Petikan daripada artikel @ murai.com
Persinggahan kedua Yok Sahur 3 bersama Maggi di Rumah Anak-Anak Yatim Dan Saudara Baru Shifa', terus mendapat sambutan hangat pada pagi subuh Sabtu lalu ( 21 Ogos 2010) apabila lebih 30 selebriti popular datang bertandang untuk bersahur bersama anak-anak Shifa'.
Malah kehadiran artis dan tetamu yang begitu ramai juga telah menjadikan keadaan di Lorong Bunga Cina, Taman P.Ramlee, Setapak ini penuh sesak dengan kenderaan dan sepertimana pada sesi pertama minggu lalu, ia kelihatan seolah-seolah kenduri kahwin di malam hari ditambah dengan hadirin yang datang berbaju melayu dan dan pakaian kebangsaan lain.
Program dimulakan dengan aktiviti mengejutkan anak-anak Shifa' bangun dari tidur oleh selebriti-selebriti wanita kerana berbeza dengan sesi pertama, kesemua penghuni rumah amal ini terdiri dari kaum hawa. Seperti biasa, pelbagai karenah dan ragam dapat dilihat dari aktiviti kejut-mengejut kerana bukan semua dapat terus bangun dari tidur yang lena.
Majlis pagi itu kemudian diserikan lagi dengan marhaban secara beramai-ramai oleh semua hadirin dan seterusnya, para tetamu dijemput menjamah juadah bersahur yang disediakan oleh pihak Maggi. Antara yang istimewa ialah sebahagian dari juadah bersahur pagi itu disediakan oleh tukang masak terkemuka, Chef Ismail.
Keseluruhannya, majlis bersahur pada malam itu diserikan dengan telatah Along Raja Lawak dan Roslan Shah yang begitu kreatif menghiburkan tetamu dengan lawak jenaka mereka sehingga membuatkan ramai tak kering gusi.
Antara selebriti lain yang turut hadir ialah Zila, Adira AF8, Anum AF8, Khir Rahman, Diana Danielle, Zizi dan Cat Farish dari Fabulous Cat, Fizz Fairuz, Farawaheeda, Ayu OIAM, Adila AF7, Ernie, Isma AF8, Zul 2 By 2, Razali Hussein, Farhan, Ifa Raziah, Heliza dan beberapa nama besar lain dalam industri hiburan tanahair.
Along ketika ditemubual portal murai memberitahu: "Program ini memang sesuatu yang bagus, saya sendiri pun seronok menghadiri program ini, selain beramal kita sendiri dapat bergembira dan meluangkan masa dengan rakan-rakan artis yang lain. Yalah kalau ikut waktu-waktu lain masing-masing sibukkan, tapi malam ini dapat jumpa dan selain beramah mesra dengan anak-anak yang kurang bernasib baik ini, kami sendiri sesama selebriti dapat mengeratkan silaturrahim.
Heliza yang sudah menyertai Yok Sahur pada sesi pertama minggu lalu, hadir sekali lagi pada malam itu dan bercadang untuk terus menyertai Yok Sahur hingga ke sesi terakhir nanti.
Anak-anak ini turut menerima cenderamata daripada Astro Ceria dan murai.com.my serta sumbangan kek dari Murai dan Maggi yang disertakan sekali dengan sambutan hari jadi Farhan.
Jangan melepaskan peluang untuk menonton Gala TV di Astro Awani (saluran 501) jam 4.30 petang esok untuk menyaksikan sedutan rakaman sepanjang berlangsungnya Yok Sahur 3 bersama Maggi di lokasi kedua ini.
Tambah istimewa, nantikan program Yok Sahur 3 yang akan disiarkan selama setengah jam di Astro @15 pada jam 9 malam bermula Khamis ini (26 Ogos 2010).
No comments:
Post a Comment