JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Monday, December 13, 2010

MAK TAK SUKA GOSIP DENGAN AKIM....


Teks Sudyr
Foto TM Azman


...... Di tanyakan perkembangan perhubungan mereka (dengan Akim), Stacy nyata tidak berselindung.

"Memandangkan masing-masing sibuk, saya dengan persiapan AJL tahun depan dan dia dengan penggambaran drama, jadi kami jarang keluar bersama.

"Lagipun, mak saya tidak suka kalau kami keluar selalu. Sehinggakan kalau kami keluar, mak pasti akan bising. Dia juga tidak suka mendengar gosip tentang kami berdua. Mak tak nak saya tumpukan sangat pada cinta. Katanya, apa-apa saja boleh jadi dalam usia sebegini," luah Stacy.



Mendengarkan kata-katanya itu, mungkinkah mereka kini sedang mengalami krisis, dan beritahu Stacy;

"Kami masih okay dan masih seperti dahulu. Kami tetap rapat."

Bukan setakat ibunya, malah Stacy juga sering dinasihati oleh adik-beradiknya agar sentiasa menjaga diri dalam soal perhubungan.



TUNANG? NANTI DULU.....~ AKIM


Tidak sesekali menidakkan hubungan yg dibina, Akim yg dikenali dengan sikap ramahnya mengakui perhubungan yg dibina hampir dua tahun itu mendapat restu keluarga.

"Dalam perkara ini, keluarga saya tidak pernah berkata apa-apa. Sehingga hari ini mereka tidak menghalang untuk saya berkawan dengannya," luah Akim jujur.

Jika begitu ungkapnya, MH bertanya lagi adakah dia punya perancangan untuk ke fasa lain iaitu bertunang, lantas Akim menjawab;

"Saya belum berfikir sejauh itu. Kami masih muda lagi dan buat masa sekarang kami perlu fokus pada kerja masing-masing."

Untuk mengetahui cerita selanjutnya, sila dapatkan Media Hiburan di pasaran sekarang.


(Petikan daripada majalah Media Hiburan 11-17 Disember 2010)




No comments:

Related Posts with Thumbnails