JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Tuesday, June 30, 2009

Monday, June 29, 2009

IMBAUAN : AF6 STARS @ HAI 14-20 JUN 2008



Oleh
EMMA HASSAN, WAHIDA OTHMAN
Foto SYEFRY MONIZ
Lokasi HOTEL PALACE OF GOLDEN HORSES

HAI merupakan majalah hiburan pertama yg disertai oleh mereka untuk fotografi cover.

STACY TINGGALKAN KEKASIH

Sebelum melangkah ke dunia penuh glamour ini, Stacy ,memberitahu HAI, dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yg dua tahun lebih tua darinya.

Namun, perjalanan cinta itu tidak kesampaian berikutan kelakuan curang kekasihnya dengan perempuan lain.

"Saya pernah bercinta dengan pemuda dari sekolah yang sama. Jadi, mungkin kami saling suka-menyukai ketika itu.

"Tapi hubungan kami tidak lama sebab saya mendapat tahu dia curang. Dia rupanya sudah ada kekasih lain di belakang saya. Jadi saya meninggalkannya, sebab saya tidak akan setia pada lelaki seperti itu.

"Sekarang ini saya tidak fikirkan dulu tentang cinta, semuanya terserah. Saya cuma mahukan yang terbaik untuk kerjaya saya sekarang. Apatah lagi sekarang ini saya sibuk sangat, mana sempat nak bercinta," katanya sambil ketawa besar.

BENARKAH RIZ BERLAGAK DIVA?

Jika dikira pengalamannya untuk menembusi dunia hiburan melalui program realiti, sudah terlalu banyak pahit dan manis dilalui oleh naib juara AF6 ini.

Riz, anak muda dari Gerik, Perak sebenarnya tidak menyangka rezeki yang diraih pada malam konsert terakhir AF6 yang lalu adalah pengubat segala usahanya.

Menjengah kehidupan Riz semasa dalam akademi, kontroversi tentang ketidakserasiannya
dengan pelajar yang lain sehingga diberi amaran oleh pengetua menjadi bualan ramai.

"Dalam AF, saya dapat belajar pelbagai ilmu yang tidak mungkin diperolehi di luar akademi.

"Tentang kontroversi dengan Mama Rina, kalau mahu ikutkan bagi kami berdua perkara itu sudah lama berakhir dan masing-masing tidak pernah ambil hati.

"Hah! Saya berlagak diva? Mana ada. Secara logiknya, cuba fikir... Kalau kita sudah biasa dengan sesuatu benda tiba-tiba ditukarkan, mesti jiwa kita secara automatik sukar untuk menerima. Macam itulah yang saya alami.

"Tapi masa konsert, saya memang cuba buat yang terbaik untuk dipersembahkan dan terima itu sebagai satu tanggungjawab meskipun kena kritik.

"Nama pun belajar, saya ambil semua itu sebagai satu proses untuk mempelajari kehidupan yang sebenar sebagai seorang penghibur," ujar Riz bersungguh-sungguh. Sikap ramah dan telusnya langsung menyangkal pandangan negatif terhadapnya sebelum ini.



Thanks to Majalah HAI

Sunday, June 28, 2009

RIZ@MUZIKMUZIK





Riz
dan Alyah ketika rakaman pencalonan lagu Ku Pinjam Satu Bintang Muzik Muzik di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada hari Khamis, 25/6/09.



Credit to
rizangels

Tuesday, June 23, 2009

IMBAUAN:RIZ@KARNIVAL SUKARIA CERIA MAC'2009




Credit to
RizAngels and azlandaniel.com


Ini adalah foto Riz@ Karnival Sukaria Ceria di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur pada 29 Mac 2009 yg lalu. Riz menyampaikan dua lagu iaitu Hanya Sandiwara dan Cinta Ini. Terima kasih pada Angels yg 'very superb' dalam menjalankan 'tugas', wah! Suka tengok gaya Riz masa ni bersama adik-adik comel, nampak pro dan ceria jer melayan adik-adik tu, nanti siapa tahu boleh jadi pengacara rancangan kanak-kanak pulak!




Credit to riachannel



Rasa lucu tengok gelagat Riz di pentas @ Sukaria Ceria...siap conduct yg lain-lain menari (or senamrobik) masa Mila menyanyi dan lepas tu jadi backup singer Mila pulak. Semua dia nak buat...kah! kah! kah! Riz nampak happy melayan adik-adik comel tu. Ceria! Untuk kita-kita aje!

RIZ@BOWLING TOURNAMENT



Underneath Pokok Kelapak Bowling Tournament - Marshafc

Date: 21st June 2009 (Sunday)

Venue: Cosmic Bowling, Midvalley.


Tahniah buat RizFC kerana mendapat tempat kelima daripada 32 pasukan yang menyertai MarshaFC Bowling Tournament. Pasukan RizFC diwakili oleh Riz sendiri, Suffian, Cruzer dan Ejam.

Pasukan hebat RizFc!


Riz dan Marsha..apa2 pun posing dulu.


Gaya Riz tengah bersemangat ...kejor yoep kejor!



Sempat lagi Riz dan Marsha berduet lagu Perlu Kamu..kalau Stacy berada kat tempat Marsha tu kan best....



Credit to
rizangels

SEHATI BERDANSA...

Riz~Lagenda




Credit to sapphireblu08


Stacy~Gagap



Credit to lurvenez


Persembahan pada malam 'Sehati Berdansa' musim kedua. Mereka memang sentiasa berikan yg terbaik!

Monday, June 22, 2009

BEST@FINAL

Riz~11 Januari



Credit to harizmail89


Stacy~Atas Nama Cinta



Credit to teaoya


Persembahan Riz~Stacy di Konsert akhir AF6. Best sangat kan? Mereka sama-sama hebat dan rezeki memang berpihak pada mereka pada malam itu.

Sunday, June 21, 2009

STACY HADIAHKAN LAGU BUAT DADDY



Setiap tahun, penyanyi lagu Gagap ini sering menyambut hari bermakna ini untuk ayahnya, Anam Bayar, 47, yang sudah bersara dari tugasnya. Malah, sebelum bergelar artis, Stacy sanggup ponteng kerja semata-mata untuk mengadakan majlis untuk ayahnya yang dipanggil Daddy sahaja.

"Dulu, Stacy selalu buat majlis kecil-kecilan untuk Daddy. Stacy selalu masak barbeque untuk Daddy. Sekarang Stacy masih lagi sambut dan banyak memberikan Daddy hadiah.

"Pada sambutan sebelum ini, Stacy menghadiahkan Daddy joran untuk memancing di laut dalam sebab dia suka sangat memancing. Lagi pun, Daddy ada minta Stacy belikan joran dari Kuala Lumpur," ujarnya.

Selain itu, Stacy berkata dia takkan pernah melupakan jasa ayahnya dan sering terbayang wajah beliau setiap kali menyanyi. Masakan tidak, kejayaan Stacy selama ini pun atas sebab ayahnya yang tidak jemu-jemu mendidiknya agar menyanyi dengan betul.

"Daddy juga pandai nyanyi. Kalau nak tahu, kalau tiba sambutan Hari Bapa, Stacy selalu nyanyikan lagu Angin Malam daripada Broery Marantika untuk Daddy. Itu lagu favourite Daddy. Kadang-kadang, Stacy menyanyi dan Daddy pula main gitar.

"Sempena Hari Bapa tahun ini, Stacy nak ucapkan Happy Father's Day untuk Daddy! Stacy harap Daddy selalu menjadi bapa yang terbaik dalam hidup Stacy. Love Daddy so much," kata Stacy.

Credit to murai.com

BEST OF WEEK 9



Stacy ~ Beat It



Riz ~ Rock Around The Clock



Credit to harizmail89

Saturday, June 20, 2009

RIZ~STACY@GOLDCOAST!





Credit to nokeeto


Eee...sukanya tengok video ni. Kreatif betul nokeeto ni. Dapatlah tengok keakraban sahabat baik ini di Gold Coast. Thanks to Waany yang inform pasal video ni. So, enjoy!

PROMO '08



Credit to riachannel

Suka tengok keceriaan Riz~Stacy ketika menyanyikan lagu ini. Kenangan ketika sesi promo album raya AF6 tahun lepas di Selayang Mall.

Credit to azlandaniel

Cute kan gambar ni…kebetulan diorang berdiri sebelah-menyebelah. Pasangan cute!

JOM UNDI STACY @ APM 2009!




ANUGERAH PLANET MUZIK 2009


Sabtu, 18 Julai 2009

9.00 malam (waktu Singapura dan Malaysia)
@
Plenary Hall, Jakarta Convention Centre, Senayan, Indonesia


Bagi peminat yang ingin mengundi artis kesayangan masing-masing bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo! dan Artis Serantau Paling Popular, talian undian telah dibuka dan hanya ditutup pada 18 Julai pada pukul 10 malam.


KATEGORI POPULAR
Artis Paling Popular(Malaysia)

KOD ARTIS

MY11 Stacy

Cara SMS
APM MY11 dan hantar ke 33660

SMS dibuka mulai 18 Jun 2009 hingga 18 Julai 2009, 10 malam.
Setiap SMS : RM0.50. Tertakluk kepada syarat dan peraturan.


Friday, June 19, 2009

MEMORI AF6




Credit to nokeeto




Ketika sesi kelas tarian Cikgu Linda... Ahaks … ada part angkat-mengangkat. Kelakar betul tengok Stacy melatah bila kena angkat oleh Riz ! Tapi part tu tak jadi dilakukan… wat suspen je!

RIZ@HAI 20 JUN 2009









Credit to Tajul Ariffin
Foto :
Nasiruddin Yazid & Tajul Ariffin


Dapatkan di pasaran segera!

Tuesday, June 16, 2009

BULAN ANDA!





18 OGOS

Suka berlawak~ Mudah tertawan kepadanya~ Sopan santun dan caring terhadap orang lain~ Berani~ Bersikap tegas dan berkepimpinan~ Pandai pujuk orang lain~ Terlalu pemurah dan bersikap ego~ Dahagakan pujian~ Semangat juang yang luar biasa~ Cepat marah dan mudah mengamuk~ Mudah marah bila cakapnya dilawan~ Sangat cemburu~ Daya pemerhatian yang tajam dan teliti~ Cepat berfikir~ Suka berangan~ Berbakat dalam seni lukis & hiburan~ Sangat sensitif tapi tak mudah merajuk~ Belajar untuk relax~ Sikap kelam kabut~ Romantik, pengasih & penyayang~ Suka mencari kawan

19 DISEMBER
Sangat setia dan pemurah~ Bersifat patriotik~ Sangat aktif dalam permainan~ Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa~ Bercita-cita tinggi~ Suka menjadi orang yg berpengaruh dalam organisasi~ Seronok didampingi~ Suka bercampur dengan orang~ Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai~ Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur~ Tidak pandai berpura-pura~ Cepat marah~ Perangai yg berubah-ubah~ Tidak ego~ Benci pada kongkongan~ Suka berlawak~ Pandai buat lawak dan berfikiran terbuka



Keperibadian dan Bulan Kelahiran Mengikut Pandangan Dato' Dr Fadzilah Kamsah.


Credit to rizangels, stacyfrenz

STACY : Saya Dah Menang!


Stacy berjaya menempatkan diri dalam senarai pencalonan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009). Stacy dinominasi untuk Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita) untuk lagu “Aku Stacy” dan Artis Malaysia Paling Popular, sebaris dengan beberapa nama-nama besar yang lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Misha Omar. Satu kejayaan yang boleh dibanggakan untuk orang baru seperti Stacy.

“Saya sama sekali tidak sangka akan tercalon dalam anugerah yang sebesar ini. Tetapi, tidak dinafikan yang saya rasa sangat gembira dan bertuah. Walaupun ini hanya pencalonan, tetapi saya dah anggap ia macam satu kemenangan. Ini kerana bukan mudah untuk tersenarai dalam kedua-dua kategori tersebut,”
ujar Stacy yang ditemui selepas sidang media APM 2009 baru-baru ini.


Credit to Miss Ayu @gua.com

BERITA TERKINI




Berita terkini dari RizFC, Riz secara rasminya tidak lagi berada di bawah pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd setelah mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak bersama Astro. Kini Riz bergerak sendiri di bawah syarikatnya, Riz Entertainment.

Semoga Riz berjaya walaupun bergerak sendiri. Nabil Ahmad (RL2) pun cukup top and hot meskipun bergerak sendiri. Dengan kelahiran album sulung nanti, Riz akan lebih sukses.

Best of luck to you, Riz!

Credit to rizangels

Monday, June 15, 2009

RIZ~STACY @ ..... JUNE 2009




RIZ AKUI RAPAT DENGAN ALYAH

HAI 7 JUN 2009

Oleh Tajul Ariffin Abu Hassan
Foto Mohd Shariful Hafizal

Cuba lihat aksi mesra dua nama yg sedang meningkat naik ini. Memang rapat sekali hubungan Riz dengan Alyah. Pasti ramai yg tertanya-tanya status sebenar hubungan mereka.

Mungkinkah sudah berputik bunga-bunga cinta di dalam hati Riz dan Alyah?

Ketika diajukan soalan tentang sejauh mana hubungannya dengan Alyah, Riz mengakui rapat dengan pelantun lagu popular Tak Mungkin Kerna Sayang itu.

"Ya, hubungan kami memang rapat. Namun, hubungan yang terbina ini hanya sekadar teman baik sahaja. Sedikit pun tidak melibatkan soal hati dan perasaan cinta.

"Sejak bekerja bersama menerusi lagu duet Ku Pinjam Satu Bintang, hubungan kami semakin rapat dan mesra.

"Walaupun usia Alyah lebih tua daripada saya, itu bukanlah halangan atau masalah untuk kami berkawan.

"Saya melayan Alyah seolah-olah dia sebaya dengan saya," cerita Riz.


Credit to majalah HAI


STACY @ URTV 15 JUNE 2009



Credit to stacyfrenz

Dapatkan segera di pasaran!


1ST ANNIVERSARY



1st Anniversary The Fabulous Riz Angels and Frenz Bowling Challenge

Organised by


Date : 28/6/2009 @ 2.00 PM
Venue : 101 Mall Puchong
Entry Fees : RM38 + Door Gift
Closing Date : 21/6/2009
Format : 10 Pin Bowling @ 5 games


Lucky Draws
10 Draws "Karaoke Bersama Riz"
Riz Single CDs and many more



Special Prize

High Scorer Male
High Scorer Female
Most Happening Team In Lane
Best Dress and Sporting Bowlers


1ST : Pin Trophy + Gift
2ND : Pin Trophy + Gift
3RD : Pin Trophy + Gift
4TH - 7TH : Special Gift
8TH - 10TH : Special Gift


Credit to rizangels


KOMPOSER INDON MINAT RIZ, ALYAH!




Oleh: Murai Batu @ MURAI.COM


Dalam perkembangan terbaru, Murai Batu dimaklumkan oleh sumber yang rapat dengan Riz bahawa komposer dan produser terkenal Indonesia, Pak Hardy, tertarik dengan persembahan Riz dan Alyah dalam lagu Ku Pinjam Satu Bintang. Lalu dia pun mempelawa mereka untuk menyanyikan lagu karyanya di Indonesia. Wah, hebat tu.

Jangan tak tahu sebab Pak Hardy pernah bekerja dengan artis terkenal Indonesia seperti Mendiang Broery Marantika dan Kangen Band.

Murai Batu sebenarnya tidak terkejut dengan semua ini kerana ketika pembikinan klip video Ku Pinjam Satu Bintang dibuat di Jakarta, Indonesia, krew dari republik itu telah tertarik dengan lagu itu dan menyangka ia ciptaan Melly Goeslow. Malah pengarah klip video itu sendiri cakap lagu itu sangat mudah difahami oleh pendengar Indonesia dan tak perlu ditukar senikatanya.

Baguslah kalau gitu sebab asalkan lagu kita hendak masuk saja ke pasaran sana, semuanya kena bertukar.

STACY RASA DIVA




Tenaga dan kesungguhan Stacy di atas pentas sememangnya mengagumkan. Gadis kelahiran Sabah ini mampu menari dengan baik dan cantik. Masakan tidak, dia biasanya akan mengikuti kelas tarian sebanyak tiga atau empat kali seminggu dengan durasi empat jam setiap sesi.

"Kalau ada persembahan pula, saya dan rakan-rakan akan berlatih setiap hari termasuk memikirkan teknik-teknik tarian," katanya.

Stacy yang kini sedang menyiapkan klip video lagu Pakai Buang yang ditulis oleh Edry KRU, lega dengan kemunculan album perdananya, Aku Stacy.

Album sulungnya itu menampilkan tujuh buah lagu dengan lima daripadanya adalah lagu baru. Antara komposer yang terlibat adalah Audi Mok, Kieran Kueak dan Edry KRU.

Album itu telah dilancarkan oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Mac lalu.

Stacy juga bakal berduet dengan Adam dalam sebuah lagu untuk album runut bunyi filem My Spy, juga terbitan KRU.


Energi di atas pentas

“Tenaga di pentas akan terhasil apabila saya sangat bersemangat. Ia berlaku secara semula jadi terutama bila kita menyukai apa yang kita buat. Di atas pentas, saya rasa diri saya seakan Diva dan akan membuat persembahan dengan penuh semangat. Saya mahu penonton terpegun melihat saya.”

Credit to Kosmo Online

Saturday, June 13, 2009

LATEST SINGLE!

Riz & Alyah~Ku Pinjam Satu Bintang@RedBox



Credit to riachannel

Inilah single terbaru Riz dan Alyah yang sedang hit di corong radio, Ku Pinjam Satu Bintang. Persembahan di Suara Karaoke HAI di Redbox Plaza Pelangi, Johor Bharu.

Lirik:-

Ku Rindukan Dia Ku Mahu Belaian Manja
Ku Ingin Selalu Di Sisinya

Ho…Inikah Bahgia Inikah Kasih Asmara
Bernyanyilah Hatiku Dengan Cinta

*Ku Tak Ingin Lagi Berjauhan
Usah Kau Hampiri Perpisahan
Seharusnya Kau Mengerti Kasih
Hanya Engkau Di Hatiku

Andai Mampu Ku Menyentuh Awan
Akan Ku Pinjamkan Satu Bintang
Dan Ku Pancar Seriang Gemilang
Itu Kasih Ke Wajahmu Oo….

Ku Berjanji Sayang
Ku Menunggu Dikau Pulang
Membawa Cintamu Yang Terindah
Dengarlah Kata Hati

Ku Rindukan Kasih Dia
Ku Mahu Belaian Manja
Takkan Ku Lupa Cinta Pertama

Dengarkanlah Kata Hati
Dengarkanlah Bicaraku


Lagu/Lirik: AJAI/SLEN


Stacy ~ Pakai Buang@Muzik Muzik



Credit to izah1237

Lirik:-

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x)

Hello...kenapa kau tak jawab telefon
dah berlepuh jari menekan nombor sama
lepas berkali kali ku cuba

Ku sangka kau betul...betul jatuh cinta
bodoh sungguh untuk terus percaya
habis madu sepah dibuang sahaja

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
biar lah lebih dari sehari
apakah kau sangka ku cinta segera
sakitnya hati dipermain

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
tidak mungkin hanya sementara
apakah kau sangka ku cinta segera
bayangkan lah apa ku rasa

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x)

Baru saja kenal
kau muncul semula
mengatakan kau sudah berubah
pujuk rayu sampaikan runtuh ke lutut
hampir hampir ku mengalah
untuk memberi kita peluang kedua
tapi kini ku lebih arif
untuk percaya janji lelaki..yeaahyeaahh

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah.. (4x)

Jangan..jangan...jangan permainkan


Lagu/Lirik : Edry KRU

Pakai Buang, single terbaru Stacy selepas Gagap dibawakan olehnya dengan penuh bertenaga dalam pencalonan baru Muzik Muzik di TV3.

SEPATAH KATA RIZ


Assalamualaikum....


Sewaktu saya menerima
kunci kereta Naza Bestari di Glenmarie beberapa hari yg lalu, tiada seorang pun yg dapat rasa macamana saya rasa beruntung dan bertuah kerana dihadiahkan sebuah kereta daripada peminat- peminat, penyokong-penyokong dan pengundi-pengundi saya semasa program AF6 yg lalu.... happy sangat-sangat...


Masa bawak kereta tu, selalu terfikir yg saya takkan merasa membawa kereta itu kalau tiada orang yg menjadi tulang belakang saya..

Dan yg paling beruntung sekali adalah, saya memiliki geran kereta yg tak perlu saya bayar lagi bulan- bulan ... alhamdulillah..

Setiap kali pandang kunci kereta, dalam otak teringat ini hasil daripada duit penyokong-penyokong saya....

Alhamdulillah....

Terima kasih kepada semua....


RIZ



Credit to rizangels

1 2 3 ACTION!



Di Bawah Ketiak Isteri




Desperate Housewive




Credit to
sapphireblu08


Dua adegan ; lakonan Riz bersama Saida dan Stacy bersama Nubhan dalam Corat Coret Raya AF6 2008. Ternyata mereka berbakat besar dalam lakonan selain nyanyian!


Friday, June 12, 2009

BEST OF WEEK 8

Stacy~Gembira Hidup Ini





Riz~Laskar Cinta



Credit to harizmail89

Wednesday, June 3, 2009

RIZ@MH 30 MEI



Kemunculannya di persada seni suara dengan pakej lengkap sebagai penyanyi membolehkan Riz sebaris dengan artis sedia ada. Satu kelebihan anak muda ini apabila setiap penampilannya cukup matang dan sedap mata memandang.


credit to suDyr@ majalah Media Hiburan

Related Posts with Thumbnails