JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Sunday, December 12, 2010

STACY NYARING.... KERANA LIMA SAUDARA!


(Petikan daripada majalah URTV 15 Disember 2010)


Oleh Shana Ahmad
Foto Shahril Azman Zain



Kalau ditanya kepada penyanyi Stacy bagaimanakah caranya menjaga kualiti suaranya, katanya, latihan vokal sudah bermula sejak menjaga lima orang anak saudaranya!

"Merekalah yg buat vokal saya nyaring sejak sebelum masuk AF dulu. Mana taknya, anak-anak saudara saya ni nakal-nakal dan selalu saya kena 'menjerit'. Lama-lama saya jadi biasa dah nak keluarkan suara yg kuat.

"Kalau mereka mula memanjat, saya gelabah.... takut mereka jatuh..saya jerit kuat-kuat. Lepas geram cara macam tu sebab tak sampai hati nak pukul.

"Sejak saya jadi artis, anak-anak saudara saya memang manja dengan saya. Kalau dulu ada antara mereka panggil saya dengan nama saja sebab terikut-ikut dengan panggilan orang lain kepada saya tapi sekarang mereka dah panggil saya dengan nama 'auntie Stacy'. Bila balik Sabah, saya akan melayan mereka bermain dan bawa jalan-jalan," kata Stacy.



BUKAN DIVA KERANA DUIT


Pengalaman ditipu menyebabkan Stacy menjadi sangat berhati-hati sekarang!

"Saya tak menafikan memang pernah beberapa kali juga saya ditipu oleh beberapa pihak tak bertanggungjawab bila pergi menjayakan show.

"Bayangkan ada kala, bila dah penat menyanyi saya hanya dibayar RM500. Patutnya lebih daripada itu. Tak apalah, saya sedar rezeki dah banyak tu setelah kena tipu," kata Stacy.

"Sakitnya hati bila yg menipu tu orang yg saya kenal. Tak apalah, walaupun dilakukan begitu, rezeki menyanyi untuk saya tak putus.

"Cuma saya harap, jangan terasa hati kalau saya meminta separuh bayaran sebelum naik pentas. Bukan nak tunjuk diva tetapi saya takut kena tipu macam dulu-dulu tu," ujarnya.



Untuk baca cerita selanjutnya, sila dapatkan URTV 15 Disember 2010 di pasaran sekarang!



No comments:

Related Posts with Thumbnails