JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, February 25, 2011

STACY @ MAJLIS MERAIKAN FINALIS ABPBH 2010


Seramai 14 selebriti popular diraikan pada majlis makan malam bersama finalis bagi kategori penyanyi dan penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH2010) di Hotel Le Meridien, Rabu, yang dianjurkan oleh jenama sut lelaki, Lords Taylor.



Foto credit  Cnah Anis @ Facebook, Murai.com dan Adira AF8 Fanclub @ Facebook





Wednesday, February 23, 2011

RIZ @ MEDIA HIBURAN 19-25 FEB 2011



Teks Meen Tahrin
(Petikan daripada Media Hiburan 19-25 Feb 2011)



Tuah artis Wake The Baby...percutian ditaja Firefly..

Tanggal 15 Januari yg lalu, artis-artis di bawah naungan Wake The Baby ygt terdiri daripada Ilyka, Riz, Aisya dan Sani telah dibawa bercuti ke negeri yg kaya dengan budaya menarik, Sarawak. Selain empat artis ini, turut sama dalam percutian tersebut adalah rakan-rakan media dari pelbagai agensi.

Percutian selama empat hari tiga malam tersebut telah ditaja sepenuhnya oleh syarikat penerbangan tambang murah Firefly.



Untuk gambar dan cerita selanjutnya, dapatkan Media Hiburan terbaru di pasaran sekarang...cover Rosyam Nor dan Fauziah Gous...





Sunday, February 20, 2011

STACY MENGAKU CEMBURUKAN AKIM DENGAN WANITA LAIN



Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ @ mStar online


Stacy ketika majlis pengumuman rasmi sebagai duta Wall's Cornetto di Neutral Club, Jalan P. Ramlee, Khamis. - Foto SAMUEL ONG

Biarpun hubungannya dengan penyanyi Akim, 20, hanya ditafsirkan sebagai rakan baik, namun hakikatnya penyanyi Stacy ,21, mengaku akan cemburu apabila melihat lelaki itu berdampingan dengan wanita lain.

Sukar untuk menterjemahkan perasaan Stacy terhadap Akim kerana padanya perasaan cinta hanya wujud apabila pasangan itu sudah berkahwin dan hidup bersama-sama sebagai pasangan suami isteri.

Menariknya Akim di matanya, Stacy merasa cepat serasi dan tidak kekok apabila bersama-sama dengan lelaki itu.

Mereka biasa menghabiskan masa makan dan berlibur menghilangkan rasa stres bersama-sama.

“Saya dan Akim hanya berkawan baik dan apabila bersama-sama dengannya saya rasa selesa kerana boleh menjadi diri-sendiri. Dia menerima diri saya yang gila-gila dan kadangkala kasar ini.

“Kami selalu keluar bersama-sama tak semestinya kami bercinta. Sekarang saya belum bersedia untuk berkahwin kerana mahu kumpul duit untuk keluarga dan diri-sendiri dahulu.

“Saya takut hilang fokus untuk bekerja jika hanyut dalam percintaan. Tetapi saya rasa cemburu juga jika dia bersama-sama wanita lain,” katanya.

Stacy ditemui dalam satu majlis pengumuman rasmi Stacy dan Akim sebagai duta baru aiskrim Wall’s Cornetto di Neutral Club, Jalan P. Ramlee, di sini.

Menyentuh tentang karier, penyanyi popular menerusi lagu Jahat ini dalam proses menghasilkan album keduanya pada tahun ini.

Setakat ini juara Akademi Fantasia musim keenam ini sudah merakamkan lagu pop balada berjudul Kisah Dongeng hasil ciptaan Edry Abdul Halim dan Di Penghujungnya.

“Saya selesa bekerjasama dengan Edry kerana dia mengetahui kekuatan dan kelemahan vokal saya.

“Untuk album kedua ini, saya akan menampilkan enam buah lagu baru yang akan diterbitkan oleh syarikat rakaman Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

“Selain itu, saya sedang belajar untuk menceburi bidang lakonan tetapi belum bersedia sepenuhnya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi kelahiran Sabah ini akan menyambung semula pengajiannya yang tertangguh di Universiti Kolej Lim Kok Wing pada Mac ini.

Dia yang mengikuti jurusan Bunyi dan Muzik di institusi pengajian itu akan belajar semula dari semester satu selepas gagal menghabiskan semester tersebut akibat masalah yang tidak dapat dielakkan selepas terlibat dalam kemalangan sehingga kereta remuk teruk pada Mei tahun lalu.

“Saya berharap dapat bahagikan masa dengan baik dan menghabiskan pengajian saya,” kata Stacy.




Saturday, February 19, 2011

IBU RESTUI STACY BERKAHWIN DENGAN AKIM?



Teks Haswari Ali @ murai.com
Foto Mazlan Yunos Photography


Desas-desus tentang hubungan cinta yang terjalin di antara juara Akademi Fantasia 6, Stacy dengan pemenang tempat ketiga AF7, Akim akhirnya terjawab apabila masing-masing memberanikan diri untuk membuka mulut serta mendedahkan kesahihannya di hadapan pihak media, pada petang semalam.

Malah ketika menjawab pertanyaan tentang bagaimana penerimaan keluarga Stacy tentang hubungan mereka berdua, pelantun suara lagu Jahat itu berkata, ibunya sama sekali tidak menolak sekiranya takdir menemukan jodoh di antara mereka berdua.

"Sejak cerita saya dan Akim dikaitkan bercinta, emak sering bertanya tentang kesahihan cerita tersebut. Malah emak saya tidak pernah menghalang untuk saya berkawan dengan Akim. Alasannya kerana dia tidak sanggup lagi mendengar gosip atau khabar angin tentang perhubungan kami di media.

"Tapi emak saya juga berpesan, jika ditakdirkan jodoh saya jatuh di tangan pemuda Melayu dan beragama Islam, dia sama sekali tidak menolak. Bagaimanapun dia juga berpesan, terlalu banyak dugaannya apabila seseorang itu berkahwin dengan agama lain.

"Kata emak lagi, jika saya ingin berkahwin hanya setakat untuk bersuka-suka, nasihatnya baik lupakan saja kerana ia bukannya mudah. Lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan 2 agama yang berbeza," katanya jujur .

Stacy ditemui selepas majlis pelancaran dan sidang media empena perlantikannya sebagai duta Wall's Cornetto yang turut mengandingkan Akim sebagai jurucakap manisan kegemaran ramai itu diadakan di Neutral Club di sini, semalam.

Bagaimanapun Stacy menambah, masih terlalu jauh untuknya memikirkan tentang soal untuk mengakhiri dunia bujang, apatah lagi dalam usianya yang masih terlalu mentah muda.

Katanya, masih terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dipikul, sama ada sebagai anak, penghibur serta juga pelajar.

Namun, jelas Stacy, sejak mula berkenalan dengan Akim kira-kira 2 tahun lalu, kehidupannya memang sudah banyak berubah dan kekosongan hidupnya kini banyak diisi bersama jejaka yang berusia 20 tahun berkenaan.

"Sejak bergelar penyanyi, jumlah kawan saya semakin berkurangan. Di Sabah pula, ramai kawan saya yang sudah berkahwin. Tambahan pula, tak ramai kawan yang boleh saya ajak untuk bergembira. Nasib baik ada Akim. Dia juga suka nak berkawan dengan saya dan boleh dikatakan dia pandai melayan setiap kerenah saya.

"Bila ada cuti saja, kami akan menggunakan peluang ini untuk keluar bersama seperti menonton wayang atau pergi ke pusat membeli-belah. Jadi, kalau nampak kami keluar bersama, tak bermaksud kami ini bercinta. Mungkin apa yang boleh saya katakan sekarang, Akim adalah kawan baik saya . Untuk bercinta, saya tak rasa ianya akan terjadi," katanya berterus terang.

Jelas Stacy, tiada apa yang menarik tentang diri Akim melainkan sikapnya yang periang. Malah, teraju utama siri Kau Dan Aku itu juga mampu membuatkan hatinya sentiasa berada dalam keadaan yang ceria.

Malah kata Stacy lagi, dia dan Akim sering berkongsi minat yang serupa dan sama-sama datang dari latar belakang keluarga yang agak sama sebelum mereka bergelar bintang program realiti AF yang jadi kesukaan ramai itu.

"Memang tak nafikan, saya pernah bercinta ketika zaman sekolah dulu. Tapi sekarang fokus saya lebih tertumpu kepada kerjaya saya terlebih dahulu. Saya tak nak hilang fokus hanya kerana masalah percintaan. Biarlah saya kumpul duit dulu, sebagai persediaan untuk masa kesusahan dan hari tua nanti," katanya.

Sementara itu, menurut Akim pula, kisah cintanya bersama Stacy lebih dinilainya dari sudut yang positif. Apa tidaknya, dek kerana desas desus itu juga mereka berdua telah dipertemukan sebagai duta Wall's Cornetto bagi melengkapi kempen jenama aiskrim berkenaan sepanjang tahun ini.

"Ini adalah perkembangan yang sangat baik buat kami berdua. Disebabkan kontroversi tersebut, kami telah disatukan bersama Wall's Cornetto .Saya dan Stacy juga menjalankan tanggungjawab kami dengan penuh profesional.

"Tiada perhubungan cinta antara kami kerana kami sebenarnya berkawan baik. Kalau tahun sebelumnya saya dipertemukan dengan Juliana Evans, tapi kali ini saya bernasib baik kerana dapat bergabung tenaga dengan Stacy," katanya dengan senyuman.

Kata Akim, tiada yang lebih menarik apabila mereka berpeluang menyanyikan lagu tema sempena kempen Lafazkannya dengan stail Cornetto menerusi gabungan lagu Inilah Cinta dan Jahat berjudul Jahat Cinta secara berduet.

Friday, February 18, 2011

STACY @ PELANCARAN DUTA TERBARU WALLS CORNETTO



(Petikan daripada artikel Budiey.com)



Pada jam 3 petang 17 Februari 2011, Walls Cornetto telah mengadakan satu sidang media Pelancaran Duta Terbarunya dan Kempen Lafazkannya dengan Stail Cornetto.

Maka terjawab sudah teka teki siapakah duta terbaru Walls Cornetto. Kerana sebelum ini Akim dan Stacy pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dan kali ini mereka bertuah dilantik sebagai duta terbaru aiskrim Wall’s Cornetto bagi kempen ‘Lafazkannya dengan stail Cornetto’.

Pelantikan ini dilihat lebih menguatkan gosip bahawa mereka benar-benar bercinta.

Bagaimanapun kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mengaku hanya akrab sebagai kawan dan hubungan itu profesional sebagai rakan sekerja.

Malah Akim yang dua tahun berturut-turut dipilih sebagai duta aiskrim itu menolak desas-desus kononnya dia yang mencadangkan nama Stacy untuk sama-sama menjadi duta aiskrim itu.

“Saya tidak pernah mencalonkan nama Stacy dan tidak tahu dapat menyambung kontrak buat kali kedua sebagai duta Wall’s Cornetto bersama-sama Stacy. Jadi apabila mendapat tahu nama Stacy disebut untuk bergandingan dengan saya, sudah pasti saya gembira kerana kami berkawan baik. Mungkin juga pemilihan kami ini sedikit-sebanyak disebabkan gosip bercinta sebelum ini,” kata Akim, pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia muzik ketujuh (AF7).

Pasangan itu ditemui pada majlis sidang media dan pengumuman rasmi pelantikan mereka sebagai duta Wall’ Cornetto untuk kempen ‘Lafazkannya dengan stail Cornetto’.

Kedua-duanya turut menyampaikan lagu tema kempen tersebut berjudul Jahatnya Cinta gubahan Edry Abdul Halim hasil gabungan lagu Inilah Cinta oleh Akim dan Jahat oleh Stacy yang diberi sentuhan remix baru dan bertenaga.




Credit to syafiqjemain


Sebagai duta produk tersebut, Akim dan Stacy menggalakkan para remaja menyertai peraduan meluah perasaan melalui lagu merdu dan lirik yang kreatif mulai 14 Februari hingga 30 April ini.

Untuk menyertai, layari www.facebook.com/iluvcornetto dan kumpul mata daripada penutup Cornetto untuk membida artis pilihan di samping memenangi hadiah harian dan bulanan seperti iPhone 4, iKaraoke, iPod Shuffle, thumb drive, rantai kunci serta cakera padat istimewa Cornetto.

Para peminat aiskrim Wall’s Cornetto perlu membeli aiskrim jenama tersebut dan hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) nombor kod yang tertera pada penutup kon minuman itu ke 36322. – via Mstar Online

Tuesday, February 15, 2011

STACY @ INTIMATE TOUR BRUNEI 2011


Foto Cnah Anis @ Facebook


Thanks to Cnah Anis yg sudi share foto-foto cantik Stacy @ Facebook ketika Intimate Tour di Brunei baru-baru ni...

 Terima kasih daun keladi...

More pictures @









Saturday, February 12, 2011

RIZ~STACY HAIRSTYLE (2008-2010)



Ketika di AF6, stail rambut Riz dan Stacy tentunya melalui transformasi sesuai dengan format rancangan realiti tersebut … semuanya hasil tangan mereka yg diberikan tanggungjawab sepanjang musim AF6 itu.. mungkin ada yg disukai peminat atau sebaliknya…
Sebelum tu, jom tengok gambar profile AF6 mereka...



Ahak..gaya rambut sedia ada mereka...huhu

Gaya rambut pada minggu-minggu awal konsert mingguan AF6.... anda suka??....huhu

Konsert minggu ke 8... gaya rambut Riz yg paling aku suka... sangat sesuai dengan Riz...nampak seksi you huhu... Stacy macam biasa nampak cantik dengan apa gaya rambut sekalipun...

Aku sukakan style rambut Stacy ini... nampak cute....

Style jambul Riz pada minggu ke 9...huhu...Rock Around The Clock... Riz dah kurus time nie..i like... Stacy lak maintain cute...

Selepas AF6 pula, perubahan gaya rambut mereka mengikut citarasa sendiri @ mungkin berpandukan pandangan daripada perunding imej… Stail rambut Stacy lebih menampakkan variasi berbanding Riz

Riz dan Stacy masih mengekalkan gaya rambut yg ada atau dengan sedikit variasi selepas AF6 berakhir....

Pada tahun 2010... masing masing membuat keputusan untuk berimej baru...berambut pendek... Stacy mula berambut pendek pada awal tahun 2010... diikuti oleh Riz pada pertengahan tahun 2010...

Satu perubahan positif untuk karier masing-masing... I like!!


Foto credit to Majalah Aksi AF, Mangga, Hai, Murai.com, My Artis & Dari album Stacy Angie @ Facebook



Friday, February 4, 2011

MINI POSTER STACY & ADAM @ URTV 1 FEBRUARI 2011





Dapatkan mini poster Stacy bersama Adam @ URTV terbaru di pasaran sekarang.... cover Juliana Evans & Nur Fathia thanks to Husna Siti Angie for the pictures... cantik editing tu....


Nak tengok lebih banyak gambar, sila layari website Husna @




FOTO RIZ @ FINAL KONSERT AF8


 


Foto credit to Mistahery @ Facebook


Riz di malam Final Konsert AF8 pada Mei 2010 yg lalu...smart rambut time nie huhu....

Thursday, February 3, 2011

KLIK KLIK!


Selalu kita tengok pose-pose menarik je kan dari Riz dan Stacy...apa kata tukar sikit untuk post kali ni...ahak..

Jom kita tengok aksi-aksi mimik muka dari Riz dan Stacy... lucu pun ade bila tengok pose-pose nie...terutamanya si Riz tu..adeiii sabo jelah...jom layan....huhu

Gambar dari album Stacy Angie Full @ Facebook... thanks pada fans yg share gambar nie...
comeii nya Stacy kan walaupun lidah terjelir hehe...

Gambar dari Liea @ Riz Angels... Riz ketika dalam perjalanan ke Kampung Budaya Sarawak di Kuching, Sarawak pada bulan Januari lalu...sempat lagi buat mimik muka tue.. comeii ker?? huhu...

Gambar dari Stacy Angie Full album... hehe Stacy tak nak share ke pizza tu??... alamak, besarnya mata tu hihi...

Foto thanks to Muzlia.... hahaha sabo jelah Riz ni tau... suka sangat buat mimik muka ntah apa-apa.. ni confirm budget muke tu comeii sangat kann...Riz..hahaha

Aksi mimik muka cute dari Stacy... thanks pada fans yg share gambar ni kat album Stacy Angie Full @ Facebook...

Thanks to Ayu Giler @ Facebook .... aksi Riz ketika sesi temuramah bersama murai.com (Apa Kata M?).. ermmm..mimik muka ape namanya ni yer.. takut ke ...ataupun duk merayu atau memujuk...tak pun minta simpati... hehehe...

Lagi satu foto dari album Stacy Angie Full @ Facebook... aksi terkezut gak ke Stacy...hehehe...


Foto Riz Angels.. Riz ...Riz...sabo jelah tengok...hahaha..
...bak kata Datuk Aziz Satar, lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku ..hahaha...

Wednesday, February 2, 2011

STACY @ UJIBAKAT AF9




 Credit to aftalentaesb


Stacy ujibakat AF lagi sekali ker??Hehe.... Kelakar tengok gelagat Stacy bersama Akim dan Hafiz..  ujibakat depan Cikgu Shafi dengan   Edrie Hashim...








FOTO-FOTO IMBAS KEMBALI...



Foto Sahri Mohd Sarip @ Facebook


Riz~Stacy bersama Sahri Mohd Sarip, juga bekas pelajar Akademi Fantasia @ FFM21(2008)...



Riz & Sahri @ PPMH 2009 di Saloma Bistro...


Terjumpa pulak gambar-gambar ni kata Facebook Sahri...flashback ler pulak...huhu...tq Sahri kerana share foto-foto ni kat fb...

Ape-ape ajelah yek...asal ada muka Riz & Stacy...so,.layan jelah....




Related Posts with Thumbnails