JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Wednesday, October 28, 2009

TAK PERNAH CINTA STACY~AKIM AF7



Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my


BELUM setahun jagung dalam bidang seni, nama bekas peserta Akademi Fantasia 7, Afiq Hakim Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Akim ketika ini cukup panas dan sensasi. Bukan sensasi kerana kerjaya seninya tetapi lebih banyak berkisar kepada kisah cinta. Sejak keluar dari sangkar emas AF, tiada cerita lain yang dikaitkan dengan jejaka berusia 18 tahun ini selain dari kisah cintanya.

Bermula dengan peserta anak wayang, Dayana, Akim dikatakan bermain perasaan dengan juara AF musim keenam Stacy. Entah bila masanya mereka bercinta, tidak pula diketahui. Sebaliknya khabar yang bertiup kencang sekarang adalah ikatan yang terjalin antara dua merpati itu sudah pun berakhir.

Akim menafikan yang dia seorang kaki perempuan. Malah dia juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia dan Stacy pernah menjalinkan hubungan cinta sambil menegaskan antara dia dan Stacy tidak lebih dari sekadar berkawan.

Hip: Betulkah sebelum ini Akim memang bercinta dengan Stacy?

Akim: Akim tidak pernah bercinta dengan Stacy. Antara Akim dan Stacy hanyalah kawan biasa. Apabila goisp ini tersebar, Akim sendiri merasa pelik kerana antara kami berdua memang tak ada hubungan istimewa. Tak dinafikan, memang kami pernah keluar bersama tetapi bukannya berdua. Kalau kami keluar pun beramai-ramai dengan kawan-kawan lain. Dalam hal ini, Akim anggap itu semua hanyalah gosip semata-mata. Macam cerita yang kononnya saya bercinta dengan Aishah dulu sewaktu dalam akademi serta gosip saya bercinta dengan peserta anak wayang, Dayana. Saya anggap itu semua hanyalah gosip semata-mata.

Hip: Kalau begitu, macam mana orang boleh kaitkan Akim dengan Stacy?

Akim: Bila berkawan dengan Stacy, Akim sebenarnya banyak belajar darinya terutama hal yang membabitkan persembahan pentas. Dia banyak mengajar Akim cara membuat persembahan. Disebabkan hal itu, kami menjadi rapat. Dan untuk pengetahuan semua, Akim sebenarnya kalau rapat dengan orang, memang akan mesra. Tak kiralah siapa saja, kalau Akim selesa, Akim akan mudah mesra. Mungkin disebabkan kemesraan kami orang salah anggap dan melabelkan kami pasangan yang bercinta tanpa mengetahui situasi sebenar hubungan kami.

Hip: Mungkin Stacy ada ciri-ciri gadis yang menjadi pilihan Akim?

Akim: (Ketawa) Dalam hal ini, saya lebih suka pada gadis yang memahami situasi saya sebagai seorang artis. Berada dalam kelompok ini, tak dinafikan saya memang terdedah dengan pelbagai gosip. Jadi, mana-mana gadis yang ingin berkawan dengan saya haruslah memahami diri saya supaya tidak ada masalah yang berlaku di kemudian hari. Mengenai Stacy, saya hanya boleh katakan dia menepati ciri-ciri itu untuk perkara tertentu saja dan bukannya semua.


No comments:

Related Posts with Thumbnails