Foto Noor Azlina Jaafar
Sedang nama melonjak naik sebagai penyanyi pelapis,gadis kecil molek bernama Stracie Angie Anam ini mula dilabel sombong dan sudah lupa diri.
Juara Akedemi Fantasia musim keenam (AF6) ini dikatakan sudah mula berlagak dan sukar untuk menyapa peminat –peminatnya yang telah banyak membantu perjalanan kariernya .
Sikapnya yang enggan berdiri dan berpaling sebentar untuk peminat mengambil gambar telah mengecewakan ramai peminat yang begitu teruja dapat melihatnya semasa menjayakan promosi program anugerah baru di pusat membeli – belah termuka di Damansara baru – baru ini .
Ketika dilontarkan dengan pertanyaan tentang sikapnya yang mencetuskan rasa marah di hati peminat , Stacy memberitahu HAI bahawa dia punya alasan yang tersendiri.
“Bukannya saya sengaja atau mengelak untuk menyapa dan bergambar dengan mereka. Mungkin,pada masa itu saya sedang sibuk bersiap-sedia untuk membuat persembahan.
“Saya tidak pernah melupakan jasa peminat. Jika ada kelapangan dan masa mengizinkan, saya pasti akan melayan mereka.
“Tanpa peminat,pasti saya takkan kekal dalam industri sampai hari ini.Takkan saya sanggup buat begitu kepada mereka.
“Saya selalu mengutamakan peminat kerana itulah cara saya untuk membalas budi mereka.
“Tetapi,saya hanya manusia biasa dan tidak mampu puaskan hati semua orang. Saya ingin meminta maaf jika ada peminat yang tersinggung,” jelas Stacy yang baru menginjak usia 19 tahun pada 18 Ogos lalu.
TIDAK PUAS
Bercerita tentang pengalaman beraksi di pentas Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Jarkata,Indonesia ,baru-baru ini ,Stacy ternyata teruja kerana warga Indonesia menyaksikan persembahan mantapnya menerusi lagu Gagap.
Namun ,dalam kegembiraan itu, Stacy masih belum cukup puas kerana tidak dapat melakukan yang lebih baik pada malam itu.
“Biasanya ,saya akan mengambil masa yang lama sebelum membuat persembahan .
“Tetapi untuk persembahan di (APM),masa latihan tidak mencukupi kerana saya perlu beraksi bersama penari dari seberang dan saya pula tiba di Jakarta dua hari sebelum acara APM itu berlangsung .
“Selain itu ,keadaan fizikal saya yang terlalu lemah kerana kurang sihat juga telah menjejaskan mutu persembahan.
“Bagaimanapun , saya tetap kuatkan semangat untuk tidak mengecewakan peminat yang begitu teruja untuk melihat persembahan saya di sana, “ ceritanya.
KERJASAMA BERSAMA KRU
Selepas kejayaan album sulungnya, Aku Stacy ,gadis kelahiran Kota Kinabalu ,Sabah ini bakal menggegarkan industri muzik tempatan menerusi album kedua pula.
“Sekarang saya sedang sibuk merakamkan single terbaru dengan KRU dan mereka juga akan menghasilkan klip-video untuk lagu Pakai Buang .
“Ini merupakan satu projek usahasama di antara AESB dan KRU. Mungkin konsep yang saya bawakan serasi dengan KRU membuatkan mereka berminat untuk menghasilkan album kedua saya .
“Untuk album terbaru itu nanti, saya masih mengekalkan konsep muzik yang sama,” terang Stacy.
No comments:
Post a Comment