JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, August 6, 2011

BAB 25 ~ KAU TERCIPTA UNTUKKU



ZUHAIRI merenung wajah Insyirah yang muram. Entah apa yang melingkari pemikiran gadis itu.


“Ira….” Matanya tertancap pada gadis itu. Tidak berjawab.

“Ira…!” Sambil menepuk perlahan bahu gadis itu. Sedikit tersentak Insyirah saat disapa Zuhairi.

“Er…ya..!” Insyirah bersuara sambil memandang Zuhairi di sebelahnya.

“Kenapa ni? Mengelamun ya…”

“Taklah…mana ada…!” Masih menafikan. Dia kembali menyambung kerjanya. Menyiapkan barang hantaran perkahwinan Zuhairi.

“Tak payahlah tunjuk muka monyok. Nanti hilang seri majlis perkahwinan saya ni. Cuba senyum sikit…” Usik Zuhairi.

Insyirah cuba melemparkan senyuman padanya. Namun senyuman itu sangat hambar pada pandangan mata Zuhairi.

“Ira ada masalah ke?” Soal lelaki itu lagi.

“Tak ada apa-apalah Hairi. Saya ok aje…” Hakikatnya hatinya sakit mengenangkan pertemuan dengan Irfan semalam.

“Betul ni?”

“Betul…saya ok..”

“Kalau betul tak apalah. Awak tu nak jadi pengapit. Jangan tunjuk muka macam tu masa majlis nanti dahlah...” Omel Zuhairi.

“Siapa jadi pengapit awak Hairi?” Soal Insyirah. Saat itu baru terdetik di hatinya ingin bertanya tentang hal itu. Zuhairi tidak pernah menyebut tentang siapakah gerangan pengapitnya.

“Siapa lagi…buah hati Iralah..!” Insyirah mengerut kening sambil memandang lelaki itu.

“Haah..buah hati saya? Apa awak merepek ni Hairi? Saya mana ada buah hati. Pandai-pandai aje.”

“Mana ada saya merepek. Irfan tu bukan buah hati awak ke?” Kata Zuhairi sambil tersengih.

“Haah…Irfan? Irfan pengapit awak?!” Terkejut.

“Ya. Kenapa? Tak percaya?!”

Alamak. Dia ke pengapit Hairi? Aduh…tak kuasa aku nak mengadap muka dia lagi. Hatinya sakit bila mengenangkan kata-kata yang dilafazkan oleh lelaki itu tempohari.

“Kenapa awak diam? Betul kan?” Usik Zuhairi lagi. Tidak mengetahui apa yang telah berlaku di antara Insyirah dan Irfan.

“Apa pulak yang betul?”

“Irfan tu buah hati awaklah?”

“Bukanlah. Dahlah malas saya nak layan awak!” Balas Insyirah sambil mengangkat punggung berlalu ke dapur. Dia ingin lari dari terus-terusan diterjah oleh Zuhairi.

Zuhairi memandang sambil tersenyum. Irfan dan Insyirah memang masih saling mencintai. Dia yakin akan itu dan mengharapkan hubungan cinta mereka akan kembali berputik.


IRFAN mengiringi langkah Zuhairi masuk ke dalam masjid. Debar di hatinya kian hebat. Dia jadi serba tak kena. Rasa sesal sesekali menerpa hatinya. Menyesal kerana melepaskan Insyirah kepada orang lain. Namun, semuanya sudah terlambat. Realiti perlu diterima meskipun amat perit.

Irfan duduk di belakang Zuhairi. Menanti kedatangan bakal isteri temannya itu. Dirasakan makin tidak betah duduk di situ. Saat bertemu Insyirah tempohari, bukan main lagi dia memberi amanat pada gadis itu. Tidak mahu dilihat lemah. Tapi kini dirasakan seluruh urat sarafnya lemah dan tidak mampu berfungsi. Membeku.

Dia menundukkan wajah dan memejam rapat matanya. YA ALLAH..aku tak kuat untuk lalui saat ini. Hatinya merintih pilu. Ingin rasa dia mengangkat punggung dan berlalu dari situ. Tapi realitinya jasad itu tetap tidak berganjak. Terpaku di situ.

“Aku terima nikahnya Izzati binti Abdul Rahman dengan mas kahwinnya……….” Suara Zuhairi bergema di gegendang telinganya. Sangat jelas.

Irfan tergamam saat mendengar nama yang baru disebut oleh teman baiknya itu. Hah! Izzati? Bukan Insyirah? Dia membuka mata dan beralih ke sudut di mana keluarga pengantin perempuan berada. Bulat matanya melihat Izzati dengan persalinan pernikahan berwarna cream sedang duduk bertimpuh ayu. Kelihatan Mak Ngah Deejah dan Qaleesha turut berada di situ. Dia meraup muka. YA ALLAH. Aku telah tersilap menelah keadaan. Ira! Jerit hatinya.

Matanya tertancap pada wajah ayu Insyirah yang berkurung putih dan bertudung warna sedondon. Bak pengantin. Cantik sungguh.


USAI upacara membatalkan air sembahyang dengan tersarungnya cincin di jari masing-masing, sahlah Izzati menjadi isteri kepada Zuhairi.


Irfan menghampiri Zuhairi dan Izzati. Kelihatan Insyirah dan Qaleesha turut berada di sisi Izzati.

“Apalah kau ni Hairi…Kahwin dengan adik sepupu aku sendiri pun berahsia sampai macam ni sekali. Izzati pun bersubahat sama. Adoii….!” Ujar Irfan. Cuak dipermainkan.

“Baru suspen sikit kan? Rilekslah….!” Sambil menepuk-nepuk bahu Irfan.

“Pandai korang ya…bercinta sembunyi-sembunyi. Sejak bila korang bercinta ni?” Soal Irfan ingin mengorek rahsia. Tidak menyangka mereka rapat dalam diam.

“Sebenarnya cinta kami berputik masa kita bercuti dekat Pulau Perhentian hari tu. Masa kat sana, kau bukan nak layan aku pun. Asyik nak menghimpit si Ira ni je. Mana boleh. Aku pun perlukan teman jugak. Nasib baik ada si Zati ni temankan aku. Kami selalu berbual. Tak sangka pulak lama-lama aku rasa selesa dengan dia. Ada chemistry kata orang.” Ucap Zuhairi sambil menggenggam erat tangan isterinya.

“Haa..jadi abang Hairi dan Kak Zati kenalah berterima kasih pada Esha…kan?.” Celah Qaleesha sambil tersenyum.

“Aa ar yelah…terima kasih Esha sebab ajak kami pergi sana….” Kata Zuhairi.

“Sama-sama….” Sambil menyengih. Mereka tertawa kecil.

“Tak sangka kau dulu kahwin. Dah pun bertukar status. Aku jugak yang masih bujang trang tang tang..” Sambung Irfan lagi.

“Dah sampai seru katakan. Kau pun cepat-cepatlah kahwin. Kau tu pun bukannya muda lagi.” Usik Zuhairi. Izzati di sebelah ketawa kecil.

“Siapalah yang nakkan aku ni Hairi….” Mendatar suara Irfan. Dia menjeling Insyirah yang diam sejak tadi.

Zuhairi menarik tangan Irfan ke satu sudut.

“Kau tu yang jual mahal. Tu Ira tu ada. Jangan tunggu lama-lama kawan, nanti kau yang melepas…” Bisiknya sambil memeluk bahu Irfan. Bukan dia tidak tahu apa terbuku di hati lelaki itu.

“Hairi, aku betul-betul ingatkan kau nak kahwin dengan Ira. Tup-tup dengan Izzati pulak. Kau saja main-mainkan perasaan Ira ya..!” Bentaknya sambil menjeling tajam Zuhairi.

“Isshh mana ada. Aku mengaku memang aku sukakan dia tapi dia tak pernah layan aku lebih dari seorang kawan. Dia tak pernah beri peluang untuk aku singgah di hati dia, Irfan.” Jelas Zuhairi.

“Aku tahu Ira tak pernah berhenti cintakan kau. Walaupun dia tak pernah mengaku tapi aku tahu hanya nama kau yang terpahat dalam hati dia. Kau masih ada peluang kawan. Aku harap kau akan berjaya memikat hati dia kembali.” Irfan tersenyum mendengar kata-kata rakan baiknya itu.

“Betul ke apa yang kau cakap ni, Hairi?” Soal Irfan. Matanya memandang tepat ke arah sahabatnya itu.

“Betullah. Apa pulak tak betulnya..”

“Semoga berjaya ya!” Ucapnya sambil menepuk-nepuk bahu Irfan lagi. Zuhairi kembali menghampiri isterinya. Diikuti oleh Irfan.

“Amboi sampai ke sana borak. Ada apa-apa rahsia ke?” Ujar Izzati sambil memandang suaminya.

“Rahsia orang lelaki. Abang turunkan ilmu kat Irfan ni. Biar cepat sikit kahwin.” Balas Zuhairi.

“Macamana nak kahwin bang, kalau orang yang dia nak tu tak layan dia…!” Usik Izzati. Disambut tawa suaminya. Insyirah tergamam.

Irfan merenung Insyirah sambil tersengih. Insyirah memalingkan mukanya. Pertemuan tempohari masih segar di ingatan Insyirah. Berbaur lagi rasa kecewa dan kesal terhadap sikap lelaki itu. Namun Irfan berlagak biasa. Bagai tiada apa yang telah berlaku.


ZUHAIRI, si peguam muda yang banyak menyedarkan Izzati tentang kesilapannya mencerna hidup. Dia sedar tidak seharusnya bertindak di luar kawalan gara-gara ingin memenuhi impian sendiri. Dia bersyukur masih diberi peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Biarpun akan memakan masa dia tetap berusaha meyakinkan diri sendiri dan mereka yang pernah dia sakiti. Bahawa dia benar-benar menyesali akan silapnya dulu.

Zuhairi menjadi teman pendengar luahan hatinya. Sesungguhnya Izzati bersyukur masih ada yang sudi berkongsi rasa yang bergumpal di hatinya. Sikap pemuda itu sangat mengharukannya. Dia mulai sedar hakikat sebenar kehidupan yang perlu dia terima. Setiap apa yang dia cintai, tidak semestinya akan dimiliki. Sebaliknya dia harus lebih menghargai mereka yang berada di sekelilingnya. Belajar menerima hakikat Qada dan Qadar Tuhan dengan fikiran waras dan terbuka. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Zuhairi juga telah membuka pintu hatinya untuk cuba menerima insan lain selain dari Irfan. Izzati sedar Irfan tidak akan mampu dimiliki sebagai kekasih ataupun suami tetapi tetap hanya sebagai abang sepupunya.

Keputusan Izzati untuk menerima Zuhairi dalam hidup dilakukan dengan waras. Tanpa didorong apa-apa rasa dendam atau benci. Dia benar-benar jatuh cinta dengan keikhlasan dan ketulusan lelaki itu menerima diri seadanya. Mungkin kekecewaan sama yang dialami membuatkan keserasian tercipta antara mereka. Akhirnya termeterailah janji mereka dengan perkahwinan ini.


MAJLIS kenduri sedang berlangsung di banglo mewah Puan Khadijah. Meriah meraikan perkahwinan anak tunggalnya. Tidak menang tangan dia melayan tetamu. Mujurlah ada Irfan, Insyirah, Qaleesha dan Aiman membantu. Puan Khadijah bersyukur mereka tidak pernah menyimpan dendam padanya dan Izzati. Terutamanya Insyirah yang sudi memaafkan mereka anak beranak. Syukur YA ALLAH. Para tamu dihidangkan dengan Nasi Beriani, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Ayam Kari, Daging Masak Beriani Dalca, Daging Gulai Kawah, Acar, Sambal dan Ulam serta buah-buahan dari Suria Catering. Beberapa canopy dipasang di luar kawasan berhadapan banglo mewah itu.

Pasangan pengantin mengenakan baju berwarna gold dengan lace mewah dan bermutu tinggi untuk upacara persandingan. Dipadankan dengan pelamin warna senada dan putih. Sungguh indah dan kelihatan glam.

“Abang Irfan…Kak Ira meh sini, kita bergambar!” Laung Qaleesha sebaik ternampak kelibat mereka.

Meskipun sudah ada jurugambar khas, namun Qaleesha tetap teruja untuk merakamkan hari bersejarah itu. Nak mempertajamkan skill katanya.

Irfan dan Insyirah menyertai Izzati dan Zuhairi di atas pelamin nan indah itu. Pasangan pengantin dan pengapit yang cukup secocok. Berkelip-kelip flash kamera merakamkan aksi mereka.

“Sekarang…Kak Ira dengan Abang Irfan berdua pulak…!” Arah Qaleesha tanpa segan silu.

Tergamam mereka berdua yang baru ingin melangkah turun dari pelamin. Izzati dan Zuhairi telah beralih ke ruang kamar untuk sesi fotografi seterusnya.

“Cepatlah abang…akak. Poselah elok-elok. Berdiri rapat sikit…!” Pinta Qaleesha. Disambut senyuman oleh tetamu yang memerhati.

“Esha…tak payahlah dik…” Gesa Insyirah. Dia mula cuak berada bersama Irfan di situ bersaksikan sorotan banyak mata.

“Kenapa Ira? Tak sudi ke bergambar dengan saya?” Insyirah menjeling Irfan di sisi. Lelaki itu menyengih.

Irfan yang seakan gembira dengan momen itu mula merapati Insyirah. Insyirah membatu. Dada lelaki itu begitu rapat di belakangnya. Dengan selamba, Irfan merapatkan wajahnya ke wajah gadis itu. Hanya beberapa inci jaraknya. Insyirah memejamkan matanya. Rapat. Debar dadanya kian kencang.

“Janganlah tutup mata tu sayang…nanti kalau jatuh, siapa yang susah..abang jugak nak kena dukung sayang….” Bisik Irfan di telinganya.

Insyirah kembali membuka mata dan merenung tajam lelaki itu. Sayang? Abang? Terasa disindir. Dia menjarakkan dirinya bila dirasakan kedudukan mereka terlalu rapat. Irfan pula masih tersenyum. Qaleesha pula semakin galak memain peranan. Merakamkan setiap aksi candid mereka.

Insyirah tidak betah lagi berada di situ. Benci. Lelaki itu bagai tiada perasaan. Bagai tiada apa pun yang pernah berlaku. Dia mula menapak dan menyusun langkah menuju ke luar. Irfan terpana. Marahkah dia?




No comments:

Related Posts with Thumbnails