Oleh EMMA HASSAN, WAHIDA OTHMAN
Foto SYEFRY MONIZ
Lokasi HOTEL PALACE OF GOLDEN HORSES
HAI merupakan majalah hiburan pertama yg disertai oleh mereka untuk fotografi cover.
STACY TINGGALKAN KEKASIH
Sebelum melangkah ke dunia penuh glamour ini, Stacy ,memberitahu HAI, dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yg dua tahun lebih tua darinya.
Namun, perjalanan cinta itu tidak kesampaian berikutan kelakuan curang kekasihnya dengan perempuan lain.
"Saya pernah bercinta dengan pemuda dari sekolah yang sama. Jadi, mungkin kami saling suka-menyukai ketika itu.
"Tapi hubungan kami tidak lama sebab saya mendapat tahu dia curang. Dia rupanya sudah ada kekasih lain di belakang saya. Jadi saya meninggalkannya, sebab saya tidak akan setia pada lelaki seperti itu.
"Sekarang ini saya tidak fikirkan dulu tentang cinta, semuanya terserah. Saya cuma mahukan yang terbaik untuk kerjaya saya sekarang. Apatah lagi sekarang ini saya sibuk sangat, mana sempat nak bercinta," katanya sambil ketawa besar.
Jika dikira pengalamannya untuk menembusi dunia hiburan melalui program realiti, sudah terlalu banyak pahit dan manis dilalui oleh naib juara AF6 ini.
Riz, anak muda dari Gerik, Perak sebenarnya tidak menyangka rezeki yang diraih pada malam konsert terakhir AF6 yang lalu adalah pengubat segala usahanya.
Menjengah kehidupan Riz semasa dalam akademi, kontroversi tentang ketidakserasiannya
dengan pelajar yang lain sehingga diberi amaran oleh pengetua menjadi bualan ramai.
"Dalam AF, saya dapat belajar pelbagai ilmu yang tidak mungkin diperolehi di luar akademi.
"Tentang kontroversi dengan Mama Rina, kalau mahu ikutkan bagi kami berdua perkara itu sudah lama berakhir dan masing-masing tidak pernah ambil hati.
"Hah! Saya berlagak diva? Mana ada. Secara logiknya, cuba fikir... Kalau kita sudah biasa dengan sesuatu benda tiba-tiba ditukarkan, mesti jiwa kita secara automatik sukar untuk menerima. Macam itulah yang saya alami.
"Tapi masa konsert, saya memang cuba buat yang terbaik untuk dipersembahkan dan terima itu sebagai satu tanggungjawab meskipun kena kritik.
"Nama pun belajar, saya ambil semua itu sebagai satu proses untuk mempelajari kehidupan yang sebenar sebagai seorang penghibur," ujar Riz bersungguh-sungguh. Sikap ramah dan telusnya langsung menyangkal pandangan negatif terhadapnya sebelum ini.
Thanks to Majalah HAI
No comments:
Post a Comment