JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, April 30, 2010

BEHIND THE SCENE MANGGA APRIL 2009


Credit to Diddy


RIZ bersama Nubhan, Ebi AF5 dan Diddy @ photoshoot untuk majalah Mangga.




Thursday, April 29, 2010

THE MAKING OF VC 'JAHAT'


Photos credit to The Media Hustler Sdn Bhd@Facebook


Director: Ghaz
Director of Photography: Kamal Hazizi
Production Designer: Muzamil
Art Department: Dinie, Faiz & Amin
Make Up & Wardrobe: Aween
Prod. Photo: Faiz
Post Production: The Media Hustler


Lokasi: Set&Background Studio, FCM, Multimedia University

More pictures @

http://www.facebook.com/pages/Petaling-Jaya-Malaysia/The-Media-Hustler-Sdn-Bhd/27666380662#!/album.php?aid=211827&id=27666380662



Wednesday, April 28, 2010

STACY TAK PUAS 30 MINIT


Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my


PADA awal permulaan karier nyanyiannya tiga tahun lalu, tidak dinafikan Stacie Angie Anam atau Stacy, 20, gusar mencari haluan muzik sebenar. Malah, dia sendiri sukar menjangka nasib dirinya walaupun ketika itu bergelar juara Akademi Fantasia 6 (AF6).

Namun, kini segala kepayahan Stacy untuk membina namanya sudah berhasil dengan beberapa lagu yang bersandarkan muzik pop dance. Bahkan, sekarang sebut saja nama gadis ini, pasti ramai yang berminat menyaksikan persembahannya.

Ia dibuktikan Stacy pada persembahannya di konsert istimewa yang dijayakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil selepas program Debaran AF8 pada 18 April lalu. Sebaik namanya diumumkan, terbit laungan sorakan daripada peminat yang setia memberi sokongan.

Anak kelima daripada enam beradik ini memulakan persembahannya dengan lagu rancak, Aku Stacy yang pernah didendangkan pada konsert akhir AF6. Dalam persembahan yang dikendalikan Reza Mohammad sebagai pengacara, Stacy turut menyampaikan lagu Gagap dan Pakai Buang yang sememangnya berjaya melonjakkan Stacy.

Menurut Stacy, dia tidak puas menghiburkan peminatnya pada malam itu kerana hanya berpeluang membuat persembahan selama 30 minit. Malah, dalam tempoh itu, Stacy hanya dapat menyampaikan lima lagu termasuk single baru, Jahat dan Menggegar Dunia.

"Melihatkan sokongan peminat, saya jadi tak puas kerana suka menghiburkan mereka. Kalau ikutkan hati, hendak saja buat persembahan lebih lama. Selain itu, saya juga bersyukur kerana nama Stacy sudah mula diterima peminat.

"Usaha mencari muzik untuk mengetengahkan identiti sendiri sudah berhasil kerana pop dance cukup serasi dan sesuai dengan vokal saya. Saya suka menyanyi dan menari kerana mahu memberikan hiburan kepada penonton yang hadir.

"Bukan itu saja, persembahan di konsert berkenaan juga memberi peluang kepada saya menyanyikan semula lagu Aku Stacy. Lama saya tak menyanyikan lagu itu dan rata-rata peminat masih suka dan mengingatinya. Saya sangat gembira,"
katanya.

Melanjutkan pengajiannya di Universiti Limkokwing selama dua tahun di peringkat Diploma Bunyi dan Muzik, Stacy berkata kini, dia perlu membahagikan masa antara karier dan pelajaran. Ujarnya dua perkara ini menjadi keutamaan dalam hidupnya.

Ditanya mengenai gosip yang mengatakan dia menjalin hubungan cinta dengan pengarah muda, Syamsul Yusof, jawabnya itu hanya cerita lama. Kata Stacy, antara dirinya dan Syamsul tak pernah menjalinkan sebarang hubungan istimewa.

"Sebenarnya, kisah ini tercetus ketika kami dikatakan berduet untuk lagu dalam runut bunyi filem Evolusi KL Drift, tetapi akhirnya ia tak menjadi. Justeru, sekarang memang tiada sesiapa yang istimewa di hati ini kerana perjalanan saya masih jauh.

"Banyak yang perlu saya belajar dan peroleh dulu dalam karier sebelum bercinta. Setakat ini, saya gembira kerana keluarga memberikan sokongan termasuk peminat. Tanpa mereka, saya yakin pasti tidak akan berada di tahap ini.

"Apapun, paling bermakna bagi saya dalam konsert istimewa ini ialah dapat menyanyi lagu Menggegar Dunia bersama tiga rakan saya dalam kumpulan E-voke. Ini satu penghargaan bermakna kerana haluan kami sudah berbeza,"
katanya.

Menyentuh soal pembikinan albumnya, Stacy berkata buat masa sekarang, dia lebih selesa mengetengahkan single kepada pendengar. Namun, hasrat menghasilkan album tetap ada cuma bukan pada masa terdekat ini kerana perlukan persediaan.

Kata Stacy lagi, dia kalau boleh tidak mahu album yang tangkap muat dan kini biarlah tumpuan lebih diberikan untuk mengumpul lagu sesuai. Apa yang boleh dikatakan, idea menghasilkan album pernah dicadangkan komposer, Edry KRU.

"Tidak dinafikan, kebanyakan lagu saya memang dihasilkan Edry. Saya senang dengan karyanya kerana buat masa ini hanya Edry yang tahu cita rasa muzik pop dance saya diminati. Terus terang, Edry banyak membantu saya," katanya.





Tuesday, April 27, 2010

SAINGAN HEBAT VOKAL LELAKI TERBAIK


Teks SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

Foto CWING FADHILLAH ADAM


Saban tahun, kategori vokal antara yang menjadi tumpuan dan menarik perhatian ramai sementelah calon-calon yang dipertandingkan bukanlah calang-calang.

Manakan tidak, menerusi kategori ini peminat akan dapat melihat lima calon yang tersenarai di mana kesemua mereka mempunyai kredibiliti dan kemampuan vokal masing-masing.

Bukan itu sahaja, sesuatu yang menarik untuk diperkatakan tentang vokal apabila kita akan dapat melihat calon-calon yang bertanding adalah dari kalangan mereka yang senior atau masih mentah dan hijau sebagai seorang penyanyi.

Begitu juga dengan Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang sekali lagi memperlihatkan saingan yang cukup sengit menerusi kategori Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Lagu.

Lima calon yang tersenarai tahun ini ialah Faizal Tahir yang dicalonkan bagi lagu Bencinta, Hazami (Survivor), Jamal Abdillah (Tak Hilang Cinta Di Dunia), Riz (Kehilangan Kamu) dan Vince Chong (Buah Hati).

Sekadar menyingkap sejarah, dahulunya kategori ini dinilai menerusi album yang dilahirkan oleh seseorang artis itu.

Namun, memandangkan industri muzik tempatan kini tidak mampu lagi bergantung kepada penghasilan album, maka pihak penganjur bersetuju untuk menilainya dari penyampaian lagu sahaja.

Tahun lalu, menyaksikan penyanyi serta komposer muda yang semakin meningkat naik, Aizat memenanginya menerusi karyanya sendiri berjudul Lagu Kita.

Siapakah pula yang akan menjulangnya tahun ini dan daripada senarai di atas, pastinya peminat sendiri berasa sukar untuk meramal siapakah yang akan membawa pulang gelaran idaman ramai ini.

Daripada lima calon tersebut, hanya dua daripada mereka yang pernah mengungguli kategori ini iaitu Faizal dan Jamal.

Barangkali ramai yang terlupa, Jamal merupakan pemenang kategori Vokal Lelaki Terbaik AIM yang pertama pada tahun 1994 dan beliau memenanginya menerusi album 15 Tahun Bersama.

Adakah tahun ini rezeki akan berpihak kepada Jamal sekali lagi selepas pernah dicalonkan beberapa kali sebelum ini?

Kehebatan vokal juara Bintang RTM 1979 ini sememangnya tidak perlu disangkal lagi dan sehingga kini, suara emasnya itu tiada tandingan.

Berbekalkan suara azimatnya itulah, menjadikan Jamal satu dalam sejuta dan membuatkannya bertahan selama tiga dekad sebagai penghibur terbilang.

Calon kegemaran

Sementara itu, Faizal juga merupakan salah seorang calon kegemaran untuk mengungguli kategori ini berdasarkan nyanyiannya yang penuh bertenaga menerusi Bencinta.

Sebelum ini, penyanyi dan komposer berusia 31 tahun ini pernah diiktiraf pada tahun 2008 berdasarkan albumnya, Aku.Muzik.Kamu.

Ketika itu, kemampuan vokal Faizal dinilai berdasarkan keseluruhan album tetapi kali ini penilaian juri berdasarkan lagu sahaja.

Lalu, adakah Bencinta sudah cukup kuat untuk menjulang nama Faizal sekali lagi di pentas AIM?

Kalaulah dia menang pada malam itu, Faizal akan menjadi penyanyi lelaki kelima selepas Amy, Anuar Zain, M. Nasir dan Reshmonu yang pernah memenangi kategori ini sebanyak dua kali.

Penyanyi dan komposer berbakat besar bernama Hazami ini juga berpotensi besar untuk memenangi kategori Vokal Lelaki Terbaik tahun ini.

Pernah dicalonkan sebanyak dua kali sebelum ini, tidak mustahil pertaruhan Hazami menerusi album Inggeris pertamanya mampu membawa tuah buat anak seni serba boleh ini.

Teknik nyanyian dan penghayatan Hazami menerusi lagu Survivor sememangnya cukup bagus dan tidak keterlaluan, ia hampir sempurna.

Harus diingatkan sekali lagi, AIM adalah tentang kualiti dan populariti bukanlah faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan seseorang artis itu.

Seandainya Hazami menang pada malam itu, pastinya ia akan meninggalkan momen indah buatnya yang selama ini bagaikan dipandang sepi oleh segelintir pihak.

Apabila nama naib juara Akademi Fantasia musim keenam ini tersenarai sebagai salah seorang calon Vokal Lelaki Terbaik, ramai yang tergamam dan terkejut.

Mungkin kerana ramai tidak menyangka Riz mampu menembusi tembok kebal AIM yang semua sedia maklum begitu sukar membolosinya.

Itulah AIM yang sentiasa penuh dengan kejutan dan siapa sangka, untuk artis baru seperti Riz mampu tercalon sebaris dengan artis senior yang lain.

Mungkin juri melihat keunikan vokal Riz menerusi lagu Kehilangan Kamu lalu sepakat untuk menyenaraikannya dalam kategori ini.

Kalaulah Riz menang, rasanya tidak perlulah untuk dipertikaikan kerana AIM sendiri sudah pernah mencipta sejarah menobatkan mereka yang bukan dari kalangan calon pilihan.

Masih ingat bagaimana Shanon Shah memenangi kategori Vokal Lelaki Terbaik pada tahun 2006 yang telah menimbulkan perdebatan untuk beberapa ketika?

Pertikaian timbul oleh segelintir mereka yang melihat dua calon hebat ketika itu, Hazami dan Jamal yang lebih layak memenanginya daripada Shahon.

Keputusan juri adalah muktamad. Haruskah ia dipertikaikan? Kalau juri rasa artis itu layak diangkat sebagai pemenang, itu adalah keputusan mereka kerana mereka lebih bijak menilai.

Monday, April 26, 2010

Sunday, April 25, 2010

FLASHBACK : RIZ~STACY @ B POP BERITA MINGGU(12 APRIL 2009)


Foto SURIANIE MOHD HANIFF

STACY dan RIZ akui tidak sabar alami detik manis malam kemuncak ABPBH 2008.


Oleh SUZAN AHMAD

BERSEMANGAT semacam melihatkan kesungguhan STACY memberikan aksi menggoda ketika digandingkan dengan rakan seperjuangan dalam Akademi Fantasia 6, RIZ untuk sesi fotografi bersempena ABPBH 2008.





RIZ DI PPMH 2010@SALOMA BISTRO KL


Credit to Diraf Dias

Saturday, April 24, 2010

RIZ BEHIND THE SCENE : MANGGA OGOS 2009

RIZ@MAJLIS PELEPASAN MALAYSIAN RALLY CHAMPIONSHIP 2010


Riz @ Majlis Pelepasan Malaysian Rally Championship 2010 (Round 1) di Plaza Angsana, Johor Baharu. Riz menyampaikan lagu Bermula Semula, Harusku Yang Pergi dan Cinta Ini. Thanks to Fadreza yg dapat berada di situ walaupun dapat info 'last minute'...

Thursday, April 22, 2010

STACY~KISAH KITA (OST DRAMA 'K.I.T.A CAREFREE')





Credit to DaRkJaHaTsAf

Single terbaru Stacy 'Kisah Kita' ciptaan Adi Sixth Sense menjadi lagu tema drama 'K.I.T.A Carefree' yg telah disiarkan di Astro Ria setiap Isnin, 10 malam. Drama ini dilakonkan oleh Scha Al Yahya dan Marsha.

Monday, April 19, 2010

RIZ ANGELS GET AWAY 2ND ANNIVERSARY CELEBRATION




Tarikh : 25 HINGGA 27hb JUN 2010 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Tempat : MERCU BEACH RESORT CHERATING

Jadual Program :

DAY 1 (25 JUNE)

-12.OO NOON : ARRIVE AT THE RESORT. WELCOME CEREMONY
-12.30 PM : CHECK IN TO RESORT
-13.00 PM : LUNCH
- 14.00 PM : FREE TIME
-16.00-18.30 PM : BEACH ACTIVITIES
-20.00 : DINNER
-21.30-23.30 : KARAOKE COMPETITION

DAY 2 (26 JUNE)

- 7.00 A.M : BREAKFAST
-8.30 A.M : TURTLES SANCTUARY
-11.30 A.M : LUNCH
-14.00 PM : VISIT FISHING VILLAGE
-16.00 PM : BACK TO RESORT
-16.30-18.30 PM : AT OWN ACTIVITIES
-20.00 PM : BBQ DINNER ( PRIZES PRESENTATION / SPEECH / GAMES ETC )
-23.00 PM : END OF THE ACTIVITIES

DAY 3 (27 JUNE)

-8.00 A.M : BREAKFAST AT THE RESORT
-9.00 A.M : FREE AT THE RESORT
-11.00 A.M : GROUP PHOTO
-12.00 NOON : CHECK OUT

* TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN

Tema Pakaian:

-OUTING (PURPLE)
-KARAOKE (BLUE)
-BBQ DINNER (RIZ ANGELS T-SHIRT @ YELLOW)

Penyertaan : Terhad kepada 20 Riz Angels yang berdaftar sebelum 2 MEI 2010. Pendaftaran hanya diterima setelah pembayaran deposit dibuat.

Bayaran :

RM350 / pax DEWASA (Deposit RM150)
RM200 / pax KANAK2[4 yrs - 11 yrs] (Deposit RM100)

Tarikh Tutup : 2 MEI 2010

Pembayaran deposit boleh dibuat melalui akaun MUZLIAWATI BTE MUSTAR, NO A/C : 5142 5305 5533 (MAYBANK BHD) sebelum 2hb MEI 2010. Pembayaran penuh sebelum 6 JUNE 2010.(Sila emailkan slip pembayaran dan butir-butir lengkap ke muzlia@yahoo.com atau sms ke 017-618 2500.

ambil langkah pantas angels..... jangan lepaskan peluang untuk berSUKANEKA, BBQ & KARAOKE BERSAMA RIZ....

*****PLEASE REGISTER @ RIZ ANGELS FORUM @ CALL MUZLIA


ROADTOUR AIM17@VILLAGE MALL, SG PETANI(17/4/2010)



Photos Thanks to Muzlia & Basha@RizAngels

PICS@ASTRO SHOWCASE STACY



Photos credit to Azlandaniel@Facebook

Rakaman Showcase Stacy berlangsung semalam@Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan turut dihadiri oleh Stacyfrenz. Difahamkan Stacy turut menyampaikan single terbarunye, Jahat.

Saturday, April 17, 2010

INTERVIEW RIZ@MALAYSIA HARI INI(13/4/2010)









Inilah vc interview Riz dalam MHI @TV3 pada minggu lepas. Thanks to cimaSis for sharing the vc… walaupun mutu audio dan visual kurang memuaskan tapi sekurang-kurangnya dapatlah menyenangkan hati fans yg tak dapat tonton pada hari tersebut.

Riz menyampaikan lagu Bermula Semula dan turut diminta oleh Fitrie dan Wardina untuk menyanyikan beberapa baris lagu My Baby You dan Kasih Berubah. Tentunya mereka berdua terpesona dengan kemerduan suara Riz…

So, enjoy the vc…

Friday, April 16, 2010

RIZ~STACY@MANGGA MEI 2010


RIZ TOLAK GODAAN MAK DATIN!

Oleh Tajul Ariffin Abu Hassan
Foto Zakaria Idris


Bintang AF6 iaitu Riz yg popular dengan lagu Hanya Sandiwara ini semakin murah rezeki dalam bidang nyanyian. Mempunyai paras rupa yg menggoda dan tubuh yg tegap tak mustahil ada ‘mak datin’ yg nak jadikan Riz ‘anak ikan’ kan? Jom dengar komen Riz.

Cerita Riz:

“Soal digoda ‘mak datin’ ni, saya memang tak pernah mengalami situasi itu. Kalau ada yg goda dan ajak saya bercinta, memang saya akan tolak dengan cara baik. Jika mereka ingin ‘menaja’ saya dan menjanjikan show atau populariti , saya juga akan tolak kerana saya menjual bakat yg ada dan bukannya diri saya.

“Tentang kerjaya, saya rasa cukup seronok kerana telah tersenarai dalam pencalonan kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) di Anugerah Industri Muzik ke – 17(AIM17) yg akan berlangsung pada 2 Mei ini.


“Saingan saya nanti semuanya sengit-sengit belaka. Saya akan bertanding dengan nama-nama besar dan begitu gah dalam industri. Sudah tentu artis-artis lain seperti Jamal Abdillah, Hazami, Faizal Tahir dan Vince mempunyai peluang yg lebih besar untuk berjaya.

“Saya tak menjangkakan apa-apa kejayaan pun nanti. Telah tersenarai pun sudah cukup bermakna buat saya. Kalau saya berjaya meraih anugerah di AIM17 nanti, itu adalah satu bonus. Doakan saya berjaya ya!.”


Demikian cerita Riz. Peminat Riz jangan lupa dapatkan album sulung Riz berjudul Bermula Semula. Banyak lagu best, antaranya Hanya Sandiwara, Harus Ku Yang Pergi, Bermula Semula dan banyak lagi. Peminat yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Riz boleh layari laman web di www.rizfc.forumotion.com



STACY SELESA BERSAMA AKIM

Oleh Fadhil Abdollah
Foto Zakaria Idris


Penyanyi cun Stacy ni semakin popular dan murah rezekinya.

Cerita Stacy:

“Tak dinafikan, gosip Stacy bercinta dengan Akim buat family saya bising jugaklah. Mujurlah mereka faham yg kami hanya berkawan rapat dan tak sampai nak bercinta. Stacy akui memang rapat dengan Akim. Bagi Stacy, dia seorang yg baik hati, cepat mesra, tak control, tidak hipokrit dan hensem orangnya..hehe. Kami juga sekepala. So, senang la kami nak berborak topik yg sama dan ini menjadikan Stacy selesa bersama Akim.

“Tentang kerjaya, single Jahat ciptaan Edry KRU akan menemui peminat apabila video klipnya dah siap nanti. Ini juga hadiah buat peminat yg sentiasa menyokong Stacy.

“Stacy juga menyanyikan lagu Kisah Kita ciptaan Adi Sixth Sense yg akan menjadi tema untuk sebuah drama nanti. Stacy amat senang bekerjasama dengan Adi yg kreatif dan memberikan Stacy kelonggaran kepada Stacy untuk menyanyikan lagunya”.

Demikianlah cerita Stacy…Stacy juga tercalon dalam kategori Album Pop Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik yg akan berlangsung pada 2 Mei ini.

Kagum dengan Stacy ni..kelincahannya menari dengan vokal yg mantap buat ramai terpesona. Stacy adalah antara penyanyi muda berbakat besar yg boleh pergi jauh sehingga ke peringkat antarabangsa. Syabas!

Untuk mengetahui cerita selanjutnya, jangan lupa dapatkan majalah Mangga keluaran Mei 2010 di pasaran sekarang.

Related Posts with Thumbnails