JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Thursday, February 11, 2010

STACY & AKIM DAH PUTUS CINTA?



Oleh
Fadhil@Majalah Mangga


PENYANYI cun melecun Stacy yg lincah menari ni pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi kacak-Akim. Tiba-tiba dikatakan Stacy dah putus cinta dengan Akim ketika hubungan cinta baru terjalin. Jom kita baca pengakuan Stacy!

"Hehe...kelakar juga bila timbul gosip mengatakan Stacy dan Akim baru putus cinta sedangkan kami tak pernah bercinta pun. Semua ini timbul sebab ada yang salah faham bila kami berkawan rapat.

"Kalau ada yg anggap gosip itu betul, percayalah semua itu tak pernah berlaku. Buat masa sekarang Stacy masih single dan belum jumpa dengan lelaki yg boleh buat Stacy jatuh cinta.

"Tak dinafikan ciri-ciri lelaki idaman Stacy ada pada Akim tapi hakikatnya kami hanya kawan.

"Stacy pun tak boleh cakap tak nak bercinta atau tidak. Mungkin belum tiba waktunya lagi.

"Bercakap pasal rambut baru ni, Stacy potong sebab rambut lama dah rosak. Bagus jugak sebab Stacy nak cuba style baru pulak. So far ramai cakap rambut sekarang sesuai dengan imej Stacy.

"Tapi bila fikir-fikir balik, selepas ini Stacy nak bela rambut balik supaya panjang. Stacy rindulah rambut yang dulu. Hehe..

"Tentang kerjaya, Stacy akan muncul dengan single terbaru berjudul Jahat ciptaan sepenuhnya oleh Edry.
Mangga doakan Stacy terus sukses dan semakin diminati ramai. Sikap budi bahasa Stacy boleh dijadikan contoh kepada artis-artis remaja yang lain. Syabas!


(Petikan daripada majalah Mangga keluaran Mac 2010)


No comments:

Related Posts with Thumbnails