JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, January 27, 2012

FOTO RIZ @ FIREFLY



Terima kasih kepada semua yang masih sudi singgah ke blog ini. Maaflah kalau blog ni sekarang agak terlewat update apa-apa berita @ video tentang RIZ dan STACY. Bukan apa, bila sibuk sangat dengan kerja tak jenguk langsung blog sendiri. Maaf ya.

Dah lama tak berceloteh menerusi post terkini. Hujung minggu ni saya ambik kesempatan update beberapa news tentang Stacy. Maaflah terlambat tepek kat sini.

Ini ada beberapa foto Riz @ Firefly yang saya ambil dari Riz Zaizizi Fanpage @ Facebook. Handsome kan..kan..kan...^___^


Harap-harap semua fans Riz bersabar menunggu single terbaru Riz tu ya. Moga sukses!






BUKAN BESAR KEPALA


(Petikan Kosmo Online)


SEPANJANG laluan seni yang dipilih Stacy, tidak terlampau perit liku yang dirempuh untuk tiba ke destinasi sekarang. Tiada kontroversi mahupun kisah sensasi untuk dijaja.

Barangkali, Stacy selebriti yang kalis terkena silau kontroversi. Walau sinarnya tidak secerah kali pertama menyertai program realiti sebelum Akademi Fantasia 6, dia kini berjaya membuka mata bahawa dialah bintang yang dicari.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 22, bagaimanapun baru-baru ini mula menjadi perhatian apabila seringkali membatalkan sesi fotografi pada saat akhir selain dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka Melayu.

Menjawab situasi sebenar berhubung isu itu, Stacy menjelaskan tiada masalah serius berlaku berkenaan penundaan sesi fotografi itu.

"Stacy sudah jelaskan mengenai perkara itu kepada pihak yang terbabit. Pertama kali membatalkan sesi fotografi itu kerana diserang senggugut, kedua disebabkan tiba-tiba Stacy ada persembahan di Kuching, Sarawak dan kali ketiganya kerana Stacy kena gastrik.

"Semua jadual Stacy diuruskan pihak pengurusan dan Stacy tidak boleh membantah," maklum Stacy.
Stacy dalam pada itu sudah jelaskan perkara sebetulnya dan pihak yang terlibat juga memahami.

"Stacy janji lepas ini kalau sakit pun Stacy akan pergi juga. Stacy akan cuba bagi yang terbaik selepas ini. Minta maaf atas kekeliruan yang berlaku," katanya yang tidak meminta dirinya dibom sedemikian.


Cinta

Sebelum ini, Stacy tidak terlepas daripada dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka Melayu. Timbul juga tanda tanya adakah Stacy sanggup menukar agama demi cinta jika ditakdirkan suatu hari nanti bertemu jodoh dengan lelaki berlainan bangsa dan agama?

"Stacy baru 22 tahun, panjang lagi perjalanan yang perlu ditempuh. Mungkin orang cakap Stacy kasanova. Stacy tak nak serius ketika usia masih muda dan Stacy tak ada kawan yang serius pun sebab apabila ada teman lelaki, mungkin sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi kita bekerja."
"Stacy sudah ada keluarga yang sangat menyeronokkan dan gila-gila. Buat masa sekarang tidak perlukan teman istimewa lagi.

"Kalau dari segi tukar cara hidup atau agama demi seseorang, Stacy masih belum bersedia dan tak terfikir ke arah sana. Tapi Stacy suka belajar budaya dan cara hidup yang diterapkan dalam masyarakat Melayu," hurai anak kelima daripada enam beradik itu yang enggan membicarakan hal peribadi dengan lebih mendalam.



Tarian Ciplak
Kasanova, lagu yang nampak klise bagi seorang artis bernama Stacy. Masih mengekalkan imej dan rentak yang sama seperti lagu-lagu terdahulu, Jahat dan Pakai Buang, sejauh mana Stacy meletakkan harapan terhadap single yang sedang hangat diputarkan di corong-corong radio sekarang?

"Lagu itu ada kekuatan dari segi susunan muzik yang catchy dan membuatkan kita rasa nak menari. Tapi corak dari segi tarian dan muzik berbeza berbanding lagu Jahat dan Pakai Buang, lagu itu ada keistimewaannya tersendiri," kata Stacy yang mempunyai rancangan membuka perniagaan sendiri.

Tidak sah sekiranya Stacy dan tarian dipisahkan ketika membuat persembahan, begitu juga hampir kebanyakan video muziknya yang dilihat seolah-olah tarian merupakan pengenalan figura bernama Stacy.
Namun, kelincahannya menari turut dipertikaikan apabila Stacy dituduh meniru gaya tarian artis Korea.

"Orang yang tahu menari akan tahu tarian atau koreografi Stacy diciplak atau tidak. Itu trademark Stacy. Selain itu, Stacy juga dibantu oleh koreografer profesional, mana mungkin Stacy meniru tarian orang lain," bicaranya yang kini sibuk dengan promosi single Kasanova dan sedang merancang mengeluarkan single terbaharu pada bulan Februari atau Mac nanti.

Tambah Stacy:"Stacy tidak akan berhenti menari dan rasanya orang tak suka kalau Stacy tidak menari."
Apapun, siapa Stacy, ke mana liku yang diredah, dia tetap Stacy dan pendirian seorang gadis berbakat yang kental tidak akan kalis walau dihentam dari segala sudut. Ia ibarat proses untuk mematangkan diri.


Pilih bulu
Sementara itu, Stacy juga menafikan dakwaan bahawa dia kurang bercampur dengan orang ramai terutama peminat malah ada yang melabelkan dirinya kini diva.

"Kalau atas pentas, ya Stacy diva! Supaya Stacy boleh membuat sesuatu yang di luar kemampuan Stacy.
Tapi Stacy sangat senang didekati dengan peminat, malah ketika beriadah pun Stacy tidak pernah sombong jikalau ada yang menegur," ujarnya lagi.

Dari segi pergaulan pula, Stacy akui dia lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga dan haiwan peliharaan di rumah.

Mahu peminat menerima dia seadanya, Stacy turut menjelaskan caranya berpakaian yang kadangkala dianggap seksi.

"Stacy jarang keluar, orang yang tinggal sebumbung dengan Stacy tahu macam mana Stacy. Dari dulu lagi memang tak suka keluar rumah. Kawan pun dengan haiwan peliharaan sahaja.

"Stacy tak bergaul sangat. Di Kota Kinabalu pun budaya Stacy memang begitu. Kalau nak cakap Stacy seksi dan suka ke kelab sebenarnya dari dulu lagi beginilah pakaian Stacy. Sejak berusia 15 tahun lagi Stacy sudah mula menyanyi di kelab dan mencari rezeki secara halal

"Stacy masih menghormati budaya masyarakat kita dan nak bagi contoh yang baik. Inilah diri sendiri Stacy, tak perlu berubah dan kalau boleh mahu kekalkan imej yang sedia ada," tuturnya.

Thursday, January 26, 2012

STACY @ KONSERT REUNION AKHIR AF





Credit to izaah1237

Persembahan Stacy @ Konsert Reunion Akhir AF pada 31 Disember 2011 yang lalu.






Sunday, January 15, 2012

TAK PERNAH CINTAI AKIM



Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

rajamawar@bharian.com.my


Stacy

Stacy akui rimas masih ramai beranggapan dia pernah jalin kasih sayang dengan bekas rakan seperjuangan Akademi Fantasia, Akim.
STACY Angie Anam naik muak apabila kerap diajukan persoalan hati membabitkan hubungan cintanya dengan Akim. Puas menafikannya, tetapi persoalan itu juga menerjah penyanyi lagu Kisah Dongeng itu. Perasaan cinta belum berputik dalam hati Stacy. Hubungan baiknya dengan Akim nyata sudah disalah tafsir. Anggapan menjalinkan hubungan cinta dengan Akim membuatkan Stacy rimas kerana hakikat sebenar, mereka hanya teman tapi mesra.

“Saya sudah kerap kali menyatakan pendirian, saya dan Akim hanya teman rapat. Saya akui menyukainya, begitu juga Akim tetapi hubungan kami belum sampai tahap bercinta. Suka dan cinta, dua perkara berbeza. Akim, teman yang paling rapat dengan saya.

“Saya mahu berkawan dengan Akim sampai bila-bila. Tapi, apabila membabitkan perasaan cinta, tentunya situasi sudah berlainan. Jika timbul perselisihan antara kami, saya tidak mahu daripada hubungan rapat akan menjadi musuh. Berlainan jika saya meletakkan Akim sebagai teman rapat tanpa membabitkan perasaan.

“Saya tidak mahu terjebak dengan hubungan cinta pada usia muda. Saya tidak bersedia dan tidak pasti mengenai cinta. Bagaimanapun, janganlah menyalah tafsir hubungan baik saya dengan Akim. Saya sudah bosan apabila diajukan persoalan sama setiap kali bertemu wartawan dan peminat.

“Hubungan baik saya dan Akim tidak sampai merancang untuk berumah tangga. Saya tidak terfikir menjalinkan hubungan lebih serius dengan Akim kerana dia adalah teman baik saya. Perasaan cinta saya ketika ini hanya kepada keluarga dan kerjaya nyanyian.

“Saya tidak mahu berkali-kali bercinta dan putus cinta. Jika terbit rasa cinta saya pada Akim, tentulah ada perasaan rindu yang mendalam. Tapi, perasaan saya biasa saja. Saya memang selesa bersama Akim, kami boleh berkongsi apa saja,” katanya yang kini sibuk mempromosikan album keduanya berjudul Stay-C.

Stacy tidak menafikan dia suka berkawan dengan lelaki Melayu kerana budaya mereka berlainan. “Dulu, saya hanya berkawan dengan kelompok kami di Sabah. Saya tidak pernah berkawan dengan lelaki Melayu. Bila kenal lelaki Melayu apabila berpindah ke Kuala Lumpur, saya dapati mereka jauh berbeza dengan karakter lelaki Sabah.

“Budaya orang Sabah sedikit kasar. Tengok saja saya, kadang kala nampak kasar, tetapi itulah budaya dan karakter yang diterapkan sejak kecil. Bagaimanapun, kasar tidak semestinya jahat. Saya perhatikan lelaki Melayu romantik, jiwang dan selamat. Saya tidak pernah terfikir berkahwin dengan lelaki Melayu, tetapi kalau sudah jodoh, saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Pejam celik Stacy bergelar penyanyi sudah empat tahun. Nasibnya agak baik berbanding penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF) lain. Stacy masih lagi mendapat tempat di hati peminat. Tanpa sokongan syarikat naungannya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Stacy mungkin terkapai-kapai seperti penyanyi kelahiran AF lain.

“Tidak dinafikan, AESB banyak memberikan ruang kepada saya untuk terus bernafas. Bagaimanapun, tanpa usaha saya sendiri, ruang itu mungkin tidak diperoleh. Saya tidak mahu terlalu bergantung harapan kepada orang lain, saya takut apa yang diimpikan tidak akan menjadi kenyataan.

“Laluan sememangnya tersedia di depan mata tapi saya perlu menggerakkannya sendiri. Apa saja yang dilakukan membabitkan kerjaya nyanyian termasuk rakaman album dan klip video, saya tidak akan menyerahkan bulat-bulat pada orang lain. Saya mahukan kepuasan dalam setiap penghasilannya.

“Bukan bermakna saya cerewet tapi saya kena ambil berat. Ini adalah periuk nasi saya. Saya tahu peminat di luar sana tahu menilai, saya tidak mahu dianggap berada di takuk lama dan membuatkan peminat jemu,” kata anak kelahiran Penampang, Kota Kinabalu, Sabah itu.

Stacy akui kehidupannya dulu dan sekarang, umpama langit dengan bumi. Selepas hampir empat tahun membina kerjaya sebagai penyanyi membuatkan Stacy mampu menarik nafas lega.

“Lega apabila dapat menghadiahkan keluarga sebuah rumah yang selesa. Tahun ini, kami meraikan Hari Krismas di rumah baru. Saya mengumpul duit selama lebih tiga tahun untuk berikan ibu bapa dan adik beradik tempat tinggal selesa di Kampung Tuaran.

“Tidak dinafikan, saya terdengar cakap-cakap, kenapa saya tidak membina rumah untuk keluarga dalam tempoh lebih awal, ada juga mengatakan saya lupa diri, lupa keluarga. Saya hanya tahan telinga mendengarnya.

“Saya bukan lupa keluarga, siapa tidak mahu berikan tempat tinggal selesa untuk ibu bapa, tapi saya perlu kumpul duit terlebih dulu. Ibu bapa dan adik beradik faham keadaan saya, memang lambat saya menyediakan rumah untuk mereka, tetapi sekurang-kurangnya saya tidak mungkir janji. Lambat-lambat pun, akhirnya rumah sudah siap dibina.

“Bukan sedikit duit dikumpul, beratus ribu ringgit juga, tetapi biarlah orang luar menilainya sendiri. Saya tidak mahu beritahu berapa harga rumah baru yang siap dibina pada Ogos lalu, nanti dituduh angkuh pula,” katanya yang menyerlah menerusi lagu Kasanova.




Thursday, January 12, 2012

TAHNIAH STACY!





Tahniah Stacy tercalon sebagai Top 5 Penyanyi Wanita Popular ABPBH 2011 bersaing dengan Shila Amzah, Yuna, Najwa Latif dan Alyah.

Majlis Anugerah ABPBH 2011 akan dilangsungkan pada Ahad, 8 April 2012 di Arena of Stars, Genting Highlands Kota Keriangan dan akan disiarkan secara langsung di TV3 dan radio HotFM.


Photo budiey.com




Friday, January 6, 2012

MEMORIES : RIZ & STACY



Dah lama tak post gambar-gambar Riz bersama Stacy kat sini. Ni ada beberapa gambar lama dari Facebook Fanpage Riz Zaizizi. Sorry Riz, akak mintak izin tepek kat sini ya...(letak dulu baru mintak izin ni...macamana tu?jangan marah ya...;p)..


Riz & Stacy...kalau tak silap ni masa lawatan kat Utusan Karya lepas AF6 dulu.

Haa yang ni masa shooting Habibi Mawi Aidilfitri....Deris bersama tunangnya, Leha. Hahaha.....asyik gaduh aje yer...

Riz & Stacy masa konsert ke-9 AF6...suka sangat tengok keakraban diorang masa ni...


Riz & Stacy @ Percutian di Gold Coast Australia....'gila-gila' betul diorang nie...ntah apa-apa posenya..


Actually banyak lagi gambar-gambar Riz kat Fanpage Riz Zaizizi tu..masa shooting klip video, show-show Riz...macam-macam ada...nak tengok? Sila ke Facebook Fanpage Riz Zaizizi...gambar profilenya gambar terbaru Riz sedang recording kat studio tu...ok..



Related Posts with Thumbnails