JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, October 30, 2010

STACY @ REMAJA 1 NOVEMBER 2010


 (Petikan daripada majalah Remaja keluaran 1 November 2010)


CERITA CINTA STACY

Oleh Ju Munira
Foto Syaiful Azuan/Sharinizam

Apabila disebut sahaja nama Stacy, kebanyakan peminat di luar sana terus membayangkan betapa rancaknya tarian yang dipersembahkan olehnya. Bukan itu sahaja, malah stamina yang ada pada Stacy turut dikagumi kerana dia mampu menyanyi sambil menari lincah di atas pentas. Ikuti cerita cinta penyanyi yang kian popular dengan lagu 'Jahat' ini.....


Sebagai seorang selebriti memang tidak dapat lari daripada sebarang gosip. Bagaimana Stacy berhadapan dengan situasi ini?
Stacy anggap gosip ini adalah lumrah kehidupan artis. Jadi, Stacy sudah persiapkan diri untuk menghadapi sebarang gosip. Yang penting kita harus cool bila berdepan dengan situasi yang melibatkan gosip.

Apakah kenangan terindah yg tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar artis?
Bagi Stacy, kenangan terindah yg tidak dapat dilupakan ketika memenangi Akademi Fantasia musim ke-6. Tak tergambar rasanya perasaan Stacy ketika itu.

Apa makna cinta buat Stacy?
Cinta itu adalah rasa sayang kepada keluarga, Tuhan, alam sekitar dan banyak lagi. Cinta juga adalah sesuatu yg paling bahagia apatah lagi jika dicintai.

Apakah status Stacy sekarang? Dan apakah kriteria lelaki idaman Stacy?
Stacy masih single but not available. Hahaha. Stacy tak kisah kriteria apa pun asalkan Stacy suka padanya. Yang penting dia boleh buat Stacy rasa dicintai, buat Stacy happy dan seorang yg memahami.



Rahsia Alam Stacy.....

1  Nama panggilan dalam keluarga Putet...
2  Stacy obses kepada....Baju
3  Rakan artis yg Stacy ingin berduet....NICO
4  Tiga perkara yg harus dibawa ke mana-mana.... Telefon, dompet, topi
5  Stacy seorang yang..... 'Happy go lucky'
6  Stacy fobia kepada ..... Ular
7  Barang kesayangan yg Stacy simpan sampai sekarang.... Piala kemenangan


NAMA PENUH : Stracie Angie Anam
NAMA SAMARAN : Stacy Anam
TARIKH LAHIR : 18 Ogos 1990
TEMPAT LAHIR : Kota Kinabalu, Sabah
ADIK-BERADIK : 6 orang
HOBI : Menari, memancing, menyanyi
WARNA KEGEMARAN : Hitam, merah, kuning, putih
KERETA YG DIPANDU SEKARANG : Toyota Wish
KERETA IMPIAN : Sport Car
MUZIK YG DIMINATI : Pop rock, balada
MAKANAN KEGEMARAN : Tomyam


Untuk mengetahui selanjutnya, sila dapatkan majalah Remaja terbaru di pasaran sekarang!


Thursday, October 28, 2010

RIZ @ MALAM PUISI DIHAYATI BAHASA DISANJUNGI


Pose Riz selepas majlis selesai...


Inilah vc persembahan Riz di Malam Puisi Dihayati Bahasa Disanjungi pada 23/10/2010 yg lalu di Taman Budaya Kuala Lumpur anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan. Terima kasih pada Frizz dan Muzlia @ Riz Angels sebab sudi share foto dan video nie..love both of you...

 

Lirik lagu ...Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini
Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Ho.. ho.. ho....ho... (4x)
Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menampak
Kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...Oh...

Kawan cuba dengar apa jawabnya
Ketika ia kutanya mengapa
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang

Ho...ho..ho....ho..(4x)



Lirik lagu... Penantian

Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi

Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku



 



Sunday, October 24, 2010

RIZ PROMOSI PLAN KEDUA


Ditulis oleh Rosli Manah @ Mangga Online



Riz AF6 salah seorang penyanyi lelaki yang mendapat perhatian peminat kerana kemampuan vokalnya yang baik. Walaupun baru beberapa tahun memasuki industri muzik, Riz sudah ada identiti tersendiri dan tidak dikaitkan dengan penyanyi sedia ada.

Sekarang penyanyi berasal dari Grik, Perak itu dalam rangka mempromosikan single baru berjudul Cinta Ini ciptaan Ajai. Lagu yang dimuatkan di dalam album sulungnya itu mula mendapat perhatian peminat.


Beli barang untuk didermakan


Kalau ada acara yang melibatkannya, Riz akan mengambil kesempatan untuk mempromosikan lagu tersebut. Dengan adanya single baru, kerjaya seni seseorang artis tidak akan terhenti.

Sebelum ini beberapa lagunya pernah mendapat tempat di hati peminat termasuk lagu duet bersama Alyah, Ku Pinjam Satu Bintang. Lagu tersebut juga dirakam kembali secara solo oleh Riz di dalam album terbitan Riz Entertainment dengan kerjasama Wake The Baby Records.



Riz dan rakan-rakan dalam kerja amal

Untuk gelombang kedua promosi albumnya, Riz turut mempertaruhkan lagu-lagu Kehilangan Kamu dan Khilaf. Lagu Kehilangan Kamu membolehkan namanya tercalon untuk kategori vokal lelaki terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17 tahun ini.

Semasa mengikuti rombongan majalah Hai, Jamu Mak Dara dan Bank Islam mengadakan majlis amal di Kampung Periang, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini Riz sempat memperdengarkan lagu Cinta Ini kepada peminat desa itu.

Walaupun ada yang baru mendengarnya kali pertama, lagu tersebut mudah meresap ke telinga peminat. Mereka mudah mengikut Riz semasa menyanyikan lagu itu.


Riz makin langsing


Tak berkira hulur tenaga

Sepanjang mengikuti acara majlis amal bersama majalah Hai, Riz tidak berkira-kira menghulurkan tenaga. Riz bersama artis-artis yang telibat bergotong royong memotong daging serta menolong orang kampung memasak.

Mereka juga turut turun padang ke pasaraya untuk membeli keperluan rumah bagi tujuan agihan kepada orang susah dan memerlukan bantuan di kampung tersebut.

"Inilah salah satu cara artis boleh beramal. Mungkin kehadiran kita menghiburkan mereka boleh membuatkan mereka seronok dan dapat melupakan masalah yang sedang dilalui," kata Riz.

Saturday, October 23, 2010

STACY, ADIRA & FANS KECOH @ CRUISE TASIK PUTRAJAYA


Oleh Aqilah Mior
Foto Dannial Shah

Beruntungnya lima sahabat karib ni kerana berpeluang bersantai dengan artis kesayangan iaitu Adira dan juga Stacy di atas Cruise Tasik Putrajaya.


(Petikan daripada majalah Yezz keluaran November 2010)




Wednesday, October 20, 2010

STACY @ MUZIK VIDEO 'DI MANA KAN KU CARI GANTI'



Credit to astromalaysiatv


Stacy @ Muzik Video Istimewa "Di Mana Kan Kucari Ganti" sempena Kempen P.Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti di Astro. Layan.....




Sunday, October 17, 2010

STACY ~ JAHAT @ MARI MENARI



Credit to izzah1237


Persembahan Stacy @ program terbaru Astro, Mari Menari.



Saturday, October 16, 2010

STACY AS CAMEO @ LAWAKNYA FANTASIA RAYA



Stacy ketika shooting ASTRO Tv Program  'Lawaknya Fantasia Raya' yg telah disiarkan pada hari raya aidil fitri yg lalu.


Dari album:


Astro TV program : Lawaknya Fantasia Raya oleh Marliy Kama @ Facebook
 
 
 

AMBIL ANAK ANGKAT.... APA KATA RIZ?


(Petikan daripada majalah Mangga keluaran November 2010)


JANGAN ABAIKAN TANGGUNGJAWAB



"Mungkin bagi sesetengah orang, tujuan mengambil anak angkat adalah hanya untuk mengisi kekosongan hidup yang sunyi.

"Jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab yang kita pilih apabila mengambil anak angkat. Kita perlu membesarkannya dan membentuk menjadi orang berguna.

"Tanggungjawab memberi pendidikan ke atas anak angkat adalah perkara paling penting yang perlu diutamakan.

"Pendidikan itu sama seperti kita mendidik anak sendiri, iaitu dari segi ilmu agama, akademik, kemahiran dan sebagainya.


RAHSIA RIZ MAKIN KURUS


Oleh Tajul Ariffin Abu Hassan
Foto Shahril Azman Zain


Tentu ramai yang perasan perubahan susuk badan penyanyi kacak ni kan? Bukan saja segak dengan imej rambut pendek malah badan Riz semakin kurus. Mesti ramai yang nak tahu rahsia Riz kan? Jom ikuti cerita Riz yang ramah orangnya ini.


CERITA RIZ:

"Kalau nak tahu, sebenarnya pada bulan Ramadan lalu berat badan saya semakin naik. Mestilah saya risau dengan peningkatan berat badan saya.

"Sekarang ini saya kembali bersenam dan menjaga pemakanan untuk memastikan berat badan saya terkawal.

"So far apa yang saya buat untuk mengawal berat badan ialah mengurangkan pengambilan makanan. Tapi jangan pula terlalu sedikit, takut sakit pulak nanti. Iyalah, badan kita kan memerlukan tenaga.

"Selain itu, banyakkan minum air mineral. Sekurang-kurangnya tiga liter sehari kerana bila kita bersenam, badan kita akan kekurangan air.


"Kalau boleh, bersenam setiap hari. Selalunya kalau sibuk, saya hanya akan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

"Tentang kerjaya, mungkin Disember depan saya akan terbang ke Indonesia untuk merakamkan single terbaru saya.

Demikian tips berharga daripada Riz untuk peminat. Peminat yang ingin mengetahui perkembangan terbaru Riz boleh layari laman web www.rizfc.forumotion.com


**Jangan lupa dapatkan majalah Mangga terbaru di pasaran sekarang!


Friday, October 15, 2010

FOTO STACY @ KONSERT REUNION AF8



Stacy beraksi hebat di Konsert Reunion AF8 pada 10/10/2010 yang lalu dengan lagu 'Jahat'. Rakaman konsert ini akan disiarkan pada 6/11/2010 jam 10.30 malam @ Astro Ria. Jangan lupa tonton nanti ye!


Photos mStar Online


Monday, October 11, 2010

RIZ @ OPEN HOUSE MISS PRESIDEN RIZFC (9/10/2010)




Riz .... bersama Ejam (PA Riz) dan Muzlia (Presiden Rizfc)...



Foto Muzlia @ Riz Angels


Thanks to Muzlia for sharing the pictures... open house family Muzlia @ Taman Cheras Indah, KL...


**Psst...akak ingat nak gi rumah Muz(tak kira dijemput @ tak) hehe....tapi ade camping lak kat sekolah time tue..huhu...


Monday, October 4, 2010

AKIM SETIA PADA STACY



Oleh KEMALIA OTHMAN @ mStar Online
Foto Stacy Angie Frenz @ Facebook


Bintang Cornetto Inikah Cinta, Akim AF7, 19, mengakui kini sedang berkawan rapat dengan penyanyi Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan Stacy AF6, 20.

Biarpun belum mengesahkannya sebagai pasangan kekasih, bintang kelahiran Akademi Fantasia ini mengakui saling percaya mempercayai dan setia kepada kekasih.

Menurut Akim, dia seorang lelaki yang setia kepada kekasih dan tidak mudah untuk jatuh hati kepada wanita lain.

"Ya, sekarang saya sedang berkawan sangat rapat dengan Stacy. Saya senang berkawan dengan dia, saya mengkagumi dia sebagai seorang penyanyi yang betul-betul berusaha untuk berjaya.

"Sebagai lelaki saya adalah seorang yang setia kepada kekasih, tidak mungkin tercetus cinta lokasi dengan mana-mana perempuan yang akan berlakon atau menyanyi dengan saya," ujarnya yang bergandingan dengan Juliana Evans dalam drama mini bersiri Cornetto Inikah Cinta.

Jelas Akim, dia sedang merancang untuk mencipta lagu duet untuk "kawan rapatnya" itu dalam masa terdekat ini.

"Saya sedang rancang untuk beri lagu duet pada dia, kalau boleh memang kami ingin berduet sama tetapi melihat pada genre muzik kami berbeza ia agak sukar.

"Lagu dia lebih kepada pop dance, saya rasa tak sesuai untuk berduet bersama sebab tak pandai menari," katanya ketika majlis pelancaran drama terbarunya Cornetto Inikah Cinta.


Related Posts with Thumbnails