JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, February 28, 2010

SYAMSUL, STACY PERNAH INTIM


Oleh Zubir Mohd Yunus@B Pop(28/2/2010)

SELEPAS puas dipujuk, pelakon dan pengarah muda, Syamsul Datuk Yusof, 26, akhirnya mengakuinya dirinya pernah menjalin hubungan intim dengan juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Stracie Angie Anam atau Stacy, 19, sejak kali pertama bertemu penyanyi remaja berkenaan di Genting Highlands pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 tahun lalu.

Namun, Syamsul juga menyifatkan hubungan itu belum sampai tahap dalam percintaan sebaliknya lebih kepada hubungan erat sebagai kawan atau dalam dalam perkataan yang sering diguna pakai dalam konteks itu ialah ‘teman tapi mesra’.

Selama ini hubungan mesra Syamsul dan Stacy tidak berjaya di hidu pihak wartawan sehinggalah program hiburan popular TV3, Terjah siaran 22 Februari lalu mendedahkan kereta BMW warna putih milik anak kesayangan penerbit filem dan drama terkenal, Datuk Yusof Haslam itu dilihat beberapa kali berada di perkarangan rumah Stacy sebelum ini.

Syamsul pula dalam kenyataannya kepada program berkenaan tidak menafikan dia pernah mengunjungi rumah Stacy, namun melahirkan rasa terkejut kerana tidak menyangka pihak wartawan akhirnya berjaya juga menghidu perhubungannya dengan Stacy.

Pengarah filem Evolusi KL Drift 2 (EKLD2) itu ketika dihubungi, baru-baru ini berkata, kali pertama dia mengenali Stacy apabila melihat persembahannya pada malam ABPBH 2008 tahun lalu dan sejak itu perhubungan mereka semakin mesra, bukan saja bersama Stacy, malah Syamsul juga berkawan rapat dengan anggota keluarga Stacy yang lain apabila mereka turut menetap bersama penyanyi berkenaan di Puchong, Selangor ketika itu.

“Saya tak nafikan hubungan saya dan Stacy memang intim, namun ia sama sekali tidak membabitkan sebarang perasaan cinta antara kami. Ketika saya mengenali Stacy, jadual kerja saya tidak padat, justeru kami sering berhubungan menerusi telefon dan tak dinafikan, saya juga pernah mengunjungi rumah Stacy beberapa kali yang didiaminya bersama anggota keluarganya lain.

“Pada masa sama, saya juga mempunyai perancangan untuk menghasilkan lagu duet bersama Stacy untuk dimuatkan menerusi album runut bunyi filem EKLD2. Justeru, kami sering berhubungan dan berbincang mengenai projek album berkenaan. Lagipun Stacy dan anggota keluarganya yang lain jenis selamba dan happy go lucky, maka saya selesa berkawan dengan mereka.

“Tapi, hubungan mesra kami tidak kekal lama kerana projek duet saya bersama Stacy tidak menjadi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Kebetulan jadual kerja saya kembali sibuk dengan proses akhir pembikinan EKLD2 dan pengarahan filem terbaru, Khurafat. Justeru, kami tidak lagi berhubungan seperti selalu, telefon pun dah jarang, cuma sekali sekali kami sekadar berbalas SMS saja.

“Saya juga sudah tidak lagi berkunjung ke rumah Stacy kerana kekangan waktu yang begitu terhad disebabkan kesibukan saya di studio dan lokasi penggambaran. Pada waktu sama, Stacy dan keluarganya turut berpindah ke rumah baru. Saya sendiri tidak tahu di mana lokasinya. Namun, untuk mengekalkan persahabatan, sekali sekala saya ada menghubungi Stacy untuk bertanya khabar,”
terang
Syamsul berterus-terang.

Sementara itu, Stacy ketika dihubungi memberikan kenyataan yang sama apabila mengakui mengenali Syamsul ketika bertemunya pada ABPBH 2008 dan sejak itu mereka mula berkawan rapat.

“Selepas perkenalan itu, kami mula berkawan baik. Dalam masa sama, Syamsul juga rapat dengan anggota keluarga saya yang lain. Kami senang berkawan dengan Syamsul kerana dia seorang yang ‘gila-gila’. Saya tak nafikan, memang Syamsul pernah beberapa kali bertandang ke rumah saya di Puchong. Namun, bukan kami berdua saja di rumah berkenaan kerana anggota keluarga saya yang lain pun tinggal bersama.

“Syamsul juga pernah menyuarakan hasratnya untuk berduet dengan saya dalam lagu yang akan dimuatkan menerusi album runut bunyi filem EKLD2, justeru kami sering berhubung dan berbincang mengenai perkara berkenaan, namun sayangnya Syamsul memaklumkan kepada saya, projek duet itu tidak dapat diteruskan kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Pun begitu, saya ingin menafikan kami menyimpan perasaan cinta di hati masing-masing. Perhubungan kami belum sampai ke fasa percintaan. Sekadar berkawan rapat. Selepas projek duet itu tidak menjadi, Syamsul pula sibuk menguruskan kerjaya, justeru kami tidak lagi sering berhubungan seperti kelazimannya. Tapi, saya tak nafikan, adalah sekali sekala kami berhubungan menerusi telefon bertanya khabar.

“Lagipun sejak saya dan keluarga berpindah ke rumah baru di Bandar Kinrara, Syamsul belum pernah datang ke sana. Mungkin dia sekarang terlalu sibuk dengan kerja dan saya pula sibuk dengan aktiviti nyanyian. Namun, saya tidak nafikan, suatu ketika dulu memang kami berkawan rapat, namun bercinta tidak sekali,”
kata Stacy menjelaskan kedudukan perkara sebenar.

No comments:

Related Posts with Thumbnails