JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Saturday, August 28, 2010

STACY RANCANG DENDANG LAGU BALADA @ HARIAN METRO 28/8/2010



Oleh Elrafaei Sapi

SEKALI pandang gambar di halaman depan Rap hari ini, ramai menyangka ia Zhang Ziyi yang pernah beraksi dalam filem Memoirs of Geisha.

Dua kali pandang, ia sebenarnya adalah juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Stacy Angie Anam atau Stacy.

Dengan solekan, tebal, berkimono dan berkipas, Stacy dengan yakin melakonkan watak wanita Jepun dalam video muzik terbarunya, Jahat. Ia sudah pun rancak ditayangkan di kaca televisyen terutama di Astro ketika ini dan mendapat perhatian ramai.

Stacy, 20, yang kini bercuti panjang di Kota Kinabalu, Sabah bersama keluarganya berkata maklum balas yang baik terhadap lagu Jahat. Ia boleh dianggap satu lagi pencapaian terbarunya selepas Aku Stacy, Pakai Buang dan Gagap.

Katanya, idea serta konsep penerbitan MTV berkenaan terhasil melalui perbincangan antara produser KRU Studios, Johan Lucas bersama pengarah video muzik itu, Ghaz Abu Bakar yang mahu membawa imej sebegitu bersesuaian dengan cerita yang ingin disampaikan.

"Penggambaran video muzik ini dilakukan sekitar Mei lalu. Saya sendiri sangat suka dengan imej wanita Jepun kali ini bak seorang Geisha yang saya anggap sungguh dramatik dan menyeronokkan. Pun begitu ia tidak lari dari asas genre saya iaitu 'dance music' yang rancak.

"Selepas melihat saya disolek tebal, saya rasa sungguh bersemangat, tetapi pada masa yang saya terasa lucu. Ghaz juga banyak memberikan tunjuk ajar yang baik agar saya mendapat 'mood' terbaik.

"Walaupun penggambaran mengambil masa sehari suntuk, rakamannya tetap berjalan lancar dan saya sangat gembira melihat hasil lagu Jahat.

"Lagunya mengisahkan seorang gadis yang serik bercinta kerana pengalaman yang pernah dilalui bersama pasangannya, tetapi akhirnya dia bercinta semula akibat dipukau oleh seorang lelaki.

"Selepas video muzik ini dipertontonkan kepada peminat, mereka juga sukakan konsep dan persembahan saya yang sungguh berbeza kalau dibandingkan dengan video muzik sedia ada,"
katanya.

Tidak syak lagi lagu Jahat akan menaikkan lagi nama Stacy di mata peminat muzik tempatan selepas kali terakhir mempertaruhkan Menggegar Dunia bersama Adam AF.

Kata Stacy, sehingga kini, semua lagunya berentak pantas. Jadi untuk langkah seterusnya, dia sudah merancang untuk menyanyikan pula lagu balada yang 'powerful.'

"Saya mahu pelbagaikan corak nyanyian saya. Ia juga untuk memecah kebosanan peminat," katanya.

Sepanjang Ramadan ini, persembahan Stacy kurang sedikit dan ini membolehkan dia sama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa di sana sini.

"Aidilfitri nanti, saya juga muncul dalam program Lawaknya Fantasia Raya dan projek album Salam Aidilfitri yang menampilkan Mawi, Hafiz, Akim, Faizal Tahir, Shila, Tomok dan barisan penyampai Hot FM.

"Selalunya apabila tiba hari raya, saya juga meraikannya dengan sahabat di Sabah. Seronok dapat mengunjungi rumah terbuka. Mungkin raya ketiga saya pulang lagi ke Sabah untuk cuti raya,"
katanya.

Sejak bergelar artis, Stacy terus bernaung di bawah Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Katanya, kontraknya dijadual tamat pada Mac tahun depan.

"Saya gembira dengan layanan AESB. Tiada istilah anak emas seperti yang pernah digosipkan. Saya melihat semua artis yang berada di bawah AESB dilayan sama rata.

"Sepanjang tiga tahun ini, saya bersyukur dengan perjalanan karier sendiri. Buat masa ini, saya belum membuat keputusan hala tuju selepas kontrak tamat.

"Kalau ditakdirkan saya perlu bergerak sendiri satu hari nanti, saya sudah bersedia. Memang perasaan takut terhadap persaingan itu wujud, tetapi apa yang penting, penyanyi harus berani mencari kelainan dan mengekalkan pencapaian,"
katanya.

Menyentuh soal peribadi, Stacy menyatakan dia masih mahu memberi sepenuh fokus terhadap karier. Dia tidak merancang untuk bertemu jodoh secepat mungkin, tetapi tidak menolak jika ditakdirkan.

"Walaupun saya pernah dikaitkan dengan artis AF lain, hubungan kami sebenarnya hanya sebagai kawan. Sebolehnya, saya tidak mahu komen panjang mengenai jodoh, takut nanti peminat saya bising.

"Saya rasa bercinta juga perlu mengikut mood. Buat masa ini, mood itu belum sampai dan saya belum lagi ada perancangan untuk hubungan yang serius. Atas sebab itu, saya lebih senang memberi sepenuh perhatian kepada karier. Saya belum puas bantu keluarga dan memberi sumbangan seni kepada perkembangan tanah air yang saya cintai,"
katanya dalam nada patriotik.




No comments:

Related Posts with Thumbnails