RIZ TEGUH
Pasang surut dunia hiburan cukup dirasainya. Ditipu dan terpedaya juga mainan kehidupannya sejak menjadi anak seni. Namun berbekalkan semangat teguh, Riz tidak mahu berundur meskipun kerjaya seninya perlahan berbanding rakan seangkatan.
Bagaimanapun, ia cerita lalu. Kini pemilik nama Mohammed Idris Mohd Zaizizi tidak mahu peristiwa lama menghantui kerjayanya.
Dengan harapan menggunung, Riz mahu bermula semula menerusi penampilan album sulungnya yang bakal memasuki pasaran sedikit masa lagi.
“Alhamdulillah selepas lama menanti dan berharap, album sulung berjudul Bermula Semula akhirnya siap dirakam.
“Lapan lagu dimuatkan dalam album ini. Terima kasih kepada Ajai selaku produser album kerana bertungkus-lumus memastikan ia tampil dengan kualiti tersendiri, “ katanya.
Kata Riz, albm berkonsepkan balada itu turut nenampilkan lagu hits Ku Pinjam Satu Bintang (duet bersama Alyah) tetapi diperbaharui dalam bentuk solo.
“Rasanya jika peminat mahu mendengarkan lagu duet saya bersama Alyah, versi pertama berkenaan boleh didengari daripada album Alyah dan juga di radio.
“Bagaimanapun saya tidak nafikan lagu duet berkenaan adalah versi terbaik. Namun saya memperbaharui lagu itu kerana mahu mewujudkan kelainan. Sekurang-kurangnya peminat dapat mendengar lagu yang pelbagai.
“Album ini turut mengangkat lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Abie Abdullah berjudul sama sebagai single. Lagu berkenaan juga berkait rapat dengan kehidupan saya.
“Jadi judul berkenaan dipilih sebagai judul album, sekaligus menunjukkan saya kembali menghiasi pentas seni menerusi penampilan album baru ini, “ katanya.
Di sebalik kejayaannya, masih terselit cerita kurang enak yang melingkari kerjayanya. Malah kelewatan abum berkenaan disiapkan syarikat rakaman Wake The Baby juga menjadi isu untuk menjatuhkan kariernya sebagai anak seni.
Bagaimanapun, secara jujur Riz tidak memandang berat desas-desus berkenaan. Katanya, meskipun album berkenaan lewat dikeluarkan, ia ada penjelasan tersendiri.
“Saya akui sudah lama Ajai mempelawa saya untuk merakam album. Malah kerjasama antara kami juga bermula apabila saya dipanggil berduet bersama Alyah walaupun tidak secara rasmi.
“Mungkin disebabkan perkara itu ada yang mengatakan Ajai tidak bersungguh-sungguh dalam pembikinan album ini, tetapi bagi saya sebaliknya.
“Selaku komposer dan produser, Ajai sangat sibuk, malah ketika dalam proses merakam lagu saya, Ajai turut terbabit dalam pembikinan album beberapa artis lain. Jadi, bagi menjaga kualiti semua produk, Ajai terpaksa menyiapkan satu demi satu.
“Jika mahu mengatakan Ajai buat kerja sambil lewa, pasti album ini sudah lama disiapkan. Ini tidak, saya terpaksa mengikut semua proses dengan betul, malah pemilihan lagu juga dilakukan berkali-kali demi mencari yang terbaik,” katanya.
Pengalaman bersama Ajai juga memberi warna dalam hidupnya.
“Bekerja dengan Ajai umpama bekerja dengan rakan. Kami boleh berkongsi idea dan melawak seperti dengan kawan. Selain itu, Ajai berfikiran terbuka dan ia memudahkan sesiapa saja bekerja dengannya.
“Insyaallah jika ada peluang, saya mahu bekerjasama dengannya lagi. Namun, ia terpulang kepada soal rezeki. Harap-harap album ini diterima peminat,” katanya.
STACY DENGAN AKIM PULA
Lagi kisah cinta. Selepas hubungan Stacy dan Nubhan berakhir disebabkan faktor usia muda, karier dan ego masing-masing. CAK (Cerita Artis Kita) dimaklumkan oleh sumber rapat Bintang Akademi Fantasia 6 yang penyanyi kelahiran Sabah ini rapat pula dengan Akim.
Bukan rapat macam kawan, tapi katanya mereka bercinta. Mula-mula susah juga CAK nak percaya, maklumlah tak nampak bukti depan mata, tetapi bila beriya-iya bercerita CAK buat-buatlah khusyuk dengar.
Katanya bila putus cinta, Nubhan kecewa tahap gaban jugalah. Namun bila dipujuk syarikat pengurusan, perlahan-lahan dia kembali bersemangat dan tak monyok lagi.
Soal siapa minta putus tak pula CAK pasti, tapi menurut sumber itu memang pengalaman itu cukup perit buat Nubhan dan Stacy.
Selepas peristiwa itu mereka fokus perhatian kepada karier, malah Nubhan khabarnya tukar kereta baru dan beli rumah. Manakala Stacy kini intim dengan Akim. Soal betul ke Stacy dan Akim bercinta, kenalah tanya empunya diri.
Credit to Harian Metro
2 comments:
gosip stacy & akim bercinta x betul,just dorang hanya kawan sesama af je.stacy & nubhan masih kawan rapat...x percaya? kat konsert gempak astro dorang masih mesra!!!! so anggap je citer ni gosip semata2.
best gak kalau stacy ngan akim.. mcm sweet je kalau dorang together...
Post a Comment