JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Friday, December 3, 2010

SELINGKAR KISAH SI COMEL.. IRYANI


Foto Riz Angels


Sori yer semua... mood untuk share gambar dan cerita pasal percutian @ Cherating belum habis lagi ye... (sampai tahun depan tak abih lagi nie..huhu) sebab banyak sangat lagi gambar-gambar cantik yg aku rasa sayang kalau tak dikongsikan bersama kat sini.. so, korang semua layan jelah yek... huhu


I love this picture.. ^___^

Foto candid @ Cherating (27/6/2010).... Riz dan anak buah aku, Nur Iryani @ yg suka dipanggil 'kakak'. Comel kan... Yani @ kakak ni sangat fotogenik...memang suka bergambar .. Aku sangat suka tengok aksi spontan si comei nie, bila berada atas ribaan Riz .. hehehe...

Sebab gambar realnya, dia tak senyum langsung...hanya menunjukkan mimik muka serabut ... cuba tengok gambar kat bawah ni huhu...


Tengok...Riz suruh dia pandang kamera pun tak nak... adeii..



Ahak...duk menggaru kepala pulak... nampak sangat dia rasa tak selesa huhu...


Nak tahu dialog kami(aku & 'kakak' nilah) tatkala aku bertanya kenapa ....


"Kakak, nape kakak tak senyum masa ambik gambar ngan abang Riz? Kakak tak suka ke bergambar ngan abang Riz?"

"Tak suka... sebab kakak tak suka abang Riz pakai seluar pendek... tak smart langsung..," katanya yg memang petah bercakap...

"Nanti mak long cakap kat Riz...kakak cakap camtu.."

"Cakaplah...", katanya....

Aku hanya mampu tergelak....

Tapi ada soalan lain yg aku tanya kat dia....

"Kakak, abang Riz ensem tak?"

"Ensem...", katanya.. laaa pulak dah..tadi baru cakap tak smart .. Gelak jelah bila dengar jawapan dia tu...hahaha....

Tapi paling best bila time aku panggil dia suruh tengok gambar-gambar dia dengan Riz..pantas jek datang duk depan PC.... excited pulak nak tengok...hehehe...

Bila diusik, senyum comel jelah yg dia bagi..(macam dalam gambar kat atas tue..)..hikhik

Tahun 2011, 'kakak' akan mula masuk tadika..dah 5 tahun ler tahun depan.. rasanya takkan ada masalah sebab tadika tu dekat ngan rumah .. dan dia pun jenis cepat berkawan... semua budak lelaki nanti mesti cepat suka ngan dia.. confem... hahaha

Insyaallah, lepas ni kalau ada kesempatan ketemu Riz lagi(show @ event berhampiran) akan ku usung lagi si comel ini... pasti dia suka dapat jumpa Riz lagi...hehe..

Hajat nak ketemu Stacy nampaknya belum dapat tertunai lagi.. tak tahulah bila.. 'kakak' pun minat Stacy gak.. kalau dapat jumpa dua-dua sekali..Riz & Stacy...lagi best.. ngan mak long nya sekali ler...hehehe

Itulah selingkar kisah tentang anak buahku ...terima kasih kerana sudi membaca...



To be continued.....





No comments:

Related Posts with Thumbnails