JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Tuesday, August 30, 2011

BAB 35 ~ KAU TERCIPTA UNTUKKU (AKHIR)



TERSENYUM melihat gelagat Irfan bermain dengan si comel itu. Sekejap duduk di atas bahunya. Sebentar kemudian melayan si comel itu bermain gelongsor dan buaian. Tepancar wajah gembira suaminya tatkala melayan si comel itu tanpa jemu. Sesekali kedengaran suara si kecil itu mengekek bila diusik.

“Mama…….!”

Kedengaran suara si kecil yang didukung Irfan sedang melambai ke arahnya. Dia turut melambai ke arah si kecil itu sambil tersenyum.

Insyirah terkenangkan saat-saat awal mengandungkan si comel itu. Ragamnya boleh menggoyahkan kesabaran sesiapapun. Tapi dia bersyukur kerana Irfan sangat sabar melayan segala macam jenis karenah yang ditunjukkan olehnya. Hinggakan kadangkala hal remeh boleh menjadi isu besar padanya.

“Isshh…bau busuk apa ni..?.” Tanya Insyirah sambil menutup hidung saat Irfan mendekatinya.

“Apa ni sayang? Bau busuk apa pulak. Abang baru siap mandi ni. Siap pakai perfume lagi. Kan wangi ni.” Kata Irfan sambil memeluk isterinya.

“Abang…..!.” Jerit Insyirah. Dia menolak tubuh suaminya itu. Irfan tergamam.

“Uwekkkkkk……!!” Insyirah menutup mulutnya sambil meluru ke tandas.

“Sayang……..!” Irfan menuruti langkah isterinya.

“Uwekkkkk…..!!”

Insyirah memuntahkan segala kemualan yang berkumpul di dada bila terhidu perfume suaminya itu.

“Sayang ok….?” Tanya Irfan sambil menggosok belakang isterinya. Dia memapah Insyirah melangkah ke katil.

“Ira rasa peninglah abang……..” Ujarnya perlahan sambil membaringkan diri.

Irfan turut duduk di sisi katil sambil memicit kepala isterinya. Rasa kasihan melihat isteri kesayangannya itu. Sejak disahkan hamil, Insyirah mengalami alahan yang agak teruk. Bahkan emosinya juga sering berubah-ubah. Namun dia tetap melayan dengan penuh sabar.

Insyirah tersenyum sendiri. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi. Si kecil yang keletah itu menjadi buah hati kesayangan mereka kini. Pengganti rasa kehilangan setelah keguguran dulu. Denial Afiq si pengarang jantung Irfan dan Insyirah itu sudah berusia tiga tahun. Afiq memiliki mata bersinar milik suaminya. Sikap manja dan kuat merajuk tentunya diwarisi dari dirinya sendiri.

“Mama…….”

Suara Afiq menjengah hampir ke telinga Insyirah. Si kecil itu turun dari dukungan Papanya lalu berdiri di hadapan Mamanya itu. Irfan pula melabuhkan punggungnya di sebelah Insyirah.

“Ya..sayang…” Sambil menyentuh lembut dagu anaknya itu.

“Mama ok ke..?” Soal Afiq tiba-tiba.

“Mama ok….sayang…”

“Habis tu nape Mama cenyum-cenyum…? Mama cakit ya?” Soal anaknya sedikit pelat.

“Mama sakit? Kenapa Afiq cakap macam tu?” Soalnya kehairanan sambil merenung si comel itu.

“Papa akap kalau orang cuka cenyum corang-corang, dia cakit.” Ulasnya dengan sungguh-sungguh.

Irfan ketawa kecil mendengar kata-kata pelat anak lelakinya itu.

“Abang….apa yang abang ajar kat anak kita ni?!” Soal Insyirah sambil menjeling suaminya yang tersengih.

“Taklah sayang…Mama cuma suka tengok Afiq main-main dengan Papa tadi. Comel sungguh anak Mama ni..” Sambil mencubit geram pipi gebu anaknya itu. Irfan tersenyum memerhati.

“Aduh….cakitlah Mama. Isshh…tak cukalah cubit-cubit pipi acam ni….!” Rajuknya sambil menggosok pipi.

“Alah …sakit ke? Sorry sayang. Kat mana sakit? Kat sini ya?” Soal Insyirah sambil mencium lembut pipinya.

“Haaa….dah ok dah. Dah tak cakit dah…” Afiq tersengih. Mengada-ngada pulak gayanya. Persis Papanya.

“Mama…Papa akap Papa pun cakit Mama. Cakit kat sini?.” Sambil jari kecilnya menuding ke arah pipi Papanya.

“Mama ciumlah Papa. Baru ilang cakit Papa tu….” Nakal sungguh anak aku ni. Bisik hati Insyirah.

Kata-kata Afiq itu menambahkan rasa gelihati Irfan. Dia ketawa lagi. Sungguh petah si comel itu. Insyirah mencubit geram lengan suaminya.

“Abang ni…anak kita baru tiga tahun. Abang dah ajar benda-benda macam ni. Rosaklah budak ni nanti…” Bebel isterinya.

“Isshh sayang ni…tak adalah sampai ke situ. Abang tahulah. Afiq ni nakal je sikit. Macam abang jugak kan?” Irfan tersengih memandang isterinya.

“Tahu pun…Jangan si Afiq ni jadi sengal macam abang sudah. Tak kuasa Ira nak layan nanti.”

“Amboi…sedapnya mulut bercakap. Abang cium karang baru tahu..!” Ucap Irfan lagi seakan mengugut. Saja ingin mengusik Insyirah.

Sepantas kilat Insyirah menutup mulut dengan tangannya. Bimbang Irfan buat kerja gila lagi. Irfan ketawa. Gelihati melihat reaksi spontan isterinya itu. Tahu takut. Detik hatinya. Si kecil yang tidak mengerti apa-apa itu turut ketawa. Mata Irfan dan Insyirah tertancap ke arah si kecil itu.

“Jom sayang, Papa belikan aiskrim. Nak?” Ujar Irfan tiba-tiba.

“Ai chiyim? Nak nak! Yeaaahhhh….!!.” Afiq melonjak riang.

Dia asyik melompat-lompat sambil dipimpin oleh Irfan dan Insyirah. Insyirah menggelengkan kepala. Kalau pasal aiskrim memang nombor satu. Bisik hatinya.

“Makan perlahan-lahan sayang….” Ucap Insyirah sambil mengesat comot aiskrim di mulut anaknya. Afiq begitu asyik dengan aiskrimnya itu.

“Sayang… Cepat masa berlalu kan..? Dah besar pun Afiq...” Ujar Irfan sambil memeluk bahu isterinya.

“Tulah…rasa macam baru semalam Ira mengandungkan dia…sekarang dah membesar kat depan mata..” Balas Insyirah sambil tersenyum.Pandangan matanya tertancap pada wajah tenang suaminya itu.

“Abang…terima kasih sebab jaga kami dengan baik. Ira bertuah dapat suami macam abang..”

“Oh..puji abanglah ni. Bodek ya? Sayang nak suruh belikan apa pulak ni?” Usik Irfan sambil menjeling Insyirah.

“Apa abang ni..Ira cakap betul-betul ni. Dia main-main pulak. Bencilah…!” Seakan merajuk.

“Isshh…tak adalah abang gurau aje..sensitif sangatlah sayang ni. Kalah Afiq. Penat abang nak pujuk tau kalau dua-dua asyik merajuk aje…!” Sambil cuba memujuk. Dia kembali memaut mesra bahu isterinya.

“Abang pun bertuah dapat isteri macam sayang. Abang bahagia sangat. Abang berdoa agar berpanjangan hingga ke akhir hayat.” Ucap Irfan lagi. Mereka saling berpandangan dan saling bertukar senyuman.

“Papa…Mama…nak ai chiyim lagi…!” Suara Afiq mula kedengaran. Mata mereka beralih padanya. Mulut si kecil itu sudah comot dengan aiskrim.

“Dahlah…esok pulak kita beli ya..” Pujuk Insyirah sambil mengelap mulut anaknya itu.

“Mmmm…tak nak. Apik nak hayi ni......!” Anak kecil itu mula merengek sambil menghentak-hentakkan kaki. Tangisannya mula kedengaran.

“Tak kira Apik nak jugak……..!!” Bentak Afiq sambil terus menangis. Insyirah mengeleng kepala melihat tingkah anaknya itu. Dia nak buat perangai dah. Omelnya dalam hati.

“Ok.. dah..diam!” Suara Irfan yang sedikit meninggi membuatkan Afiq terus berhenti menangis. Namun sedu sedannya masih kedengaran. Kepalanya menunduk. Takut memandang wajah Papanya.

“Papa akan belikan satu lagi aiskrim. Tapi lepas ni tak nak dah. Cukup. Janji?!” Kata Irfan sambil merenung Afiq. Tegas dalam lembut melayan.

“Ok..janji Papa…!” Jawab Afiq sambil menganggukkan kepalanya perlahan. Dia mengangkat muka memandang wajah Papanya itu. Jari kelingking kedua beranak itu bertaut. Irfan mengesat air mata di pipi anak lelakinya itu.

“Ok jom…!” Sambil mendukung si kecil itu ke kedai tadi semula. Insyirah hanya memerhati sejak tadi sambil tersenyum senang. Dia turut mengatur langkah mengekori mereka.


INSYIRAH tersenyum memandang kuntuman bunga ros merah dan putih di atas meja solek itu. Ada tiga kuntum ros merah dan sebelas kuntum ros putih di situ.

“Sayang suka?.” Soal Irfan sambil memeluk mesra pinggang Insyirah dari belakang.

“Suka…tapi kenapa banyak sangat bang? Buat membazir aje beli banyak-banyak..” Ujar Insyirah sambil menjeling suaminya.

“Tak apalah asal sayang suka..”

“Tapi bang…kenapa ada tiga kuntum ros merah dan sebelas kuntum ros putih?Ada makna tersirat ke?” Soal Insyirah ingin tahu.

“Tiga kuntum ros merah tu tandanya abang cintakan sayang setulus hati dan ingin bersama sayang selamanya. Sebelas kuntum ros putih tu pulak maknanya sayanglah yang paling abang cintai dalam hidup. Cinta abang buat sayang tetap utuh sehingga ke akhir hayat.” Ucap Irfan sambil mencium mesra pipi putih isterinya itu.

Kata-kata suaminya itu begitu menyentuh hati. Begitu romantis. Tanpa sedar ada air jernih yang mengalir di pipinya. Irfan menarik bahu Insyirah menghadapnya.

“Kenapa sayang nangis ni? Malu kalau Afiq nampak nanti..” Irfan menyapu lembut air mata di pipi itu.

“Ira rasa terharu sangat. Begitu besar cinta abang buat Ira. Terima kasih abang…” Tutur Insyirah sambil mencium mesra pipi suaminya.

Irfan sedikit tergamam dengan tindakan isterinya itu. Insyirah tanpa segan silu semakin berani menunjukkan rasa cintanya. Senyuman terukir di bibir Irfan lalu mendakap Insyirah ke dalam pelukannya. Insyirah membalas pelukan suaminya itu.

“Abang janji abang akan berada di samping sayang dan anak kita selamanya. InsyaALLAH.” Tutur Irfan sambil mengeratkan pelukan.

Ya. Sesungguhnya kau memang tercipta untukku selamanya. Inilah bahagia yang diimpikan. Bersama dengan insan tercinta dan permata hati yang mengikatkan kasih sayang yang sedia terbina antara mereka. Saling melengkapi hidup yang masih jauh perjalanannya. Moga ALLAH memelihara dan melindungi segalanya. Insya-ALLAH.


Menatap Indahnya Senyuman Di Wajahmu
Membuatku Terdiam Dan Terpaku
Mengerti Akan Hadirnya Cinta Terindah
Saat Kau Peluk Mesra Tubuhku

Banyak Kata Yang Tak Mampu
Ku Ungkapkan Kepada Dirimu

Aku Ingin Engkau Selalu
Hadir Dan Temani Aku
Di Setiap Langkah Yang Meyakiniku
Kau Tercipta Untukku
Sepanjang Hidupku

Meski Waktu Akan Mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku Ingin Kau Tahu
Ku Selalu Milikmu
Yang Mencintaimu
Sepanjang Hidupku

(TERCIPTA UNTUKKU)



~~TAMAT~~


No comments:

Related Posts with Thumbnails