JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, March 20, 2010

STACY@MEDIA HIBURAN 20-26 MAC 2010



Kelolaan Wawann Mohd
Foto Unit Foto KKSB


Soalan yang agak sensitif dan kamu tidak suka menjawabnya?

Soalan tentang teman lelaki. Bukan saja-saja tak nak jawab tetapi buat masa ini saya memang tak ada teman lelaki. Jadi bila orang tanya banyak kali, saya jadi rimas. Saya rasa soalan ini tak perlu dijawab sebab tak penting pun.

Perkara yang paling kamu tidak suka apabila menjadi artis?

Gosip. Penat berdepan dengan cerita-cerita yang tidak betul dan kadang kala tidak masuk akal langsung. Saya faham, gosip adalah asam garam kehidupan artis, tetapi kalau melampau sangat, saya pun tak boleh tahan.

Kejadian paling tidak menggembirakan kamu yang berlaku pada bulan lepas?

Gosip yang menyatakan saya bercinta dengan Syamsul Yusof. Memang saya terkejut dan terganggu sangat dengan gosip tersebut kerana ia tidak betul dan tidak pernah terjadi. Saya dah jelaskan banyak kali, tetapi orang tak percaya. Seolah-olah mendesak saya supaya mengaku dan mengatakan ‘ya’ kepada gossip itu.

Apakah yang sedang kamu rancangkan dengan wang simpanan kamu kelak?

Saya nak buka bisnes. Belum tahu lagi bisnes apa, tetapi itulah perancangan saya pada masa depan. Harap-harap dapat kumpul duit dengan lebih banyak dan impian itu menjadi kenyataan.

Saiz baju, seluar dan kasut kamu?

Baju:S, seluar:29 dan kasut:6.

Jika kamu menjadi telefon bimbit, kamu mahu menjadi milik selebriti mana?

Hehehe…Anuar Zain kut. Bolehlah saya tahu dengan siapa dia berkawan dan apa dia buat apabila ada masa lapang.

Berita yang sering menarik perhatian kamu di dada akhbar?

Selain berita hiburan, saya tertarik dengan berita jenayah. Tak tahu kenapa…..

Pengalaman pertama kali menggunakan basikal?

Trauma habis…Ketika itu saya baru berusia enam tahun dan memang tak tahu langsung bawa basikal. Bagaimanapun, saya teringin sangat nak cuba sebab seronok tengok orang lain bawa. Terus saya ambil basikal pakcik dan cuba bawa. Oleh kerana basikal itu lebih besar dari saya, maka faham-faham sendirilah apa yang terjadi selepas itu. Hehehe..saya jatuh dan luka teruk. Sejak dari itu, saya memang tak berani sentuh basikal dah.

Cerita dongeng zaman kanak-kanak yang paling kamu gemari?

Cerita ‘hantu tinggi’. Cerita ini popular waktu saya masih kecil dan sampai sekarang pun saya masih ingat cerita itu.

Tiba-tiba sahabat baik meluahkan perasaan cintanya kepada kamu. Apakah reaksi dan tindakan kamu?

Terkejut dan takut. Bagaimanapun, saya akan cuba jelaskan baik-baik kepadanya tentang situasi saya. Kalau boleh, tak naklah sampai dia berkecil hati. Susah kalau bercinta dengan kawan sendiri ni.



Jangan lupa dapatkan Media Hiburan keluaran terbaru di pasaran sekarang!


No comments:

Related Posts with Thumbnails