Oleh RUDY
IMRAN SHAMSUDIN
imran@hmetro.com.my
imran@hmetro.com.my
SEPANJANG tempoh singkat bergelar penyanyi, kualiti
daripada sudut aksi mahupun vokal dipersembahkan Siti Adira Suhaimi atau Adira,
21, dan Stracie Angie Anam (Stacy), 22, tidak pernah mengecewakan. Kebetulan
kedua-duanya berasal dari negeri sama iaitu Sabah.
Bakat Adira dan Stacy juga dicungkil daripada
rancangan realiti TV popular Akademi Fantasia, menyebabkan peminat beranggapan
anak muda kelahiran negeri di bawah bayu memiliki keistimewaan. Jika digilap,
mereka mampu menjadi penghibur disegani satu hari nanti.
Begitupun, perjalanan kerjaya seni dilalui mereka
penuh ranjau dan duri. Ia tidak mudah seperti dibayangkan, apatah lagi segala
tindak tanduk menjadi perhatian.
Tersilap langkah, ia akan menjurus mereka ke kancah kontroversi yang boleh mengakibatkan kerjaya seni musnah dalam sekelip mata.
Tersilap langkah, ia akan menjurus mereka ke kancah kontroversi yang boleh mengakibatkan kerjaya seni musnah dalam sekelip mata.
Dalam usia yang boleh dianggap mentah, kedua-dua penyanyi muda ini sudah berdepan situasi dinyatakan. Malah, bukan setakat kisah cinta menjadi perhatian, tetapi lebih daripada itu, hinggakan sampai satu tahap ia mengaibkan dan maruah tercalar.
Sebaik keluar dari Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) dan muncul dengan single Ku Ada Kamu, Adira menjadi pujaan ramai, namun populariti diraih punya harganya apabila satu persatu hal peribadi didedahkan.
Orientasi seksnya dipersoalkan, kisah putus cinta dengan juara Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), Hafiz diperkatakan hingga kini dan terbaru fotonya mendakap manja seekor anjing menjadi bahan cercaan.
Bagaimana gadis kelahiran Ranau, Sabah ini berdepan segala tekanan apabila satu-persatu cerita buruk dikaitkan dengannya?
Bagi anak muda sebayanya, mungkin apa yang berlaku boleh membuatkan mereka separuh gila atau berputus asa, seterusnya meninggalkan segala usaha dibina sebelum ini.
Bagaimanapun, Adira menganggap segala kritikan berikutan kontroversi membabitkan dirinya sebagai teguran membina untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.
“Perkara berlaku di luar sedar dan tidak dirancang, apabila ia menjadi kontroversi, saya tidak dapat mengelak. Bagaimanapun, saya akan pastikan keluarga dan peminat tahu kedudukan sebenar. Jika apa yang berlaku berpunca daripada kesilapan yang saya lakukan, saya mohon maaf.
“Selagi keluarga dan peminat memahami, saya akan berasa lega kerana mereka menjadi tulang belakang kerjaya seni saya. Apa yang berlaku juga saya anggap sebagai proses pembelajaran untuk menjadi insan lebih baik,” katanya tanpa mahu mengulas panjang apa berlaku sebelum ini.
Kesan daripada kontroversi yang timbul mungkin dirasai Adira apabila menyertai rancangan realiti terbaru terbitan Astro, Mania dan disiarkan di Astro Ria setiap Sabtu, jam 9 malam.
Dalam pertandingan yang menyediakan wang tunai RM500,000 ini, pemenangnya ditentukan menerusi undian penonton sepenuhnya. Pengaruh kontroversi mungkin memberi kesan kepadanya sepanjang menyertai rancangan itu.
“Saya tidak percaya perkara itu akan berlaku kepada saya kerana penonton semakin bijak. Mereka mengundi peserta yang menyertai Mania daripada bakat. Apatah lagi ia membariskan penyanyi terkenal yang memiliki kelebihan masing-masing.
“Kalau sekali pun saya terkeluar daripada persaingan selepas ini, saya yakin ia disebabkan ada bakat lebih baik berbanding saya dan ia bukan kerana pengaruh kontroversi. Mengenai undi pula, saya anggap ia terpulang kepada rezeki masing-masing,” katanya.
Stacy pula yang beberapa kali dikaitkan dengan masalah disiplin dan kisah
cintanya bersama seorang lagi bintang AF, Akim menganggap kontroversi dan gosip
lumrah bagi anak seni. Yang penting, mereka harus tahu tujuan sebenar menyertai
dunia seni dan jangan sesekali biarkan ia menggugat tumpuan.
“Bagi saya mudah, jika kontroversi itu timbul disebabkan kesilapan sendiri, saya memohon maaf. Bagaimanapun, kalau berkisar mengenai cinta atau menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki, itu saya anggap sebagai usikan,” katanya.
Stacy turut menjelaskan, sepanjang bergelar penyanyi, dia memastikan sentiasa fokus dengan apa dilakukan, terutama membabitkan impiannya menjadi penghibur dihormati.
“Sepanjang dalam bidang ini, saya bersyukur kerana impian mengubah nasib keluarga dapat dilaksanakan. Rumah di Kota Kinabalu sudah dibina. Bagaimanapun, banyak lagi yang ingin saya lakukan, terutama membabitkan kerjaya,” katanya.
Gadis ini yang kini popular dengan lagu Kisah Dongeng turut menjelaskan, satu sebab dia menyertai rancangan Mania kerana mahu menonjolkan lagi kemampuan diri di samping menimba ilmu daripada komposer besar yang turut menjadi pengarah muzik seperti M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito.
“Impian saya besar dalam dunia seni suara. Saya mahu mencipta nama dan meninggalkan impak seperti mana dilakukan penghibur terkenal sebelum ini, antaranya Anita Sarawak, Allahyarham Datuk Sudirman dan Datuk Siti Nurhaliza,” katanya.

Pertarungan bekas kekasih
MENARIKNYA rancangan Mania, selain menemukan dua bintang kelahiran Sabah ini, ia turut menampilkan bekas kekasih mereka iaitu Hafiz (sebelum ini bercinta dengan Adira) dan Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad (hangat dikatakan bercinta dengan Stacy).
Pastinya peminat mahupun mereka yang mengikuti drama kisah cinta dua remaja popular ini mahu melihat bagaimana Adira dan Stacy berdepan bekas kekasih masing-masing.
Bercerita mengenai perkara ini, Adira menjelaskan, dia tidak pernah berdepan masalah untuk bekerja dengan Hafiz biarpun mereka bukan lagi kekasih.
“Selepas putus, kami masih bekerjasama, apatah lagi kami mempunyai lagu duet iaitu Ombak Rindu. Kami putus secara baik dan masih berkawan, tetapi tidaklah serapat dulu. Biasanya kalau berjumpa pun hanya berkaitan soal kerja.
“Kalau orang tanya apa perasaan saya terhadap Hafiz, saya masih sayang, tetapi tidak lebih daripada kawan,” katanya.
Stacy pula tidak pernah menganggap pembabitannya dalam rancangan Mania bersama Akim akan menyebabkan hubungan baik terjalin sebelum ini menjadi renggang.
“Lagipun, kami mengambil kelas vokal bersama-sama sebagai persiapan untuk berdepan cabaran program ini. Bagi saya, soal bermusuh semata-mata untuk bersaing tidak pernah timbul. Kami mengamalkan persaingan sihat.
“Malah, kami selalu juga bercerita apa yang ingin dilakukan atau tampilkan dalam rancangan ini tetapi tidaklah semua dikongsi. Maklumlah, baik macam mana pun kami tetap bertanding sesama sendiri, jadi segala strategi biarlah jadi rahsia,” katanya.
Tambah Stacy, pembabitan penyanyi ternama seperti Jaclyn Victor, Alyah, Shila Amzah, Kumpulan Estranged dan Kristal dalam Mania memberikannya peluang untuk menimba ilmu daripada mereka.
Sebagai peserta, dia tidak terlalu memikirkan soal persaingan tetapi waktu sama tidak menafikan mahukan kemenangan kerana hadiah ditawarkan sangat lumayan dan ia boleh digunakan bagi memperbaiki kehidupan keluarga serta mempertingkatkan kerjaya seninya.
No comments:
Post a Comment