RIZ IKAT PERUT DEMI ALBUM
Ramai beranggapan, seronok jadi artis sebab mudah popular, glamour dan boleh hidup mewah.
Atas faktor itulah, ramai orang berkejar menyertai program realiti untuk mengubah nasib mereka.
Pada hakikatnya, hanya segelintir artis yg berjaya menikmati kemewahan hasil kejayaan dalam karier.
Begitu jugalah dengan Riz yg menyedari hakikat bergelar penyanyi bukanlah tiket untuk sentiasa bermewah-mewahan.
Malah ada kalanya dia sendiri terpaksa ikat perut demi menyempurnakan penerbitan album pertamanya.
“Nak hasilkan album bukan senang. Kadang kala bila peminat bertanya bila nak keluar album saya hanya boleh suruh mereka bersabar.
“Untuk menghasilkan satu album, ada kalanya saya terpaksa mengikat perut. Bayangkan, satu album saja sudah memakan kos perbelanjaan sebanyak RM50 ribu.
“Jadi, saya terpaksa kumpul duit sendiri bagi memastikan impian memliki album sendiri tercapai.
“Pernah juga saya hanya makan mi segera, kerana mahu berjimat. Setiap duit show, saya simpan.
“Tapi sekarang alhamdulillah, rezeki ada lebih sedikit berbanding dulu,” luah Riz yang belum berminat mencuba bidang lakonan.
Janji Riz kepada peminat, album pertamanya bakal berada di pasaran selepas Hari Raya atau selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.
“Keseluruhan lagu telah pun siap dirakamkan, hanya tinggal cetakan sahja. Dalam album itu nanti ada memuatkan tujuh buah lagu termasuk ciptaan Ajai dan Noh (Hujan).
“Bila melihat keadaan ekonomi dan penjualan album yang semakin lembap, saya tak mahu meletakkan harapan tinggi album itu akan meletup di pasaran.
“Namun saya berharap agar nama saya akan terus berada dalam industi apabila terhasilnya album itu nanti,” ujar Riz yang bakal mempertaruhkan single terbaru, Bermula Semula.
SOKONGAN PEMINAT
Biarpun kehangatan Akademi Fantasia Musim Keenam sudah setahun berlalu, namun populariti pesertanya masih belum terpadam.
Naib juara AF6 dari Gerik, Perak ini masih menjadi tumpuan dan kekal disayangi oleh para peminatnya yang menggelarkan diri mereka, Riz Angels.
Malah, sokongan dan semangat yang diberikan oleh kelompok peminatnya itu, dikatakan masih sama seperti mana sokongan yang diberikan pada awal melangkah keluar dari gelanggang AF6.
“Tak dinafikan, saya memang memerlukan sokongan mereka untuk terus berada di dalam dunia nyanyian ini.
“Alhamdulillah, setakat ini hubungan saya dengan ahli-ahli kelab peminat masih rapat dan kami sentiasa berhubung.
“Mereka sangat menyokong kerjaya saya, walaupun ia tidaklah semeriah seperti peringkat awal saya menyertai AF6.
“Namun, saya tetap berterima kasih pada mereka kerana sentiasa berada di belakang menyokong saya.
“Saya tak boleh menghalang mereka untuk berhenti menyokong saya, kerana ada kalanya saya sendiri seakan sepi tanpa sebarang perkembangan terbaru.
“Tetapi bila mereka kekal setia menjadi peminat, saya rasa sangat dihargai,” ujar Riz memuji para peminatnya yang sanggup turun ke Johor Bahru sewaktu membuat persembahan untuk pelancaran Suara Karaoke HAI-Red Box, pada Mei lalu.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan majalah HAI terbaru di pasaran sekarang!
No comments:
Post a Comment