Petikan daripada artikel Murai.com
Sejak Murai Batu paparkan kisah cinta Akim dengan Stacy, ramai yang datang dan bertanya, betulkah kedua-dua bintang realiti terbitan Astro ini tengah menjalinkan hubungan cinta?
Bila ditanya sendiri hal ini kepada kedua-dua mereka, masing-masing tak pernah mahu mengaku atau berterus-terang. Sebaliknya, mereka hanya memberikan jawapan bahawa mereka hanyalah sekadar kawan.
Tapi, macam yang pernah Murai Batu katakan sebelum ini, kedua-dua mereka memang sahih bercinta dan sampai sekarang ini pun mereka masih menjalinkan hubungan cinta.
Cuma keadaan yang memaksa mereka untuk merahsiakan hubungan cinta mereka itu. Lagi satu, mereka tak mahu hubungan cinta mereka terlalu digembar-gemburkan hingga ia lebih hebat diperkatakan berbanding kerjaya seni mereka.
Apapun, sejak menjalinkan hubungan cinta dengan Stacy, Murai Batu nampak Akim memang cukup fokus betul dengan kerjaya seninya. Malah dalam beberapa konsert serta acara yang disertai oleh Akim, Murai Batu nampak sungguh perubahan serta kemajuan yang ada pada pemenang tempat ketiga AF7 ini.
Dia semakin nampak bersedia dan cukup matang apabila berada di atas pentas dan dia juga sudah mampu menguasai pentasnya dengan penuh keyakinan. Malah, dia juga makin bijak berkomunikasi.
Melihat perubahan serta kemajuan yang ada pada Akim, Murai Batu jadi rasa bangga pulak. Sebab, tak sia-sialah apa yang dipelajarinya selama berada di AF7 sebelum ini.
No comments:
Post a Comment