JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, March 28, 2010

Saturday, March 27, 2010

RIZ~STACY@MEDIA HIBURAN 27 MAC-2 APRIL 2010



TERKEJUT DISERBU PEMINAT FANATIK!

Teks Norhayati Suboh
Foto Ihsan Fizi(PRO Artis)

Baru-baru ini empat artis Akademi Fantasia musim keenam telahpun berkunjung ke Brunei Darul Salam. Tujuan utama Aliff, Ika Nabila, Riz dan Nadia berada di Brunei adalah untuk mempromosikan 'single' album masing-masing selain bercuti.

.......Manakala bagi Riz pula selain bertemu peminat dan para media di Brunei mereka juga begitu teruja apabila dapat bersiar-siar di beberapa tempat menarik di Brunei antaranya ialah di Kampung Ayer(Perkampungan Air), Jerudong Park, Istana Nurul Iman dan sekitar Bandar Seri Begawan.

"Pastinya kami tidak boleh melupakan pengalaman berada di Kampung Ayer iaitu sebuah perkampungan air yg terbesar di dunia. Dari luar kampung ini kelihatan seperti setinggan tetapi bila jenguk di dalam kawasan perumahan tersebut ternyata ia begitu mewah sekali. Kampung Ayer memang besar dan kami tidak sempat melawat ke semua kawasan di situ," terang Riz.

Oleh SuDyr
Foto Azhari


KOMEN TENTANG KELEWATAN@HOTFM BIG JAM 2010

MENGAKU SALAH SENDIRI~STACY

..... “Apa yang terjadi ketika itu adalah kerana ‘miss communication’ antara saya dengan pengurus(Abang Aidil) yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga artis AESB yang terlibat. Saya sudah dimaklumkan oleh pengurus untuk bersiap sedia tepat jam 7 petang. Tapi, saya hanya menunggu di bilik sahaja. Saya ingat dia akan datang ke bilik, tapi tidak kerana ketika itu dia sibuk menguruskan artis lain.

“Sehinggalah saya mendapat panggilan daripada pengurus yang mengatakan pihak penganjur sedang mencari saya untuk giliran persembahan. Sedangkan ketika itu saya masih berada di hotel. Kami pun bergegas ke tapak konsert dan dalam masa yang sama kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

“Setibanya di tapak konsert, saya terus berjumpa pihak penganjur dan meminta maaf dengan apa yang terjadi. Saya akui ini kesilapan saya sendiri kerana tidak menelefon semula untuk membuat ‘follow up’. Apa yang terjadi memberikan satu lagi pengajaran buat saya,”
jelas Stacy.


Untuk mengetahui cerita selanjutnya, sila dapatkan majalah Media Hiburan keluaran terbaru yang telah berada di pasaran sekarang!

Wednesday, March 24, 2010

STACY CALON ARTIS KIUT MIUT



Info Gua.com


TV9 bakal mencecah usia empat tahun April ini! Sempena meraikan sambutan ulang tahunnya, stesen tersebut akan mengadakan Parti HIP TV, sebuah majlis penyampaian anugerah yang pasti akan menghiburkan serta mencuit hati semua.

“Kami buat 'for fun'. Kami tak nak lawan anugerah berprestij yang lain seperti Anugerah Bintang Popular, Anugerah Industri Muzik, Anugerah Skrin atau sebagainya. Kami cuma nak rileks,” jelas Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin ketika ditemui pada Sidang Media Parti HIP TV di Sunway Pyramid semalam.

"Parti HIP TV merupakan hadiah istimewa bagi menghargai penonton setia TV9 yang tidak pernah jemu menyokong kami sehingga hari ini. Bertemakan santai dan ‘cool’, Parti HIP TV merupakan satu malam penuh debaran yang akan menghimpunkan artis-artis terkenal tanah air. Ia sebuah acara yang agak berbeza dari acara karpet merah yang lain kerana ia mempunyai konsep dan identiti yang cukup unik dan santai.

Sebanyak 10 kategori menarik bakal dipertandingkan iaitu Artis Mat Romeo, Artis Kiut Miut, Artis Bibir Seksi, Artis Tak Harap Pada Rupa, Artis Melaram, Artis Hot Mama, Artis Awet Muda, Artis Bikin Panas, Artis Contoh dan Artis HIP (Highly Intelligent Popular). Pemenang ditentukan 100% melalui undian SMS orang ramai menerusi Debaran Parti HIP TV yang disiarkan setiap Jumaat, 9 malam selama setengah jam bermula 8 Januari lalu.

Calon Artis Kiut Miut

Bell Ngasri
Tam
Mila
Stacy
Sari Yanti


Untuk mengetahui pencalonan kategori lain sila klik link di bawah:-

Apa yang menariknya, pemenang akan menerima trofi yang akan disampaikan oleh selebriti terkenal tanah air dan akan turut diserikan dengan persembahan beberapa artis terkenal seperti Fabulous Cats, Noryn Aziz, Adibah Noor, Yasin, Black, Shila OIAM dan pemenang Idola Kecil musim pertama dan kedua.

Jangan lupa saksikan Parti HIP TV yang akan disiarkan pada 2 April ini, jam 10 malam menerusi TV9.

Tuesday, March 23, 2010

RIZ IDAM FERRARI


Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my


DIA sering digosip menjadi 'belaan' Mak Datin dan kerabat diraja apabila dilihat memandu sebuah kereta BMW.

Bagaimanapun, semua dakwaan itu dilibas segera bekas bintang Akademi Fantasia 6(AF6), Riz atau nama sebenarnya, Mohammed Idris Mohd Zaizizi.

Riz, 24, memberi penjelasan kenderaan mewah itu dibeli daripada komposer Ajai, menggunakan titik peluhnya sendiri ketika bertugas sebagai pramugara serta wang yang diperoleh daripada kerjaya artis.


Sekian lama cerita ini reda, tiba-tiba ia kembali membahang apabila Riz didakwa menerima hadiah sebuah kereta mewah bernilai jutaan ringgit iaitu Ferrari F430.

Bagai mengesahkan angin panas yang bertiup kencang itu, kereta itu dipertontonkan dalam sesi foto dengan Rap, baru-baru ini. Malah semua yang melintas di lokasi penggambaran di Putrajaya menoleh ke arah Riz dan 'mesin' empat roda yang mahal itu.

"Fuh, kereta ini sangat laju dan selesa. Mungkin dalam Malaysia ini hanya seorang atau dua orang saja yang memandunya. Hai, kalaulah ini kereta saya... bukankah seronok? Kalah impian Alice In Wonderland!" kata Riz sambil tertawa.

Hakikatnya, kereta yang dianggarkan berharga hampir RM1.5 juta itu bukanlah hak milik Riz, tetapi kepunyaan seorang usahawan, Erwan Datuk Azizi.


Motif di sebalik fotografi Riz bersama Ferrari itu?

Alasannya mudah saja kerana Riz ingin rasai pengalaman memandu kereta itu dan dia tidak menafikan memang sukakan kelajuan dan menatap kereta mewah.

Bercerita mengenai BMW 320i yang dimilikinya lebih setahun lalu, Riz mengakui dia suka mengambil angin dengan memandu keretanya itu pada waktu lapang.

"Sejak zaman sekolah lagi, setiap kali lihat kereta mewah, saya mula berangan-angan...kalaulah saya dapat memilikinya.

"Kebetulan sewaktu keluar daripada AF6, Abang Ajai mahu menjual kereta itu dengan harga yang sangat berpatutan. Saya pula masa tu baru memperoleh RM15,000 atas kejayaan menang tempat kedua dalam AF6.

"Selain ada sedikit duit simpanan ketika kerja pramugara dulu, saya terus tidak berfikir panjang-panjang. Rasa juga nak beli rumah, tapi orang muda macam saya selalunya mahu beli kereta dulu. Jadi duit itu saya pakai untuk membeli kereta idaman saya daripada Abang Ajai. Tambahan pula beli atas orang, tidaklah harganya mahal sangat.

"Bagi saya alah membeli menang memakai. Bila pandu di lebuh raya pun sedap,"
katanya yang kini mempertaruhkan lagu balada, Khilaf ciptaan Ajai.


Tidak hanya bercerita mengenai kereta mewah semata-mata, petang yang membahang di Putrajaya itu turut dimanfaatkan dengan menyorot perkembangan seni pemuda kelahiran Grik, Perak ini.

Nada suaranya yang ceria sedikit berubah seolah ada luka membeku dalam benak hatinya. Akui Riz, dia tidak menyangka betapa peritnya untuk bergelar anak seni khususnya penyanyi.

"Masa keluar AF dulu, saya fikirkan ia satu platform untuk cepat dikenali, tetapi ia bukanlah semudah yang disangkakan.

"Saya terpaksa berdepan dengan pelbagai situasi yang tidak pernah dijangka. Saya juga kena banyak bersabar untuk mendengar lagu saya diputarkan di radio.

"Hal ini kadangkala membuatkan saya agak kecewa, tetapi saya tidak boleh merungut kerana ramai penyanyi lain turut menghadapi masalah sama.

"Justeru, mahu tidak mahu saya perlu menggandakan usaha antaranya mempromosikan album sendiri kepada peminat melalui facebook (fb), laman web selain turun padang menjual sendiri CD walaupun sedar usaha itu agak sukar. Bagi saya pengaruh dan bantuan pihak radio sangatlah penting untuk membantu setiap penyanyi,"
katanya.

Jejaka Sagittarius ini menambah, mendengar keseluruhan hasil pembikinan albumnya dia percaya albumnya boleh dikategorikan dalam kategori memuaskan.

"Saya tak mahu album kita hanya ada satu dua lagu saja yang bagus, sebab itu saya letakkan banyak lagu sedap. Setakat ini saya dapat komen yang sangat positif daripada pendengar.

"Setiap lagu ada keunikan tersendiri dan saya memang lebih suka lagu sentimental dan sedikit up-beat.

"Noh daripada kumpulan Hujan turut mencipta lagu untuk album saya itu selain Ajai, Hajar, Norliza Abu Bakar. Sementara penulis lirik mengetengahkan ramai wartawan berpengalaman seperti Slen, Abie Abdullah, Rosli Manah dan Dean,"
kata Riz.

***SAVVY~Bila masa pulak Riz jadi pramugara.. wartawan ni silap faham@silap cetak@yg sewaktu dengannya entahlah.. Riz memang pernah bekerja di MAS tetapi di bahagian ticketing(Riz sendiri mengakuinya) ... ahli fanclub(RizFC) dan peminat semua tahu tentang perkara ini dan tak ada maknanya Riz nak menipu para peminatnya(seperti yg didakwa). So, pada mana-mana pihak yg cuba memburuk-burukkan nama Riz dengan isu remeh temeh begini, baik lupakan saja..buang masa jer.. Pada fans, jangan pedulikan cerita yg tak betul , okey... Kita lebih tahu siapa Riz sebenarnya..

Monday, March 22, 2010

RIZ PROMOSI ALBUM@THE STORE SG. BULOH



Photos credit to Riz Angels(Frizz & Tun)

Riz menyampaikan 4 buah lagu iaitu Bermula Semula, Ku Pinjam Satu Bintang, Kehilangan Kamu dan Cinta Ini.

Thanks to Riz Angels yang sentiasa gigih 'mengekori' dan memberi sokongan pada Riz(especially Miss Pres, Muz..Frizz and Tun) dan para peminat Riz yg datang ke sesi promosi album Riz@The Store Sungai Buloh. Menurut info, sambutan yang diterima amat baik sekali dan ramai yang berkesempatan membeli album Riz ketika sesi ini. Alhamdulillah... semoga ini menjadi petanda baik buat karier Riz dan sokongan berterusan untuk sesi promosi yang seterusnya...insyaallah.





Sunday, March 21, 2010

STACY MULA 'BIKIN' HAL



Oleh SY MUSSADDAD MAHDI@Pancaindera
Foto NORBAINI MASRI


BELUM lagi jadi artis senior, dah mula buat hal. Kalau dah menang anugerah besar lain juga cerita. Ini tidak, perangai 'diva' semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Benarkah Stacy semakin besar kepala? Dan benarkah juga dakwaan yang mengatakan penyanyi yang popular dengan lagu Pakai Buang ini menghadapi masalah disiplin yang teruk sejak akhir-akhir ini?

Baru-baru ini dia dihentam kerana terlewat satu jam setengah dalam sebuah konsert di utara tanah air. Mentang-mentanglah sudah dikenali ramai dan mempunyai ramai peminat, berani mati Stacy bikin panas.

Gara-gara terlewat datang ke tapak konsert, semua jadual persembahan terpaksa diubah bagi memberi laluan kepada kelewatan diva baru nak naik ini.

Inilah yang membezakan antara artis baru dan artis lama. Sikap yang berlainan ditunjukkan oleh artis senior yang awal-awal lagi dah terpacak di tapak konsert. Jadi salah siapa?

Malah ketika sesi fotografi dengan Pancaindera baru-baru ini, penyanyi genit ini turut lewat satu jam setengah sehingga memaksa jadual fotografi berubah. Alasannya tak tahu jalan. Apa boleh buat, Stacy lupa jalan ke Studio Utusan sebab tak selalu datang sini.

"Abang, minta maaf banyak-banyak. Stacy tersesat jalan sebab pengurus tak ikut sama. Itu yang buat Stacy sampai lewat," luah Stacy sebaik sahaja tiba di Studio Utusan.

Tak apalah Stacy. Menunggu artis memang sudah menjadi sebahagian tugas wartawan walaupun ada kalanya mereka datang lewat sampai dua tiga jam.

Pancaindera faham, ramai artis Malaysia yang sibuk yang teramat sangat dengan tawaran yang tak putus-putus. Orang tengah laku, mestilah kena kerja kuat.

Nafi masalah disiplin

Benarkah Stacy sudah besar kepala? Itu persoalan utama yang bermain di fikiran tatkala melihat perangainya yang kerap datang lewat sejak kebelakangan ini.

Sambil menafikan perkara tersebut, Stacy memohon maaf kepada banyak pihak yang sudah terasa hati atas kelewatan dan sikap buruk yang ditunjukkannya selama ini.


"Stacy tak besar kepala apatah lagi nak berlagak dengan semua orang. Stacy akui semua itu silap Stacy dan sebagai manusia biasa Stacy kesal dengan semua yang terjadi.

"Macam kes ketika konsert tersebut. Memang Stacy akui terlewat dari jadual asal gara-gara menunggu pengurus Stacy yang dalam masa yang sama menguruskan artis Astro yang lain.

"Stacy hanya tunggu di lobi hotel dan bila dia datang kami sudah terlewat. Bila pergi ke tapak konsert jalan pula sesak. Memang tak boleh nak buat apa lagi.

"Ini memang silap Stacy sebab tak bertolak awal dan mengharapkan pada pengurus semata-mata. Stacy sangat kesal dengan apa yang telah terjadi dan ia benar-benar membuatkan Stacy sedih.

"Insiden itu juga memberi pengajaran kepada Stacy untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan. Lagipun Stacy orang baru dalam industri, masih banyak yang perlu dipelajari,"
luah Stacy dalam nada kesal.

Tak kisah hilang populariti

Semakin lama menjadi anak seni, semakin banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka dalam mencorakkan karier yang dibina. Ada yang berjaya dan tidak kurang juga yang tersungkur tanpa nesan.

Kelahiran artis-artis pertandingan realiti benar-benar membuatkan industri seni negara meriah dengan kehadiran mereka.

Ada yang benar-benar berbekas di hati peminat dan tak kurang pula yang hanya singgah seketika. Semuanya mahu menjual bakat yang ada dalam diri sambil mencari populariti demi masa depan.

Stacy yang juga artis kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim keenam bertuah kerana kehadirannya ke dalam industri seni tempatan benar-benar memberikan impak kepada peminat.

Ramai yang memuji kehebatan Stacy dalam membawakan lagu-lagu rancak dan tarian yang begitu mantap. Dan tidak hairanlah lagu Pakai Buang nyanyiannya turut bertanding dalam Anugerah Juara Lagu ke 24 baru-baru ini.

Walaupun tidak berjaya menggondol apa-apa setidak-tidaknya Stacy berjaya membuat persembahan yang hebat pada malan tersebut.

Kedatangan musim baru AF musim kelapan sedikit sebanyak memberikan impak kepada artis-artis realiti yang lain memandangkan semuanya tertumpu kepada bakat-bakat baru ini.

Bagi Stacy dia tidak merasa tergugat dengan kehadiran bakal bintang baru memandangkan semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing.
"Stacy sedar AF8 sudah bermula. Orang selalu cakap bila ada pertandingan realiti baru, pasti Stacy akan dilupakan peminat. Tapi Stacy bersyukur sangat peminat masih lagi menyokong kerjaya seni Stacy sejak mula menceburi bidang ini.

"Stacy tak pernah lupa diri sedikitpun. Stacy masih tahu apa yang yang harus dilakukan tetapi dalam masa yang sama bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Mungkin hari ini orang suka kita tapi esok atau lusa belum tentu lagi. Semua orang berhak menentukan siapa yang mereka suka. Itu hak mereka dan Stacy tak boleh halang.

"Apa yang Stacy boleh katakan hanyalah memberikan yang terbaik kepada peminat. Stacy tak boleh buat silap lagi selepas ini dan segala peristiwa yang berlaku benar-benar memberikan kesan kepada Stacy.

"Apa yang paling penting adalah menjaga apa yang sudah ada. Stacy kena maintain apa yang dah Stacy bina supaya ia tidak menjejaskan karier seni,"
kata Stacy tanpa berselindung.

Tak bercinta dengan Syamsul

Sejak kebelakangan ini hangat cerita kononnya Stacy mempunyai hubungan istimewa dengan Syamsul Yusuf. Malah ada yang mendakwa melihat kereta Syamsul berada di rumah Stacy beberapa bulan yang lalu.

Sebelum digosipkan dengan Syamsul, Stacy juga pernah dikatakan bercinta dengan Nubhan dan Akim, tetapi masing-masing menafikan yang mereka menjalinkan hubungan istimewa.

Kata orang tak ada angin masakan pokok bergoyang. Walaupun Stacy pernah mengeluarkan kenyataan yang dia tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan anak kepada pengarah tersohor Datuk Yusuf Haslam itu, ramai yang percaya mereka ada hubungan.

"Stacy tak bercinta dengan Syamsul seperti mana yang digembar-gemburkan orang. Kalau betul Stacy bercinta pasti Stacy akan beritahu semua orang.

"Stacy dan Syamsul hanya berkawan semata-mata dan tak lebih daripada itu. Salahkah Stacy berkawan dengannya?

"Hubungan kami atas dasar profesional. Memang benar dia ada datang jumpa Stacy pada waktu itu. Tapi semua itu atas dasar kerja kerana ada projek yang dia nak Stacy terlibat tapi akhirnya tak jadi,"
jelasnya yang kini sibuk merakamkan single terbaru sentuhan komposer Edry KRU.

Anak kelima dari enam beradik ini juga melahirkan kekesalan mengapa segelintir pihak kerap kali membuat cerita yang tak berasas tentang dirinya sedangkan apa yang disampaikan itu tidak benar.

Namun sebagai figura baru dalam industri seni tanah air, Stacy mengambil sikap tidak peduli terhadap cerita-cerita negatif termasuklah kononnya dia bercinta dengan orang itu dan orang ini.

"Stacy tak kisah sangat sebenarnya. Apa yang penting Stacy membina hubungan yang baik dan ikhlas dengan semua orang. Biarlah apa yang orang lain nak katakan, Stacy tak peduli," kata anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini lagi.

Apabila ditanyakan soalan, sejauh mana hubungannya dengan Syamsul selepas pelbagai gosip dipaparkan, jawab Stacy mereka sudah jarang berjumpa sejak kebelakangan ini.

Bagi Stacy kesibukan tugas masing-masing membuatkan mereka jarang berjumpa dan hanya sesekali sahaja berhubung melalui telefon.

"Stacy suka berkawan dengan mereka yang satu kepala. Mungkin sebab itu Stacy rapat dengan Syamsul sebab dia juga satu kepala dengan Stacy.

"Stacy masih muda dan perjalanan karier Stacy sebenarnya masih baru. Lebih baik tumpukan kepada karier barulah nak fikirkan soal cinta.

"Stacy tak mencari dan tak masih belum bersedia untuk bercinta. Kalau sudah jumpa yang sesuai Stacy akan beri tahu semua,"
katanya.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Stacy boleh layar laman sosial www.facebook.com/stacyangie atau layari stacyfrenz.blogspot.com.


STACY BUAT TAK DENGAR



(Petikan daripada Kosmo Online:Komen Diva Interaktif)

SEJAK akhir-akhir ini pelbagai cerita yang Diva dengar tentang penyanyi lincah ini. Diva memang suka tengok persembahan Stacy kerana persembahannya yang sentiasa ada pembaharuan.

Tetapi dalam masa yang sama, Diva dengar cerita yang tidak enak tentang juara Akademi Fantasia 6 ini. Khabarnya sekarang dia sudah semakin lambat sampai ke sesi penggambaran atau majlis yang melibatkan dirinya.

Pernah teman Diva terpaksa menunggu berjam-jam untuk melihat kelibatnya. Baru-baru ini juga teman Diva sempat memerhati perangai Stacy selepas sebuah konsert besar di Pulau Pinang.

Selesai membuat persembahan, peminat-peminatnya menunggulah di belakang pentas sambil menjerit namanya dengan harapan dapat bertemu dan bergambar dengan penyanyi tersebut.

Namun Stacy buat-buat tidak dengar. Lebih menyedihkan lagi, peminat Stacy hanya dapat melihat penyanyi kesayangan mereka masuk ke dalam khemah tanpa menghiraukan mereka. Kecil betul hati mereka.

Telinga Diva turut dimasuki khabar, yakni ada yang pulang dengan hati yang remuk gara-gara perangai Stacy.

Diva rasa bukan selalu peminat di utara dapat menyaksikan persembahan Stacy lebih-lebih lagi bergambar dengannya. Paling kurang pun, layangkanlah lambaian atau senyuman buat mereka yang setia berpusu-pusu ke belakang pentas.

Diva cuma menegur apa yang patut agar Stacy boleh membuat perubahan yang baik untuk dirinya.


Diva: Teringat Johnny Depp yang dikatakan selebriti paling ramah dengan peminat.



Saturday, March 20, 2010

STACY@MEDIA HIBURAN 20-26 MAC 2010



Kelolaan Wawann Mohd
Foto Unit Foto KKSB


Soalan yang agak sensitif dan kamu tidak suka menjawabnya?

Soalan tentang teman lelaki. Bukan saja-saja tak nak jawab tetapi buat masa ini saya memang tak ada teman lelaki. Jadi bila orang tanya banyak kali, saya jadi rimas. Saya rasa soalan ini tak perlu dijawab sebab tak penting pun.

Perkara yang paling kamu tidak suka apabila menjadi artis?

Gosip. Penat berdepan dengan cerita-cerita yang tidak betul dan kadang kala tidak masuk akal langsung. Saya faham, gosip adalah asam garam kehidupan artis, tetapi kalau melampau sangat, saya pun tak boleh tahan.

Kejadian paling tidak menggembirakan kamu yang berlaku pada bulan lepas?

Gosip yang menyatakan saya bercinta dengan Syamsul Yusof. Memang saya terkejut dan terganggu sangat dengan gosip tersebut kerana ia tidak betul dan tidak pernah terjadi. Saya dah jelaskan banyak kali, tetapi orang tak percaya. Seolah-olah mendesak saya supaya mengaku dan mengatakan ‘ya’ kepada gossip itu.

Apakah yang sedang kamu rancangkan dengan wang simpanan kamu kelak?

Saya nak buka bisnes. Belum tahu lagi bisnes apa, tetapi itulah perancangan saya pada masa depan. Harap-harap dapat kumpul duit dengan lebih banyak dan impian itu menjadi kenyataan.

Saiz baju, seluar dan kasut kamu?

Baju:S, seluar:29 dan kasut:6.

Jika kamu menjadi telefon bimbit, kamu mahu menjadi milik selebriti mana?

Hehehe…Anuar Zain kut. Bolehlah saya tahu dengan siapa dia berkawan dan apa dia buat apabila ada masa lapang.

Berita yang sering menarik perhatian kamu di dada akhbar?

Selain berita hiburan, saya tertarik dengan berita jenayah. Tak tahu kenapa…..

Pengalaman pertama kali menggunakan basikal?

Trauma habis…Ketika itu saya baru berusia enam tahun dan memang tak tahu langsung bawa basikal. Bagaimanapun, saya teringin sangat nak cuba sebab seronok tengok orang lain bawa. Terus saya ambil basikal pakcik dan cuba bawa. Oleh kerana basikal itu lebih besar dari saya, maka faham-faham sendirilah apa yang terjadi selepas itu. Hehehe..saya jatuh dan luka teruk. Sejak dari itu, saya memang tak berani sentuh basikal dah.

Cerita dongeng zaman kanak-kanak yang paling kamu gemari?

Cerita ‘hantu tinggi’. Cerita ini popular waktu saya masih kecil dan sampai sekarang pun saya masih ingat cerita itu.

Tiba-tiba sahabat baik meluahkan perasaan cintanya kepada kamu. Apakah reaksi dan tindakan kamu?

Terkejut dan takut. Bagaimanapun, saya akan cuba jelaskan baik-baik kepadanya tentang situasi saya. Kalau boleh, tak naklah sampai dia berkecil hati. Susah kalau bercinta dengan kawan sendiri ni.



Jangan lupa dapatkan Media Hiburan keluaran terbaru di pasaran sekarang!


PANGGILAN HANGIT STACY@HOTFM





Credit to machikokonjo



Dengarkan ...ingatkan betul-betul Stacy kena saman..?


Thursday, March 18, 2010

'AKU STACY' LARIS DI PUSAT KARAOKE



Oleh:
Murai Batu@Murai.com


Percaya atau tidak, lagu pertama nyanyian Stacy, Aku Stacy yang mula-mula dipersembahkan dalam konsert final Akademi Fantasia Musim Ke-6 (AF6)rupa-rupanya paling kerap dimainkan di pusat karaoke Redbox?

Murai Batu dapat tahu cerita pun daripada si Murai Peah. Kebetulan dia ni suka sangat berkaraoke. Sambung si Murai Peah lagi, disebabkan lagu ini kerap dimainkan, janganlah terperanjat pula kalau Aku Stacy dinobatkan sebagai Permintaan Lagu Karaoke Red Box Paling Tinggi Untuk Kategori Bahasa Melayu & Inggeris Sepanjang 2009.

Untuk mengesahkan lagi berita yang dibawakan oleh si Murai Peah ini, Murai Batu pun cubalah hubungi salah seorang kakitangan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

Apalagi, dia orang sendiri pun terperanjatlah bila Murai Batu dapat tahu perkara ini dengan lebih awal lagi. Dia orang tanya juga, dari mana Murai Batu dapat tahu tentang berita ini.

Sebab, setahu dia orang, pihak Red Box sendiri yang akan umumkan perkara ini kepada pihak media nanti.

Malah, mereka juga akan mengundang Stacy serta pihak media untuk hadir dalam sebuah majlis yang dianjurkan khas sempena pencapaian lagu Aku Stacy ini nanti.

Khabarnya, majlis itu nanti akan diadakan pada penghujung bulan Mac ini nanti yang mana ia akan turut disertakan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti lucky draw serta sesi berkaraoke bersama pihak media.



CONGRATS! RIZ~STACY@TOP 5 ANUGERAH INDUSTRI MUZIK AIM 17



Info Budiey.com
Foto Murai.com, Gua.com, klubbkidd.com


Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) semakin hampir dan pada petang semalam satu sidang media telah diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) bagi mengumumkan senarai lima calon akhir yang layak bertanding untuk acara berprestij itu. Anugerah yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga industri muzik ini akan mempertandingkan 24 kategori kesemuanya dan semua yang layak dicalonkan adalah album dan single yang diterbitkan pada 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2009.

AIM17 akan menemui anda secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) pada 2 Mei mulai jam 8.30 malam di saluran ntv7. Siaran langsung ini dibawakan bersama oleh Celcom, sebagai penaja utama serta rangkaian radio rasmi, Hot dan Fly FM. Bagaimanapun 4 episod Prelud AIM 17 akan bersiaran pada setiap Khamis bermula 8 April, jam 8.30 malam di saluran yang sama.

RIZ~STACY tersenarai sebagai antara 5 finalis bagi kategori berikut :

Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki)
Best Vocal Performance In A Song (Male)

Faizal Tahir - Bencinta
Hazami - Survivor
Jamal Abdillah - Tak Hilang Cinta Di Dunia
Riz - Kehilangan Kamu
Vince Chong - Buah Hati

Album Pop Terbaik
Best Pop Album

Tahajjud Cinta - Dato’ Siti Nurhaliza
CTKD - Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti
Dayang Live - Dayang Nurfaizah
Aku Stacy - Stacy
Kronologi Cinta - Vince Chong



Tahniah Riz & Stacy! All The Best!





Wednesday, March 17, 2010

STACY TAK TEPATI MASA?


Petikan daripada mStar Online

PERANGAI besar kepala dan perasan bagus di kalangan artis muda memang tak pernah berkesudahan. Terbaru, Ad Lib diberitahu oleh seorang kawan yang mengikuti konsert Hot FM Big Jam di Pulau Pinang baru-baru ini, dua penyanyi muda Stacy dan Alyah pula buat hal ketika mereka buat persembahan di konsert itu.

Kata kawan Ad Lib, dua ‘superdiva’ tu sepatutnya membuat persembahan awal di konsert itu. Tapi tunggu punya tunggu, batang hidung Stacy dan Alyah tak muncul-muncul.

Alasan mereka, jalan sesak! Apabila penganjur bertanya kepada dua penyanyini, mereka kata tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Jawapan standardlah tu, takde alasan lain ke? Kalau dah tahu jalan sesak, kenapa tak reti-reti nak bertolak lebih awal dari tempat penginapan korang?

Dengarnya, kelam-kabut juga dibuatnya krew penerbitan disebabkan kelewatan dua ‘diva’ besar ni. Memandangkan Hot FM terpaksa mengikut tentatif program,terpaksalah mereka meminta jasa baik Shamrin Fotograf untuk memulakan persembahan.

Mujurlah Shamrin dan beberapa lagi geng artis era 90an ni memang dah siang-siang lagi terpacak di kawasan konsert tu. Tak malu ke dengan artis lama yang boleh berada di tapak konsert tu dua jam lebih awal demi komitmen.

Ini tidak, semua hal diambil mudah saja. Mentang-mentanglah nama tengah meletup dan show bersepah-sepah, janganlah fikirdiri sudah besar sangat. Sepatutnya, budak-budak baru macam Stacy dan Alyah ni belajar tepati masa.

Ad Lib bukan suka-suka nak pertikaikan bakat baru, cuma dah kebetulan dua orang artis baru ni buat hal. Eloklah sangatlah Ad Lib titipkan pesanan ni bukan saja pada Stacy dan Alyah tapi untuk semua artis juga.

Cuba sematkan dalam diri tu, bila dah lambat, bukan saja menyusahkan satu pihak tapi melibatkan banyak pihak. Renung-renungkanlah...

Ad Lib: Bukan nak hentam, cuma nak nasihat...





Tuesday, March 16, 2010

MORE PICS OF RIZ....



Membaca amalan mulia ~RIZ

Love All Of You...Peace! ~RIZ


Photos by Siti Wahida@Facebook


STACY@MAJALAH SENSASI






Thanks to StacyFrenz

Sunday, March 14, 2010

RIZ@RENTAK SUARASA TV9_SEIRING DAN SEJALAN(Duet With Farawaheeda)





Video upload by Rusilawati Razak @ Facebook... thank you so much Kak Laa. Walaupun ada kekurangan pada video ni but really appreciate it... Khas buat semua peminat-peminat Riz... Enjoy!!

Dengarkan alunan suara Riz yg berbeza dalam lagu ni...muzik berbeza kan. Penghayatan Riz bagus...mood happy dan ceria...siap buat mimik muka lagi si Riz ni kat Fara...

Tapi, kalau diikutkan masa rakaman hari tu Riz nyanyi satu lagu solo iaitu Cinta Ini..tapi tak pulak disiarkan..ntahlah.. mungkin tak cukup masa kan...

Riz, anda memang mampu membawakan pelbagai genre lagu... hopefully, Riz cuba nyanyi pelbagai genre muzik dalam album seterusnya okey...

So, enjoy!

RIZFC GATHERING(13 MAC 2010)



Photos by RizAngels

Alhamdulillah, gathering RizFc telah selamat berlangsung semalam. Nampaknya Riz dan Angels yg dapat berkumpul bersama semalam gembira dan ceria..

Gathering ini ditaja oleh company Amkey (M) Sdn Bhd@Suite 9100-140. Level 9 Menara Brem Mall, Kepong, Kuala Lumpur. Kalau tak silap maklumat saya, Amkey (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat MLM antarabangsa...pengeluar pelbagai produk kesihatan, penjagaan kecantikan dan penjagaan rumah lain.

Saturday, March 13, 2010

RIZ~STACY@AKSI AF 15 MAC 2010




Jangan ketinggalan untuk mendapatkan keluaran pertama majalah Aksi AF pada 15 Mac 2010... yg kini berwajah baru, lebih kecil dan lebih padat! Stacy bersama Akim menghiasi cover pertama ini... apa agaknya cerita Stacy.. dan ikuti juga cerita Riz di Brunei bersama rakan AF6 yg lain..



Credit to Sri Saujana @ Pepari


So, jangan lupa beli nanti yer...

Related Posts with Thumbnails