(Petikan daripada majalah HAI keluaran 20 November 2010)
Oleh Aisamurni Suparman & Farol Hadi Mustaffa
Foto Mohd Farizwan Hasbullah
Back cover HAI terbaru.....
RIZ SEDIH
Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Riz akan terkenang kembali kisah yang berlaku padanya tahun lalu. Mana tidaknya, Aidiladha tahun lepas disambut di hospital disebabkan Riz menjalani pembedahan apendiks.
Bersama mengikuti program ke Kuala Kangsar, Riz tidak melepaskan peluang untuk sama-sama merasakan suasana di kampung di tambah lagi dengan acara sembelih lembu dan juga kenduri secara gotong-royong. Tidak dapat dilupakan apabila dapat berkongsi kegembiraan bersama golongan susah.
"Apabila melihat mereka dalam keadaaan susah memang saya sedih. Membuatkan saya terfikir alangkah baiknya jika dari awal lagi mereka tidak terseksa. Melihat anak yatim saya sedih kerana mereka membesar tanpa ibu bapa.
"Walaupun bukan beramal dengan wang ringgit, hadirkan diri dan ceriakan suasana bersama orang di sana sudah cukup puas bagi saya," ujar anak kelahiran Gerik, Perak ini.
Jangan lupa dapatkan HAI keluaran 20 November 2010 di pasaran sekarang!
No comments:
Post a Comment