Teks Norazuana Hamid
Foto Sharinizam Othman
Tutur katanya bersahaja dan menggambarkan dirinya yg mudah mesra. Barangkali, itulah antara rahsianya untuk terus bertahan dalam bidang nyanyian. Yang nyata, Stacy sudah berjaya membentuk legasi genre muziknya tersendiri.
Antara soalan RAPI untuk Stacy:-
RAPI : Sejak bila Stacy meminati bidang tarian?
STACY : Sejak saya berusia 16 tahun di mana pada ketika itu saya telah menyertai kumpulan penari. Yang saya tahu hanyalah asas tarian dan tidak lebih daripada itu. Jujur saya katakan, saya sebenarnya tidak tahu menari langsung!
Pada tahun 2007 iaitu semasa menyertai program ‘Gangstarz’ di TV3 bersama abang-abang dan rakan-rakan yg lain, saya banyak dikritik sebab merupakan penari paling lemah di antara semua. Saya giat berlatih dan banyak diajar oleh abang saya, Chaq dan kawan-kawan yang lain. Dan, semasa menyertai ‘Akademi Fantasia’ pula saya banyak belajar menari daripada tenaga pengajar. Lama-kelamaan saya semakin minat menari.
Koleksi Kesayangan Stacy:-
1. Sarung tangan ini pernah dipakainya semasa menjayakan persembahan.
2. Cincin dengan huruf ‘S’… ‘Itulah Aku Stacy’!
3. Masih mengekalkan sentuhan feminin, gelang tangan unik pilihan hatinya.
4. Subang bulat pelengkap gaya.
5. Rantai bling bling unik menghiasai leher kala beraksi di atas pentas.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, dapatkanlah majalah Rapi keluaran 1 Februari di pasaran sekarang!
No comments:
Post a Comment