JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, November 6, 2010

STACY AKUR PILIHAN KELUARGA


Teks Wahida Othman & Farol Hadi Mustafa
Foto Fatah Sulaiman



Tidak seperti Akim, Stacy lebih telus menceritakan konflik sebenar yg berlaku dalam hubungan rapat mereka.

“Susah nak cakap pasal hubungan kami sekarang. Banyak perkara saya perlu jaga dan saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Antara saya dan Akim memang tiada apa-apa masalah.

“Akim gila-gila, kelakar dan tidak banyak kerenah, jadi saya senang dan selesa setiap kali bersamanya. Tetapi hubungan ini tidak melebihi sekadar teman rapat sahaja.


“Semua orang tahu, halangan yg bakal menimpa jika kami bercinta. Saya tidak mahu susahkan hati ibu. Setiap kali keluar cerita cinta kami, ibu akan runsing dan bising-bising, jadi saya tidak mahu menjadi anak yg derhaka.

“Sebaiknya saya biarkan saja hubungan antara kami terikat sebagai teman rapat sahaja. Memandangkan masing-masing sibuk dengan tugas dan kerjaya, maka kami sudah lama tidak berjumpa.

“Ini pertemuan kami setelah beberapa bulan tidak berjumpa, malu juga nak bergurau dengannya, sebab dah lama tak buat macam tu,” luah Stacy.


(Petikan daripada majalah HAI keluaran 7 November 2010)




No comments:

Related Posts with Thumbnails