Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.
Harap maklum.
Tuesday, August 31, 2010
VIDEO RIZ @ YOK SAHUR 3 SESI KEDUA
Monday, August 30, 2010
'1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI'
Saturday, August 28, 2010
RIZ @ MEDIA HIBURAN EDISI KHAS AIDILFITRI 2010
RIZ SERLAH BAKAT MEMASAK
Oleh Alin
Foto Ruben
Terima Kasih Pak Su Corner, Shah Alam
STACY RANCANG DENDANG LAGU BALADA @ HARIAN METRO 28/8/2010
Oleh Elrafaei Sapi
Dua kali pandang, ia sebenarnya adalah juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Stacy Angie Anam atau Stacy.
Dengan solekan, tebal, berkimono dan berkipas, Stacy dengan yakin melakonkan watak wanita Jepun dalam video muzik terbarunya, Jahat. Ia sudah pun rancak ditayangkan di kaca televisyen terutama di Astro ketika ini dan mendapat perhatian ramai.
Stacy, 20, yang kini bercuti panjang di Kota Kinabalu, Sabah bersama keluarganya berkata maklum balas yang baik terhadap lagu Jahat. Ia boleh dianggap satu lagi pencapaian terbarunya selepas Aku Stacy, Pakai Buang dan Gagap.
Katanya, idea serta konsep penerbitan MTV berkenaan terhasil melalui perbincangan antara produser KRU Studios, Johan Lucas bersama pengarah video muzik itu, Ghaz Abu Bakar yang mahu membawa imej sebegitu bersesuaian dengan cerita yang ingin disampaikan.
"Penggambaran video muzik ini dilakukan sekitar Mei lalu. Saya sendiri sangat suka dengan imej wanita Jepun kali ini bak seorang Geisha yang saya anggap sungguh dramatik dan menyeronokkan. Pun begitu ia tidak lari dari asas genre saya iaitu 'dance music' yang rancak.
"Selepas melihat saya disolek tebal, saya rasa sungguh bersemangat, tetapi pada masa yang saya terasa lucu. Ghaz juga banyak memberikan tunjuk ajar yang baik agar saya mendapat 'mood' terbaik.
"Walaupun penggambaran mengambil masa sehari suntuk, rakamannya tetap berjalan lancar dan saya sangat gembira melihat hasil lagu Jahat.
"Lagunya mengisahkan seorang gadis yang serik bercinta kerana pengalaman yang pernah dilalui bersama pasangannya, tetapi akhirnya dia bercinta semula akibat dipukau oleh seorang lelaki.
"Selepas video muzik ini dipertontonkan kepada peminat, mereka juga sukakan konsep dan persembahan saya yang sungguh berbeza kalau dibandingkan dengan video muzik sedia ada," katanya.
Tidak syak lagi lagu Jahat akan menaikkan lagi nama Stacy di mata peminat muzik tempatan selepas kali terakhir mempertaruhkan Menggegar Dunia bersama Adam AF.
Kata Stacy, sehingga kini, semua lagunya berentak pantas. Jadi untuk langkah seterusnya, dia sudah merancang untuk menyanyikan pula lagu balada yang 'powerful.'
"Saya mahu pelbagaikan corak nyanyian saya. Ia juga untuk memecah kebosanan peminat," katanya.
Sepanjang Ramadan ini, persembahan Stacy kurang sedikit dan ini membolehkan dia sama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa di sana sini.
"Aidilfitri nanti, saya juga muncul dalam program Lawaknya Fantasia Raya dan projek album Salam Aidilfitri yang menampilkan Mawi, Hafiz, Akim, Faizal Tahir, Shila, Tomok dan barisan penyampai Hot FM.
"Selalunya apabila tiba hari raya, saya juga meraikannya dengan sahabat di Sabah. Seronok dapat mengunjungi rumah terbuka. Mungkin raya ketiga saya pulang lagi ke Sabah untuk cuti raya," katanya.
"Saya gembira dengan layanan AESB. Tiada istilah anak emas seperti yang pernah digosipkan. Saya melihat semua artis yang berada di bawah AESB dilayan sama rata.
"Sepanjang tiga tahun ini, saya bersyukur dengan perjalanan karier sendiri. Buat masa ini, saya belum membuat keputusan hala tuju selepas kontrak tamat.
"Kalau ditakdirkan saya perlu bergerak sendiri satu hari nanti, saya sudah bersedia. Memang perasaan takut terhadap persaingan itu wujud, tetapi apa yang penting, penyanyi harus berani mencari kelainan dan mengekalkan pencapaian," katanya.
Menyentuh soal peribadi, Stacy menyatakan dia masih mahu memberi sepenuh fokus terhadap karier. Dia tidak merancang untuk bertemu jodoh secepat mungkin, tetapi tidak menolak jika ditakdirkan.
"Walaupun saya pernah dikaitkan dengan artis AF lain, hubungan kami sebenarnya hanya sebagai kawan. Sebolehnya, saya tidak mahu komen panjang mengenai jodoh, takut nanti peminat saya bising.
"Saya rasa bercinta juga perlu mengikut mood. Buat masa ini, mood itu belum sampai dan saya belum lagi ada perancangan untuk hubungan yang serius. Atas sebab itu, saya lebih senang memberi sepenuh perhatian kepada karier. Saya belum puas bantu keluarga dan memberi sumbangan seni kepada perkembangan tanah air yang saya cintai," katanya dalam nada patriotik.
Friday, August 27, 2010
RIZ @ HAI ISU BUMPER RAYA 2010
Oleh Aisamurni Suparman
Foto Noor Asrekuzairey Salim
Namun tidak seperti tahun-tahun lepas, nampaknya Riz sedikit sunyi tahun ini apabila semua kakaknya beraya di rumah mentua masing-masing.
"Disebabkan semua kakak dah berkahwin, tahun ini mereka beraya di rumah mentua, jadi tinggallah saya dengan emak dan ayah saja. Jadi sunyilah sedikit. Jadi, saya rancang bawa emak dan ayah bercuti di hari raya.
"Yang seronok masa raya bila kami sekeluarga dapat berkumpul di rumah opah di Kajang, Selangor. Masa inilah opah akan buat acara baling duit syiling kepada semua cucunya. Saya dan kakak-kakak serta sepupu-sepupu yang dah besar ni pun joint sekali he he he...
"Memang seronok sebab masa inilah masing-masing berebut-rebut. Siapa cepat, dapat banyak duit syiling. Yang dah besar pun tak nak kalah sama berebut.
"Saya rasa tak ramai famili yang ada tradisi macam ini dan Insya Allah kalau saya berkahwin nanti, saya nak teruskan tradisi ini sampai bercucu-cicit," cerita Riz yang bakal muncul dengan single terbaru berjudul Cinta Ini, tidak lama lagi.
Jangan lupa dapatkan HAI terbaru di pasaran sekarang!
Monday, August 23, 2010
GAMATNYA YOK SAHUR 3 DI RUMAH SYIFA'
Petikan daripada artikel @ murai.com
Persinggahan kedua Yok Sahur 3 bersama Maggi di Rumah Anak-Anak Yatim Dan Saudara Baru Shifa', terus mendapat sambutan hangat pada pagi subuh Sabtu lalu ( 21 Ogos 2010) apabila lebih 30 selebriti popular datang bertandang untuk bersahur bersama anak-anak Shifa'.
Malah kehadiran artis dan tetamu yang begitu ramai juga telah menjadikan keadaan di Lorong Bunga Cina, Taman P.Ramlee, Setapak ini penuh sesak dengan kenderaan dan sepertimana pada sesi pertama minggu lalu, ia kelihatan seolah-seolah kenduri kahwin di malam hari ditambah dengan hadirin yang datang berbaju melayu dan dan pakaian kebangsaan lain.
Program dimulakan dengan aktiviti mengejutkan anak-anak Shifa' bangun dari tidur oleh selebriti-selebriti wanita kerana berbeza dengan sesi pertama, kesemua penghuni rumah amal ini terdiri dari kaum hawa. Seperti biasa, pelbagai karenah dan ragam dapat dilihat dari aktiviti kejut-mengejut kerana bukan semua dapat terus bangun dari tidur yang lena.
Majlis pagi itu kemudian diserikan lagi dengan marhaban secara beramai-ramai oleh semua hadirin dan seterusnya, para tetamu dijemput menjamah juadah bersahur yang disediakan oleh pihak Maggi. Antara yang istimewa ialah sebahagian dari juadah bersahur pagi itu disediakan oleh tukang masak terkemuka, Chef Ismail.
Keseluruhannya, majlis bersahur pada malam itu diserikan dengan telatah Along Raja Lawak dan Roslan Shah yang begitu kreatif menghiburkan tetamu dengan lawak jenaka mereka sehingga membuatkan ramai tak kering gusi.
Antara selebriti lain yang turut hadir ialah Zila, Adira AF8, Anum AF8, Khir Rahman, Diana Danielle, Zizi dan Cat Farish dari Fabulous Cat, Fizz Fairuz, Farawaheeda, Ayu OIAM, Adila AF7, Ernie, Isma AF8, Zul 2 By 2, Razali Hussein, Farhan, Ifa Raziah, Heliza dan beberapa nama besar lain dalam industri hiburan tanahair.
Along ketika ditemubual portal murai memberitahu: "Program ini memang sesuatu yang bagus, saya sendiri pun seronok menghadiri program ini, selain beramal kita sendiri dapat bergembira dan meluangkan masa dengan rakan-rakan artis yang lain. Yalah kalau ikut waktu-waktu lain masing-masing sibukkan, tapi malam ini dapat jumpa dan selain beramah mesra dengan anak-anak yang kurang bernasib baik ini, kami sendiri sesama selebriti dapat mengeratkan silaturrahim.
Heliza yang sudah menyertai Yok Sahur pada sesi pertama minggu lalu, hadir sekali lagi pada malam itu dan bercadang untuk terus menyertai Yok Sahur hingga ke sesi terakhir nanti.
Anak-anak ini turut menerima cenderamata daripada Astro Ceria dan murai.com.my serta sumbangan kek dari Murai dan Maggi yang disertakan sekali dengan sambutan hari jadi Farhan.
Jangan melepaskan peluang untuk menonton Gala TV di Astro Awani (saluran 501) jam 4.30 petang esok untuk menyaksikan sedutan rakaman sepanjang berlangsungnya Yok Sahur 3 bersama Maggi di lokasi kedua ini.
Tambah istimewa, nantikan program Yok Sahur 3 yang akan disiarkan selama setengah jam di Astro @15 pada jam 9 malam bermula Khamis ini (26 Ogos 2010).
Sunday, August 22, 2010
VC STACY BERSAMA SHILA, ALEYA & FARA FAUZANA ~ BUNGA API DI HATI
Credit to mySHILAfc
Gandingan STACY bersama Shila dengan dua Dj Hot Fm, Fara Fauzana dan Aleya menyampaikan lagu raya, Bunga Api Di Hati. Lagu ini dimuatkan dalam album Hangatnya Raya HOT FM.
Saturday, August 21, 2010
STACY @ PERJALANANKU......
Credit to izzah1237
Jom saksikan Perjalanan Stacy sebagai penyanyi...dalam program 'Perjalananku....' episod bersama Stacy.
Wednesday, August 18, 2010
HAPPY BIRTHDAY STACY!
Tuesday, August 17, 2010
RIZ~STACY@MANGGA SEPTEMBER 2010
KELUARGA STACY MINAT & SUKAKAN AKIM
Oleh Fadhil Abdollah
Foto Zakaria Idris
Cerita Stacy:
“Stacy akui memang bahagia dengan Akim tapi hanya bahagia sebagai kawan je..hehe. Tentang cinta tu, Stacy hanya berserah kepada Tuhan. Kalau ada jodoh, ada la tu……”
“Keluarga Stacy pun tak kisah gosip yang melanda Stacy dan Akim. Mereka faham situasi Stacy sebagai artis dan merestui hubungan kami sebagai kawan. Lagi pun mereka memang minat dan sukakan Akim.”
“Keluarga memberi kebebasan kepada Stacy untuk berkawan dengan sesiapa pun asalkan pandai jaga diri dan tidak lupakan keluarga.”
“Bercakap pasal kerjaya, Stacy lega sangat ramai peminat suka dengan lagu Jahat. Stacy juga dalam proses untuk siapkan album kedua. Single Stacy sebelum ini dan beberapa lagu baru akan dimuatkan dalam album kedua.”
“Menyentuh tentang puasa, Stacy pernah beberapa kali cuba berpuasa. Kadang-kadang kalau tak tahan lapar, Stacy puasa separuh hari je la..hehe. Juadah raya yang Stacy suka pula adalah kuih batang buruk, sarang semut dan lemang yang dimakan bersama kari ayam. Memang best!”
RIZ BERAYA DENGAN RAMBUT BARU!
Oleh Tajul Ariffin Abu Hassan
Foto Shahril Azman Zain
WAH… semakin segak dan bergaya empunya nama sebenar Mohammed Idris Mohd Zaizizi atau Riz ni sejak berimej rambut pendek. Nampak kemas dan segak! Mesti Riz potong rambut sebab nak bergaya di hari raya ni kan? Jom dengar cerita Riz!
Cerita Riz :
“Sebenarnya saya dah lama ingin memotong pendek rambut saya ni. Iyalah, dah dua tahun saya bergelar artis dengan imej berambut panjang. Teringin jugak nak menukar imej.
“Lagipun peminat pun ramai yang suruh saya berimej begini sebab nampak lebih kemas dan segar.
“Tak dinafikan saya gembira dengan keputusan berambut pendek. Sekarang saya rasa lega dan rambut saya lebih senang diuruskan. “Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, saya akan pulang beraya di rumah keluarga di Grik, Perak. Insya Allah kalau tak sibuk, saya akan pulang pada malam raya nanti.
“Pengalaman menyambut lebaran yang paling tak boleh saya lupakan adalah pada tahun 2005. Waktu itu, keluarga saya mengalami sedikit masalah.
“Tapi bila tiba saja Syawal, masalah kami semua terus hilang begitu saja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dalam keluarga kami. Mungkin itu adalah keajaiban raya.
“Pengalaman yang saya lalui itu adalah pengalaman raya paling menakjubkan bagi saya yang tak akan saya lupa sampai bila-bila.”
Demikian cerita Riz yang sibuk mencari material untuk single terbarunya yang mungkin akan dirakam di Jakarta, Indonesia.
Mangga doakan Riz terus sukses dan berjaya dalam kerjaya ya!
Jangan lupa dapatkan Mangga keluaran terbaru yang telah berada di pasaran!
Monday, August 16, 2010
STACY@ALBUM HANGATNYA RAYA
Sebagai memberi pilihan kepada masyarakat yang menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, stesen radio Hot FM dengan kerjasama PMP Artist Management Sdn Bhd, Astro dan Mongkey Bone menghasilkan album raya berjudul Hangatnya Raya.
Album mengandungi enam buah lagu baru ini dinyanyikan penyampai Hot FM yang digandingkan bersama penyanyi popular.
Antaranya gandingan Faizal Ismail (FBI) bersama Faizal Tahir dan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir dalam lagu berjudul Tiba manakala Fara Fauzana, Leya, Stacy dan Shila OIAM menyanyikan lagu Bunga Api Di hati.
Lagu Rindu Yang Telah Pergi dan Hanya Kerana Cinta yang diberi sentuhan irama Rap pula menggandingkan Ikhwan bersama penyanyi popular Mawi, Kieran dan Tomok. Memeriahkan album ini adalah nyanyian beramai-ramai barisan penyampai radio dan artis tanah air melalui lagu Salam Lebaran.
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, album dan lagu raya berkenaan dihasilkan untuk menyerikan musim perayaan yang bakal tiba.
Album ini sudah berada di pasaran sejak 9 Ogos lalu. Selain itu, kandungan muat turun secara digital juga boleh di dapati melalui rangkaian Maxis dan seterusnya melalui semua operator tempatan. Tidak cukup itu, 2 minggu lagi, DVD yang memuatkan 6muzik video dari album Hangatnya Raya juga akan menyusul untuk menjadi sebahagian daripada koleksi peminat barisan artis yang ada.
Nantikan juga sesi bertemu peminat oleh barisan artis dan personaliti tidak lama lagi. Maklumat lanjut, teruskan mendengar Hot FM atau layari laman web www.hotfm.com.my.
Friday, August 13, 2010
VIDEO KLIP 'BERMULA SEMULA' @ MUZIK AKTIF
Credit to selendangpelangi91
Akhirnya ada juga yg rakamkan videoklip Riz 'Bermula Semula' @ Muzik Aktif ni... thank you so much pada Kak N yg inform dan pada adik Kak N yg gigih berusaha untuk merakamkan vide klip ini..thank you again..
Visual dan audio best...dapatlah tengok video klip ni berulang kali...so,enjoy the vc!
Teruskan request lagu-lagu Riz @ Muzik Aktif dan juga di stesen-stesen radio!
Thursday, August 12, 2010
MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE- 20 STACY
Monday, August 9, 2010
DUA 'SINGLE' DARI ALBUM RIZ 'BERMULA SEMULA' (FANMADE VIDEO)
~Cinta Ini~
~Bermula Semula~
Kedua-dua lagu ini adalah single RIZ untuk tahun 2010. Dua lagu ini terkandung dalam album pertama RIZ yg berjudul 'BERMULA SEMULA' yg telah pun berada di pasaran sejak akhir Disember 2009 yg lalu.
Tunjukkan sokongan anda pada RIZ dengan membeli album yg original sekarang!
Kulit album RIZ 'Bermula Semula'...
Berbaloi untuk anda membeli album ini dengan susunan lagu-lagu menarik iaitu Hanya Sandiwara (Versi 'live'), Harus Ku Yang Pergi, Bermula Semula, Ku Pinjam Satu Bintang (versi solo), Kau Wanita, Kehilangan Kamu, Cinta Ini dan Khilaf.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai album ini, sila tinggalkan pesanan di message box di blog ini @ emailkan ke tinieabd@yahoo.com
PICS@STACY'S BIRTHDAY CELEBRATION GLAM NITE (7/8/2010)
Foto Adriana Danielle @ Facebook
More pictures @
http://www.facebook.com/home.php?#!/album.php?aid=250872&id=614795796&ref=mf
Friday, August 6, 2010
LIHATLAH DUNIA BY STACY (OST DRAMA DOTTIE)
Hei Kau Yang Bermimpi Di Sana
Bukalah Matamu Dan Lihatlah Dunia
Indah Langit Bersinar Cerah
Inilah Harimu Jangan Di Sia-sia
Percayalah Kau Akan Menakluki Tiap Yang Kau Temui
Apa Saja Cabaran Yang Kan Tiba
Pasti Hilang Bila Berdepan
Dengan Senyuman Dan Hati Yang Ceria
O o o...
Apa Saja Impian Dalam Jiwa
Pasti Bisa Menjadi Realiti
Satu Hari Lihatlah Dunia
O o o...
Aku Seorang Gadis Cuma
Tapi Aku Percaya Pada Diriku
Biar Mereka Yang Mencerca
Katakan Apa Saja Takkan Mungkirkanku
Jangan Berputus Asa
Segalanya Di Dalam Tanganmu
Kau Pastikan Mampu
Lalui Semua Suka Duka
Tangis Tawa
O o o...
Apa Saja Cabaran Yang Kan Tiba
Pasti Hilang Bila Berdepan
Dengan Senyuman Dan Hati Yang Ceria
O o o...
Apa Saja Impian Dalam Jiwa
Pasti Bisa Menjadi Realiti
Satu Hari Lihatlah Dunia
O o o...
***Lirik lagu yang memberi motivasi untuk RIZ, STACY dan semua peminat serta pendengar di luar sana.... sentiasa positif dalam menjalani hidup ok....
Thursday, August 5, 2010
Tuesday, August 3, 2010
RIZ@PLANET SENI
Credit to selendangpelangi91
Riz muncul sebagai tetamu rancangan Planet Seni @ Muzik Aktif (1/8) bersama pengacara Eyeja dengan imej baru berambut pendek. I love your new look Riz!...
Monday, August 2, 2010
AJAI TAK KISAH KERJA DENGAN 'ORANG BARU'
Foto Azlandaniel
Artikel Gua.com.my
Bakat serta kredibiliti Ajai sebagai seorang penerbit serta komposer lagu sememangnya diakui ramai. Pernah merangkul pelbagai anugerah dalam bidang penciptaan lagu, Ajai boleh dikatakan sebagai antara komposer muda paling laris di Malaysia.
Pernah bekerjasama dengan penyanyi terkemuka seperti Dato' Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti, Ajai juga merupakan orang yang bertanggungjawab mengangkat nama-nama seperti Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Siti Sarah dengan lagu-lagu 'berhantu' ciptaannya.
Namun sejak kebelakangan ini, bekas suami kepada penyanyi cantik Nurul itu kelihatan aktif menerbitkan album serta menghasilkan lagu untuk penyanyi muda yang belum terbukti kebolehannya.
"Sebenarnya saya senang bekerjasama dengan artis-artis baru yang masih 'fresh' jika dibandingkan dengan penyanyi yang telah lama berkecimpung dalam dunia seni.
"Ini kerana penyanyi baru biasanya masih belum ada konsep dan itu memberi peluang kepada saya untuk menentukan apa yang terbaik buat mereka. Manakala penyanyi-penyanyi yang sedia ada mempunyai konsep sendiri dan saya perlukan masa untuk mengubah diri mereka.
"Saya juga tidak kisah untuk bekerja dengan orang-orang baru. Sebabnya semasa saya bekerja dengan Noryn Aziz, Rem, Misha, Dayang dan Siti Sarah dahulu, tiada siapa yang mengenali mereka kerana mereka juga orang baru.
"Tetapi kini dengan lagu-lagu yang hebat serta komitmen mereka dalam bidang seni, mereka semakin dikenali dalam industri kita," ujar Ajai yang juga pemilik syarikat rakaman, Wake The Baby.
Pilih Yang Berbakat Sahaja
Ditanya bukankah satu risiko untuknya menghasilkan album buat artis-artis baru jika dibandingkan dengan artis-artis ternama sedia ada, Ajai sebagai komposer tidak bersetuju dengan perkara tersebut.
Katanya dia hanya bekerja dengan penyanyi-penyanyi baru yang mempunyai bakat dan bukan semua penyanyi baru akan mendapat tempat di matanya.
"Sebelum bersetuju untuk menghasilkan lagu atau bekerjasama dengan seseorang penyanyi baru, saya akan lihat daripada aspek kualiti vokal mereka. Saya suka bekerja dengan penyanyi yang memiliki 'tone' suara atau vokal yang belum saya dengar sebelum ini.
"Ini kerana ia memberi peluang untuk saya mengkaji dan melihat konsep lagu yang bersesuaian dengan mereka. Apapun sebagai komposer saya hanya dapat membantu penyanyi baru dari aspek menghasilkan lagu serta mencorakkan vokal mereka.
"Kejayaan mereka dalam bidang seni bergantung pada usaha mereka sendiri. Apatah lagi lagu itu sendiri seperti fesyen dan sebagai penyanyi mereka perlu pandai memilih agar ianya bersesuaian dengan mereka.
"Jangan sesekali mengalah jika percubaan pertama tidak berjaya. Ini kerana ada juga penyanyi yang memang sudah profesional pun terpaksa mengubah konsep album serta genre lagu semata-mata untuk mencari yang paling sesuai dengan mereka," katanya.
Tambahnya, sebagai komposer juga dia perlu berani menghasilkan lagu-lagu yang pelbagai agar dapat memberikan variasi di dalam dunia seni tempatan. Katanya jika semua komposer menghasilkan lagu-lagu yang sama, sudah pasti para peminat tidak dapat membuat pilihan yang terbaik.
"Saya hasilkan semua jenis lagu walaupun saya sedar ada sesetengah genre lagu yang kurang dimainkan di radio kita. Namun sebagai komposer itu adalah tanggungjawab saya walaupun lagu yang saya hasilkan kurang popular di radio. Namun saya yakin, setiap jenis lagu ada pengikutnya dan jika lagu tersebut benar-benar bagus, ia sudah pasti akan diterima," ujar bapa kepada dua orang cahayamata itu serius.
Sunday, August 1, 2010
RIZ @ PLANET SENI DI MUZIK AKTIF
Program terbaru berjudul Planet Seni yang merupakan satu program travelog di saluran ASTRO 180 Muzik Aktif menggabungkan unsur segar yang berformatkan hiburan atau persembahan lagu, dengan platform berbeza iaitu melalui sukan lasak yang bertujuan menarik minat penonton di kalangan remaja.
Beberapa jenis sukan lasak berbeza adalah antara aktiviti yang menjadi pilihan konsep rancangan ini. Sukan lasak seperti aktiviti berkayak, go kart, wall climbing, paintball, G-Force-X dan beberapa aktiviti lasak lain yang ada di antaranya jarang didengar bakal diperkenalkan melalui Planet Seni.
Justeru, episod Planet Seni siri 1 Ogos 2010 bakal menampilkan Naib Juara rancangan realiti popular tanahair iaitu Mohamed Idris Zaizizi atau lebih dikenali dengan nama Riz AF sebagai artis jemputan. Taman Cabaran Putrajaya membawa Riz memperkenalkan aktiviti sukan lasak kegemarannya, iaitu permainan rollerblade. Di samping berkongsi aktiviti seni, telatah Riz bersukan lasak dapat disaksikan melalui program ini.
Serikan hujung minggu anda dengan menonton Planet Seni setiap hari Ahad, jam 10 malam. bertemankan pengacaranya Eyeja Arshad eksklusif hanya di Saluran Astro 180 Muzik Aktif.
(Petikan daripada artikel @ Budiey.com)
**Jangan lupa janji temu kita malam ini bersama Riz @ PLANET SENI jam 10 mlm @ saluran 180 Muzik Aktif!