Photos credit to mStar Online
Video Persembahan Stacy
Pakai Buang
Menggegar Dunia
Credit to iamyiwern
PERTANDINGAN yang mengiktiraf lagu-lagu terbaik tempatan sepanjang tahun, Gah 1 kini menjengah tirai kemuncaknya apabila bakal melabuhkan tirai musim ketujuhnya di pentas akhir Kemuncak Gah 1, malam esok (30 Mei) .
Selama enam musim bersiaran Gah 1 sebelum ini lebih di kenali sebagai Hits 1.
Ia bukan sahaja membuka ruang serta meningkatkan semangat penggiat seni tempatan untuk terus berkarya malah, pertandingan seperti itu juga dilihat sebagai medan mengiktiraf lagu-lagu terbaik tempatan yang telah dihasilkan sepanjang tahun.
Bertempat di Sunway Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor pentas akhir yang bersiaran pada pukul 8.30 malam esok juga dipancarkan ke kaca televisyen secara langsung di TV2, saluran Muzik Aktif (saluran 180, Astro) serta saluran radio MUZIKfm.
Penyiaran di tiga saluran serentak itu mencipta kelainan kepada malam kemuncak.
Ini kerana ia bakal memperlihatkan kemeriahan sebelum pertandingan bersama para peminat hiburan seawal pukul 7.30 malam lagi.
Sebanyak sembilan lagu tersenarai ke peringkat akhir. Ini termasuklah Cinta Adam Dan Hawa nyanyian Misha Omar, Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah), Rawan (Azharina), Bencinta (Faizal Tahir) dan Rindu Terhenti yang dipopularkan oleh Tomok.
Tidak ketinggalan ialah Khatimah Cinta (6ixth Sense), Pakai Buang (Stacy), Cinta Gila (Grey Sky Morning) dan Menggegar Dunia nyanyian duet Adam dan Stacy.
Lagu-lagu yang dipertandingkan merupakan ciptaan komposer- komposer terkenal tanah air iaitu Ajai, Habsah Hassan, Loloq, Hazami Aubrey Suwito dan Asmin Mudin.
Lagu-lagu tersebut bakal berentap merebut hadiah berjumlah RM100,000 meliputi empat kategori yang dipertandingkan iaitu Anugerah Lagu Terbaik (RM40,000), Lagu Tempat Kedua (RM30,000), Persembahan Terbaik (RM10,000) dan Lagu Paling Popular Pilihan SMS (RM20,000).
Selain wang tunai, pemenang bagi setiap kategori turut menerima sijil penyertaan berserta trofi kemenangan.
Pertandingan yang dikendalikan oleh pasangan pengacara, E'One dan Ejaya Arshad itu bakal dimeriahkan oleh artis-artis terkenal tanah air seperti Nubhan, Sarah Raisuddin, One Nation Emcees, kumpulan Kristal dan kumpulan Aisunam.
Malam kemuncak tersebut pastinya cukup menarik apabila konsep fiesta dengan tema warna biru dan jingga diketengahkan, santai seolah-oleh berada di tepian pantai.
Tarikh : 29 Mei & 30 Mei 2010
Tempat : Tingkat 3, KLCC (29/5)~ 10.00 pagi - 12.00 malam
Hotel Legend KL (30/5)~ 7.30 malam - 12.00 malam
Selebriti : Faizal Tahir, Riz dan Nicholas Teo(Artis antarabangsa)
**BOLEH PERCAYA KE KEBENARAN ARTIKEL NI? RASANYA MEREKA HANYA BERKAWAN RAPAT TAPI TIDAK BERCINTA PUN.
RONDA-RONDA : RIZ @ RAKAMAN GAMESHOW 'KATA KAU'
Foto Asmawal Arshad
Aksi-aksi Riz ketika rakaman gameshow 'Kata Kau'...
BORAK SANTAI : RIZ PETIK SATU LAGI BINTANG!
• Aktiviti masa lapang? Suka jogging tak pun lepak ngan member2, tapi we’all ni lain sikit. We’all akan duk lepak kat rumah kawan jer, bila dah bosan baru lepak mamak.
• Selain menyanyi ada gak dapat tawaran berlakon tapi RIZ tolak. Dah pernah cuba sekali, bila tengok semula rasa kelakar, pastu taubat taknak.
• Takder pantang/alah ngan makanan, bedal jer semua asalkan halal.
• Best gak jadi feymes coz’ dapat kenal ramai orang pastu ada peminat selalu support. Lagi 1 memang dah simpan niat nak jadi penyanyi, tak sangka tercapai.
• Phuket, Perth & Bangkok antara tempat terbaekk pernah dikunjungi.
• Benda paling giler pernah dibuat? Naik roller-coaster & Salero Shot! Hek eleh..tu jer?
• Nak cuba bungee jumping, scuba diving, sky diving @ yang sepesen ngan aktiviti tu.
• Lagu feveret? Lagu Allahyarham Sudirman, ‘Jauh Di sudut Hati’.
• Benda pertama RIZ wajib buat sebaik bangun pagi? Minum air kosong.