Oleh Wahida Othman
Foto Noor Azlina Jaafar
Lokasi Restoran Sate Hj Samuri, Kajang
Hubungan rapat dan kemesraan mereka bertambah erat selepas lagu duet, Ku Pinjam Satu Bintang berjaya berada dalam carta lagu popular di beberapa buah stesen radio tempatan.
Jadi, sengaja HAI gabungkan ketiga-tiga mereka ini dalam fotografi raya. Sekurang-kurangnya, tidaklah lagi para peminat mereka ‘marah-marah’.
Kelakar dan gelihati pun ada sewaktu fotogafi ini dijalankan. Yang beruntungnya, tentulah Riz sebab menjadi rebutan dua orang dara.
Apatah lagi, Alyah dan Nadia asyik bergurau mengatakan mereka bermadu.
Namun, di sebalik keceriaan, ada kisah duka daripada Riz. Sedih mendengar kisah keluarga penyanyi kacak ini yg terpaksa menanggung kerugian akibat kebakaran restoran milik mereka di Gerik, Perak.
Restoran yg diberi nama Restoran Riz itu terbakar teruk sehingga memusnahkan sepenuhnya bahagian dalam kedai.
“Restoran itu terbakar seminggu sebelum puasa, berpunca daripada salah satu kabel yg disambungkan pada televisyen telah terbakar. Akibatnya, kami terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM 20 ribu.
“Sebab itu saya rasa, tahun ini kami sekeluarga beraya secara sederhana saja. Jika tahun lepas, kami buat rumah terbuka pada hari raya pertama, tahun ini saya masih berkira-kira sama ada hendak buat rumah terbuka ataupun tidak.
“Kalau ada rezeki lebih nanti, bolehlah saya buat rumah terbuka. Nanti bolehlah Nadia dan Alyah datang beraya di Gerik, Perak. Mereka adalah teman yg paling rapat dengan saya.
“Tahun lepas saya ada sepuluh pasang baju raya termasuk hadiah daripada peminat. Tapi tahun ini mungkin saya akan beli sebanyak lima pasang saja,” ujar Riz yg mempunyai hobi baru, menanam pokok bunga.
Credit to majalah HAI
Jangan lupa dapatkan majalah HAI isu Bumper Raya di pasaran, hanya RM 3 sahaja!
No comments:
Post a Comment