Cover depan HAI keluaran 7 Februari 2012...
EKSKLUSIF : ALYAH & RIZ TIDAK LAGI BERMASAM MUKA
Oleh: Emma Hassan & Farol Hadi Mustafa
Foto: Mohd Farizwan Hasbullah
Lokasi: Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur
Tarikh 12 Januari 2012 menjadi detik penyatuan semula Alyah dan Riz. Mereka kini tidak lagi bermasam muka.
Mereka akui apa yang berlaku adalah kerana salah faham dan keegoan diri masing-masing. Biarlah apa yang berlaku menjadi sejarah dalam hidup mereka.
Kata Alyah: “Sekarang kami sudah matang dan boleh menerima setiap perkara dengan baik. Seronok dapat berjumpa dengan Riz. Sekarang pun Riz dah banyak berubah dan semakin matang. Saya doakan semoga kami sama-sama berjaya dalam kerjaya pada masa akan datang.”
RIZ IKUTI PERKEMBANGAN ALYAH
Menurut Riz, dia sentiasa mengikuti perkembangan Alyah dan kagum dengan kejayaan yang telah dicapai oleh penyanyi Kisah Hati itu.
“Perkara yang berlaku dahulu hanyalah salah faham. Kalau dari awal dahulu kami berbincang baik-baik, mungkin tidak aka nada sengketa antara kami berdua.”
“Tidak sedikit pun saya simpan rasa marah atau dendam di dalam hati. Saya gembira melihat kejayaan yang dicapai oleh Alyah sekarang ini. Dia miliki vokal yang cukup hebat.”
Peminat Beri Duit Bikin Album
Lama menyepi dalam industri bukan bermaksud Riz angkat kaki dan meninggalkan bidang yang amat dicintainya ini.
Diam-diam ubi berisi. Setelah sekian lama menyepi, Riz bakal tampil dengan single terbaru. Menarik tentang lagu rakaman lagu ini, Riz memberitahu kos untuk merakamkan lagu ini turut ditanggung oleh peminat.
Riz sendiri tidak menyangka ada sekumpulan peminat yang telah mengumpul duit untuk merealisasikan penghasilan lagu itu.
Nak tahu cerita selanjutnya sila dapatkan HAI keluaran terbaru di pasaran sekarang.