JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Wednesday, June 29, 2011

BAB 10 ~ KAU TERCIPTA UNTUKKU


INSYIRAH tersenyum menatap penampilannya melalui cermin. Bergaya ringkas dengan blaus purple lembut dan berseluar jeans. Dipadankan dengan tudung warna senada. Tiba-tiba kedengaran bunyi dari telefon bimbitnya menandakan ada mesej yang baru masuk. Matanya tertancap pada skrin telefon. Dia tersenyum. Mesej dari Irfan rupanya.


“Selamat Hari Lahir Ira. Awak sangat istimewa di hati saya. Tiada yang lain. Terima kasih kerana sudi mencintai saya seadanya. Terima kasih juga sebab sudi keluar dengan saya hari ni..walaupun dipaksa.. hahaha. Tak payahlah lama-lama pandang cermin tu, dah cantik dah. Saya dah sampai ni, cepat sikit..”

Haah! Dah sampai? Sempat lagi hantar SMS. Sabar ajelah dia ni. Bisik hati Insyirah sambil tersenyum.

“Ira….!”

Kedengaran suara Aiman dari halaman rumah.

“Irfan dah sampai ni..!”

“Ok…sekejap..” Insyirah mencapai beg tangan lalu berlalu ke luar rumah. Dia mencapai sandal bertumit di atas rak lalu menyarungkan ke kaki.

“Amboi…cantiknya adik Along ni..” Ucap Aiman sebaik saja Insyirah muncul di situ. Matanya tertancap pada adiknya itu.

Irfan pula memandangnya sambil melemparkan senyuman. Memang benar kata Along. Biarpun ringkas, penampilan Insyirah sangat manis dan menarik hatinya. Sedap mata memandang.

“Selamat hari ulang tahun Ira. Semoga terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Dah bertambah lagi umur ya. Dah makin tua dah adik Along ni…” Usik Aiman sambil tersengih.

“Terima kasih Along. Apalah Along ni. Siapa yang tua sebenarnya ni? Ira ke Along?.”

“Yelah..yelah.. Alonglah yang tua kat sini…” Insyirah ketawa kecil sambil memandang abangnya itu. Irfan turut tersenyum melihat dua beradik itu.

“Ira pergi dululah Along..” Ucapnya sambil menyalami dan mencium tangan Aiman. Dituruti oleh Irfan.

“Pergi dulu ya Along..”

“Ok…hati-hati memandu Irfan. Jaga Ira tu elok-elok ya.” Irfan tersenyum.

Mereka kemudiannya memasuki kereta dan terus berlalu ke arah Bandar. Beberapa minit perjalanan, Irfan menjeling sekilas ke arah Insyirah.

“Cantik awak hari ni..” Pujian Irfan membuatkan Insyirah terkedu.

“Biasa ajelah awak. Selalu pun Ira berpakaian macam ni kan.”

“Betul, Ira. Memang awak cantik hari ni. Agaknya seri hari lahir kot…” Usik Irfan sambil tersengih.

“Isshh…ada-ada ajelah awak ni.. Kita nak ke mana ni?” Saja menukar topik.

“Saya nak bawak awak ke satu tempat yang istimewa..” Ujar Irfan sambil meneruskan pemanduan.

“Yelah..tapi kat mana?” Seakan tidak sabar.

“Surprise….!” Ucapnya sambil tersenyum lebar memandang gadis itu. Tak habis-habis dengan surprise. Detik hati Insyirah.

IRFAN memarkir kereta Toyota Viosnya berhampiran sepohon pokok. Mereka keluar dari kereta sambil menghayun langkah beriringan ke tempat duduk di hujung pantai tersebut.

“Jom kita duduk kat sini, Ira.” Mereka melabuhkan punggung di kerusi.

“Ira masih ingat tempat ni?” Soal Irfan.

“Ingat…mana saya boleh lupa tempat cantik macam ni.” Ucapnya. Nyaman terasa bila bayu laut menyapa pipi putih mulusnya itu.

“Selain tu..apa lagi yang awak ingat tentang tempat ni?” Soal Irfan lagi. Matanya merenung ke arah Insyirah.

“Selain tempat ni cantik? Apa lagi?…”Insyirah mengerut kening. Saja buat-buat tidak faham dengan maksud lelaki itu.

“Kan pantai ni jugak yang menjadi saksi luahan perasaan saya pada awak. Takkan awak dah lupa?.” Ujar Irfan. Nada suaranya serius. Wajah kacak itu kelihatan kelat.

“Awak…mana boleh saya lupa. Semuanya saya masih ingat. Masih terpahat kukuh dalam ruang ingatan saya ni tau...” Balas Insyirah sambil melemparkan senyuman manis pada Irfan.

“Oh ye ke? Ingatkan dah lupa. Yelah siapalah kita ni kan..” Usiknya seakan merajuk. Insyirah mencebik. Nak merajuklah pulak kononnya cik abang ni. Omel hatinya.

“Mana boleh lupa. Setiap patah perkataan yang awak luahkan tu saya masih ingat lagi. Nak saya sebutkan satu persatu ke?.” Kata Insyirah sambil memandang Irfan. Ingin mengusik lelaki itu.

“Tak payahlah…ingatkan awak lupa atau buat-buat lupa..” Ucapnya sambil tersenyum. Enggan mendengar kembali luahan hatinya menerusi bibir gadis itu. Malu pulak rasanya bila mengingatkan saat itu. Bisik hatinya.

“Kenapa? Malu ke nak dengar balik?” Usik Insyirah lagi sambil tersengih.

Irfan menjegilkan mata ke arahnya sambil mengetap bibir. Tawa Insyirah meledak. Hingga mengekek-ngekek bunyinya. Gelihati benar melihat reaksi Irfan.

“Kelakar sangat ke? Hmm…” Balas Irfan sambil menepuk manja bahu gadis itu. Walaupun sedikit tersentak, Insyirah tetap menyambung tawa. Akhirnya Irfan pun turut sama ketawa.

“Ira…awak tunggu kejap ya..” Ucapnya sebaik saja tawa mereka mereda.

“Awak nak pergi mana ni?”

“Kejap aje…” Balas Irfan sambil berlalu pergi.

Langkahnya laju. Dahi Insyirah berkerut. Nak ke tandas kot. Kata hatinya. Matanya beralih ke arah ombak yang sedang memukul pantai. Damainya berada di sini. Dia ralit menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH itu.

“Ira…” Lembut suara kedengaran di belakangnya. Insyirah berpaling. Irfan sedang menghulurkan satu kotak merah yang berbalut cantik kepadanya.

“Untuk awak..” Senyuman manis terukir di bibir Irfan. Insyirah sedikit terkejut.

“Apa ni?” Sambil menyambut huluran kotak itu.

“Selamat hari lahir. Hadiah ni saya beli khas untuk awak.” Insyirah menjeling Irfan. Kotak merah yang dihiasi dengan reben warna senada itu berisi coklat yang berukiran huruf namanya. Hatinya berlagu riang dengan pemberian itu. Terasa diri amat disayangi.

“Saya tahu awak suka coklat. Awak suka tak?” Dia tahu Insyirah memang penggemar coklat.

“Suka sangat…terima kasih awak.” Tuturnya sambil memberikan senyuman manis pada Irfan.

“Sama-sama..” Sambil membalas senyuman itu.

“Tapi…sayanglah nak makan coklat ni awak.”

“Kalau sayang nak makan..nah Ira makan yang ni…” Ujarnya sambil meletakkan sebuah kotak berisi kek di atas meja batu itu. Sekali lagi Insyirah terpana.

“Haa…kek kegemaran awak..” Kata Irfan sambil mengeluarkan sebiji kek coklat dari kotak tadi dan diletakkan di hadapan Insyirah.

“Wah…Kek Coklat Moist….bestnya..” Irfan tersengih melihat aksi spontan Insyirah. Sampai membulat matanya memandang kek itu. Memang hantu coklat. Detik hatinya.

“Terima kasih awak…”

“Sama-sama. Biar saya potongkan kek ni untuk awak…”

“Meh saya suapkan..” Ucapnya sambil menyuakan sepotong kek ke mulut Insyirah.

“Tak payahlah…biar saya makan sendiri…”

“Hari ni kan hari lahir awak. Cepat bukak mulut tu. Nak saya paksa ke?” Sambil menjeling Insyirah di hadapannya. Isshh.. dia ni. Suka sangat memaksa orang. Omel hati Insyirah.

Dengan teragak-agak akhirnya Insyirah membuka mulut. Irfan menyuapkan kek ke mulutnya.

“Sedap tak?”

“Sedap sangat. Awak tak nak rasa ke?”

“Tak payahlah, Ira. Saya belikan kek ni untuk awak.”

“Amboi..takkan nak suruh saya habiskan semua. Tak kira, awak pun kena makan jugak.” Desak Insyirah.

“Meh saya suapkan awak…” Giliran Irfan pula membuka mulut menerima suapan kek dari Insyirah. Lagak mereka sebentar tadi bagai pasangan pengantin yang sedang menikmati makan beradab.

“Sedap kan. Kat mana awak beli ni?”

“Eh..mana boleh bagitahu. Rahsia…”

“Amboi..boleh pulak nak berahsia..Macamlah dia yang buat kek tu..” Irfan ketawa kecil mendengar kata Insyirah. Terasa lucu.

Matanya ralit memandang Insyirah yang penuh berselera menjamah kek coklat itu. Dia sendiri turut dipaksa makan oleh gadis itu. Nasib baiklah kek itu sedap. Kalau tak jenuh jugak nak menghabiskan semuanya. Omel Irfan dalam hati.

USAI menunaikan solat Zohor mereka bergerak pulang. Ketika melalui kawasan Bandar, Irfan tiba-tiba memperlahankan kereta dan berhenti di bahu jalan.

“Ira…awak tunggu sekejap ya.” Ujar Irfan sambil membuka pintu kereta dan berlalu keluar.

Nak ke mana pulak dia ni? Bisik hati Insyirah. Irfan sedang menyeberang jalan menuju ke arah deretan kedai di situ. Kelibat lelaki itu kemudiannya hilang dari pandangan matanya. Insyirah melepaskan pandangan kosong ke cermin sebelah kirinya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Insyirah memandang ke arah skrin telefon. Tertera nama Qaleesha. Ada mesej dari gadis itu.

“Happy Birthday Kak Ira. Sorry lambat wish. Esha tak nak kacau akak dengan abang. Esha doakan akak dipanjangkan umur dan kahwin cepat-cepat. Suruh abang masuk meminang akak cepat sikit ya. Kalau abang lamar akak, akak setuju aje tau. Kalau tak, akak akan menyesal nanti. Abang Esha tu kan handsome. Ramai peminat akak.. Sorry jugak Esha tak ada hadiah untuk akak. Jangan marah tau. Oklah..selamat hari lahir sekali lagi. Sayang akak sangat-sangat…muaaaaahhh.”

Insyirah tersenyum sendirian membaca mesej panjang lebar dari Qaleesha. Nakal sungguh. Jarinya ligat menekan punat keypad. Membalas mesej gadis itu.

“Terima kasih dik. Tak apa. Tak payah hadiah-hadiah tu Esha. Bukan main lagi usik akak ya. Akak tak marah cuma geram aje. Sayang Esha jugak…muaaahhh.”

Jarinya menekan punat send. Bibirnya mengukir senyum. Insyirah sedikit terkejut bila pintu kereta dibuka. Irfan memasuki kereta dengan tangan kosong.

“Sorry lambat sikit..” Katanya sambil memakai tali pinggang keledar.

“Awak pergi mana? Nak kata beli barang tak nampak apa pun kat tangan..” Soal Insyirah sebaik saja Irfan kembali memandu.

“Memang saya tak beli barang apa pun. Saya pergi jumpa kawan sekejap tadi.” Balasnya sambil menjeling sekilas ke arah Insyirah. Kereta itu terus meluncur laju.

Sepuluh minit kemudian kereta itu memasuki halaman Teratak Pak Zaman. Irfan memberhentikan kereta. Insyirah yang ingin melangkah keluar ditahan oleh Irfan.

“Ira…sekejap.” Insyirah memandang ke arahnya. Irfan mengeluarkan satu kotak baldu kecil dari poket bajunya. Kotak itu dihulurkan pada Insyirah.

“Apa pulak ni awak?” Soal Insyirah terpinga-pinga. Terkejut dengan pemberian banyak hadiah dari lelaki itu sepanjang hari itu.

“Untuk awaklah.” Ujar Irfan sambil tersenyum.Oh rupa-rupanya dalam diam tadi Irfan singgah ke kedai untuk membeli hadiah tersebut. Telah Insyirah dalam hati. Namun dia masih tidak menyambut huluran lelaki itu.

“Ambik…” Irfan menarik tangan Insyirah lalu meletakkan kotak baldu itu di telapak tangan gadis itu. Insyirah terpana.

“Bukaklah kotak tu…” Pinta Irfan. Insyirah menuruti kemahuan Irfan lalu membuka kotak baldu berwarna maroon lembut itu.

Sebaik saja membuka penutup kotak tersebut terpampanglah di ruang matanya satu set gelang dan brooch dengan batu cat's eye yang sangat cantik. Mulutnya sedikit ternganga. Matanya membulat. Terpesona. Insyirah memandang ke arah Irfan yang leka merenungnya saat itu. Wajah tampan itu dihiasi dengan senyuman manis. Hati Insyirah tersentuh lagi.

“Untuk saya lagi? Dah macam-macam awak beli untuk saya hari ni. Tak payahlah berhabis duit sampai macam ni Irfan.” Ucap Insyirah. Terharu dengan setiap pemberian lelaki itu.

“Awak tu kan teman wanita saya. Apa salahnya saya bagi hadiah kat awak. Lagipun hari ni kan hari lahir awak. Berapa sangatlah nilai semua benda tu, kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang dan cinta yang awak berikan pada saya.”

“Irfan…dah banyak kali saya ucap terima kasih kat awak hari ni. Terima kasih sangat-sangat sebab awak raikan hari lahir saya hari ni. Saya betul-betul terharu. Terima kasih awak…terima kasih sangat-sangat.” Kolam matanya kian bertakung.

“Kalau ikutkan .. saya tak nak apa-apa hadiah dari awak. Cukuplah dengan rasa cinta, kasih sayang, perhatian dan kepercayaan awak buat saya. Saya dah rasa cukup dihargai. Terima kasih awak…” Air jernih mula mengalir di pipi mulusnya.

“Kasih awak saya terima.. Sejak dulu lagi saya dah terima. Tak payahlah nangis macam ni. Ingat cantik sangat ke nangis? Buruk tahu tak..” Usiknya sambil mengesat air mata di pipi Insyirah.

“Habis tu kalau buruk kenapa awak suka jugak?” Sambil menjeling Irfan di sisi.

“Buruk pada mata orang. Tapi pada mata saya awaklah yang paling manis, cantik dan ayu. Sungguh! Saya tak tipu. Kalau saya tipu, saya sanggup potong kuku saya…” Katanya dengan selamba sambil tersengih-sengih memandang Insyirah.

Potong kuku? Adoii…dah mula dah dia ni. Bisik hati Insyirah.

“Dahlah..malas nak layan awak. Saya masuk dululah.” Sambil membuka pintu kereta.

“Saya balik dulu sayang. Kirim salam kat Along ya.”

“Ok..hati-hati memandu ya.” Pesan Insyirah.

“Sayang jugak awak kat saya ya..” Irfan tersengih memandangnya. Masih ingin mengusik lagi. Insyirah cuma mendiamkan diri. Tak kuasa nak melayan kenakalan lelaki itu lagi.

“Oklah…Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam..”

“Sampaikan salam saya pada Esha ya..” Sambil melambaikan tangan pada Irfan.

Kereta lelaki itu mula meninggalkan perkarangan rumah. Insyirah berdiri di situ hinggalah bayang kereta itu hilang dari pandangan mata.

Insyirah begitu terharu dengan apa yang telah dilakukan oleh Irfan. Terasa dirinya benar-benar disayangi. Sambutan hari lahir kali ini menjadi kenangan yang cukup bermakna untuk dirinya.

Tuesday, June 28, 2011

BAB 9 ~ KAU TERCIPTA UNTUKKU



BERKERUT kening gadis manis itu saat mendengar cadangan Irfan. Alah..biar betul. Nak tengok filem seram. Aku ni dahlah penakut gila. Aduh..macamana ni? Takkan nak bagitahu hal sebenar. Ee..malulah pulak! Saja-saja nanti kena gelak. Bisik hati Insyirah.

“Kenapa Ira?” Soal Irfan bila melihat Insyirah macam tak keruan.

“Er…tak ada apa-apa... Er…kita nak tengok filem seram apa yek?.” Soal gadis itu kembali. Cuba bertenang.

“Haa…kita tengok filem Karak. Ramai yang cakap best. Ira tunggu sini, biar saya pergi beli tiket kejap ya.” Balas Irfan sambil melangkah ke kaunter. Insyirah terkedu.

Haah…nak tengok filem Karak! Walaupun hero filem tu aku minat tapi sebab cerita seram.. sepuluh kali fikir pun aku tak nak tengok. Masak aku kali ni. Memang tak dapat lari dah…adoii.. Omel Insyirah dalam hati.

Dia menunggu dalam keresahan. Debaran hati makin kencang. Selang beberapa minit kemudian, Irfan kembali bersama dua keping tiket.

“Sorry lambat sikit. Ramai pulak orang hari ni. Nasib baik ada tiket. Jom kita masuk…” Ujarnya sebaik menghampiri Insyirah yang menunggu di satu sudut.

Insyirah membuntuti langkah Irfan masuk ke dalam dengan hati berbelah bahagi. Mereka melabuhkan punggung di kerusi di bahagian tengah panggung yang dipenuhi penonton. Debaran hati Insyirah makin kuat sebaik tayangan bermula. Permulaan filem itu sudah mula menaikkan bulu romanya. Irfan di sebelah menonton dengan tenang.

Sebaik terpamer rupa hantu di layar, sepantas kilat Insyirah menutup mata. YA ALLAH, ternampak pulak rupa hantu tu. Adooii! Detak hatinya.

Dia kerap kali tersentak dengan suspen yang ditunjukkan dalam filem itu. Sepantas kilat badannya menyenget rapat ke arah Irfan. Dia menyorokkan sedikit wajahnya di belakang bahu Irfan sambil memaut kuat lengan lelaki itu tanpa sedar. Matanya terpejam rapat.

Irfan sedikit terkejut. Dia berpaling ke arah Insyirah. Dia menahan tawa bila melihat reaksi gadis itu. Takut rupanya. Tadi tak nak cakap. Bisik hatinya. Insyirah memaut lengannya hampir sepanjang tayangan filem itu. Irfan hanya membiarkan. Lampu dinyalakan semula selepas tamat tayangan. Lega. Habis jugak akhirnya. Ucap Insyirah dalam hati.

“Ira…awak takut tadi ek?.” Soal Irfan setelah mereka berada di ruang legar shopping complex tersebut.

“Er…mana ada...” Masih cuba berdalih.

“Ye ke? Habis tu yang awak duk paut lengan saya sampai sudah tu, apa cerita?.” Duga Irfan sambil mengangkat kedua keningnya. Matanya menjeling ke arah Insyirah. Bibirnya mengukir senyuman. Menyindir.

Alamak. Aa ar ya..macamana aku boleh lupa tu. Nak coverline konon. Ambik kau..kantoi.. Bisik hati Insyirah.

“Kalau takut, kenapa tak cakap tadi? Boleh kita tengok cerita lain…” Ujar Irfan.

“Sebenarnya…tak adalah takut sangat…er…” Sambil memandang lelaki itu. Dia mengetap bibir. Malu sendiri. Irfan menahan tawa melihat kegelabahan Insyirah.

“Oh…tak takut sangat. Kalau takut sangat, agaknya saya pun awak peluk ya?..” Usik Irfan sambil ketawa kecil. Bulat mata Insyirah memandangnya. Spontan juga tangan gadis itu mencubit kuat lengannya. Geram.

“Adoooii….Sakitlah Ira…” Ucapnya sambil menyeringai kesakitan. Dia menggosok lengannya yang pedih.

“Padan muka…..” Balas Insyirah sambil mengatur langkah. Kadang kala tak kuasa melayan kenakalan lelaki itu.

Irfan mengikuti langkah Insyirah.

“Ira…”

“Janganlah marah…saya gurau ajelah..takkan tu pun nak terasa..” Cuba memujuk. Risau jika Insyirah benar-benar merajuk hanya kerana hal itu.

Insyirah mematikan langkahan sambil menjeling Irfan di sisi. Hampir bertaut kening lelaki itu berkerut sambil memandang ke arahnya. Mesti tengah susah hati tu. Tahu takut! Detik hati Insyirah. Tiada senyuman yang terukir saat itu. Saja nak menduga lelaki itu. Insyirah memalingkan muka dan terus berlalu ke arah parkir kereta.

“Ira…!” Tangan Irfan memaut lengannya dari belakang. Agak tersentak Insyirah dengan tindakan spontan itu. Hingga terdorong badannya sedikit ke belakang.

“Awak marah ke? Janganlah macam ni. Susah hati saya. Saya lebih rela dengar awak membebel daripada diam macam ni…” Mata Insyirah merenung tepat ke arahnya. Tanpa suara. Apa? Membebel? Amboi…sesedap rasa aje cakap. Omelnya dalam hati.

Alamak..aku salah cakap ke? Merajukkah dia? Adoii..nak kena pujuk ke ni?. Bisik hati Irfan. Sambil menjeling Insyirah yang makin laju langkahnya menuju parkir kereta.

“Ira…tunggulah!” Jeritnya sambil berlari ke arah gadis itu.

Tiba-tiba…

“Pon! Pon!”

Bunyi hon kereta yang kuat itu mengejutkan Insyirah. Segera dia berpaling ke belakang. Sekali lagi dia terkejut bila melihat kelibat Irfan yang duduk di bahu jalan. Sambil memegang sebelah tangannya. YA ALLAH..apa dah terjadi? Dengan pantas dia meluru ke arah lelaki itu.

“Irfan…!” Sambil merapatinya.

“Awak ok ke? Awak cedera?” Soalnya bertubi-tubi sambil matanya meliar melihat keadaan lelaki itu. Ada riak risau pada wajahnya saat itu. Dia turut menilik tangan Irfan tadi.

“Ira…saya ok..tak ada apa-apa...” Balas Irfan sambil tersengih. Bahagia dengan keprihatinan gadis itu terhadapnya. Tadi merajuk bagai nak rak. Bisik hatinya.

“Awak ni pun berjalan mata letak mana? Kenapa tak pandang kiri kanan dulu? Main redah aje..” Omel Insyirah sambil merenung Irfan yang mula berdiri di sebelahnya.

“Saya nak kejar awak tadi. Tu yang tak sempat tengok kiri kanan. Nasib baik kereta tu tak laju..” Jelasnya lagi.

“Tulah lain kali mata tu jangan letak kat lutut. Nasib baik tak apa-apa..” Bebel Insyirah lagi. Bahagia rasa hati Irfan dapat kembali mendengar suara gadis itu.

“Kalau ada apa-apa berlaku pada saya tadi….” Ayatnya tergantung. Saja ingin melihat reaksi Insyirah.

“Issh…apa yang awak cakap ni? Tak baik cakap macam tu…kalau kalau…” Sedikit membentak kata-kata tadi. Tidak suka dengan lafaz kata yang baru terbit dari mulut Irfan.

“Sayang jugak awak kat saya ya…” Usik Irfan sambil menyengih memandang Insyirah.

“Tak ada maknanya sayang-sayang…Tadi awak sendiri cakap saya suka membebel kan..” Ulasnya lagi.

“Bebelan awak tu bagai irama lagu yang syahdu pada saya tau…itulah antara sebab saya selalu suka usik awak…” Ucap Irfan sambil tersenyum lagi merenung Insyirah.

“Sindir sayalah tu….” Sambil menjeling lelaki itu.

“Ira, awak tahu tak..kalau sehari tak usik awak tak ceria hidup saya ni..” Katanya lagi. Mengusik.

“Ira…saya mintak maaf kalau awak tersinggung tadi. Niat saya hanya nak usik awak aje..” Sambungnya. Dia semakin cuba memahami sikap Insyirah. Memang suka merajuk dan sensitif. Itulah yang pernah diberitahu oleh Along.

“Tahu..sebenarnya..tak adalah kecik hati sangat pun. Saja nak kenakan awak tadi…” Balas Insyirah sambil tersengih memandang Irfan.

“Apa? Oh.. jadi saja nak main-mainkan sayalah ya?.” Soalnya serius.

“Padanlah dengan muka awak tu. Suka sangat usik saya kan. Sekali-sekala apa salahnya saya kenakan awak pulak..adillah kan?.” Ujar Insyirah sambil mengangkat kening. Dia ketawa kecil.

Irfan turut ketawa mendengar kata-kata itu. Tak sangka. Nakal jugak si gadis comel ni. Memang aku tertipu tadi. Ingatkan betullah merajuk. Adoii..terkena aku. Bisik hatinya. Insyirah tersenyum lebar memandangnya.

“Awak..jom kita pergi makan dulu. Tiba-tiba laparlah pulak.” Ujar gadis itu tiba-tiba.

“La..lapar ke? Ingatkan dah kenyang dengan merajuk tadi.” Usik Irfan lagi sambil menyengih lagi.

“Awak ni…sajalah tu nak sindir saya lagi ya...”

“Aiikk..terasa ke?.”

“Ah malaslah nak layan awak. Saya nak pergi makan. Kalau awak tak nak, biar saya pergi sendiri!.” Bentak Insyirah sambil mengatur langkah semula memasuki ruang food court di situ.

Irfan ketawa kecil sambil menuruti langkah Insyirah. Bimbang rajuknya datang lagi kalau terus-terusan diusik. Hilang selera nanti dibuatnya. Dia cuba menahan diri. Namun kadangkala dia sendiri tak mampu nak kawal kenakalannya setiap kali berhadapan dengan gadis itu. Suka benar jika dapat mengusik Insyirah.


IRFAN diajak oleh Insyirah masuk ke restoran makanan segera KFC. Mereka membuat pesanan makanan di kaunter dan kemudiannya memilih untuk duduk di meja berhampiran dengan tingkap.

Mereka menikmati Zinger Fillet Burger bersama Cheezy Wedges. Insyirah makan dengan berselera. Perutnya yang hanya dialas dengan sekeping roti sejak pagi tadi sudah lama minta diisi. Irfan menggelengkan kepala sambil tersenyum memandangnya.

“Ira…cuba makan elok-elok sikit. Macam budak-budak…comot..” Sambil mengelap hujung bibir Insyirah yang comot dengan tisu. Gadis itu melemparkan senyuman manisnya.

“Habis tu yang comot ni jugak yang awak suka kan…?.” Soal gadis itu sambil memandang Irfan.

“Yelah…yang comot nilah yang buat jiwa saya selalu kacau…” Ujarnya sambil tersengih. Insyirah ketawa kecil.

“Irfan…” Insyirah kembali bersuara setelah beberapa ketika.

“Hmm…” Sambil meneguk minuman.

“Bila awak nak bawak saya berjumpa dengan Mak Ngah awak?.” Soal Insyirah tiba-tiba.

Irfan terkedu dengan soalan gadis itu. Haruskah dia menyatakan reaksi ibu saudaranya tatkala dia menyampaikan niatnya tempohari?. Tidak sanggup untuk melukakan hati Insyirah.

“Nantilah…sebenarnya saya sendiri dah beritahu Mak Ngah pasal kita.”

“Oh ye ke? Jadi, apa kata Mak Ngah?.” Soal Insyirah kembali.

Irfan terpana. Apakah jawapan yang harus diberikan padanya?

“Err…Insya-ALLAH Mak Ngah setuju saja dengan pilihan saya…” Terpaksa membohongi gadis itu.

“Alhamdulillah…” Insyirah mengucap syukur sambil tersenyum.

Maafkan saya, Ira kerana terpaksa berbohong. Kata Irfan dalam hati. Dia berdoa semoga ALLAH lembutkan hati Mak Ngah dan akan menerima gadis pilihannya itu.


INSYIRAH yang baru saja usai menunaikan solat Isyak menghenyakkan tubuhnya yang lesu di atas tilam empuk di bilik itu. Kepenatan. Dia tersenyum sendirian mengingatkan insiden di pawagam tadi. Reaksi spontannya yang ketakutan sambil memaut erat lengan Irfan. Akhirnya dia terlena dibuai mimpi indah.

Tiba-tiba alunan muzik dari telefon mengganggu tidurnya.

“..ku tak ingin lagi berjauhan…usah kau hampiri perpisahan..” Dalam mamai Insyirah memandang skrin telefon bimbitnya. Terpampang wajah kacak Irfan yang tersenyum. Irama masih berlagu. Dah jam 12 tengah malam. Dia menekan punat hijau di telefon itu.

“Assalamualaikum…” Lembut nada suara kedengaran di hujung talian.

“Hmmm…waalaikumussalam…” Jawabnya dalam nada perlahan. Masih mamai.

“Dah tidur ya.. Sorry sayang kejutkan awak tiba-tiba…”

“Dah pagi ni awak…saya ngantuklah..” Ucapnya sambil menguap kecil dan menggosok matanya.

“Selamat hari lahir sayang…” Ucap Irfan. Insyirah tergamam. Tidak menyangka kata-kata itu yang akan didengarinya di awal pagi itu.

“Terima kasih awak…” Ujarnya ringkas. Terasa hilang semua rasa mengantuknya saat itu.

“Saya nak jadi orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir untuk awak. Sebab awaklah yang sentiasa mendapat tempat pertama di hati saya. Hanya awak, Ira.” Kata-kata itu begitu menyentuh hati Insyirah. Betapa dia dapat merasakan dalamnya cinta lelaki itu untuknya. Sepertimana yang dia rasakan.

“Terima kasih Irfan. Memang awaklah yang pertama….”

“Betul ke?” Irfan ketawa kecil.

“Yelah…yang pertama kejutkan saya dari tidur. Along pun tak pernah kejutkan saya awal pagi macam ni tau…” Katanya seakan menyindir.

“Oh ye ke? Tak apalah biar saya saja satu-satunya yang buat macam tu kan. Biar awak selalu ingat kat saya.” Ujar Irfan penuh makna. Insyirah tersengih.

“Esok saya nak ajak awak keluar. Ke satu tempat yang istimewa. Kita celebrate birthday awak ya.” Sambung Irfan lagi.

“Eh…tak payahlah. Dah tua-tua pun nak celebrate lagi. Malulah..” Balas Insyirah. Irfan ketawa.

“Issh…mana ada tua. Kan awak tu muda lagi. Tak apalah setahun sekali aje kan…” Pujuknya lagi.

“Tapi….”

“Tak ada tapi-tapi lagi. Saya datang ambik awak esok jam 10 pagi.” Tegas Irfan. Enggan mendengar sebarang alasan dari mulut gadis itu.

“Awak ni suka tau paksa-paksa orang…”

“Cakaplah apa yang awak nak…apa yang pasti esok pagi kita tetap akan keluar, ok!.”

“Yelah…yelah…” Malas bertekak dengan lelaki itu lagi.

“Oklah…selamat kembali beradu sayang. Saya sayang awak...”

“Sayang awak jugak….”

“Selamat malam sayang..…”

“Selamat malam…”

Talian diputuskan. Insyirah cuba memejamkan matanya kembali. Menyambung lenanya yang diganggu sebentar tadi. Dia tersenyum lebar. Bahagia apabila orang yang dicintai mengingati hari penting dalam hidupnya. Benaknya mula mencongak-congak apakah kejutan yang bakal diterimanya esok.




Monday, June 27, 2011

BAB 8 ~ KAU TERCIPTA UNTUKKU



DIA menjadi saksi pertemuan mereka di tempat parkir tempohari. Hatinya luluh saat melihat Irfan menyarungkan cincin ke jari Insyirah. Gadis itu mendapat tempat cukup istimewa di hati Irfan. Rasa sakit hati yang amat menyebabkan Izzati hilang pertimbangan. Perempuan itu harus mati!. Dia menjadi penghalang cinta aku dan abang Irfan! Izzati bagai dirasuk syaitan. Perempuan itu yang sepatutnya menderita sekarang. Bukan abang Irfan! Semua ini salah perempuan tu! Jaga kau perempuan! Marah Izzati meruap-ruap.

“Zati….”

Puan Khadijah menghampiri anak tunggalnya itu.

“Kenapa Zati tak melawat abang Irfan kat hospital?”

Zati terdiam. Apakah alasan yang harus dia berikan pada Mamanya? Takkanlah dia harus berterus-terang mengatakan semua itu adalah angkaranya. Tiba-tiba akal jahatnya datang.

“Bukan Zati tak nak pergi Mama… tapi Zati tak nak terserempak dengan perempuan jahat tu….”

Dahi Puan Khadijah berkerut. Dia tidak mengerti. Perempuan mana yang anaknya maksudkan itu?

“Perempuan jahat mana pulak ni Zati?.”

“Perempuan tu namanya Ira…pekerja kat kedai abang Irfan tu.”

“Oh…Ira…Kenapa pulak Zati panggil dia perempuan jahat?. Tak baik Zati cakap macam tu. Mama tengok baik aje budaknya.” Jelas Puan Khadijah.

Qaleesha selalu bercerita tentang Insyirah padanya. Di hospital beberapa hari lepas, baru dia berkesempatan bertemu mata dengan gadis itu. Orangnya cantik bertudung. Sangat menghormati orang tua dan lemah lembut orangnya. Dia jadi pelik dengan kenyataan anaknya sebentar tadi.

“Dia tu memang pandai berlakon Mama…depan orang pura-pura baik. Tapi kat belakang …jahat!.” Bentak Izzati.

“Apa masalah Zati dengan dia ni?.”

“Masalahnya Mama, dialah yang menjadi penyebab abang Irfan kemalangan hari tu….” Akalnya ligat mereka cerita.

“Penyebab Irfan kemalangan?....” Buntang mata wanita itu memandang anaknya.

“Ya Mama.. dengarnya abang Irfan tengah asyik masyhuk bercinta dengan perempuan ni. Apa yang perempuan ni bomohkan abang Irfan pun Zati tak tahulah. Sampaikan abang Irfan ni tergila-gilakan sangat dengan dia. Nak kata cantik sangat..tak ada pun. Gadis kampung aje. Agaknya rapat dengan abang Irfan tu cuma sebab nakkan harta je….” Laju sungguh patah kata yang keluar dari mulut Izzati. Puan Khadijah terpana.

“Saksi mengatakan ada sebuah kereta yang dipandu laju cuba merempuh perempuan tu…tapi abang Irfan yang menyelamatkannya. Akhirnya abang Irfan yang cedera parah.” Mamanya semakin termakan dengan kata-kata helahnya.

“Agaknya dah ramai sangat mangsa perempuan tu. Menghampiri lelaki-lelaki kaya dan mengikis duitnya. Entah-entah ada yang sakit hati dan ingin balas dendam dengan cara membunuhnya. Tapi malangnya dia terselamat. Yang menjadi mangsa..abang Irfan. Perempuan macam tu… baik…hmmm…..” Tambah Izzati lagi.

Kata-kata Izzati bagai kilat yang menyambar tangkai hati Puan Khadijah.

“Betul ke semua ni Zati?”

“Betullah Mama. Takkanlah Zati saja suka-suka nak reka cerita. Apa yang Zati dapat kalau Zati tipu Mama?.” Cuba meyakinkan Mamanya lagi. Izzati tersenyum puas.

Puan Khadijah seakan sudah termakan dengan kata-kata anak kesayangannya itu. Anak saudara lelakinya itu memang seorang pemuda yang baik hati. Tidak mustahil dia tertipu dengan kepuraan yang ditunjukkan oleh perempuan itu. Nyawa anak saudaranya itu juga hampir melayang gara-gara perempuan itu. Aku tak boleh biarkan! Aku mesti lakukan sesuatu! Getus hatinya.


TANGANNYA ligat menyiapkan juadah makan tengahari. Walaupun Mak Munah ada bersama, namun Insyirah berusaha melakukannya sendiri. Hanya tugas menyiang sayur diserahkan pada Mak Munah. Qaleesha pula diminta oleh Insyirah untuk menyediakan minuman.

Hari ini dia menyediakan masakan Asam Pedas Ikan Pari dengan Kangkung Goreng Belacan. Sambal Belacan dan ulam-ulaman pula sebagai penambah selera.

Lagipun dia menjemput Irfan dan Qaleesha datang makan di rumah sebagai memenuhi janjinya pada mereka dulu.

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong ke?.” Tiba-tiba muncul Irfan di ruang dapur. Kelihatan Insyirah sibuk menyiang ikan. Mak Munah dan adiknya sibuk membantu menyiang kangkung. Mereka memandang ke arahnya.

“Tak payahlah Irfan. Pergi jelah duduk kat depan tu. Ni kerja orang perempuan.” Jawab Mak Munah.

“Ntah abang ni. Nak tolong konon… Esha takut nanti habis semua sayur ni lunyai dikerjakan abang…”

“Alah cakap orang…ntah-ntah dia yang lunyaikan semua sayur tu nanti….” Ucap Irfan sambil mencebikkan bibirnya.

Qaleesha menjelirkan lidah pada abangnya. Insyirah yang sibuk membersihkan ikan turut menjeling ke arah mereka sambil tersenyum. Irfan turut memandang ke arahnya. Ingin rasa mengusik gadis itu. Tapi keberadaan Mak Munah di situ membatalkan niat hatinya itu. Apa pulak kata orang tua tu nanti.

“Abang….pergilah duduk kat depan tu..temankan Along. Menyibuk jelah kat sini…” Omel Qaleesha bila melihat kelibat Irfan masih di situ.

“Yelah…yelah.” Balas Irfan sambil berlalu ke dalam.


BERSELERA betul Irfan tengahari itu. Masakan kampung benar-benar membangkitkan seleranya. Ditambah lagi bila semua itu dimasak oleh Insyirah.

“Amboi…abang. Berselera nampak? Sedap Kak Ira masak kan..?.” Kata Qaleesha bila melihat abangnya mengaup nasi tambah.

“Sedap…pandai Ira masak..” Puji Irfan sambil menjeling Insyirah.

“Alah…biasa-biasa saja..”

“Alah.. memang Ira ni pandai masak, Irfan…” Ujar Aiman sambil tersenyum memandang adiknya.

“Kalau nak makan masakan Ira ni lagi, kenalah selalu datang sini.” Sambung Aiman lagi. Irfan tersengih.

“Tak payah Along…kalau dah kahwin nanti, hari-hari abang boleh makan masakan Kak Ira…” Usik Qaleesha. Aiman ketawa.

Insyirah menundukkan wajahnya. Malu mendengar usikan Qaleesha. Irfan pula tersengih-sengih memandang gadis itu.


AIMAN tidak terkejut dengan hajat Irfan itu. Malahan dia bersyukur dengan kesungguhan pemuda itu. Perkara yang baik tidak wajar dibantah.

“Along….saya betul-betul cintakan Ira. Saya nak dia jadi isteri saya yang sah.”

“Irfan…Along tak membantah. Kamu berdua pun memang saling menyukai. Along bersyukur sebab Ira dah jumpa lelaki yang baik sebagai suami.”

“Along akan sentiasa doakan kebahagiaan kalian.” Kata Aiman sambil menepuk bahu Irfan.

“Terima kasih, Along.” Ucap Irfan sambil tersenyum.

Dia berharap sinar kebahagiaan itu akan berkekalan hingga ke hujung nyawanya bersama insan bergelar isteri. Setelah mengenali Insyirah, dia amat pasti dengan kata hatinya.


KEDUA anak muda itu melabuhkan punggung di tempat duduk di kawasan riadah itu. Mereka leka melihat keletah anak-anak kecil yang berlari-larian dengan riangnya sambil diawasi oleh ibu bapa mereka.

“Ira…”

“Hmmm…”

Mata Insyirah beralih kepada Irfan yang berada di sisinya. Irfan sedang merenungnya. Mukanya serius.

“Ira…sudikah awak jadi isteri saya?.” Insyirah terkedu. Mata Irfan masih merenungnya.

“Saya nak awak jadi isteri saya yang sah.” Semakin jelas kata-kata itu. Insyirah diam membatu.

“Ira…..”

Insyirah seakan terpana dengan lamaran lelaki itu. Setelah mengenali hati budi lelaki itu memang detik inilah yang dia inginkan hadir dalam hidupnya. Lamaran dari lelaki yang dicintainya.

“Ira…awak tak sudi?.” Soal lelaki itu lagi bila Insyirah mendiamkan diri.

Insyirah memandang Irfan sambil melemparkan senyuman manis padanya.

“Irfan…awak tahu tak? Saat awak sarungkan cincin perak ni ke jari manis saya dulu, saya dah terima awak dengan sepenuh hati saya. Dan sekarang…..” Ucapnya perlahan sambil menyentuh cincin pemberian lelaki itu di jari manisnya. Dia sengaja tidak menyambung katanya. Saja membiarkan lelaki itu tertunggu-tunggu.

“Sekarang…..?.” Lelaki itu semakin ingin tahu. Dahinya berkerut. Bimbang dirinya ditolak.

“Dan sekarang….saya rasa….” Sengaja lagi mainkan perasaan lelaki itu.

“Kenapa Ira?.”

“Irfan…sekarang rasa yang ada dalam hati saya ni tetap sama.”

“Maksud awak….?”

“Rasa cinta saya pada awak….” Bibirnya mengukir senyuman lagi.

“Jadi, awak sudi terima lamaran saya?.” Soal Irfan kembali.

Perasaan malu mula menguasai Insyirah. Dia mengangguk sambil menundukkan wajahnya. Irfan memaut dagu gadis itu untuk memandangnya. Panahan mata itu akhirnya tertusuk padu di lubuk hati masing-masing. Terpancar sinar kebahagiaan di situ. Serentak itu mereka saling berbalas senyuman. Bahagia itu memang milik mereka. Namun hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui apa yang bakal mereka lalui nanti.


“MAK NGAH tak setuju!.” Bentak Mak Ngah Deejah. Irfan terpana. Tidak menyangka kata-kata itu yang akan keluar dari mulut ibu saudaranya itu.

“Tapi kenapa Mak Ngah?.” Soal Irfan.

“Sebab….sebab Mak Ngah ada sebab sendiri. Irfan tak perlu tahu…”

“Sebab apa Mak Ngah?. Saya perlu tahu Mak Ngah….!” Irfan tidak mengerti. Insyirah gadis yang baik. Tiada cacat cela pada pandangan matanya.

“Mak Ngah…tolong beritahu saya..kenapa Mak Ngah tak setuju saya nak kahwin dengan Ira?. Cakap Mak Ngah….”

“Sebab dia tu perempuan jahat. Sebab dialah Irfan kemalangan dulu. Mak Ngah hampir kehilangan Irfan disebabkan dia. Mak Ngah takkan terima perempuan tu sebagai menantu dalam keluarga kita.” Tegasnya.

“Mak Ngah…apa yang Mak Ngah cakap ni? Semua yang berlaku adalah takdir. Bukan disebabkan oleh sesiapa.” Kecewa dengan kata-kata yang dilemparkan terhadap gadis itu.

“Irfan….dia tu cuma nakkan harta je…sebab tu dia pura-pura cintakan Irfan. Mak Ngah dengar dah banyak lelaki-lelaki kaya yang dia dah goda semata-mata kerana duit. Entah-entah dia dah bomohkan Irfan sampaikan..….”

“Mak Ngah…!”.

“Mak Ngah…jangan dengar cakap orang. Saya lebih kenal keluarga Ira. Saya tahu dia seorang gadis yang baik…” Tidak sanggup lagi mendengar kata-kata fitnah itu. Dia cukup yakin Insyirah bukan gadis sebegitu.

“Irfan…Mak Ngah akan terima siapa saja pilihan Irfan tapi bukan perempuan tu!..”

“Mak Ngah…maafkan saya. Saya tak bermaksud nak biadap dengan Mak Ngah. Tapi…soal pasangan hidup biarlah saya tentukan sendiri.” Ucapnya lagi.

“Sampai hati Irfan…sanggup ketepikan Mak Ngah semata-mata kerana perempuan tu..” Ujar Puan Khadijah kecewa.

“Keputusan saya muktamad. Sama ada Mak Ngah setuju ataupun tidak, saya tetap akan kahwin dengan Ira.”

Begitu tegas kata-kata yang lahir dari mulut Irfan. Dia berlalu pergi dari banglo mewah dua tingkat itu. Puan Khadijah terkedu. Dia sentap bila anak saudara sendiri seakan menentangnya.


IRFAN memandu dengan perasaan terbungkam di dada. Penolakan Mak Ngah Deejah sebentar tadi begitu mengecewakannya. Tidak menduga tanggapan sebegitu diberikan terhadap Insyirah. Dia tidak sanggup mendengarnya. Namun dia tetap nekad dengan kata hatinya. Gadis kecil molek itu tetap akan menjadi isterinya walau apapun dugaan yang mendatang.

Bunyi telefon bimbit mematikan lamunannya.

“Hello…Assalamualaikum…” Suara lembut itu menyejukkan hatinya saat itu.

“Waalaikumussalam…Ira.”

“Awak ada kat mana sekarang?.”

“Tengah drive ni…ada apa Ira?.”

“Tak ada apa…cuma nak ajak awak temankan saya keluar sekejap.”
“Oh..Ok…tunggu saya datang jemput awak ya…” Ujar Irfan sambil menekan pedal minyak menuju ke rumah Insyirah.

Lima belas minit kemudian, kereta itu membelok ke halaman rumah Insyirah. Kelihatan Along sedang membaiki keretanya.

Irfan memarkir kereta. Langkah kakinya menapak ke arah lelaki itu.

“Assalamualaikum Along..”

“Waalaikumussalam, Irfan..” Mereka saling bersalaman.

“Kenapa dengan kereta ni Along?.” Soal Irfan.

“Entahlah apa yang tak kena pun tak tahulah…Along baru nak check ni. Kereta lama…macam nilah Irfan..” Ulas Aiman sambil meneruskan kerjanya meneliti bahagian enjin kereta itu.

“Kesian Ira…tadi abang janji nak temankan dia pergi Bandar..tup-tup kereta tak boleh start pulak.. Maaflah sebab kena susahkan Irfan…” Sambung Aiman lagi sambil mengalihkan pandangan pada Irfan.

“Oh…ye ke? Ira tak ada pulak bagitahu pasal ni tadi. Tak apa Along. Saya tak kisah pun. Lagipun tak lama lagi kami pun akan kahwin kan. Hari-hari nanti dia akan menyusahkan saya…” Guraunya sambil ketawa. Aiman pun turut ketawa.

“Amboi…bukan main lagi gelak. Duk cerita pasal apa ni?.” Sapa Insyirah sebaik turun dari rumah. Dia memandang kedua lelaki kesayangannya itu.

Mereka memandangnya sambil terus ketawa. Insyirah mengerutkan dahi.

“Ishh..ada apa yang tak kena ke pada aku ni?.” Detik hatinya sambil membetul-betulkan tudung dan bajunya.

“Tak ada apalah…kami borak kosong je tadi. Jomlah pergi…” Kata Irfan sebaik ketawa mereka reda.

“Along..tak nak ikut ke?.”

“Tak payahlah…Along bukan nak beli apapun. Ira jelah pergi.”

“Kalau macam tu, kami pergi dulu ya Along.” Kata Irfan sambil membuka pintu kereta dan meloloskan diri ke dalam. Diikuti oleh Insyirah. Kereta itu terus meluncur laju menuju ke Bandar.



Friday, June 24, 2011

BAB 7 ~ KAU TERCIPTA UNTUKKU



INSYIRAH rasa dirinya ditolak dengan kuat oleh seseorang. Dalam masa yang sama terdengar satu hentaman yang kuat. Tubuh lelaki itu sudah dirempuh.

“Irfaaaaaan…..!!!!.” Jeritan Insyirah bergema.

Matanya buntang. Degupan jantungnya bagai terhenti.

“YA ALLAH……Irfan!. Irfan!....”

Dia meraung melihat keadaan tubuh Irfan yang berlumuran darah itu. Darah pekat mengalir dari mulut dan hidungnya. Tubuh itu kaku. Air mata Insyirah kian bercucuran di pipi. Lemah segala sarafnya saat itu.

Orang ramai mula mengerumuni. Dalam kekalutan itu terdengar satu suara….

“Ira. YA ALLAH…Irfan!!.” Insyirah tersentak. Abangnya tiba-tiba muncul di situ.

“Along…….tolong Irfan Along….. ” Menggigil kedengaran suara Insyirah.

Beberapa ketika, ambulans tiba dan kemudian meluncur laju menuju ke hospital. Sebaik tiba di unit kecemasan, tubuh Irfan disorong ke ICU.

YA ALLAH…..Kau selamatkanlah dia. Doa Insyirah dalam hati sambil ditenangkan oleh Aiman. Tangisnya sudah tidak mampu dibendung lagi.

Insyirah memegang cincin perak yang tersarung di jari manisnya itu. Dia sebak. Masih terbayang senyuman manis Irfan sebentar tadi. Kini, Irfan sedang bertarung nyawa kerana menyelamatkannya. Deraian air matanya bagai tidak berkesudahan. Siapakah yang sanggup bertindak kejam sebegitu?

“Sabar Ira….Insya-Allah Irfan akan selamat.” Bahunya disentuh lembut oleh Along.

Insyirah memandang Aiman. Matanya merah kerana terlalu banyak menangis. Hati Aiman turut berbaur pilu. Dia sendiri tidak menyangka ketika datang menjemput adiknya itu, Irfan ditimpa kemalangan.

Walaupun Insyirah tidak pernah bercerita, namun Aiman yakin ada hubungan istimewa yang terjalin antara Irfan dan adiknya. Keadaan Insyirah yang nanar sebegitu tambah meyakinkan Aiman betapa dalam cinta adiknya terhadap lelaki itu.

“Abang……..!!!!.”

Serentak Insyirah dan Aiman menoleh. Qaleesha meraung sambil berlari ke arah bilik ICU. Mak Munah dan seorang wanita pertengahan usia yang tidak dikenali mengikuti langkahnya dari belakang. Insyirah meluru ke arahnya.

“Esha……sabar dik…”

“Abang,,,,,!!!. YA ALLAH selamatkanlah abangku!.” Raung Qaleesha.

“Kak Iraaaaa…….abang Irfan Kak Ira…..!!!” Dia menangis lagi sambil memeluk erat Insyirah.

Wanita pertengahan usia tadi memperkenalkan diri sebagai Puan Khadijah. Ibu saudara kepada Irfan dan Qaleesha. Inilah kali pertama Insyirah bertemu mata dengan wanita itu.

“YA ALLAH…Irfan anak yang baik. Kau panjangkanlah usianya YA ALLAH.” Begitu sayu doa seorang ibu.

“Sabarlah…Esha….” Katanya sambil menyentuh bahu Qaleesha.

Beberapa ketika kemudian, seorang doktor muda keluar dari bilik ICU. Qaleesha dan Insyirah meluru ke arahnya. Diikuti oleh yang lain.

“Doktor, bagaimana keadaan abang saya?.”

“Alhamdulillah….dia selamat. Cuma dia belum sedar lagi.” Jelas doktor.

Semuanya mengucap syukur.


INSYIRAH melangkah masuk ke bilik Irfan. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi di sisi katil. Sekujur tubuh yang masih belum sedar itu ditatap sayu. Kaki kanannya bersimen. Kelihatan banyak kesan luka pada tangan dan mukanya. Pilu melihat kesakitan yang ditanggung Irfan kini. Sepatutnya dia yang terbaring di situ, bukannya Irfan. Dadanya terasa sesak. Air mata merembes lagi di pipinya. Jemari runcingnya mengusap lembut kepala lelaki itu.

“Irfan….maafkan saya. Disebabkan saya, awak jadi begini…maafkan saya….” Sedunya mula kembali berlagu.

Hatinya kian sebak. Dia akhirnya menyembabkan wajahnya di sisi bahu Irfan. Bahunya terhenjut-henjut. Dia menangis lagi.


SAYUP-sayup kedengaran suara seseorang. Kian lama suara itu kian jelas di pendengarannya. Irfan membuka matanya perlahan. Pandangannya berbalam. Aku kat mana ni? Seluruh badannya terasa sakit. Dia cuba mengingati kejadian yang berlaku. Beberapa ketika kemudian mindanya kembali mengingati kejadian di parkir kereta. Dia menolak tubuh Insyirah bila melihat sebuah kereta cuba merempuhnya. Tubuhnya yang menjadi galang ganti. Setelah itu dia tidak ingat apa-apa lagi. Ira! Di mana gadis itu sekarang? Detik hatinya.

Esakan seseorang di sisinya kian jelas. Irfan menoleh. Dia tersenyum lalu menyentuh ubun-ubun kepala gadis itu.

“Iraaaaa..…….”

Suara lemah Irfan kedengaran di cuping telinga Insyirah. Dia mengangkat kepalanya. Lelaki itu memandangnya sambil cuba melemparkan senyuman dalam kepayahan.

“Irfan… syukurlah awak dah sedar…” Balas Insyirah sambil tersenyum.

Irfan memandang wajah Insyirah. Matanya kelihatan bengkak. Pasti telah banyak air mata yang tumpah dari mata redup itu. Namun dia bersyukur kerana gadis itu terselamat. Dia lebih rela melindungi Insyirah daripada membiarkan gadis itu yang menanggung kesakitan yang dirasakannya sekarang. Betapa dia tidak rela Insyirah disakiti oleh sesiapapun. Demi rasa cintanya yang terlalu dalam buat gadis itu.


SETELAH keluar hospital, Irfan diminta hanya berehat di rumah. Kakinya masih belum pulih sepenuhnya. Segala urusan di kedai buku diambil alih oleh Insyirah dan Qaleesha buat sementara waktu.

Irfan berjalan terhencut-hencut ke arah sofa di ruang tamu. Dia duduk sambil melepaskan keluhan kecil. Dia membelek-belek majalah di atas meja kaca itu.

Aduhai….bosannya duduk kat rumah. Detik hati Irfan sambil meletakkan kembali majalah tersebut. Dia melepaskan keluhan lagi.

Ingatannya berlabuh pada Insyirah. Rindu sungguh pada gadis comel itu. Dia pasti cinta gadis itu hanya untuknya. Cincin perak pemberiannya yang tersarung utuh di jari manis gadis itu menjadi bukti nyata. Dia tersenyum lebar. Pantas tangan kanannya mencapai telefon lalu mendail nombor.

“Hello…Assalamualaikum dan selamat sejahtera…Kedai Buku Saujana. Boleh saya bantu?.” Kedengaran suara lembut Insyirah di hujung talian. Rindunya Irfan untuk menatap wajah itu.

“Hello… Waalaikumussalam… Cik Ira. Saya ada masalah besar ni. Boleh bantu saya tak?.”

Insyirah mengenali suara itu. “Kenapa encik?.” Saja melayan.

“Cik Ira…saya ni rindu sangat dengan Cik Ira. Apa yang patut saya buat ya?.” Usik Irfan lagi. Dia tersengih-sengih.

“Oh.. ubatnya senang aje…datanglah jumpa saya sekarang. Saya tunggu.” Balas Insyirah sambil menahan tawa.

“Awak nak suruh saya berjalan dengan kaki macam ni. Sampai hati…..”

“Tahu pun…dah tahu sakit tu duduk jelah diam-diam kat rumah tu. Awak tu yang gatal duk telefon pagi-pagi ni kenapa?.” Omel Insyirah. Namun hakikatnya dia juga rindukan lelaki itu.

“Saya saja nak check kot kot ada yang curi tulang masa saya tak ada. Manalah tahu kan….” Usik Irfan lagi. Kedengaran tawa kecil dari bibirnya.

“Yelah tu..Oklah…saya ada banyak kerja ni..”

“Ira…I miss u…”

“Oklah…”

“Awak tak rindu saya ke?...” Seakan merajuk.

“Ira….”

“Yelah…saya pun rindu awak jugak. Ok lah…saya letak telefon dulu ya…ok…bye.”

“Bye..sayang..”

Talian diputuskan. Irfan tersenyum dapat mendengar suara Insyirah. Rindu pada senyuman dan keletah gadis itu. Ingin rasa dia ke sana. Tapi keadaan kaki kanannya yang belum pulih sepenuhnya tidak memungkinkannya untuk ke sana. Aduhai…


INSYIRAH mengatur langkah menghampiri rumah link berkembar dua tingkat itu. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke situ. Qaleesha beria-ia mengajaknya ke rumah. Ingin rasa ditolak, namun rasa rindu pada Irfan mengatasi segalanya. Dia akhirnya akur dengan gejolak perasaan sendiri.

“Jom masuk Kak Ira..” Ucap Qaleesha sambil menarik tangan Insyirah masuk ke dalam rumah. Insyirah hanya menurut.

“Kak Ira duduk kejap ya..Esha ambilkan air.” Kata Qaleesha sambil berlalu ke dapur.

Insyirah ralit memerhati dekorasi ruang tamu rumah itu. Memang cantik.

“Ehemm…”

Insyirah sedikit terkejut mendengar deheman seseorang. Dia berpaling ke arah suara yang dikenalinya itu sambil tersenyum manis. Irfan memandang gadis itu tanpa berkelip mata. Senyuman turut terukir di bibirnya. YA ALLAH indahnya ciptaanMu. Tanpa solekan tebal, wajah itu sangat manis pada matanya.

Irfan terhencut-hencut menghampiri Insyirah. Kasihan melihat keadaan lelaki itu. Insyirah membantu memapahnya untuk duduk. Irfan rasa bahagia dengan saat-saat itu.

“Terima kasih..sayang..” Ucapnya lembut sebaik saja punggungnya berlabuh di sofa.

Matanya galak merenung wajah manis yang sudah mula merona merah itu. Dia tersenyum lebar. Pasti Insyirah malu mendengar kata-katanya sebentar tadi.

“Kak Ira jemput minum.” Kata Qaleesha yang baru keluar dari dapur bersama segelas jus Oren lalu diletakkan di atas meja.

“Terima kasih Esha. Buat susah-susah aje..”


“Tak ada susahnya pun..air aje Kak Ira...”

“Kak Ira duduk berbual dengan abang dulu ya. Esha nak masuk bilik kejap.” Ujar Qaleesha sambil meminta diri berlalu ke biliknya.

“Ok..”

Irfan memandang sekilas ke arah adiknya itu. Matanya kemudian beralih semula memandang Insyirah.

“Awak apa khabar? Kaki macamana?.” Insyirah memulakan bicara dengan lelaki itu sebaik saja Qaleesha berlalu.

“Tadi tak sihat..tapi sekarang dah sihat dah…” Kata-kata Irfan membuatkan kening Insyirah berkerut. Kurang memahami maksud lelaki itu.

“Apa maksud awak…?.”

“Yelah..tadi sebelum awak datang memang saya tak sihat. Tapi bila dah tengok awak depan mata, hilang semua sakit saya tu…” Balasnya selamba sambil tersengih memandang Insyirah. Insyirah turut tersenyum sambil menggeleng kepala. Tak padan dengan sakit. Nakal tak habis. Bisik hatinya.

“Awak tak bawak apa-apa ke untuk saya?” Sambil menjeling ke arah satu bekas kedap udara sederhana besar yang ada di atas meja.

“Ada. Nah, ini untuk awak..” Ujar Insyirah sambil menyuakan bekas itu kepada Irfan.

“Apa ni?” Soalnya sambil menyambut bekas tersebut.

“Sup Ayam Halia untuk awak..” Irfan membuka penutup bekas itu lalu terhidulah aroma sup yang enak ke hidungnya. Masih berasap. Sebelum datang tadi, sempat Insyirah panaskan sup itu di pantry di kedai tadi.

“Sup ni bagus untuk awak. Buang angin dalam badan. Lama sangat kan tak bekerja. Biar cepat sembuh dan cepat-cepat masuk kerja.” Balas Insyirah.

“Amboi..macam tak ikhlas je. Dah tak sudi tolong saya ke?..”

“Issh..awak ni. Saya ikhlaslah kalau tak takkanlah saya sanggup penat-penat masak sup tu untuk awak.”

“Oh..ok. Jangan marah ya... Saya gurau aje. Terima kasih sebab sanggup bersusah-payah demi saya. Sayang jugak awak kat saya ya..” Bibirnya tersengih-sengih menuggu reaksi Insyirah.

“Awak nak makan sekarang tak? Kalau nak, saya tolong ambilkan mangkuk?” Soalnya untuk mengelak diri dari terus diusik lelaki itu.

“Hmm..boleh jugak. Saya pun dah tak sabar nak rasa ni..” Insyirah melangkah ke dapur. Beberapa ketika kemudian dia kembali bersama satu mangkuk kecil, sudu dan segelas air masak.

Insyirah mengaup sedikit sup ke dalam mangkuk dan mengunjukkannya kepada Irfan. Irfan pula tersengih menyambut huluran gadis itu. Dia leka memerhatikan tingkah Insyirah sejak tadi.

“Terima kasih..”

“Sama-sama..”

Irfan menghirup sup dengan penuh berselera.

“Sedapnya sup ni Ira….” Katanya sambil mengaup lagi sup ke dalam mangkuk. Insyirah tersenyum memerhati gelagat Irfan.

“Kalau macam ni, sakit selalu pun tak apa. Ada orang nak masakkan untuk saya…”

“Esok boleh masakkan lagi untuk saya?.” Sambil memandang sekilas ke arah Insyirah.

“Boleh…” Jawab Insyirah ringkas.

“Terima kasih sayang..” Ucapnya sambil tersengih. Insyirah cuma tersenyum manis.

Insyirah sudah terbiasa dengan ungkapan sayang itu. Walaupun sering ada getar tatkala mendengarnya, namun dia berasa sangat bahagia. Terasa diri begitu disayangi oleh insan bernama kekasih. Kehadiran Irfan benar-benar membahagiakannya meskipun terpalit kebimbangan di sudut hatinya tentang pengakhiran cinta mereka. Namun dia hanya berserah.

Tuesday, June 21, 2011

BAB 6 ~ KAU TERCIPTA UNTUKKU



SEJAK tadi Irfan tidak mendengar bait kata yang keluar dari bibir mungil itu. Dilihatnya Insyirah sedang leka menyapu lantai.

“Ira.”

Tiada sahutan. Tak dengarkah dia?

“Ira!.” Suaranya sedikit meninggi.

“Apa dia? Saya tak pekak Encik Irfan!.” Bentak Insyirah.

Ishh… Lain nada suara itu kedengaran. Apa kena pulak ni? Marahkah dia? Ke datang bulan? Encik Irfan? Apahal pulak tiba-tiba panggil aku dengan nama tu? Detik hati Irfan.

“Kenapa dengan awak ni Ira? Macam tak ada mood aje. Awak sakit ke? Ke awak ada masalah? Cuba awak ceritakan kat saya. Manalah tahu saya boleh tolong…” Soal Irfan lembut sambil memandang wajah kelat gadis itu.

“Encik Irfan. Saya sakit ke..sihat ke… tak ada kaitan dengan Encik Irfan. Encik Irfan tak payahlah nak ambik berat pasal saya. Nanti tak pasal-pasal girlfriend Encik Irfan merajuk pulak…” Insyirah menjeling. Entah kenapa hatinya panas bila memandang wajah itu.

Irfan mengerutkan dahinya. Apa yang tak kena ni? Girlfriend? Pelik dengan kelakuan gadis itu. Kemudian senyuman kembali terukir di bibir Irfan. Dia teringatkan jelingan mata dan raut wajah Ira tatkala Izzati beraksi mesra dengannya semalam. Dia mula membuat kesimpulan sendiri. Entah-entah dia cemburukan aku dengan Izzati semalam, tak?. Detak hatinya. Ada baur cemburu pada nada suara itu tadi.

“Oh…girlfriend saya?. Dia ok je. Tak ada hal lah.” Usik Irfan sambil tersengih-sengih memandang Insyirah. Saja mengundang kejelekan gadis itu.

Memang betullah girlfriend dia? Aku ingatkan dia betul-betul cintakan aku. Bisik hati Insyirah. Rupa-rupanya dia silap mentafsir lelaki itu. Hatinya rasa senak. Terasa diri dipermain-mainkan. Insyirah ingin berlalu dari situ. Dia tak ingin menatap wajah itu lagi.

“Ira. Tunggu dulu.”

Langkah Insyirah terhenti.

Irfan berdiri di hadapannya. Insyirah memalingkan mukanya. Irfan yakin kini. Insyirah juga turut menyimpan perasaan cinta terhadapnya. Walaupun tiada ucapan yang lahir dari bibir gadis itu, namun segala tindak-tanduknya telah membuktikannya.

“Ira. Gadis yang awak nampak di kedai tempohari namanya Izzati. Dia adik sepupu saya. Kami membesar bersama-sama sebab tu kami rapat. Tapi saya anggap dia seperti adik kandung saya sendiri. Tak lebih daripada tu.” Jelas Irfan panjang lebar. Dia ingin menjawab segala teka-teki yang bermain di fikiran Insyirah sekarang.

“Ira. Awak tahukan saya cintakan awak? Tak akan ada orang lain yang boleh mengisi ruang hati saya ni selain awak.” Ucap Irfan sambil mengangkat dagu Insyirah untuk merenungnya.

Insyirah terpaku mendengar penjelasan lelaki itu. Dia mula malu sendiri. Jelas cemburu telah menguasai dirinya sebentar tadi. Dia menundukkan wajahnya memandang lantai.

“Er…kenapa Encik Irfan beritahu saya semua ni? Tak ada kaitan dengan saya pun...” Dia berkata sambil memandang ke arah lain. Cuba melawan rasa malunya. Muka tegangnya mula mengendur.

“Betul ke tak ada kaitan? Tapi..saya nampak ada orang cemburu tadi. Ingatkan saya ada affair dengan gadis seksi tu…” Usik Irfan sambil tersenyum meleret pada Insyirah. Gelihati melihat reaksi gadis itu.

“Ira…”

“Awak juga cintakan saya kan?.” Soal Irfan tiba-tiba.

Matanya masih merenung gadis di hadapannya itu. Insyirah terkedu sambil membalas renungan itu. Lama pandangan itu bertaut. Akhirnya dia menganggukkan kepala sebagai menjawab soalan lelaki itu tadi. ALHAMDULILLAH. Hati Irfan berlagu riang. Terbukti dia tidak bertepuk sebelah tangan selama ini. Akhirnya kedua-duanya saling berbalas senyuman. Mengakui rasa hati masing-masing. Senyuman masih tak lekang dari bibir mereka. Irfan tiba-tiba mengenyitkan matanya sambil tersenyum nakal. Spontan Insyirah mencubit lengan lelaki itu.

“Adoiii….kenapa tiba-tiba ada ketam kat sini ni?...” Usiknya sambil menggosok lengannya yang pedih. Bibirnya masih tersengih.

“Padan muka. Gatal…” Balas Insyirah. Dalam hati kesian pun ada. Tabiatnya yang satu itu memang payah nak buang. Sejak dulu Alonglah yang selalu menjadi mangsa cubitannya. Sekarang ni nampaknya dah bertambah seorang lagi.

Akhirnya terlerai sudah apa yang melingkari fikiran dua hati itu. Moga bunga-bunga cinta terus memekar indah di taman hati mereka.


DIA mengamati gadis itu dari atas ke bawah. Latar belakang gadis itu telah dia ketahui. Seorang gadis biasa yang hanya berkelulusan SPM. Tidak layak baginya untuk beriringan dengan abang sepupunya itu. Lainlah dirinya yang sofistikated dan berpendidikan tinggi. Bak kata pepatah dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan lelaki itu. Bisik hati Izzati.

“Ehem…” Izzati menghampiri Insyirah.

“Eh…Cik Izzati. Dah lama sampai? Maaf saya tak sedar tadi.” Balas Insyirah sambil tersenyum. Namun tiada balasan senyuman dari gadis itu.

Izzati menjeling tajam kepadanya.

“Hey perempuan!.” Terkejut Insyirah. Sungguh biadap.

“Kau jangan harap kau akan dapat si Irfan tu!. Dia tu hak aku!.” Kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu betul-betul mengejutkan Insyirah.

“Cik Izzati….apa maksud Cik Izzati ni? Saya tak faham!.”

“Kau tak faham ke atau kau buat-buat tak faham?.”

“Saya betul-betul tak faham…..”

“Hey perempuan! Kau jangan mimpi dapat kahwin dengan Irfan. Kau cerminlah diri kau tu dulu. Kalau setakat kelulusan SPM, jangan harap nak berganding dengan Irfan tu. Dia tu terpelajar. Lainlah kalau dengan aku….” Insyirah terpana. Tidak menduga rupanya gadis itu mencintai Irfan dalam diam.

“Cik Izzati….saya sedar siapa saya. Tak perlu nak ingatkan saya…” Sakit hatinya mendengar kata-kata kesat Izzati. Dia tidak pernah lupa siapa dirinya.

“Baguslah kau sedar! Aku nak kau tinggalkan dia. Kalau tidak kau akan menyesal. Faham!.” Bentak Izzati.

“Kau ingat tu!.” Jari telunjuknya menuding ke arah Insyirah. Bagai satu amaran. Insyirah kebingungan.

SELERA Insyirah terus mati bila teringatkan kejadian tadi. Dia menolak pinggan nasi ayam itu. Irfan yang berada di sebelah memerhatikannya.

“Kenapa Ira? Sikit je makan.”

“Tak ada selera.” Jawab Insyirah ringkas.

“Kenapa? Awak tak sihat ke? Nak saya hantarkan ke klinik?.” Soal Irfan. Dahinya berkerut. Risau jika benar Insyirah tidak sihat.

“Tak adalah. Saya ok je. Jangan risau.” Katanya sambil memandang Irfan yang sangat mengambil berat.

“Betul ni?.” Inginkan kepastian.

“Betul….saya ok.” Kata Insyirah sambil memberikan senyuman manis pada lelaki itu.

“Tapi kalau betul tak sihat, cepat-cepat pergi klinik tau. Kalau apa-apa terjadi, sayaaa…..juga yang susah.” Irfan membalas senyuman itu.

“Yelah….”

Insyirah rasa bahagia dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Irfan terhadapnya. Namun bila teringatkan kata-kata Izzati tadi, hatinya rasa pedih.

“Ira…. Kenapa dengan awak ni?. Diam pulak....” Irfan kembali bersuara bila melihat kemuraman wajah Insyirah.

“Irfan….awak tak menyesal ke memilih saya?.” Irfan terpana dengan soalan itu.

“Ira…apa maksud awak ni?.”

“Irfan…saya ni tak berpelajaran tinggi …hanya seorang gadis biasa. Keluarga saya pun…..bukan orang senang….saya……” Kata-kata itu terhenti apabila jari telunjuk Irfan menyentuh bibirnya tiba-tiba.

“Syhhh….Ira, saya tak suka awak cakap macam ni.”

“Saya tak pernah menilai awak dengan semua itu. Saya cintakan awak sebab awak adalah awak…sikap dan kesederhanaan awak yang menambat hati saya. Cinta itu datang dengan sendiri. Siapa kita untuk menidakkan ketentuan takdir.”

“Percayalah Ira, saya cintakan awak sepenuh hati saya dan saya tak pernah menyesal memilih awak.” Ucap Irfan.

“Irfan…saya tahu awak memang seorang lelaki yang baik. Saya rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan awak. Cuma hati saya ni kadangkala rasa bimbang…..” Insyirah tidak menghabiskan kata-katanya.

“Kenapa Ira? Awak masih tak percayakan saya ke?.” Soal Irfan ingin tahu.

“Bukan begitu…saya percaya. Saya pun cintakan awak. Cuma perjalanan kita ni masih jauh. Masih banyak yang perlu ditempuh. Saya cuma bimbang, adakah kita mampu bertahan?.”

“Ira…percaya pada kuasa ALLAH. Kalau sudah tersurat, kita akan tetap bersama walau apapun yang mendatang. Sama-sama kita berdoa pada ALLAH.”

“Sudahlah Ira, jangan banyak fikir sangat perkara bukan-bukan. Kita jalani semua ini dengan seadanya. Saya tak sukalah tengok muka awak macam ni. Cuba senyum sikit…” Pujuk Irfan lagi.

“Senyum……..” Dia mencuit dagu Insyirah sambil mengenyit mata.

Insyirah sedikit terkejut tetapi kemudiannya mengukirkan senyuman pada pemuda itu.

“Haa…baru comel. Awak tahu tak Ira...senyuman awak bagai penawar buat saya. Sehari kalau tak tengok senyuman awak ni, boleh jatuh sakit saya dibuatnya…..”

“Yelah tu…. Yang hari-hari awak duk tengok senyuman perempuan lain tu….” Dia menjeling pemuda itu.

“Perempuan mana pulak ni?.” Soal Irfan. Insyirah diam.

“Oh…cemburulah ni ya. Mana sama sayang….yang tu hanya di pandangan..senyuman awak pulak tertusuk ke dalam hati sanubari saya ni…di ruang paling dalam tau..cedera parah ni..” Ujar Irfan sambil menyengih. Tangannya diletakkan di dadanya.

Insyirah tersenyum mendengarnya.

“Dahlah..malas nak layan awaklah…jom kita balik.” Kalau dilayan semakin menjadi-jadi pulak nakal lelaki itu.

Irfan ketawa kecil. Setelah membuat pembayaran di kaunter, mereka beriringan keluar.

GERAM dan sakit hati. Silih berganti rasa itu singgah dalam dirinya saat itu. Kejadian di kedai buku pada awal pagi tadi kembali berlegar-legar di benaknya. Tanpa disedari dia menjadi penonton aksi mesra abang sepupunya bersama gadis itu. Sungguh tidak diduga gadis itu mendapat tempat istimewa di hati lelaki idamannya itu. Apakah keistimewaan gadis itu? Apa pula kurangnya aku? Aku tak boleh biarkan! Aku mesti buat sesuatu! Abang Irfan hanya milik Izzati seorang! Bukan gadis itu! Dan juga bukan gadis-gadis lain!

PETANG itu selepas menghantar Qaleesha pulang, Irfan beria-ia mengajak Insyirah ke tempat parkir kereta. Katanya ada sesuatu yang ingin disampaikan pada gadis itu.

“Ira tunggu sekejap ya.” Ujar Irfan sebaik saja mereka menghampiri kereta Toyota Vios miliknya itu.

Dia membuka pintu kereta di sebelah kiri lalu mengambil sesuatu dari dashboard.

Dia menghampiri Insyirah. Dia mengunjukkan satu kotak kecil berwarna merah kepadanya sambil tersenyum.

“Untuk awak.” Insyirah menyambutnya dengan kening berkerut.

“Apa ni?.”

“Awak bukalah kotak tu.” Insyirah hanya menurut. Dia tergamam melihat isi kotak tersebut. Ada sebentuk cincin perak berbentuk hati di dalamnya. Sangat cantik.

“Awak suka tak?.” Tanya Irfan sambil merenung Insyirah. Gadis itu mengangguk.

“Pemberian ini sebagai tanda cinta saya pada awak dan saya nak awak tahu saya betul-betul serius dengan perhubungan kita ni.” Kata-kata Irfan begitu menyentuh hatinya.

Begitu tulus cinta Irfan buat dirinya. Insyirah sebak. Matanya mula bergenang.

Irfan menyarungkan cincin itu ke jari manis Insyirah. Dia mengenggam tangan itu lalu dikucupnya lembut. Insyirah terpana dengan tindakan Irfan. Terharu. Akhirnya mengalir jua air mata jernih di pipinya. Air mata gembira. Irfan menyapu air mata di pipi gadis itu. Mereka berbalas senyuman.

Insyirah masih tercegat di belakang kereta milik Irfan. Irfan yang sedang menuju ke arahnya terkejut melihat sebuah kereta sedang bergerak laju menuju ke arah gadis itu.

“Iraaaaaaaaaaa…..!!!!” Jeritan Irfan bergema sambil meluru ke arah gadis itu.


Insyirah yang terpinga-pinga mula panik bila menyedari ada kereta yang sedang menuju ke arahnya.

“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……..!!!!!!!!!.”
Related Posts with Thumbnails