STACY ~ SUNGGUH SEDERHANA SUNGGUH COMEL SUNGGUH CERIA
Teks Zuraita Mohd Anua
Foto Asril Aswandi Abdul Syukor
Kali ini RAPI ingin mengintai selera fesyen Stacy. Jom, kita ikuti perbualan ringkas dengan Stacy tentang citarasa fesyennya. Ayuh!
RAPI : Dalam berfesyen, gaya yg bagaimana paling Stacy gemari?
STACY : Saya seorang yg sangat ringkas. Untuk penampilan harian, saya lebih selesa mengenakan jeans dan 'legging' sahaja. Lagi satu saya cukup meminati jaket. Saya ada menyimpan beberapa koleksi jaket di dalam almari saya.
RAPI : Kalau untuk persembahan pula, bagaimana Stacy menentukan cara berpakaian?
STACY : Bergantung pada lagu. Kalau saya perlu membawakan lagu berentak perlahan dan romantik, saya lebih gemar mengenakan gaun. Tetapi kalau saya menyanyikan lagu rancak, tentulah penampilan yang 'funky' dan bersifat remaja yg menjadi pilihan.
RAPI : Tempat paling 'happening' untuk 'shopping'?
STACY : Berjaya Times Square. Di sini saya boleh mencari semua kehendak fesyen yg saya suka.
RAPI : Kalau nak pergi 'shopping', mesti ramai orang perasan Stacy. Jadi bagaimana Stacy buat agar urusan membeli-belah Stacy berjalan lancar?
STACY : Saya akan pakai ‘glasses’. Kalau orang tengok pun saya buat selamba. Tetapi ada juga peminat yg menegur. Kalau begini, saya pasti akan membalas sapaan mereka. Terus terang saya akui yang saya tak rasa terganggu pun. Cuma kalau saya betul-betul ingin membeli, saya akan buat supaya orang tak perasan kehadiran saya.
RAPI : Stacy pentingkan jenama?
STACY : Kalau dapat barangan yg berjenama tentulah seronok. Tetapi, saya bukanlah mementingkan jenama sangat. Dalam membuat pemilihan, saya lebih mementingkan kualiti. Kalau barang itu sesuai dengan saya, saya pasti beli.
RAPI : Menyebut tentang warna, warna apakah yg selalu menjadi pilihan Stacy?
STACY : Tentunya hitam, putih dan merah.
RAPI : Dalam menentukan fesyen, tentu kita ada idola kita sendiri. Stacy bagaimana?
STACY : Saya cukup meminati gaya Gwen Stefani.
RAPI : Menjadi artis memang memerlukan perbelanjaan yg banyak. Baju harus bertukar agar tidak dikata peminat. Bagaimana Stacy menangani hal ini?
STACY : Tidak dinafikan saya harus membeli banyak baju baru setiap bulan. Tetapi saya juga perlu menjadi pembeli bijak. Saya akan memadankannya antara satu sama lain agar penampilan saya akan kelihatan sentiasa segar.
RAPI : Dalam banyak-banyak aksesori, yg manakah Stacy paling gemari?
STACY : ‘Bangle’. Inilah yg paling saya minati.
(Petikan Daripada Majalah Rapi Keluaran Januari 2010. Dapatkan di pasaran!)