JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Thursday, January 21, 2010

BERMULA SEMULA




Tahniah diucapkan pada RIZ dengan kelahiran album sulungnya, Bermula Semula. Sebagai antara pengikut setianya sejak AF, aku ingin berkongsi apa yang aku rasa mengenai album ini. Ini hanyalah pendapat peribadiku… anda berhak tidak bersetuju…


RIZ

BERMULA SEMULA

Penerbit Eksekutif : Riz Entertainment
Penerbit/Susunan Muzik: Ajai
Studio/Promosi : Wake The Baby
Edaran : Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd
Fotografi : Natrah Mat Jaan
Make-Up & Rambut : Chomel
Koordinasi Pakaian : Afeeq Wahab


Track


1. HANYA SANDIWARA (Norliza/Dean) 4:10

Versi ‘live’ @ Konsert Akhir AF6 (2008) kembali membangitkan nostalgia pada Riz dan para peminatnya. Jujurnya, aku agak mengambil masa untuk menyukai single pertama Riz ini ketika mula mendengarnya. Namun, akhirnya diakui lagu ini best dan sesuai dengan vokal Riz. ****STAR

2. HARUSKU YANG PERGI (Ajai) 4:52

Aku suka lagu ini …rasa tenang dan terbuai-buai dengan alunan suara Riz yg mendayu-dayu itu. Riz telah menghayati lagu ini dengan sangat baik… sambil membayangkan Riz sedang menyanyi bersama orkestra di konsert sulungnya. Wow, semua akan kagum dengan alunan vokalnya! *****STAR

3. BERMULA SEMULA (Ajai/Abie) 4:44

Aku sukakan lagu ini ketika pertama kali mendengar previewnya. Riz dan Ajai membuat pilihan tepat dengan memilih lagu ini sebagai single pertama Riz untuk tahun 2010. Satu permulaan yg baik, sesuai dengan tajuknya, Bermula Semula. *****STAR

4. KU PINJAM SATU BINTANG (Ajai/Slen) 3:18

Versi disko ini lebih segar dan rancak, sangat sesuai menemaniku dalam apa jua situasi .. yap… . Aku lebih gemarkan versi solo ini… ****STAR

5. KAU WANITA (Ajai) 3:59

Setelah mendengar kali ketiga, baru boleh menangkap melodi lagu ini. Best jugak… rasa perasan sekejap lagu ni ditujukan pada diri sendiri… Dah mula menyukai lagu ini… ***STAR

6. KEHILANGAN KAMU (Ajai/Noh) 4:00

Personally, pertama kali dengar aku kurang gemar dengan melodi lagu sebegini. Akhirnya, setelah mendengar berulang-ulang kali telingaku boleh juga terima. But, honestly this song is not my favourite one.. Sorry, Riz and fans lain..
huhu…
***STAR


7. CINTA INI (Ajai) 4:26

First time dengar Riz nyanyikan lagu ni @ Mangga Star Search 2009, aku dah mula suka, Lagu ini cepat sangat mesra ke telingaku. Hopefully, lagu ini turut mendapat tempat di hati pendengar. ****STAR

8. KHILAF (Ajai/Slen) 5:00

Dah mula sukakan lagu ni ketika mendengarnya@ launching album ini (walaupun tidak berada di tempat kejadian… huhu). Lirik lagu ni macam ada kena mengena dengan diri sendiri je… Best sangat arrangement muziknya (pada akulah…) dan aku sukakan penghayatan Riz untuk lagu ini. *****STAR


Secara keseluruhannya, sebagai artis baru album ini merupakan satu permulaan yang baik untuk Riz. Bukan mudah untuk mencari lagu-lagu yang menepati citarasa pendengar.

Lagu-lagu seperti Bermula Semula, Harusku Yang Pergi, Khilaf dan Cinta Ini, mampu meledakkan nama Riz di persada muzik tanahair jika dipromosikan dengan baik.

Diharapkan dengan sokongan Wake The Baby dalam mempromosikan album ‘Bermula Semula’ ini, akan memberikan sinar kepada karier Riz seterusnya… Insya-Allah..

Berbaloi untuk membeli album ini kerana rata-rata lagu yg dimuatkan kena dengan selera kini . Dapatkan yg original sekarang dan nilaikan sendiri. Jangan cuba membuat telahan sendiri tanpa mendengarnya!

Beli.. Dengar dan Nilaikan… Jadilah peminat dan pendengar yang bijak!

No comments:

Related Posts with Thumbnails