Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.
Harap maklum.
Tuesday, July 12, 2011
BAB 16 ~ KAU TERCIPTA UNTUKKU
TIDAK pernah sesekali Aiman menyesali atas apa yang berlaku. Apa lagi untuk menyalahkan takdir. Dia bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di atas muka bumi ini. Perhatian dan kasih sayang tidak pernah kurang diterima daripada Insyirah walaupun keadaan sudah berubah. Adiknya itu sungguh tulus menjaganya tanpa rungutan.
“Jom makan Along…” Insyirah menghampiri meja sambil membawa semangkuk nasi goreng yang masih berasap.
“Wah..sedapnya bau…” Sambil menerima huluran pinggan dari adiknya.
Insyirah mencedok nasi goreng ke pinggan sambil tersenyum. Dia turut menuang Nescafe O ke dalam cawan di hadapannya.
“Makan jelah Along…"
“Ira…Along cakap sikit boleh..?.” Soal Aiman sambil meneguk Nescafe. Matanya beralih pada Insyirah di sebelahnya.
“Apa dia Along..?.” Matanya merenung wajah abangnya itu.
“Kenapa Ira tak terima saja cinta Hairi? Along tengok dia tu baik dan bertanggungjawab. Kerja pun bagus. Orangnya pun handsome. Tak ada kurang apapun…”
Hampir tersedak Insyirah dibuatnya bila mendengar kata-kata abangnya.
“Apalah Along ni…Pagi-pagi dah cakap pasal benda-benda macam ni…”
“Alah apa salahnya. Lagipun bagus apa pagi-pagi segarkan minda dengan soalan-soalan macam ni…” Usik Aiman sambil tersengih.
“Jawab jelah…bukan susah pun…” Tambah Aiman lagi. Insyirah berhenti menyuap nasi goreng. Satu keluhan kecil dilepaskannya.
“Memang Hairi tu baik Along. Ira akui. Tapi pintu hati Ira ni tak terbuka untuk dia..” Ujar Insyirah.
“Kenapa?.”
“Entahlah Along…”
“Along tahu..sebab Ira tak boleh lupakan Irfan kan..?.”
“Apa Along cakap ni? Itu cerita lamalah Along. Dah jadi sejarah…” Insyirah cuba menahan getar di hati saat nama itu disebut.
“Ye ke? Tapi Along dapat rasa Ira tak pernah lupakan dia. Sebab tu hati Ira tu tak boleh nak terima orang lain…”
“Betul kan..?” Insyirah terdiam.
Dia mengakui kata-kata itu tapi berbaloikah dia dengan berbuat demikian? Dia sendiri tidak tahu keadaan Irfan sekarang. Dia pernah ingin membuang segalanya tentang lelaki itu. Malahan tidak pernah mengendahkan SMS kirimannya. Tapi kenapa hati dan perasaannya masih menyatakan sebaliknya? Apakah aku harus cuba menerima lelaki lain agar ingatan pada Irfan akan terus lenyap dan berkubur?
IZZATI memasuki pintu pejabat dengan langkah teratur. Kedengaran derapan dari kasut tumit tingginya itu.
“Morning Cik Izzati..” Ucap Rozie, setiausahanya sambil tersenyum.
“Morning Rozie..” Jawabnya sambil turut tersenyum.
Izzati menolak pintu biliknya. Langkahnya dihalakan ke meja. Sebaik saja meletakkan briefcase dan handbagnya, dia terus menekan butang intercom.
“Rozie…masuk sekejap..!”
“Baik Cik Izzati!”
Dia menyusun langkah ke sofa di ruang bilik itu lalu melabuhkan punggung di situ. Beberapa ketika kelihatan kelibat Rozie masuk ke bilik itu.
“Duduk Rozie....” Rozie menurut. Di tangannya sudah tersedia buku nota dan sebatang pen.
Izzati mengetuk-ngetuk jari telunjuknya ke meja. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Rozie yang duduk di hadapannya merasa pelik melihat tingkah bossnya pagi itu.
“Cik Izzati…Ada apa hal Cik Izzati panggil saya…” Soal Rozie memecah sunyi ruang itu.
“Oh....er…saya nak awak buat sesuatu untuk saya..” Ucapnya sambil memandang wajah setiausahanya itu.
“Er…Cik Izzati nak minum apa pagi ni? Milo kosong ya?. Sekejap saya buatkan…” Ujar Rozie sambil mengangkat punggungnya.
“Awak nak pergi mana ni? Saya bukan nak minum. Saya nak suruh buat benda lainlah…” Balas Izzati sambil memandang Rozie. Dia menggeleng kepala melihat gadis yang cepat gelabah itu.
Rozie kembali duduk di sofa. “Er…maafkan saya Cik Izzati..”
Izzati tersenyum kecil memandang Rozie. Gelabah tak habis-habis dia ni. Bisik hatinya.
“Rozie..saya nak awak tolong carikan seseorang untuk saya..”
“Maksud Cik Izzati? Bakal suami ke?.”
“Awak ni…saya belum habis cakap, awak dah potong…ishhh..!” Geram ada. Gelihati pun ada bila melihat tingkah setiausahanya itu.
“Maafkan saya Cik Izzati…”
“Saya nak awak cari maklumat di mana Auni Insyirah Binti Zaman berada. Gunakan apa cara sekalipun..awak mesti cari sampai dapat. Kalau dah dapat maklumat tu cepat-cepat bagitahu saya…ok..” Arahnya.
“Baik Cik Izzati…ok..saya keluar dulu.” Ujar Rozie sambil berlalu.
Izzati masih duduk di sofa. Dia sangat berharap usahanya itu berhasil. Walau dengan apa cara sekalipun, dia mesti berhadapan dengan gadis itu.
“ABANG… cepatlah!.” Laung Qaleesha dari luar.
“Kejaplah..” Irfan mencapai kunci kereta lalu melangkah ke arah adiknya.
“Abang ni lambatlah…!” Kata Qaleesha. Mukanya masam dan bibirnya mula muncung.
“Sorrylah…salah Esha jugak. Kenapa tak kejutkan abang?. Abang kan tidur mati…” Ujarnya sambil menghidupkan enjin kereta. Qaleesha menutup pintu kereta. Mulutnya masih muncung.
“Alah..buruknya muncung. Dah macam muncung itik dah. Cantik lagi muncung itik tau…” Usik Irfan.
“Abang ni jahatlah…!” Qaleesha memukul manja bahu abangnya. Bibirnya mula tersengih. Muncung itik? Memang buruk.
“Abang jahat ke?.”
“Aa ar.. abang jahat tapi baik..”
“Jahat tapi baik? Macamana tu ya? Tak berapa nak fahamlah…Cuba explain sikit..” Usik Irfan lagi. Sengihannya makin melebar.
“Abang…cepatlah. Nanti terlambat pulak kita sampai..!” Irfan memandang wajah masam adiknya itu. Suka benar dia dapat mengusik Qaleesha.
“Yelah tuan puteri..kita pergi sekarang ya…” Ucap Irfan sambil mengundurkan kereta dan meninggalkan perkarangan rumah menuju ke Bandar.
MEREKA memasuki ruang pameran di shopping complex itu. Huiii…ramainya orang. Bisik hati Irfan. Adiknya, Qaleesha yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang fotografi di UiTM Shah Alam ralit memerhatikan gadget terbaru yang dipamerkan. Sejak beberapa hari lalu, adiknya itu merengek mengajaknya ke situ. Katanya nak cari kamera digital terbaru untuk memudahkan kerja-kerja pengajiannya. Diikutkan kemahuan Qaleesha itu.
“Abang…cuba abang tengok ni…” Irfan menoleh adiknya di sebelah. Di tangannya terdapat sebuah kamera digital Canon keluaran terbaru.
“Boleh Esha beli yang ni?” Soalnya sambil merenung Irfan.
“Huiii…biar betul dik. Mesti mahal ni kan..? Cukup ke duit nak beli?.”
“Hmm…tak berapa nak cukup. Boleh tak abang tambahkan sikit duit abang? Sikit je…boleh?.” Ucap Qaleesha dengan manja. Seakan memujuk.
“Dah tahu tak cukup duit…tak payahlah beli..!” Omel Irfan.
“Tapi Esha perlukan kamera ni untuk projek terbaru paper Esha. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, kenalah bayar lebih. Lagipun lepas habis belajar nanti pun, Esha boleh guna lagi kamera ni. Abang ni kedekutlah…!” Qaleesha meletakkan kembali kamera tersebut. Mulutnya mula muncung.
Irfan tersenyum memandang adiknya sambil menggeleng kepala. Muncung lagi. Merajuklah tu. Dah besar panjang pun nak merajuk. Bisik hatinya.
“Oklah…abang belikan untuk Esha. Duit Esha tu simpan saja. Anggaplah ini hadiah hari lahir Esha. Ok…puas hati?!” Irfan mengangkat keningnya sambil menjeling Qaleesha.
“Terima kasih abang…saaaayang abang…!” Sambil memeluk abang kesayangannya itu. Senyuman kembali terukir di bibir Qaleesha. Irfan turut tersenyum.
Irfan tidak kisah berhabis duit demi adik kesayangannya itu. Ekoran minat mendalam Qaleesha dalam bidang fotografi, Irfan sendiri yang mencadangkan adiknya itu memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut. Dia berharap agar Qaleesha berjaya mencapai impiannya bergelar Professional Photographer.
SUSUK tubuh itu seperti dikenalinya. Dia mengamati pemuda itu dengan dahi berkerut. Ya, dia amat pasti dengan pandangan matanya. Sangat pasti. Langkah kakinya kian menghampiri tubuh itu. Pemuda itu baru menamatkan perbualan di telefon bimbitnya. Tiba-tiba ada suara yang menegurnya.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..” Balasnya sambil memusingkan badan ke belakang.
Mulutnya terlopong dan kemudiannya tersenyum lebar sebaik saja terpandang wajah di hadapannya itu.
“Hei…Irfan Naufal..!” Dia memeluk tubuh lelaki itu. Terkejut dengan pertemuan tak terduga itu.
“Lamanya tak jumpa kau. Kau apa khabar? Kerja kat mana sekarang? Dah kahwin ke belum?!” Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Zuhairi, bekas teman sekolejnya itu. Hubungan mereka sangat rapat ketika sama-sama belajar dahulu. Namun hubungan itu terputus sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian.
“Amboi…banyaknya soalan kau. Jom kita minum kat Café tu. Sambil-sambil tu boleh kita berborak panjang.” Usul Irfan sambil menarik tangan Zuhairi menuju ke Café berhampiran. Zuhairi menuruti langkah Irfan.
“So, kau sekarang dah jadi businessmanlah ya…?” Ucap Zuhairi setelah beberapa ketika mereka duduk berbual di satu sudut meja dalam Café tersebut.
“ALHAMDULILLAH..boleh dikatakan macam tulah. Aku baru saja buka cawangan kedai baru di Kuantan. Kau pulak kerja apa sekarang?” Soal Irfan kembali.
“Aku? Aku peguam. Sekarang aku menguruskan syarikat guaman arwah ayah aku.”
“Oh..peguam. Hebatlah kau sekarang.” Sambil meneguk secawan kopi.
“Apa hebatnya? Biasa-biasa saja. Kau dah kahwin belum?” Soal Zuhairi pula.
“Belum lagi. Kau ni asyik tanya pasal kahwin aje. Entah-entah kau tu yang dah jadi laki orang..” Usik Irfan sambil tersengih.
“Issh..aku ni masih bujang trang tang tang. Tak ada orang nakkan aku..!” Ucap Zuhairi.
“Samalah kita Hairi….!” Irfan ketawa kecil. Disambut sama oleh Zuhairi.
“Habis tu kau tinggal dengan siapa sekarang?.” Soal Irfan kembali.
“Lepas ayah dan mak aku meninggal dalam kemalangan jalan raya dulu, aku tinggal dengan adik perempuan aku. Dia tengah further study kat UK sekarang. So, rumah tu sunyilah sejak dia tak ada. Aku pulak selalu habiskan masa kat rumah anak yatim.” Terang Zuhairi.
“Rumah anak yatim?” Soal Irfan. Tidak pernah terfikir teman baiknya itu suka melakukan kerja amal.
“Ya, rumah anak yatim…”
“Kat mana?” Ingin tahu.
“Yayasan Anak Yatim An Nur. Jauh jugak….kira-kira satu jam dari sini. Bangunan Yayasan tu atas bukit.” Jelas Zuhairi serius.
“Oh..ye ke? Aku tak pernah tahu pun ada rumah anak yatim kat situ…” Balas Irfan.
“Macamana kau nak tahu.. kau tu kalau dah fokus pada kerja, bukan nak ambil peduli apa yang ada di sekeliling kau. Aku ingat kalau ada bangunan runtuh pun, mesti kau tak sedar!” Irfan menepuk bahu Zuhairi.
“Heii…Hairi..kau agak-agak aah. Bangunan runtuhlah pulak. Ada-ada ajelah kau ni. Kau sendiri cakap tempat tu jauh kan..!” Ujar Irfan sambil merenung rakannya itu.
“Aku gurau jelah, Irfan. Kau ni serius sangatlah…!” Sambil menyengih.
“Kalau ada kesempatan nanti, aku ajak kau sekali pergi sana..ok!” Bersungguh benar Zuhairi. Irfan hanya mengangguk perlahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment