JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, March 27, 2011

FOTO STACY @ DATARAN MERDEKA (26/3/2011)



Beberapa foto Stacy @ Dataran Merdeka semalam di Konsert Ulang Tahun Harian Metro....thanks to Stacy Angie @ Facebook untuk semua gambar-gambar yg cantik kat bawah nie...


Stacy ...with pink huhu... i love pink  ^____^ ...... cute sangat-sangat...



Stacy with Shahir.... i love both hehe... Jangan marah yer,,.. selepas Riz, pelajar AF lelaki lain yg aku minat adalah si Shahir nie ...tapi taklah 'se tegar' minat Riz haha...

....aku memang ikuti perkembangan Shahir sebagaimana Riz dan Stacy... tapi 'extra' yg berlebihan tentulah untuk si Riz dan Stacy kannn....tahu takpe huhu....

Teringin nak tengok ketiga-tiga mereka bergabung untuk photoshoot... @ ...berpadu suara....Riz, Stacy dan Shahir...ibarat kata Stacy...bergabung meletup !!!!





Monday, March 21, 2011

VIDEO MUZIK JAHATNYA CINTA





Credit to aftalentaesb


Inilah dia video muzik 'Jahatnya Cinta' duet Stacy bersama Akim.. cutenya Stacy....



Sunday, March 20, 2011

RIZ TERUS BERLAGU




Oleh Amirul Haswendy Ashari

SATU ketika dulu, perasaan suram pernah menyelubungi dirinya. Sehingga anak kelahiran Perak ini mula terfikir untuk terus belayar atau lupakan saja minat yang dipilihnya. Masakan tidak, hampir semua usaha untuk memenuhi impian sejak kecil kabur dan tidak menjadi.
 
Kelibat wajahnya pernah dilihat bersama sebuah kumpulan vokal dalam program realiti nyanyian Gangstarz, namun gagal membuahkan hasil. Kemudian diteruskan pula mencuba nasib secara solo di dalam program Malaysia Idol, juga kecundang.

Namun tanpa erti lelah, penyertaan dalam Akademi Fantasia musim keenam tiga tahun lalu berjaya membuktikan semangat Muhammed Idris Mohd Zazizi atau Riz untuk bertapak ke dalam industri muzik tanah air.

Bagaimanapun, kelahiran album berjudul Bermula Semula sekitar 2009 kurang sambutan. Cerahnya cuma seketika tatkala lagu duet bersama Alyah berjudul Ku Pinjam Satu Bintang pernah mendapat sambutan baik. Kemudian kesuraman itu bermula semula.

“Saya banyak berfikir mengenai punca saya tidak dapat pergi jauh sebelum ini. Antaranya, kualiti produk yang dihasilkan. Apabila didengar semula, saya dapati ada beberapa kekurangan yang boleh diperbetulkan. Ada lagu yang OK dan ada yang sekadar tangkap muat.

“Lagipun saya masih baru dan perlu mengenal pasti setiap kesalahan dan kelemahan supaya tidak berlaku di masa depan. Saya akui melakukan kesilapan tatkala dicalonkan untuk Vokal Terbaik di AIM (Anugerah Industri Muzik) lalu.

"Biarpun tidak menang, saya rugi kerana tidak menggunakan kelebihan pencalonan itu untuk mempromosi diri melalui lagu yang dipertandingkan,” katanya.

Di situ, dia hampir berputus asa untuk meneruskan cita-cita namun terhenti seketika tatkala sokongan daripada peminat terus membakar semangat juangnya. Dia sedar peminat ialah aset utama seseorang artis dan merekalah yang membentuk dirinya untuk kekal berdiri di sini.

Sebelum ini dia akui pernah menjadi insan yang terlalu yakin pada bakat dimiliki tetapi tatkala memulakan pelayaran di pentas hiburan, baru dia sedari tahap keyakinan tinggi semata-mata belum cukup padu tanpa sokongan peminat.

Mengibaratkan diri sebagai peminta sedekah yang terpaksa terus menagih simpati, Riz bersyukur dikurniakan peminat yang tidak pernah putus memberi sokongan sejak dulu.

“Beberapa tahun kebelakangan ini saya banyak belajar perkara berkaitan industri hiburan dan kehidupan khususnya. Pertama berkaitan produk, daripada segi pemilihan bahan dan menyiapkan produk. Dulu saya terlalu gopoh untuk siapkan produk lalu mengakibatkan banyak perkara penting tertinggal.

“Keduanya, berkaitan PR (perhubungan awam) antara media dan peminat. Ketika di AF dulu, tidak semua penonton meminati kita. Tapi jika memiliki PR yang bagus, sampai bila pun peminat akan terus sokong kita,” katanya sambil mendedahkan dia pernah kehilangan peminat susulan peralihan yang berlaku dan kurang interaksi antara artis dan peminat.

Ketiganya ialah aturan strategi pemasaran album dan pemilihan lagu yang betul. Katanya, album sebelum ini dirancang dengan sebaik-baiknya. Namun entah di mana silapnya, segala-galanya gagal. Disebabkan itu, dia perlu memiliki perancangan tambahan yang mampu menyokong jika gagal kali pertama mahupun kedua.

Ditanya mengenai strateginya, Riz kini sibuk mengumpul bahan untuk terus mencanang nama mengetuk beduk di dalam industri. Selain mencari kelainan daripada negara seberang, Riz turut berusaha mendapatkan sentuhan komposer tempatan. Pun begitu, semuanya bergantung kepada nasib dan usaha keras yang berterusan.

Menjadikan Jamal Abdillah, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Anuar Zain sebagai idola, Riz yakin dengan bakat yang dimiliki pasti rezeki akan berpihak kepadanya satu hari nanti.

Dalam rancak berbual, SELEBRITI sempat bertanya mengenai pengalaman berada di Kuching tatkala mengikuti rombongan media, artis dan peminat mereka ke negeri Bumi Kenyalang bersama Penerbangan Firefly, baru-baru ini.

Tanpa selindung, pada mulanya dia skeptikal apabila diminta ke sana, apatah lagi terpaksa menginap di rumah panjang Kampung Budaya, Santubong.

Selain bimbang kerana terpaksa berkongsi bilik tidur beramai-ramai, dia risau dengan tahap kebersihan apabila menetap bersama. Untuk tahu lebih lanjut mengenai tempat itu, dia melayari Internet untuk mendapatkan maklumat lokasi.

“Malah saya juga bimbang kerana masih tidak mengenali teman media yang mengikuti rombongan itu.

“Namun selepas mengikuti pelbagai aktiviti bersama wartawan, peminat dan masyarakat setempat di sana, saya mula seronok dan terfikir tidak mahu pulang,” katanya ceria dan berterima kasih kepada peminat yang hadir ke mini ‘showcase’ yang diadakan selama dua malam di Kuching.


Friday, March 18, 2011

RIZ~STACY @ MANGGA APRIL 2011





Nak baca tentang gosip cinta ini.....


Apa Kata Riz Tentang Pencemaran Alam Sekitar......

 ataupun .....
Perfume Kesukaan Riz


 
Dapatkan di pasaran sekarang!





Tuesday, March 15, 2011

PROMO VIDEO TERKINI @ RIA 2011





Credit to aftalentaesb

Tunggu tayangan perdana videoklip terbaru dari Stacy, Akim dan Shahir pada 19 Mac 2011 @ Astro Ria jam 11 malam...Jahatnya Cinta, Luar Biasa...



Friday, March 11, 2011

STACY WITH ADIRA



Beberapa foto Stacy bersama bff Adira AF8....




Foto credit to Stacy Angie Full  & adamstacy @ Facebook




Monday, March 7, 2011

RIZ @ TEATER MUZIKAL TERIMA KASIH CINTA



Riz turut menonton pementasan teater muzikal Terima Kasih Cinta bersama Tun dan Muzlia(Riz Angels) yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini. Kat bawah ni ada beberapa gambar untuk tatapan semua.

Wah..suka pulak tengok penampilan terbaru Riz ni...huhu... 



Thanks to Muzlia...untuk gambar-gambar ni...


Saturday, March 5, 2011

RIZ vs NICO...



**Bukan berniat untuk membandingkan kedua-duanya... cuma untuk suka-suka saja..jangan mare fans Nico dan Riz yer...

Pada awal kemunculan Riz di persada seni hiburan, ada kalangan wartawan dan peminat-peminat Riz sendiri yg mengatakan rupa Riz persis Nicholas Saputra, artis top Indonesia tu.

Baru-baru ni aku terpandang pulak penampilan terbaru si Nicholas ni yg sudah berambut pendek, makinlah terserlah persis tu..huhu. Cuba tengok pose Riz dan Nico kat bawah ni..samalah pulak gayanya huhu...i like !!!

Nicholas Saputra @ Nico

RIZ

Renungan mata siapa yang lebih memukau? Aku dah ada jawapannya...bagaimana dengan anda? hahaha... Jawablah sendiri yer...

Pada pandapat akulah..rupa Riz dan Nico memang ada sedikit persamaan...  hidung dan bibir..dan kedua-duanya juga berkulit cerah...sama-sama ensem dan cute huhu... tapi extranya tentulah lebih pada pujaan hati si Riz tu... hmmm ..kembang ler kena puji hehe...

Dari segi kerjaya, tentulah Nico semakin mendaki tangga kejayaan... Riz juga mampu sukses seperti beliau..cuma perlu bekerja lebih keras dan tidak patah semangat...

Apa yg baik ditunjukkan oleh Nico, boleh Riz jadikan panduan untuk lebih sukses dalam bidang seni ini... yang buruk jadikan sempadan...


Foto Mangga, Harian Metro & Riz Angels






 

Tuesday, March 1, 2011

RIZ MENANG TEMPAT KEDUA @ 1 MALAYSIA KUALA LUMPUR HERITAGE XPLORACE 2011


(Petikan daripada artikel @ Berita Harian Online)


KUALA Lumpur dianggap negeri warisan yang menyimpan khazanah warisan negara walaupun ia pesat membangun dan dikenali di serata dunia.

Bagi memperkenalkan dan mempromosikan tempat warisan di Kuala Lumur, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan 1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011.

Acara julung kali itu berlangsung pada 26/2/2011 bermula jam 8 pagi, bagi memberi kesedaran kepada rakyat menanam rasa cinta kepada negara dan warisannya.

Dengan acara mencabar, memberi hiburan berinformatif dan menguji minda serta fizikal itu membawa peserta menjelajah di seluruh kawasan Segitiga Emas dan persekitaran Kuala Lumpur sejauh 15 kilometer (km) untuk mencari jawapan bagi soalan berkaitan budaya dan warisan.

Sepanjang 15km itu, peserta melalui 12 tempat pemeriksaan yang ditanda dan diuji dengan soalan permainan dan aktiviti lain sebelum meneruskan ke destinasi seterusnya.

Acara yang bermula dan berakhir di Menara Kuala Lumpur itu menyasarkan golongan remaja, keluarga, media dan selebriti dengan dua peserta berumur 18 tahun ke atas bagi setiap pasukan.

Penyertaan dibuka kepada 200 kumpulan terawal mendaftar iaitu seramai 400 orang peserta dan dibahagikan Kategori Terbuka dan Kategori Media/Selebriti.

***Riz bersama Ejam ( PA Riz) telah menyertai cabaran ini dan telah memenangi tempat kedua bagi Kategori Media/Selebriti. Mereka telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, hamper dan sijil penyertaan.  Tahniah Riz dan Ejam!

Beberapa foto dari Muzlia dan Tun (Riz Angels)..juga dari Ejam untuk tatapan semua...

Candid kamera kata Muzlia..i likeeee!!


Panjatkan doa pada Ilahi agar semuanya berjalan lancar.....sebelum memulakan cabaran..


Sebelum cabaran bermula, sempat lagi Riz pose... thanks to Muzlia dan Tun yg turut bagi sokongan moral walaupun sekejap...tapi sangat bermakna buat Riz dan Ejam tue..huhu..sebagai pembakar semangat...


Akhirnya, setelah berjaya menyelesaikan cabaran... menang ,,Yeahhhh!!!! Congrats to Riz & Ejam! Cayalah!
Lepas ni bolehlah teruskan cabaran lagi...dah ada pengalaman kann hehe...


Related Posts with Thumbnails