai. Saat itu juga dia mula merasakan kesakitan pada bahagian pinggang dan punggungnya. Kesakitan itu semakin menjalar ke bahagian perutnya hingga ke bawah. Dia mula panik bila melihat ada darah pekat mengalir di celahan kakinya.

“Abaaaaaaaaang………....!!” Jeritan nyaring Insyirah mengejutkan Irfan yang berada di tingkat bawah. Dia meluru ke bilik. Buntang matanya melihat keadaan isterinya itu.

“YA ALLAH sayang………!!” Sambil meluru ke arah Insyirah.

“Abaaaang……sakit baaaang……..!!” Rintihnya sambil memaut kuat lengan Irfan di sisi.

Tangisan Insyirah membuatkan Irfan sedikit panik. Dalam kekalutan itu, Irfan mencempung tubuh isterinya ke kereta dan meluncur laju menuju hospital.


IRFAN asyik mundar-mandir melawan keresahan hatinya. Dia berdoa agar isteri dan kandungannya selamat. Seorang doktor muda keluar dari bilik kecemasan.

“Doktor, bagaimana keadaan isteri saya?” Sambil memandang wajah doktor muda itu.

“Isteri encik ok…tapi kandungannya tak dapat diselamatkan…”

“Maksud doktor….”

“Isteri encik keguguran…” Ujarnya lagi.

Kata-kata doktor muda itu menyentap hati Irfan. Dia meraup muka. Dalam masa yang sama dia bersyukur Insyirah selamat.

Irfan memasuki bilik wad. Dia menghampiri Insyirah di katil. Dia menyentuh lembut bahu isterinya itu. Insyirah memalingkan muka memandang suaminya. Wajah itu sudah basah dengan air mata. Irfan duduk di sisi katil sambil mengesat air mata Insyirah.

“Sayang……” Lembut suaranya.

“Anak kita bang….anak kita….” Perlahan tutur kata Insyirah sambil memandang sayu wajah Irfan. Sejurus itu juga dia memeluk erat tubuh suaminya itu. Tangisan berlagu lagi.

Irfan membalas pelukan itu sambil mencium mesra dahi isterinya itu. Dia cuba memahami kesedihan yang menguasai Insyirah kini. Begitulah juga yang dia rasakan.


KEMURAMAN yang melanda Insyirah sejak keguguran sebulan lalu sedikit mengusarkan hati Irfan. Sepatah ditanya, sepatahlah jawapan yang keluar dari bibir itu. Dia rindukan keletah manja isterinya itu. Yang menceriakan hari-harinya.

“Sayang….” Ucap Irfan sebaik melihat kelibat isterinya yang sedang melipat pakaian di bilik tidur mereka.

“Ya…abang…” Jawab Insyirah pendek sambil memandang sekilas Irfan di sisinya.

“Abang tengok sayang tak banyak cakap sejak kebelakangan ni. Sayang marahkan abang ke?” Soalan suaminya itu membuatkan Insyirah tergamam.

“Kalau abang ada buat salah, abang mintak maaf sangat-sangat. Tolong maafkan abang ya?” Ucap Irfan perlahan. Insyirah mula dipagut rasa bersalah. Matanya mula terasa panas. Pantas tangannya mencapai tangan Irfan lalu menciumnya.

“Abang…Ira mintak maaf sangat-sangat sebab dah musnahkan harapan abang. Abang tentu sedih bila Ira keguguran kan..?” Sedu-sedan Insyirah mula berlagu. Irfan menarik Insyirah ke dalam pelukannya.

“Sayang…kenapa nak mintak maaf? Itu semua takdir. Bukan salah sayang. Jangan salahkan diri. Belum ada rezeki lagi kita nak dapat cahaya mata. Jangan layan sangat perasaan sedih tu. Abang tak sukalah tengok sayang macam ni..” Kata Irfan sambil menyapu air mata isterinya itu. Dia kembali memeluk erat Insyirah. Untuk beberapa ketika mereka berkeadaan begitu.

“Abang..Ira mintak maaf sebab dah buat abang susah hati. Ampunkan Ira, ya.. ” Ucap Insyirah bila perasaan sedihnya mula reda.

“Susah sikitlah abang nak terima maaf sayang tu….” Ujar Irfan sambil mengerutkan keningnya. Dahi Insyirah berkerut.

“Abang…Ira mengaku Ira dah berdosa pada abang. Ira betul-betul menyesal atas sikap Ira terhadap abang kebelakangan ni. Tolong maafkan Ira bang! Tolong bang!” Rayu Insyirah. Terkejut mendengar kata-kata Irfan sebentar tadi. Adakah suaminya itu benar-benar marah dengan tingkahnya? Bisik hatinya.

Riak sedih wajah Insyirah kembali terpamer di ruang mata Irfan. Kasihan pulak dia melihatnya.

“Abang akan terima maaf sayang kalau sayang sanggup buat sesuatu untuk abang…” Beria-ia butir kata Irfan.

“Haah..sesuatu? Maksud abang?” Insyirah mula berdebar-debar. Irfan mula tersenyum nakal memandangnya.

“Abang…..!” Insyirah mengangkat kening sambil mencubit geram lengan suaminya.

“Adooiiii….!!” Menjerit Irfan kesakitan sambil menggosok lengannya yang pedih.

“Padan muka….!” Balas Insyirah sambil mencebik. Irfan ketawa kecil.

“Maksud abang, abang nak sayang buatkan karipap untuk abang. Itu aje. Dah lama abang tak makan karipap yang sayang buat. Boleh?!” Ujar Irfan sambil kembali tersengih memandang isterinya.

“Kalau pasal tu..no problem…boleh saja..” Jawab Insyirah sambil tersenyum.
Gembira Irfan melihat senyuman yang terukir kembali di bibir itu.

“Sayang…” Kata Irfan sambil memeluk bahu isterinya.

“Hmmm…”

“Sayang janji dengan abang, jangan sedih lagi ya…”

“Ira janji abang. Ira takkan ikut perasaan dan sedih-sedih lagi…” Sambil mengangkat tangannya lagak berikrar di depan suaminya itu.

Irfan ketawa kecil melihat aksi Insyirah. Dia merangkul erat tubuh kecil itu. Dia inginkan bahagia itu berpanjangan.


No comments:

Related Posts with Thumbnails