Setelah lebih 3 bulan saya letakkan soalan @poll... .. "Riz Hairstyle.... Which Do you Prefer?" di blog ini... saya rasa terharu kerana mendapat respons baik daripada anda pengunjung setia blog ini. Terima kasih di atas sokongan anda. Soalan ini saja-saja saya kemukakan kat sini kerana pada ketika itu terlalu banyak 'suara' yg duk bercakap pasal 'style' rambut si Riz ni.
Dan, sekarang tibalah masanya untuk melihat keputusannya kan... Berikut adalah keputusan undian tersebut....
Secara keseluruhannya, ramai yg gemarkan style rambut Riz ketika menjayakan Konsert Gegar U pada tahun 2008. Rambut panjang Riz di 'blow' cantik pada malam itu. Nampak handsome kan... Tapi bukanlah bermakna Riz kena ikut keputusan 'poll' ni... saja untuk suka-suka.
Personally, saya suka dengan imej rambut panjang Riz (tapi jangan over panjang ..cam sekarang dah okay) dan Riz juga nampaknya selesa begitu... sesuai dengan kematangan usianya.
Gaya terkini (2010)@Audition AF8Jujurnya, saya gembira dengan perubahan style rambut dan imej yg cuba dan sedang Riz lakukan kini. Setidak-tidaknya, Riz memang mengambil cakna dengan setiap pandangan peminat dan orang di luar sana. Namun, semua ini akan memakan masa dan insya-Allah Riz akan sentiasa memberikan yg terbaik untuk peminat dan dirinya sendiri..(agaknya itulah antara kata hati Riz... pandai pandai sendiri teka ..hahaha)
Seiring dengan ini juga, diharapkan stesen-stesen radio akan dan selalu memutarkan lagu-lagu dari album Riz 'Bermula Semula' .. sebagaimana lagu-lagu Stacy yg sering ke udara ..Insya-Allah... moga ada sinar menanti ...
No comments:
Post a Comment