JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, February 28, 2010

RIZ@MAJLIS MEMPERKENALKAN ANAK QUE HAIDAR&LINDA JASMIN



Photo
mStar Online, Gua.com

WAJAH Tengku Ratu Haidar yang ditunggu-tunggu buat julung kalinya diperkenalkan oleh pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine, semalam di Bora Ombak, Ampang.

Antara tetamu yang hadir adalah kaum keluarga, rakan-rakan terdekat, wakil media dan rakan artis.

Mereka adalah Sofia Jane, Riz, Dafi, Lufya, Mawi, Ekin, Aein, Jeslina Hashim dan Eizlan Yusuf.


SYAMSUL, STACY PERNAH INTIM


Oleh Zubir Mohd Yunus@B Pop(28/2/2010)

SELEPAS puas dipujuk, pelakon dan pengarah muda, Syamsul Datuk Yusof, 26, akhirnya mengakuinya dirinya pernah menjalin hubungan intim dengan juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Stracie Angie Anam atau Stacy, 19, sejak kali pertama bertemu penyanyi remaja berkenaan di Genting Highlands pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 tahun lalu.

Namun, Syamsul juga menyifatkan hubungan itu belum sampai tahap dalam percintaan sebaliknya lebih kepada hubungan erat sebagai kawan atau dalam dalam perkataan yang sering diguna pakai dalam konteks itu ialah ‘teman tapi mesra’.

Selama ini hubungan mesra Syamsul dan Stacy tidak berjaya di hidu pihak wartawan sehinggalah program hiburan popular TV3, Terjah siaran 22 Februari lalu mendedahkan kereta BMW warna putih milik anak kesayangan penerbit filem dan drama terkenal, Datuk Yusof Haslam itu dilihat beberapa kali berada di perkarangan rumah Stacy sebelum ini.

Syamsul pula dalam kenyataannya kepada program berkenaan tidak menafikan dia pernah mengunjungi rumah Stacy, namun melahirkan rasa terkejut kerana tidak menyangka pihak wartawan akhirnya berjaya juga menghidu perhubungannya dengan Stacy.

Pengarah filem Evolusi KL Drift 2 (EKLD2) itu ketika dihubungi, baru-baru ini berkata, kali pertama dia mengenali Stacy apabila melihat persembahannya pada malam ABPBH 2008 tahun lalu dan sejak itu perhubungan mereka semakin mesra, bukan saja bersama Stacy, malah Syamsul juga berkawan rapat dengan anggota keluarga Stacy yang lain apabila mereka turut menetap bersama penyanyi berkenaan di Puchong, Selangor ketika itu.

“Saya tak nafikan hubungan saya dan Stacy memang intim, namun ia sama sekali tidak membabitkan sebarang perasaan cinta antara kami. Ketika saya mengenali Stacy, jadual kerja saya tidak padat, justeru kami sering berhubungan menerusi telefon dan tak dinafikan, saya juga pernah mengunjungi rumah Stacy beberapa kali yang didiaminya bersama anggota keluarganya lain.

“Pada masa sama, saya juga mempunyai perancangan untuk menghasilkan lagu duet bersama Stacy untuk dimuatkan menerusi album runut bunyi filem EKLD2. Justeru, kami sering berhubungan dan berbincang mengenai projek album berkenaan. Lagipun Stacy dan anggota keluarganya yang lain jenis selamba dan happy go lucky, maka saya selesa berkawan dengan mereka.

“Tapi, hubungan mesra kami tidak kekal lama kerana projek duet saya bersama Stacy tidak menjadi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Kebetulan jadual kerja saya kembali sibuk dengan proses akhir pembikinan EKLD2 dan pengarahan filem terbaru, Khurafat. Justeru, kami tidak lagi berhubungan seperti selalu, telefon pun dah jarang, cuma sekali sekali kami sekadar berbalas SMS saja.

“Saya juga sudah tidak lagi berkunjung ke rumah Stacy kerana kekangan waktu yang begitu terhad disebabkan kesibukan saya di studio dan lokasi penggambaran. Pada waktu sama, Stacy dan keluarganya turut berpindah ke rumah baru. Saya sendiri tidak tahu di mana lokasinya. Namun, untuk mengekalkan persahabatan, sekali sekala saya ada menghubungi Stacy untuk bertanya khabar,”
terang
Syamsul berterus-terang.

Sementara itu, Stacy ketika dihubungi memberikan kenyataan yang sama apabila mengakui mengenali Syamsul ketika bertemunya pada ABPBH 2008 dan sejak itu mereka mula berkawan rapat.

“Selepas perkenalan itu, kami mula berkawan baik. Dalam masa sama, Syamsul juga rapat dengan anggota keluarga saya yang lain. Kami senang berkawan dengan Syamsul kerana dia seorang yang ‘gila-gila’. Saya tak nafikan, memang Syamsul pernah beberapa kali bertandang ke rumah saya di Puchong. Namun, bukan kami berdua saja di rumah berkenaan kerana anggota keluarga saya yang lain pun tinggal bersama.

“Syamsul juga pernah menyuarakan hasratnya untuk berduet dengan saya dalam lagu yang akan dimuatkan menerusi album runut bunyi filem EKLD2, justeru kami sering berhubung dan berbincang mengenai perkara berkenaan, namun sayangnya Syamsul memaklumkan kepada saya, projek duet itu tidak dapat diteruskan kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Pun begitu, saya ingin menafikan kami menyimpan perasaan cinta di hati masing-masing. Perhubungan kami belum sampai ke fasa percintaan. Sekadar berkawan rapat. Selepas projek duet itu tidak menjadi, Syamsul pula sibuk menguruskan kerjaya, justeru kami tidak lagi sering berhubungan seperti kelazimannya. Tapi, saya tak nafikan, adalah sekali sekala kami berhubungan menerusi telefon bertanya khabar.

“Lagipun sejak saya dan keluarga berpindah ke rumah baru di Bandar Kinrara, Syamsul belum pernah datang ke sana. Mungkin dia sekarang terlalu sibuk dengan kerja dan saya pula sibuk dengan aktiviti nyanyian. Namun, saya tidak nafikan, suatu ketika dulu memang kami berkawan rapat, namun bercinta tidak sekali,”
kata Stacy menjelaskan kedudukan perkara sebenar.

Saturday, February 27, 2010

KEMUNCULAN RIZ


RENTAK MEMIKAT

Oleh Alzahrin Alias


ALBUM : BERMULA SEMULA
ARTIS :
RIZ

Anak muda yg pernah menduduki tempat kedua AF6 yg lalu, Riz kini sudah boleh berdiri bangga dengan album solonya. Walaupun terpaksa berhempas pulas sebelum dapat merealisasikan album ini, Riz tetap puas.

'Bermula Semula' ibarat signifikan kepada liku-liku seninya sepanjang bergelar artis. Pertama kali melihat album ini, MH tertarik dengan konsep albumnya yg seperti surat khabar.

Mengandungi lapan buah lagu di dalam album ini, pastinya tidak menghampakan. Daripada susunan muzik sehinggalah vokal Riz, MH mendapati tiada cacat celanya dan boleh dijangka hits. Antara lagunya adalah 'Bermula Semula', 'Ku Pinjam Satu Bintang', 'Kau Wanita' dan banyak lagi.



(Petikan daripada majalah Media Hiburan keluaran terbaru)


Friday, February 26, 2010

RIZ@APA KATA M?(EPISOD 3)


Riz menjadi mangsa fesyen ketika di AF6? Dengarkan komen Riz mengenai hal ini ketika ditemuramah oleh Ajieb.

More videos Apa Kata M? @

http://www.murai.com.my/article/sub.asp?c=29&s=170

Thursday, February 25, 2010

STACY@MAJLIS PRA KEMUNCAK ABPBH 2009




Stacy@
Sidang Media Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular 2009 yang diadakan Hotel Palace of Golden Horses, Sri Kembangan semalam. Anugerah Bintang Popular 2009 akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 4 April 2010.



Credit to
Budiey.com, Gua.com

Tuesday, February 23, 2010

BERITA BAIK! :WAJIB PUTAR LAGU BARU MULAI 1 MAC 2010



Oleh
HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Semua stesen radio tempatan diwajibkan memutar setiap lagu baru yang dihasilkan oleh penyanyi tempatan tanpa mengira genre mulai 1 Mac ini.

Arahan itu akan dikuatkuasakan mengikut Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 supaya stesen radio mempromosikan lagu-lagu tempatan memandangkan usaha itu didapati masih kurang diutamakan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan tersebut diambil setelah kementerian meneliti masalah yang sedang melanda industri muzik tempatan dan bimbang masalah itu akan berlarutan.

"Saya terkejut apabila diberitahu nilai produk muzik pada tahun 2001 berjumlah RM200 juta tetapi pada tahun lalu nilainya menurun kepada RM70 juta sahaja.

"Penurunan angka itu amat mencemaskan. Jika tiada tindakan diambil, saya bimbang perkara itu akan melarat ditambah dengan terlalu banyak lagu luar yang diputarkan di stesen radio tempatan,"
ujarnya.



Akhirnya... setidak-tidaknya Riz sudah mampu sedikit tersenyum dengan pengumuman ini dan Insyaallah lagu-lagu Riz terutamanya, akan terus dimainkan di corong radio. Itulah yg diharapkan .. Jadi, teruskan request lagu-lagu Riz dan Stacy juga di semua stesen-stesen radio! Sukses! Sukses!

Monday, February 22, 2010

THE RESULT....



Setelah lebih 3 bulan saya letakkan soalan @poll... .. "Riz Hairstyle.... Which Do you Prefer?" di blog ini... saya rasa terharu kerana mendapat respons baik daripada anda pengunjung setia blog ini. Terima kasih di atas sokongan anda. Soalan ini saja-saja saya kemukakan kat sini kerana pada ketika itu terlalu banyak 'suara' yg duk bercakap pasal 'style' rambut si Riz ni.

Dan, sekarang tibalah masanya untuk melihat keputusannya kan... Berikut adalah keputusan undian tersebut....

1) Gegar U (55%)

2) Final AF6 (23%)

3) Konsert ke-8 AF6 (18%)

4) Launching Album (3%)

5) Murai.com (3%)

Secara keseluruhannya, ramai yg gemarkan style rambut Riz ketika menjayakan Konsert Gegar U pada tahun 2008. Rambut panjang Riz di 'blow' cantik pada malam itu. Nampak handsome kan... Tapi bukanlah bermakna Riz kena ikut keputusan 'poll' ni... saja untuk suka-suka.

Personally, saya suka dengan imej rambut panjang Riz (tapi jangan over panjang ..cam sekarang dah okay) dan Riz juga nampaknya selesa begitu... sesuai dengan kematangan usianya.

Gaya terkini (2010)@Audition AF8

Jujurnya, saya gembira dengan perubahan style rambut dan imej yg cuba dan sedang Riz lakukan kini. Setidak-tidaknya, Riz memang mengambil cakna dengan setiap pandangan peminat dan orang di luar sana. Namun, semua ini akan memakan masa dan insya-Allah Riz akan sentiasa memberikan yg terbaik untuk peminat dan dirinya sendiri..(agaknya itulah antara kata hati Riz... pandai pandai sendiri teka ..hahaha)

Seiring dengan ini juga, diharapkan stesen-stesen radio akan dan selalu memutarkan lagu-lagu dari album Riz 'Bermula Semula' .. sebagaimana lagu-lagu Stacy yg sering ke udara ..Insya-Allah... moga ada sinar menanti ...

Friday, February 19, 2010

RIZ@RAKAMAN HELLO MALAYSIA, BERNAMA TV


Pictures credit to
Dior@Facebook

Riz bersama Amylea Azizan dan Dior(Shahril Shaari) ditemuramah oleh Hilmy Ashley untuk program Hello Malaysia @ BERNAMA TV semalam.


Thursday, February 18, 2010

STACY ENGGAN FOKUS DUA SERENTAK



Oleh
Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my


KEUPAYAAN vokal dan persembahan ligat Stacy atau Stracie Angie Anam setiap kali beraksi atas pentas sangat mengagumkan. Meskipun bertubuh genit, kelincahan dan tenaga ditonjolkan bersama barisan penarinya sukar ditandingi.

Bakatnya terbukti apabila penyanyi remaja dan belia Sabah itu melonjak mencapai puncak kegemilangan bergelar juara Akademi Fantasia 6 (AF6).

Kejayaan itu berterusan dipilih Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.

Bagaimanapun, penyanyi menempa nama menerusi lagu Aku Stacy dan Pakai Buang belum puas terhadap pencapaiannya. Pendek kata, kejayaan lebih bermakna andai peminat berpuas hati dengan penyampaian lagu dan persembahan.

"Perkataan pertama kepada mereka ialah terima kasih. Sokongan keluarga, komposer dan peminat jadi pembakar semangat sejak zaman AF6 hingga sekarang. Memang impian mana-mana pendatang baru mahu bergelar penyanyi profesional.

"Jadual saya sibuk sepanjang Mac dan April depan. Hasrat melanjutkan pelajaran yang tersekat beberapa tahun lalu tercapai akhirnya. Bermula 1 Mac ini, saya memulakan pengajian Diploma Bunyi dan Muzik di Universiti Kreatif dan Teknologi LimKokWing.

"Pada masa sama, jadual dan pelajaran dirancang awal agar tidak bertindih. Saya tidak mahu keadaan kelam-kabut kerana jadual tidak teratur. Saya harap pengajian ditamatkan lebih awal iaitu dua tahun berbanding tiga tahun ditetapkan.

"Pada penghujung Mac juga, saya tampil finalis melalui dua lagu dalam Hits1 RTM. Pakai Buang untuk lagu solo dan duet bersama Adam melalui Menggegar Dunia.

"Cabaran memang hebat. Lapan penyanyi berpengalaman serta hebat seperti Ella, Tomok
, Misha Omar, Faizal Tahir dan beberapa lagi nama popular akan bersaing bersama saya,"
katanya.

Buat masa ini, Stacy sedang proses menyiapkan video klip bagi single baru, Jahat. Lagu ciptaan Edry Abd Halim itu akan diputarkan di stesen radio tidak lama lagi.

Meskipun mendapat tawaran berlakon filem dan drama, Stacy terus terang mengatakan mahu lebih dikenali sebagai penyanyi.

"Bidang lakonan istilah baru. Beralih ke bidang lakonan dan serta-merta jadi pelakon tidak dirasakan sesuai buat masa ini.

"Sukar fokus dua bidang serentak. Saya tidak kejar populariti kononnya nama lebih terkenal jika jadi pelakon pula. Saya ada pendirian dan tidak mahu terburu-buru berubah fikiran apabila dapat tawaran.

"Buat masa ini, keutamaan pelajaran dan karier. Saya syukur bidang diceburi membolehkan saya tampung hidup sendiri dan menyara keluarga.

"Walaupun berkesempatan bertemu tiga kali setahun, ibu dan keluarga datang dua atau tiga kali setahun menjenguk saya di Kuala Lumpur. Kadang-kadang mereka tinggal selama sebulan di sini,"
kata Stacy.

Bagi dua pencalonan kategori ABPBH tahun ini, Stacy sekali lagi dicalonkan untuk dua kategori. Selaku top 5 finalis ABPBH, Stacy akan mempertahankan gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Gandingan bersama Adam melalui lagu Menggegar Dunia, mereka juga finalis Top 5 kategori Artis Berkumpulan atau Duo Popular.

Jika dua bulan lalu, rambut Stacy dipenuhi pelbagai warna, dia ini mengenakan imej rambut pendek.

"Sebenarnya imej rambut pendek gaya baru. Saya mahu kelainan. Sehari selepas final Anugerah Juara Lagu (AJL24) di Stadium Putra, Bukit Jalil, saya ambil keputusan memotongnya.

"Sebelum itu, pakar salun menyuruh potong. Banyak rambut gugur berikutan penggunaan pewarna rambut berlebihan. Sekarang, lega kerana rambut kembali asal seperti zaman usia 15 tahun,"
katanya sambil ketawa kecil.

Stacy berkata, dia suka tajuk pelik pada setiap lagu nyanyiannya. Tajuk lagu dan single seperti Gagap, Pakai Buang dan Jahat membuktikan realiti itu.

"Ramai peminat tanya menerusi laman web saya mengapa tajuk lagu pelik. Kebanyakan idea pencipta lagu, Edry. Dia suka tajuk pelik dan tanya saya, saya kata setuju kerana ada kelainan.

"Apa pun, paling penting peminat dapat menerima Stacy seperti pernah kenali sebelum ini. Saya akan kekal seperti ini untuk terus menghiburkan peminat di mana saja saya berada,"
kata Stacy.

Ditanya apakah dia kecewa lagu Pakai Buang tidak muncul juara Anugerah Lagu ke-24, baru baru ini, Stacy berkata, lagu itu antara lagu terbaik melonjak populariti.

"Lumrah pertandingan, ada menang, ada kalah. Saya tidak rasa kalah sebaliknya lagu itu membuatkan diri lebih dikenali. Lagu Aku Stacy juara carta Era dan Muzik Fm sementara Pakai Buang juara carta Era. Menggegar Dunia berada dalam kedudukan empat teratas beberapa stesen radio sekarang," katanya.

Berbicara mengenai teman lelaki, Stacy mengaku belum sedia bercinta.

"Terus terang, saya belum sedia. Hubungan dua hati terlalu serius bagi usia sekarang. Saya mahu menyimpan duit dan membuka perniagaan sendiri pada masa depan.

"Antaranya membuka restoran atau studio rakaman. Paling penting, tidak lupa membalas jasa keluarga ibu, bapa dan adik-beradik yang banyak berkorban selama ini,"
kata Stacy.

Sebelum menyertai AF6, Stacy mencuba bakat dalam program realiti nyanyian seperti One in a Million (OIAM) dan Gang Starz.

Tuesday, February 16, 2010

FOTO RIZ@RAKAMAN APA KATA M


Photos credit to
Ayu Giler@Facebook

Riz ketika sesi Audition AF8@Stadium National Bukit Jalil, ditemuramah oleh Ajieb untuk rancangan Apa Kata M @ Murai.com.


More pictures @
http://www.facebook.com/home.php?#!/album.php?aid=18031&id=100000032287041

Monday, February 15, 2010

STACY@PROMENADE BOULEVARD,KOTA KINABALU


Pictures credit to Stacy Frenz

Stacy buat persembahan bersama Adam @ KK, Sabah.

Sunday, February 14, 2010

AKADEMI FANTASIA STARS VISIT KRISTALFM STUDIO



Posted by
Marul@KRISTALFM


The studio was set abuzz a few days ago when a number of Akademi Fantasia (AF) stars dropped by to the KRISTALfm studio for an interview.

First to visit was Stacy, winner of AF season six. Stacy who is also the ambassador for Intimate products since 2009 and was currently in the country for the Intimate Brunei Tour and also promote her upcoming album.

In the studio to interview her was DJ Yante. Fans were also able to SMS, Tweet or call-in their questions. During the interview, Stacy also went into details on her current and future projects. Being her first time in Brunei, she was very excited and felt welcomed as the Bruneians are very supportive of her. She said she'll be happy to perform in Brunei if it's granted.

Just about a week after Stacy's visit to the KFM studio, a group of 4 AF6 stars dropped by again for an interview with DJ Dafy. The group consist of Nadia, Aliff, Ika and Riz. They said their objective was to visit Brunei and also meet their fans here.

During the interview they talked about their latest projects and promote the singles they have all recently released. Fans also had a chance to chat with them via the KFM's chatroom or call-in to talk to any of them.

More pictures

http://thelounge.simpur.net.bn/photo/photo/listForContributor?screenName=simpurlounge


Saturday, February 13, 2010

APA KATA M@MURAI.COM ~ EPISOD 3:Riz Jadi Mangsa Fesyen AF6



Oleh:
Razif Rosdi

Naib Johan Akademi Fantasia 6 (AF6), Riz meluahkan perasaan kesal apabila fesyen yang digayakan sewaktu konsert AF6 mendatangkan pelbagai spekulasi. Benarkah ia memalukan Riz? Siapakah yang patut dipersalahkan?

Tonton videonya dalam Apa Kata M @ Murai.com



Antara komen-komen fans Riz@murai …..

Kpd fans Riz, dptkn 1st album Riz dipasaran ye. Support Riz k..Kpd Astro, tlg bantu promo album bintang2 AF lain sama. tq. ~ grafik

Pedulikan mereka!!!Riz kena tabah & teruskan usaha hingga berjaya...Sabar itulah kunci pd kejayan...Riz pasti boleh... ~ pinki

Rasanya Riz nmpk lbh manis n encem dgn kumis tipis hiasan dan sedikit janggut...tp mcm skrg pun not bad..apapun penampilan Riz sentiasa nmpk macho n tampan pd aq ~ catriz

Bab berpakaian ni Riz mmg fail skit lbh2 lagi dia takde image consultant. Hrp2 lps ni Riz dptkn nasihat pakar..dn yg penting kene lbh konfiden dgn ape saja yg Riz lakukn k..good luck Riz. ~ flora

siapa kata riz merajuk.dia cuma meluahkan fakta yg sebenar.kira telus dan berani le riz ni. ~ fanzz

Yg penting skrg ni RIZ nmpk lebih encem dan smart...body pun dah makin slim...harap RIZ maintainkan bentuk bdn skrg ya..luv u RIZ... ~ fatihah

Apa pun harap riz trus tabah dlm menempuh ujian dlm mjadi penyanyi yg disegani satu ari nnti...bykkan bsbr n yakin pd diri...persetankan pd pengutuk2...jadikan itu semua sbgai cabaran yg perlu ditempoh...peminatmu sentiasa ada diblkg rizz.. ~ ning

jgn peduli apa orang kata riz,jgn pth smgt!!terusss kann usaha untuk maju ke hadapan..tempuhi sgla rintangan dgn hati yg cekal dan tabah.. ~ kakN

Jom bersama Ajieb setiap minggu mencari gadis bertuah yg di make-over selain menyelami pengalaman mereka dalam merancakkan Akademi Fantasia 8. Ikuti juga informasi fesyen dan gossip terkini AF8 bersama selebriti, wartawan dan penggiat seni popular.

http://www.murai.com.my/ekstra/akm/



JANGAN RISAU SANGAT~RIZ




Assalamualaikum....

Jangan ler risau sangat dengan komen yg saya berikan kat dalam artikel (B Pop)... memang betul saya ada memikirkan sampai bila harus saya tunggu radio untuk putarkan lagu saya... tetapi dalam masa yg sama, saya belum sampai ke tahap putus harapan untuk tidak menyanyi lagi...

Ringkasan dari cerita ini bermaksud, saya akan cuba menahan sabar dan berusaha untuk menempatkan lagu-lagu saya di dalam radio2 tempatan supaya dapat didengari oleh peminat saya yg masih tak jemu2 menyokong dan berdoa untuk saya... tapi kalau dah memang tak ada rezeki saya kat sini, saya redha dan terpaksa mencari jalan lain untuk masa depan saya... saya pasti kalau anda semua pun akan buat benda yg sama... tapi saya harap sangat2 benda ni takkan berlaku sebab saya sayang sangat kerjaya saya ni... dari kecik saya nak menyanyi... adakah nyanyian saya hanya utk sekadar saya berkaraoke sendiri...? Saya serahkan kepada Allah untuk menentukannya...


Inilah petikan respons Riz berkenaan isu 'merajuk' tempohari@Forum RizFc.

Friday, February 12, 2010

OK KE TAK?



Apa pendapat anda tentang cover album Riz 'Bermula Semula'?

Sebenarnya, saya baru terjumpa satu topik @ Cari Forum berkenaan tajuk ini. Namun, sebagai peminat saya rasa sangat terkilan dan marah dengan kutukan-kutukan yg dilemparkan berkenaan cover album Riz ini.

Kritik boleh tapi jangan sehingga tahap mengutuk dan mengaibkan orang. Saya tak sanggup nak baca semua komen-komen kat situ.

Kat bawah ni adalah komen jujur dari Rindok Blog (Celebrity & E News).....


Kulit Album Riz AF6 Ala-ala 70′an gitu?

Ni dia kulit album Riz AF6 yang dikatakan Ala-ala 70′an gitu.. Rindok Blog suka tengok konsep “Ala-ala 70′an gitu” yang diserlahkan. Kulit Album Riz AF6…Menarik dan segar!


Credit to Rindok Blog

Related Posts with Thumbnails