MESKIPUN sedih kerana tidak pernah berkesempatan untuk bertemu dengan ibu kandungnya, namun Insyirah bersyukur kerana masih diberi peluang merasai kasih sayang ibu tirinya, Mak Wan dan abangnya, Aiman. Malahan mereka tidak pernah sekalipun menyebut tentang kisah silam itu. Apa yang lebih melegakan hatinya adalah segala kata-kata Izzati tempohari tidak berasas sama sekali.
IRFAN bingung. Dia tidak mengerti kenapa Insyirah tiba-tiba menyatakan hasrat ingin berhenti kerja. Apakah gadis itu menghadapi masalah? Atau mungkinkah ada tingkahnya yang telah melukakan hati gadis itu tanpa dia sedari?
Kedatangannya ke teratak tua itu tidak disambut ceria seperti selalu. Irfan memandang wajah Insyirah yang pucat.
“Ira…kenapa ni? Awak sakit ke?.” Matanya tidak beralih dari wajah gadis itu. Risau hatinya saat itu. Insyirah hanya menggelengkan kepala.
“Kenapa nak berhenti kerja?. Saya ada buat salah ke?.” Soal Irfan lagi. Hatinya jadi tak tenteram dengan kebisuan gadis itu.
Dia menyentuh lembut tangan gadis itu.
“Ira…”
“Saya mintak maaf kalau saya ada buat salah…”
Insyirah merenung pemuda itu.
“Irfan…kenapa awak tipu saya?.” Soalnya pula tanpa menjawab soalan Irfan sebentar tadi.
“Haah…tipu awak..?” Irfan mengerutkan dahi.
“Ya..tipu saya..awak cakap Mak Ngah restu hubungan kita. Tapi semua itu bohong kan..?.” Matanya memandang tepat ke wajah Irfan. Irfan terpana. Gadis itu sudah mengetahui kebenarannya.
“Saya…er..”
“Saya tak nak awak rasa sedih…Saya tak ada niat pun nak tipu awak, Ira. Percayalah.…” Sambungnya.
Mata Insyirah tiba-tiba rasa panas. Dadanya rasa sesak.
“Tapi sekarang…saya rasa lebih sedih.…” Tangisnya mula kedengaran. Irfan tergamam.
“Ira..maafkan saya..” Irfan meraih tangan gadis itu ke dalam genggamannya.
“Ira…apa yang dah berlaku ni? Mak Ngah ada cakap sesuatu ke pada awak?!” Sambil mengesat air mata di pipi Insyirah.
Insyirah cuba mengumpul kekuatan untuk bercerita.
“Dia tak sukakan saya Irfan. Hubungan kita takkan dapat berkesudahan dengan baik….” Air mata terus berderaian di pipi putih itu.
“Ira…awak pedulikan kata-kata Mak Ngah tu! Saya tetap akan kahwin dengan awak. Tiada siapapun yang dapat halang niat saya tu…walaupun Mak Ngah…!” Tegas Irfan. Pasti kata-kata ibu saudaranya telah membuatkan Insyirah cukup berkecil hati.
“Irfan…tolong jangan derhaka dengan Mak Ngah. Jika tiada restu dari dia, kita tak akan bahagia Irfan…” Insyirah masih mengingatkannya tentang rasa hormat pada ibu saudaranya itu. Murni sungguh hati gadis itu.
“Kebahagiaan kita ditentukan oleh ALLAH Ira…bukan Mak Ngah.” Pujuk Irfan. Dia tidak mahu Insyirah cepat mengalah.
“Itu saya tahu awak…tapi saya tak kuat untuk menghadapi semua ni. Saya sedih bila maruah saya diperkotak-katikkan. Saya juga punya perasaan.”
“Maafkan saya Ira…sebab awak terpaksa berdepan dengan semua ni..tapi bersabarlah…” Pinta Irfan. Insyirah diam. Dia teringatkan janjinya pada ibu saudara lelaki itu tempohari.
“Ira…saya berjanji saya akan cuba pujuk Mak Ngah. Awak percayakan saya..kan?.” Irfan menyentuh lembut bahu gadis itu. Insyirah mengangguk.
“Terima kasih Irfan… sebab awak sanggup harungi semua ni demi saya..”
“Ira..kita beri sedikit masa pada Mak Ngah. Saya percaya lama-kelamaan dia akan dapat terima awak.” Tangan gadis itu digenggam erat. Cuba memberi kekuatan padanya.
Namun mampukah Insyirah bertahan? Mak Ngah Deejah dan Izzati pasti akan berterusan mengganggu hidupnya dan Irfan. Dia tidak tahu apa lagi yang bakal diterimanya nanti.
IRFAN terpana mendengar kata-kata Izzati. Apa maksud adik sepupunya itu? Insyirah anak luar nikah? Mustahil! Dia mengenali keluarga gadis itu. Keluarganya sangat baik. Dia juga tidak pernah mengambil tahu kisah silam keluarga tersebut. Dia sendiri hairan kenapa Izzati beria-ia mengorek rahsia hidup keluarga Insyirah. Adakah Izzati juga bersetongkol dengan Mak Ngah untuk memisahkannya dengan Insyirah? Mungkinkah selama ini Insyirah telah berhadapan dengan tekanan daripada kedua beranak ini? Andai benar dia mula faham perubahan sikap yang ditunjukkan Insyirah akhir-akhir ini.
“Abang…Zati cuma tak nak abang menyesal di kemudian hari.” Suara Izzati mengejutkannya dari lamunan.
“Zati…abang hargai hasrat murni Zati tu…tapi abang yakin semua tu tidak benar. Abang percaya pada Ira.” Tegas lelaki itu.
“Abang…cinta boleh mengaburkan mata hati manusia. Jangan kerana cinta, abang menjadi mangsa…Zati cuma nak ingatkan abang aje…” Ada baur kecewa dalam suara itu. Keras betul hati abang sepupunya itu.
“Ini semua helah Zati … Zati berpakat dengan Mak Ngah kan… nak pisahkan abang dengan Ira kan..?.” Irfan merenung tajam gadis itu. Izzati tergamam. Dia mengalihkan pandangan matanya.
“Walau apapun yang Zati cuba lakukan..abang tetap akan kahwin dengan Ira. Faham!.” Irfan bangun meninggalkan Izzati termangu di situ.
Macamana abang sepupunya boleh tahu? Pasti perempuan tu yang mengadu. Celaka punya perempuan! Jaga kau! Bentak Izzati. Panas hatinya saat itu. Hanya menunggu masa untuk meletup seperti letusan gunung berapi.
TERGAMAM Insyirah tatkala terserempak dengan gadis itu di situ. Pastinya dia diekori hingga ke rumah. Sudah naik muak rasanya nak berhadapan dengan gadis itu lagi. Perempuan sepertinya pasti tidak akan berhenti selagi tidak dapat apa yang diinginkan. Rasa menyesal pula tidak mengikut saja kemahuan gadis itu dulu.
“Apa lagi yang kau nak..hah?!.” Tanya Insyirah sambil merenung gadis itu.
“Heii…Kau jangan nak tunjuk lagak dengan aku. Kau tak endahkan langsung amaran aku ya.. Kali ni kau akan menyesal seumur hidup kau, kalau kau masih berdegil!.” Bentak Izzati. Sakit hatinya bila memandang wajah itu.
“Apa lagi yang kau nak buat hah? Kau nak bunuh aku?!.” Berani sungguh Insyirah. Walaupun hatinya bimbang terhadap tindakbalas tiba-tiba gadis itu. Izzati ketawa.
“Siapa lagi yang kau ada? Biar orang tu yang menderita disebabkan kedegilan kau!.” Gadis itu menyambung tawanya. Insyirah terpana.
“Apa maksud kau hah?!.”
Soalan itu dibiarkan tanpa jawapan. Izzati berlalu meninggalkan Insyirah. Yang kedengaran hanya hilai tawanya. Mata Insyirah buntang memandang Izzati. Kerisauan mula menghantuinya. Siapakah yang dimaksudkan oleh gadis itu? YA ALLAH…apa lagi yang perempuan ni nak lakukan. Bisik hatinya.
AIMAN simpati dengan adik kesayangannya itu. Begitu banyak dugaan yang mendatanginya sejak mengenali Irfan. Dia tidak meragui ketulusan cinta pemuda itu terhadap adiknya. Namun bila keluarga menghalang hubungan mereka, Aiman tidak mampu berkata apa-apa. Dia tidak akan sesekali campur tangan dalam urusan keluarga Irfan. Pastinya pemuda itu akan berusaha menyelesaikan masalah itu dengan baik. Tapi nalurinya sebagai seorang abang turut merasa kepedihan yang ditanggung adiknya kini. Memutuskan hubungan mereka mungkin satu jalan penyelesaian paling mudah. Namun rasa cinta yang mendalam tentunya tidak mudah bagi mereka untuk memilih jalan itu. Dia sendiri tidak akan tegar untuk meminta Insyirah berbuat demikian.
“Ira kena banyak bersabar. Ini ujian ALLAH. Kalau memang jodoh Ira dengan Irfan, tak akan ada satu apapun yang dapat menghalangnya..” Ujar Aiman sambil memandang wajah suram Insyirah.
“Ira kena banyakkan berdoa pada ALLAH…moga diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini. Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni..” Sambung Aiman lagi. Insyirah memandang abangnya sambil melemparkan senyuman nipis.
“Terima kasih Along…” Ucapnya ringkas sambil menggenggam erat tangan abangnya. Bersyukur kerana abangnya sentiasa ada bersama dan memahami perasaannya.
Aiman kembali merenung Insyirah sambil menyentuh lembut pipi adik kesayangannya itu. Wajah itu seakan hilang serinya sejak kebelakangan ini. Mungkin disebabkan tekanan yang dialaminya kini.
Aiman sedar adiknya itu berjiwa lembut dan mudah terusik dengan apa jua yang tiba. Luaran memang Insyirah nampak kuat tapi dalamannya begitu rapuh. Kalaulah dia dapat mengalihkan beban itu pada dirinya, sudah lama dia lakukannya. Tapi apa kan daya. Yang hanya dia mampu lakukan adalah memberikan kata-kata semangat untuk Insyirah bertahan menerima segalanya.
TUBUH itu dipukul bertalu-talu tanpa belas. Dua orang lelaki bertubuh sasa sedang melanyak setiap inci tubuh kurus itu dengan sebatang kayu. Badan dan perut lelaki itu juga turut menerima hentakan demi hentakan dari kaki mereka. Sungguh tiada peri kemanusiaan.
“Aaaaaaaaaaaaaarrrrghhhh………” Suara kesakitan yang amat sangat keluar dari mulut lelaki malang itu.
Lelaki itu cuba untuk berdiri. Namun satu hentakan kuat yang diterima di kepalanya menyebabkan dia terus rebah dan kaku di situ.
No comments:
Post a Comment