(Petikan daripada artikel @ Berita Harian Online)
KUALA Lumpur dianggap negeri warisan yang menyimpan khazanah warisan negara walaupun ia pesat membangun dan dikenali di serata dunia.
Bagi memperkenalkan dan mempromosikan tempat warisan di Kuala Lumur, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan 1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011.
Acara julung kali itu berlangsung pada 26/2/2011 bermula jam 8 pagi, bagi memberi kesedaran kepada rakyat menanam rasa cinta kepada negara dan warisannya.
Dengan acara mencabar, memberi hiburan berinformatif dan menguji minda serta fizikal itu membawa peserta menjelajah di seluruh kawasan Segitiga Emas dan persekitaran Kuala Lumpur sejauh 15 kilometer (km) untuk mencari jawapan bagi soalan berkaitan budaya dan warisan.
Sepanjang 15km itu, peserta melalui 12 tempat pemeriksaan yang ditanda dan diuji dengan soalan permainan dan aktiviti lain sebelum meneruskan ke destinasi seterusnya.
Acara yang bermula dan berakhir di Menara Kuala Lumpur itu menyasarkan golongan remaja, keluarga, media dan selebriti dengan dua peserta berumur 18 tahun ke atas bagi setiap pasukan.
Penyertaan dibuka kepada 200 kumpulan terawal mendaftar iaitu seramai 400 orang peserta dan dibahagikan Kategori Terbuka dan Kategori Media/Selebriti.
***Riz bersama Ejam ( PA Riz) telah menyertai cabaran ini dan telah memenangi tempat kedua bagi Kategori Media/Selebriti. Mereka telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM500, hamper dan sijil penyertaan. Tahniah Riz dan Ejam!
Beberapa foto dari Muzlia dan Tun (Riz Angels)..juga dari Ejam untuk tatapan semua...
Panjatkan doa pada Ilahi agar semuanya berjalan lancar.....sebelum memulakan cabaran..
Sebelum cabaran bermula, sempat lagi Riz pose... thanks to Muzlia dan Tun yg turut bagi sokongan moral walaupun sekejap...tapi sangat bermakna buat Riz dan Ejam tue..huhu..sebagai pembakar semangat...
Akhirnya, setelah berjaya menyelesaikan cabaran... menang ,,Yeahhhh!!!! Congrats to Riz & Ejam! Cayalah!
Lepas ni bolehlah teruskan cabaran lagi...dah ada pengalaman kann hehe...
No comments:
Post a Comment