JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Tuesday, September 29, 2009

‘HOMESTYLE’ Iftar Bersama Riz, Angels dan Keluarga



Credit to mStar Online

Riz ceria ketika majlis berbuka puasa pertengahan Ramadan lalu. -foto Riz Angles.


BERTEMPAT di sebuah banglo Villa Ukhuwah, Persiaran Titiwangsa, penyanyi Riz AF6, peminat yang dinamakan Angels serta keluarga menganjurkan majlis berbuka puasa istimewa pada 6 September lalu.

Majlis bermula dengan jam 5.30 petang untuk pendaftaran para tetamu. Lebih kurang 50 orang peminat yang sudi hadir untuk menyerikan majlis.

Agenda, selain dari berbuka puasa, beramah mesra dengan lebih akrab lagi dengan peminat, Riz mengambil peluang yang ada untuk diadakan solat Jemaah Maghrib, Isyak justeru sembahyang Terawih bersama-sama peminatnya yang di ketuai oleh imam, Ustaz Muaz. Bagaikan sebuah keluarga yang besar , bertemu bagaikan majlis “Reunion” antara keluarga sudah tentu menjadi lebih kecoh dan ceria pada petang itu.


Sesiapa sahaja boleh mendekati Riz, berbual mesra bagaikan silaturahim yang jitu mengukuhkan lagi tali persaudaraan di bulan Ramadhan. Tepat jam 7.20 petang dengan laungan azan, Riz dan peminat-peminatnya berbuka puasa dengan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t yang memberi kemudahan dan rezeki pada itu. Kuih-muih dan juga makanan pencuci mulut di bawa oleh para peminat sebab Riz ingin merasa masakan dari peminatnya.


Termasuk makanan menjamu selera berbuka puasa seperti nasi tomato, nasi putih, dalca, ayam masak merah, acar, sambal udang, dan laksa. Setelah selesai menjamah makanan, masing-masing mengambil tempat untuk sembahyang berjemaah Maghrib.

Setelah selesai sembahyang Maghrib, sesi beramah mesra dan sesi mengambil gambar antara peminat-peminat dengan Riz.

Ada juga yang mengambil kesempatan bergambar di sekitar banglo Villa Ukhuwah. Tidak lama kemudian, sembahyang jemaah Isyak dan diikuti dengan sembahyang terawih.

Untuk pertama kalinya, Rizfc mengadakan majlis sebegini dan ramai peminat yang terharu begitu juga dengan Riz akan silaturahim yang terjalin lebih dari setahun.

Lebih-lebih lagi kedua-dua orang tua Riz yang mesra disapa uncle Zaizi dan mak Som serta kakaknya Emma dan tunangnya serta rakan-rakannya sudi meluangkan masa bersama-sama peminatnya yang setia. Riz dengan Angelnya, berkumpul membuat satu bulatan dan masing-masing berbual sambil meluahkan rasa hati antara peminat terhadap Riz.

Riz berulang kali mengucap terima kasih dan rasa penghargaannya terhadap peminat yang masih berdiri teguh menyokong akan perjalanan kariernya.

Riz mengambil kesempatan dengan menyanyikan single lagu kedua ‘Bermula Semula’ secara acapella untuk peminatnya. Walaupun, hanya korus tetapi ianya memadai untuk menjadi santapan halwa telinga pendengar peminat-peminatnya.

Majlis berlangsung hingga jam 11.30 malam dan yang paling menyeronokkan acara bergotong-royong untuk mengemas dan mencuci pinggan mangkuk ala-ala rewang lagi dan Riz turut membantu dan itu membuat peminat merasa lebih terharu.


Monday, September 28, 2009

UCAPAN HARI RAYA RIZ


Assalamualaikum semua….


Saya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua .... mintak maaf di atas segala kesilapan yg telah saya lakukan sehingga mengguris hati sesiapa samada sengaja atau tidak sengaja... buang yg keruh ambil yg jernih ….

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada semua yg masih menyokong karier saya sebagai anak seni... tanpa anda semua , saya takkan mampu berada di sini dan jangan lupa, belilah album saya yg original bila dah keluar nanti ....

Selamat hari raya…….


** Album pertama Riz akan dilancarkan pada 13/10/2009, jam 4 petang @ Hard Rock Cafe.


**Petikan ucapan Riz @ http://rizfc.forumotion.com/forum.htm



Credit to RizAngels

Sunday, September 27, 2009

STACY, NUBHAN MAKIN RENGGANG?




Oleh Raja Nurfatimah Mawar
Berita Harian Online

Riz, Stacy dan Nubhan


DULU heboh cerita mengatakan juara Akademi Fantasia 6, Stacy dan Nubhan bercinta tetapi mereka tidak pernah mengiya dan menidakkannya. Sejauh mana kebenaran gosip mereka bercinta, hanya empunya diri yang mengetahui. Sampai hari mereka masih berteka-teki, balik-balik jawapan yang diberikan teman rapat, tetapi rapat macam mana tak pastilah pula.

Bagaimanapun, Raja dengar hubungan Stacy dan Nubhan tak rapat seperti dulu lagi, kalau dulu mereka umpama `merpati sejoli' tetapi mereka bijak menyembunyikan hubungan itu, susah nak mencungkil rahsia hati mereka. Raja faham ketika itu masing-masing baru saja keluar AF dan nak mengecapi populariti, tentu mereka tak mahu merosakkan kepercayaan peminat dengan gosip yang bukan-bukan.

Bertemu dengan Nubhan, baru-baru ini, Raja sempat bertanya hubungannya dengan Stacy. Agak berat mulutnya berterus-terang, sebaliknya Nubhan hanya menggeleng kepala. Raja faham apa yang tersirat di hatinya, hubungannya dengan Stacy sudah berlalu. Nubhan masih belum bersedia berterus-terang, sebaliknya hanya mengakui kesibukan kerja membuatkan hubungan mereka semakin jauh.

"Apa yang dapat saya katakan, saya lebih suka mencari gadis beragama Islam untuk dijadikan teman hidup. Bukan apa, budaya dan tradisi orang Melayu dan Islam berlainan, tak semua orang faham. Senang cakap, biarlah saya cari gadis seagama Islam, lebih mudah untuk membentuk," katanya ringkas.

Jadi tak salahlah tekaan semua, Stacy dan Nubhan sebenarnya menjalinkan hubungan selama ini, cuma nampaknya takdir tidak dapat menyatukan mereka. Raja faham soal agama tidak boleh diambil mudah, jadi lebih baik mereka tak meneruskan hubungan jika agama dan pegangan menjadi penghalang.




Saturday, September 26, 2009

KAD RAYA DARIPADA RIZ DAN STACY

Depan

Belakang



Kad raya daripada Stacy buat peminat.




Pictures credit to
RizAngels and StacyFrenz

Friday, September 25, 2009

STACY@LAGENDA LEBARAN TV3




Credit to asilah1991


Persembahan Stacy bersama Datuk Sharifah Aini membawakan lagu raya, Hari Yang Mulia di dalam rancangan Lagenda Lebaran @ TV3.




Monday, September 21, 2009

RIZ~STACY@HABEEBI MAWI AIDILFITRI











Part best Riz dan Stacy! Stacy (Leha) bersama 'tunangnya' Deris (Riz). Tunang paksa hehe...






Credit to emeraldL2009



Credit to machikokonjo

Tahniah Riz dan Stacy kerana telah memberikan lakonan yg membanggakan sebagai bakat baru dalam telemovie ini. Anda berdua memang berbakat dalam bidang lakonan. Credit lebih boleh diberikan kepada Riz (banyak scene melibatkan Riz dan Mawi) , sebab berjaya membawa watak gangster kampung dengan baik. Walaupun scene Stacy tak banyak, tapi Stacy juga telah memberikan lakonan yg baik. Jika ada peluang, harap mereka dapat mengasah bakat secara berterusan dalam bidang lakonan. Keep it up!

Thursday, September 17, 2009

IMBAUAN : PESONA DAN KETERAMPILAN@MH 24-30 JANUARI 2009



GAYA BERSIAR-SIAR ALA RIZ

Oleh Yusliza Mohd Noor
Foto KKSB


Apabila waktu bersantai, tidak sah jika tidak melibatkan rakan-rakan yg lain. Tetapi jika berpakaian mestilah juga kena dengan tempat yg dituju. Konsep santai juga memerlukan sesuatu yg selesa. Dan bagi penyanyi Riz yang sedang meningkat naik ini, dia ada 'style' tersendiri.....

Wednesday, September 16, 2009

RIZ@MEDIA HIBURAN EDISI KHAS AIDILFITRI 12-25 SEPT '09


Teks ALZAHRIN ALIAS
Foto ACO

SELEBRITI FC

Tahun ini, buat kali keduanya bintang kelahiran Akademi Fantasia, RIZ bakal menyambut lebaran dengan status selebriti. Walaupun dikatakan namanya semakin pudar, namun Riz sebenarnya masih punya ramai peminat setia.

Bercerita tentang kerjaya, single ketiga Riz iaitu "Bermula Semula" yg dihasilkan oleh Ajai ini akan menjengah ke pasaran dan ia merupakan sebuah lagu yg begitu bermakna buat dirinya.
Riz tidak boleh menafikan karier seni sedikit 'dingin'. Namun sejak beberapa bulan lalu, nama Riz kembali meniti di bibir peminat, tuah duetnya bersama Alyah dalam lagu 'Ku Pinjam Satu Bintang' yg kerap diputarkan di radio.

Foto NANA AZMAN



Untuk cerita lebih lanjut, jangan lupa untuk dapatkan majalah Media Hiburan Keluaran Khas Aidilfitri di pasaran sekarang!

URTV ISTIMEWA RAYA 15 SEPT/1 OKT 2009



Oleh HUZZ, RUHAYA dan SHANA
Foto SHARIFUL HAFIZAL



STACY SERONOK DAPAT DUIT RAYA

Stracie Angie Anam (19 tahun) atau lebih popular dengan nama Stacy tetap menyambut raya Aidilfitri walaupun bukan beragama Islam.

Katanya, "Masa zaman sekolah rendah dulu, saya suka pergi beraya di rumah kawan-kawan sebab nak kumpul duit raya. Kami suka berulang kali ke rumah jiran untuk himpun duit raya. Tuan rumah tak perasan sebab kami datang ramai-ramai, jadi kalau pergi kali kedua pun, dapat lagi duit raya. Bila teringat balik, rasa bersalah pula. Tapi itu semua masa zaman kanak-kanak", cerita Stacy yg gemar kuih batang buruk dan sarang semut.


BERAYA DI KUALA LUMPUR

Menurut Stacy, tahun ini dia berpeluang beraya di Semenanjung.

"Saya tak sabar nak beraya kat Kuala Lumpur. Walaupun saya ada banyak show untuk program raya di TV, tapi saya tetap akan luangkan masa untuk beraya di rumah kawan-kawan. Ramai juga kawan-kawan AF yg jemput saya beraya dengan mereka."


Jangan lupa untuk dapatkan URTV keluaran khas Aidilfitri ini yg kini telah berada di pasaran!

Tuesday, September 15, 2009

RIZ@YOK SAHUR 2



Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah di Kg. Baru Sri Puchong

Pictures credit to Murai.com

Sunday, September 13, 2009

KECOH ARTIS 'SERBU' MASJID INDIA



Oleh NIEZAM ABDULLAH & WANDA IDRIS
Foto SHAHRIL AZMAN ZAIN
Lokasi MASJID INDIA, KUALA LUMPUR


BERKIRA-KIRA hari untuk menyambut Syawal, Pancaindera membawa artis-artis remaja popular ke Jalan Masjid India, Kuala Lumpur untuk memberi peluang kepada mereka meninjau keperluan akhir sebelum tibanya hari yang menggembirakan itu.

Wah... bukan main seronok apabila Fizo Omar, Riz (AF6) , Alyah, Shila dan Diddy Hirdy berpeluang untuk sama-sama membuat "rombongan cik kiah" bagi membeli barang-barang keperluan untuk menyambut lebaran.

Menariknya Alyah dan Shila sempat juga membeli tudung dengan harga diskaun. Fizo, Riz dan Diddy pula tak habis-habis membelek baju Melayu kerana tertarik dengan pelbagai corak yang dijual di kawasan bazar tersebut.

Siapa kata artis kita tak pakai pakaian yang dijual di bazar? Kata mereka, di bazar atau di pusat membeli belah, semuanya sama saja. Cuma harga di bazar lebih murah dan ada kalanya lebih menarik jika pandai buat pilihan.

Kunjungan mereka ke Jalan Masjid India itu bertambah kecoh apabila peniaga turut berebut untuk mengambil gambar. Tidak kurang juga orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu.


RIZ SEDIAKAN RM1,000

SERONOKNYA Riz kerana menerima lima pasang baju Melayu daripda peminat yang bermurah hati memberikan cenderamata kepadanya.

"Walaupun sudah ada lima pasang, saya tetap membeli sehelai untuk diri saya. Bukannya apa, kalau tak rasa macam tak raya pula. Selalunya memang Jalan Masjid India menjadi tumpuan saya.

"Bersama enam tujuh orang kawan, kami memilih datang ke sini pada tengah malam. Selalunya dekat-dekat raya baru kami 'serbu'. Di sini senang. Semuanya ada.

"Baju Melayu dan songkok memang saya beli di sini. Ramai juga artis yang saya jumpa membeli belah di sini,"
kata Riz yang pulang ke kampungnya di Grik, Perak untuk menyambut Syawal.

Menurut penyanyi yang semakin popular dengan lagu Ku Pinjam Satu Bintang yang turut menampilkan Alyah sebagai rakan duet, dia juga suka membeli biskut raya di kedai kek makciknya di Kajang.

Menyambut Lebaran secara sederhana, Riz juga memberitahu tidak mengadakan rumah terbuka pada tahun ini.

"Tapi semua orang dialu-alukan untuk datang ke rumah saya," katanya yang suka bermotorsikal bersama teman-teman menziarah kawan sekampung.

Riz juga memberitahu menyediakan bajet untuk perbelanjaan keluarganya termasuk duit raya untuk anak saudara dan tetamu yang datang.

"Saya sediakan bajet RM1,000 untuk duit raya," tambahnya.

Bercuti raya selama seminggu, katanya, jadual seninya penuh selepas Lebaran. Ini termasuklah melancarkan albumnya pada 13 Oktober depan di Hard Rock Cafe.


Credit to Utusan Malaysia Online


STACY~BEST ARTIST ON ASIA?



Stacy, artis remaja Malaysia tercalon dalam satu laman web untuk 'Best Artist On Asia'. Anda boleh memilih mana-mana calon untuk memenangi kategori tersebut. Antara artis lain yg tersenarai adalah Agnes Monica, Peterpan, Hady Mirza, Rain dan beberapa artis popular Asia lain.


Untuk mengundi Stacy, sila ke laman web berikut:
http://pollpigeon.com/best-artist-on-asia/t/20316/




Thanks to VirgonZ for the info.

Monday, September 7, 2009

HOME STYLE ~ BERBUKA PUASA BERSAMA RIZ & ANGELS FAMILY



6/9/2009
Villa Ukhwah, Titiwangsa


Pictures credit to Azlandaniel and Frizz@RizAngels


Sila klik pada tajuk post di atas untuk melihat lebih banyak foto.



IMBAUAN : RIZ~STACY @ MANGGA DISEMBER 2008



RIZ TAKUT KENA ‘MANDREM’

Oleh Aisamurni Suparman
E-mel : aisya_cute@yahoo.com


Kisah artis kena mandrem (kena bomoh atau perbuatan sihir) sejak dulu lagi memang berlaku. Walaupun di zaman moden, tidak dinafikan ada juga segelintir artis yg dikatakan kononnya mengamalkan ilmu hitam untuk tujuan tertentu.

Jom baca komen Riz

Cerita Riz:
“Saya percaya benda itu wujud. Tapi Alhamdulillah so far saya tak ada pengalaman kena mandrem. Cuma mak ayah saya pernah la kena. Ayah dan mak ni berniaga kedai makan kat kampung.

“Mungkin ada orang yg dengki dan tak senang tengok kami. Benda ini mungkin juga terjadi sebab adanya sikap iri hati, dengki, dendam dan sebagainya. Tambahan pula dalam bidang seni ni yg banyak persaingannya.


“Takut tu ada la juga sebab berada dalam bidang ini macam-macam orang yg kita jumpa. Paling penting jangan sesekali cari musuh.

“Jadi untuk mengelakkan daripada terkena mandrem kita kenalah ada pendinding seperti membaca ayat-ayat Al Quran antaranya membaca ayat Kursi, 3 Qul, Al Fatihah dan doa-doa yg sesuai selepas solat.

“Yang penting kita kena percaya dan tawakal kepada Allah insyaAllah tak ada apa-apa yg berlaku. Minta-minta dijauhkan daripada terkena benda macam tu.”


STACY~NUBHAN JATUH CINTA?


Cerita Stacy:
“Saya dengan Nubhan hanya kawan rapat. Dari dalam AF6 kami ni sekepala. Tapi sekarang dah jarang berhubung sebab kami sibuk dengan aktiviti masing-masing. Tapi ada juga laa SMS atau call kalau ada kerja sama-sama.

Adakah perbezaan agama dan budaya menyebabkan Stacy fikir dua kali untuk meneruskan hubungan cinta dengan Nubhan?

STACY: "Buat apa fikir pasal perbezaan agama dan budaya? Kalau Tuhan dah tentukan jodoh saya dengan orang yg berlainan agama, saya harus terima. Lagipun family saya tak kisah dalam soal ni. Siapa saja pilihan saya mereka terima. Yang penting pilihan itu biarlah betul.”

Sunday, September 6, 2009

RIZ BAWA NADIA DAN ALYAH BALIK KAMPUNG


Oleh Wahida Othman
Foto Noor Azlina Jaafar
Lokasi Restoran Sate Hj Samuri, Kajang

Ada sebahagian peminat Riz dan Nadia kurang senang melihat hubungan rapat naib juara AF6 itu dengan Alyah, penyanyi yg sedang naik daun dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang.

Hubungan rapat dan kemesraan mereka bertambah erat selepas lagu duet, Ku Pinjam Satu Bintang berjaya berada dalam carta lagu popular di beberapa buah stesen radio tempatan.

Jadi, sengaja HAI gabungkan ketiga-tiga mereka ini dalam fotografi raya. Sekurang-kurangnya, tidaklah lagi para peminat mereka ‘marah-marah’.

Kelakar dan gelihati pun ada sewaktu fotogafi ini dijalankan. Yang beruntungnya, tentulah Riz sebab menjadi rebutan dua orang dara.

Apatah lagi, Alyah dan Nadia asyik bergurau mengatakan mereka bermadu.

Namun, di sebalik keceriaan, ada kisah duka daripada Riz. Sedih mendengar
kisah keluarga penyanyi kacak ini yg terpaksa menanggung kerugian akibat kebakaran restoran milik mereka di Gerik, Perak.

Restoran yg diberi nama
Restoran Riz
itu terbakar teruk sehingga memusnahkan sepenuhnya bahagian dalam kedai.

“Restoran itu terbakar seminggu sebelum puasa, berpunca daripada salah satu kabel yg disambungkan pada televisyen telah terbakar. Akibatnya, kami terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM 20 ribu.

“Sebab itu saya rasa, tahun ini kami sekeluarga beraya secara sederhana saja. Jika tahun lepas, kami buat rumah terbuka pada hari raya pertama, tahun ini saya masih berkira-kira sama ada hendak buat rumah terbuka ataupun tidak.

“Kalau ada rezeki lebih nanti, bolehlah saya buat rumah terbuka. Nanti bolehlah Nadia dan Alyah datang beraya di Gerik, Perak. Mereka adalah teman yg paling rapat dengan saya.

“Tahun lepas saya ada sepuluh pasang baju raya termasuk hadiah daripada peminat. Tapi tahun ini mungkin saya akan beli sebanyak lima pasang saja,”
ujar Riz yg mempunyai hobi baru, menanam pokok bunga.


Credit to
majalah HAI


Jangan lupa dapatkan majalah HAI isu Bumper Raya di pasaran, hanya RM 3 sahaja!

OFFICIAL VC PAKAI BUANG





Credit to metamobile

Saturday, September 5, 2009

RIZ@MEDIA HIBURAN 5-11 SEPT '09


MAJLIS ULANG TAHUN KEDUA YEZZ
18/8/09@HOTEL DE PALMA, AMPANG



Friday, September 4, 2009

IMPIAN SYAWAL


Terbitan : Maestro Records
Edaran :
Hup Hup Sdn Bhd(Life Records)

Antara lagu yg terdapat di dalam album ini :

1. Impian Syawal ~ AF6
Lagu: Nik Nizam
Lirik: Ernie Sulastri

2. Raya Datang Lagi ~ Stacy
Lagu : Hadi Hassan
Lirik : Sham Amir Hussein

3. Syawal Kemaafan ~ Riz
Lagu : Hadi Hassan
Lirik : Sham Amir Hussein

4. Segaris Bulan Sabit ~ Nubhan
5. Syawal Di Rantauan ~ Toi
6. Sketsa Menjelang Raya ~ Nadia
7. Di Pagi Raya ~ AF1
8. Syawal Telah Menjelma ~ AF3
9. Mesti Balik Raya ~ AF4
10. Indahnya Beraya Di Desa ~ AF4
11. Cahaya Raya Jiwa Kita ~ AF5
12. Ayah … Aku Rindu Padamu ~ Mawi
13. Hari Raya Bahagia ~ Khai & Rosma
14. Joget Aidilfitri ~ Mama Rina & Saida
15. Wal Hidayah Aidilfitri ~ Khai, Zahid, Mawi, Faizal, Mila

Wednesday, September 2, 2009

RIZ@JOM SANTAI MENARA KL TV1










Credit to ChaqUltimateZone

STACY@YEZZ SEPT ‘09




Berapa kali seminggu you memakai jeans?
2-3 kali

Brand jeans favourite you?
Levis

Berapa banyak you spend untuk bershopping?
Dalam sebulan adalah Rm800.


Betul ke kecantikan dan penampilan lebih penting daripada bakat?
Kedua-duanya penting. Tetapi apa yang penting sekali adalah bakat dan tanpa bakat yg kita ada dan minat, kita tidak akan enjoy apa yg kita lakukan.

5 benda yg mesti dibawa oleh you…
Handphone, beg duit, cermin mata, beg tangan, kad pengenalan.

Senaraikan 3 perkara terbaik sepanjang hidup you..
~Menang AF6
~Selalu dapat berkumpul dengan family
~Banyak orang menyokong dan membantu Stacy(peminat)

Ciri-ciri sahabat pilihan you…
Tidak hipokrit dan sekepala.

Tanda-tanda you jatuh cinta?
Bila rasa tak boleh duduk diam dan senyum seorang diri,



Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan lupa dapatkan majalah YEZZ keluaran September 2009!


Tuesday, September 1, 2009

SEMANGAT MERDEKA ~ RIZ@PROGRAM YOK SAHUR 2!





Pictures credit to syazwan@pepari




Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Yunos


Dengan semangat Merdeka, jelajah pertama program Yok Sahur bagi musim kedua anjuran portal murai.com.my berjaya dianjurkan di Rumah Nur Hikmah, Taman Mesra, Kajang, Selangor, pada awal pagi semalam.

Sambil mengibarkan Jalur Gemilang, sekumpulan anak-anak yatim itu menyanyikan lagu Tanggal 31 yang pernah dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad bersama artis seperti Alyah, Chaq Mentor serta Bintang Akademi Fantasia (AF) iaitu Adila, Riz, Obri , Qhaud AF7 dan Adi Fashla.

Yok Sahur 2 adalah program amal bersahur di rumah kebajikan sekitar Lembah Klang yang membabitkan ahli komuniti portal ini, GengMurai dan artis terkenal.


Credit to murai.com.my

STACY@ Muzikal Khas Merdeka TV2





Credit to izah1237


NIKMAT KEMERDEKAAN ANAK SENI

“Stacy bersyukur kerana diberi peluang untuk berkarya dalam bidang industri negara dalam keadaan aman, damai tanpa sebarang peperangan. Tema 1Malaysia amat diperlukan buat negara bagi memupuk semangat cintakan negara tanpa mengira agama atau bangsa. Stacy juga berharap keharmonian negara ini diteruskan dan kita semua tidak akan bergaduh-gaduh lagi. Oleh itu, penerapan lagu berjiwa patriotisme yg lebih sofistikated mampu mengalihkan minat generasi muda untuk lebih menghargai erti kemerdekaan.”



Petikan daripada
Mingguan Malaysia
Related Posts with Thumbnails