JOM CHAT


Nama watak dan perwatakan dalam novel-novel yang diletakkan di blog ini adalah rekaan dan imaginasi penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.



Jika terdapat persamaan, itu hanyalah secara kebetulan sahaja.



Harap maklum.



Tuesday, December 1, 2009

STACY@URTV 1-15 DISEMBER 2009



KISAH 4 LELAKI DENGAN STACY


Oleh Norzeha Kasbi
Foto Shariful Hafizal

SEBUT nama Stacy, pasti ramai cukup kenal dengan penyanyi yg beraksi lincah dan bertenaga nyanyiannya di pentas. Baru-baru ini, ada cerita mengatakan Stacy makan hati. Bertemu dengan URTV, kata Stacy memang berat badnnya sudah semakin susut.

Cerita Stacy, "Ya Kak Zeha, berat badan saya susut. Sekarang ni dah tinggal 45 kg saja!"

Eh! Kenapa tu, makan hati ke?

"Mungkin sebab saya busy dengan training untuk menyanyi di show apatah lagi menjelang Muzik-Muzik separuh akhir baru-baru ini.

"Tapi hairanlah, walaupun banyak latihan, Stacy taklah diet, Stacy banyak makan, tapi berat badan susut juga."



Pembaca URTV sudah baca cerita eksklusif dalam majalah ini di keluaran lalu mendedahkan peminat fanatik nak ajak Stacy kahwin.

"Stacy dengan dia baik. Stacy anggap dia kawan saja. Dia menjayakan kelab peminat Stacy. Tetapi Stacy taklah rapat sangat dengannya macam pasangan kekasih. Pernah tu Stacy ada event, Stacy jemput dia naik ke pentas menyanyi.

"Stacy harap selepas ini kalau sesiapa nak cakap tentang dirinya dengan Stacy, cakaplah yg betul dan jangan adakan benda yg tak ada... Mungkin dia (Naizle) tersalah cakap. Stacy tak salahkan dia cuma Stacy nak membetulkan saja.

"Stacy terkejut bila dia mengatakan sukakan Stacy. Mungkin juga maksud dia lain tapi disalah tafsir. Keluarga Stacy di Sabah marahkan Stacy dengan gosip kami berdua!

"Stacy maafkan dia. Apa pun Stacy selalu hargai Naizle yg meminati Stacy sebagai penyanyi,"
ujarnya.

SENTUHAN KARYA AIZAT BEST

"Aizat dengan Stacy macam sama kepala. Dia kuat bekerja dan very friendly.

"Tapi dalam diam-diam tu dia buat kerja yg sangat memuaskan. Dia memang berbakat besar dan Stacy kagum dengan Aizat.

"Bukan itu sahaja, semangat dan kesungguhannya nak kuruskan badan pun mengkagumkan. Dia kerja kuat bukan setakat untuk lagunya tapi untuk dirinya juga. Kiranya buat kerja yg betul-betullah!




AKIM BUAT STACY TAK KERING GUSI

Di kalangan wartawan, Stacy juga digosip rapat dengan Akim AF7. Apa komen Stacy?

“Itulah kisah lawak… Adalah wartawan (bukan URTV) tulis. Bila Stacy baca, terus tergelak. Baru-baru ni bila Stacy jumpa Akim (kat satu majlis)… Stacy terus tanya dia, bila masa kami bercinta?! Banyak orang pun tak percaya… family Stacy pun ketawa!

“Takkan disebabkan Stacy suka bakat dan suara Akim terus disuruh bercinta?

“Bagi Stacy, tak kisahlah orang nak kata apa..rasanya orang boleh menilai mana yg benar dan mana yg gossip.

“Stacy dengan Akim rapat sebagai rakan artis saja. Lagipun kami dari tempat (mula nyanyi) yg sama iaitu AF. Mengenali Akim ni dia seorang yg mudah mesra dan gila-gila kepalanya….!”


ADAM MACAM ABANG KANDUNG

Sekarang ni lagu duet Stacy dengan Adam Menggegar Dunia sering berkumandang di corong radio. Komen sikit tentang Adam?

“Stacy kenal Adam sebelum Stacy jadi artis lagi sekitar tahun 2007 dan di Sabah ketika itu. Waktu itu Adam dah popular. Adam kenal Chaq.

“Apabila Stacy dah jadi artis, dia banyak bagi tip dan nasihat. Dia pun banyak tolong Stacy. Kalau Stacy ada show, Stacy ada guna dancer dia.

“Kiranya kami pun satu kepala. Stacy dengan Adam ni macam abang adik pun ada.

“Sebelum ini banyak peminat yg request kami berduet. Akhirnya kami sama-sama dapat berduet.”



…..Siapakah pakwe idaman Stacy?

“Janganlah tanya soal boyfriend. Bila dah jadi artis, Stacy lebih teruja dengan menyanyi dan menari. Stacy cintakan muzik Stacy. Lagipun Stacy muda untk memikirkan hal ini.

“Memanglah, ada yg nak luahkan rasa cinta kepada Stacy, tapi Stacy tak ready.

“Kalau Stacy nak bercinta syarat penting kena ada pada lelaki itu ialah dia akan faham kerjaya Stacy dan jangan menipu. Stacy tak suka dibohongi. Paling penting lelaki itu mestilah romantik dan jujur.

“Stacy suka lelaki pandai bercakap, pandai bercerita.. barulah something!”
katanya.


Credit to
URTV

No comments:

Related Posts with Thumbnails