Keizinan Ajai sebagai pencipta lagu Ku Pinjam Satu Bintang sudah mencukupi
PENYANYI, Riz menegaskan dia sepatutnya tidak perlu memaklumkan Alyah untuk merakamkan semula lagu Ku Pinjam Satu Bintang sebaliknya sudah memadai mendapatkan keizinan daripada Ajai yang mencipta dan juga pemegang hak cipta lagu itu.
Menurutnya, ia juga sudah jelas tertera dalam kontrak yang menyatakan lagu Ku Pinjam Satu Bintang adalah hak milik Ajai dan selepas tempoh enam bulan, komposer boleh memberikan hasil karyanya itu kepada mana-mana penyanyi.
“Dalam hal ini, saya sudah meminta kebenaran Ajai sebagai komposer dan juga pemegang hak cipta untuk memuatkan lagu itu dalam album solo saya iaitu Bermula Semula.
“Dakwaan Alyah mengatakan saya tak membuat tindakan susulan adalah tidak benar. Saya sudah beberapa kali menghubunginya untuk memberitahu bahawa saya akan memuatkan lagu itu dalam album solo saya. Tapi dia (Alyah) tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai hal itu walaupun sudah berkali-kali saya menyatakan perkara itu kepadanya dan juga pembantu peribadinya.
“Walaupun pada dasarnya saya tak perlu berbuat demikian kerana dari segi pelesenan, lagu itu bukanlah miliknya namun apa yang saya buat itu adalah sekadar rasa hormat saya pada Alyah. Namun, dari apa yang dikatakannya, saya seolah-olah tidak menghormatinya,” kata bekas naib juara Akademi Fantasia 6 (AF6) ini kepada Hip sewaktu berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini.
Riz atau Mohammed Idris Mohd Zaizizi berkata demikian sebagai menjelaskan dakwaan Alyah kononnya dia tidak sensitif kerana merakamkan lagu Ku Pinjam Satu Bintang secara solo tanpa pengetahuannya seperti yang disiarkan menerusi dalam ruangan Jawablah dalam Hip pada Rabu.
Alyah mendakwa tindakan Riz itu benar-benar melukakan hatinya kerana lagu itu adalah miliknya dan dihasilkan daripada wang sakunya sendiri. Sehubungan itu, dia terkilan kerana penyanyi itu (Riz) sesuka hati merakamkan kembali lagu itu tanpa kebenarannya.
Riz menjelaskan, apabila merakamkan semula lagu Ku Pinjam Satu Bintang secara solo, bukanlah maknanya dia merakamkannya sepenuhnya mengikut cara lagu asal sebaliknya dibuat dalam versinya sendiri.
“Bukan saja merakamkan kembali lagu itu selepas tempoh promosi album dia (Alyah) tamat, tetapi saya juga mengubah susunan muziknya. Saya juga mengeluarkan wang sendiri untuk mengubah susunan muziknya. Ini saya lakukan supaya senang jika saya nyanyikan lagu ini, tak perlulah nak cari rakan duet,” katanya.
Ditanya apakah benar hubungannya dingin sebaik saja kejadian itu berlaku, Riz berkata pada awalnya dia tidak mengetahui yang Alyah menyimpan amarah terhadapnya berhubung perkara itu.
“Apabila mendapat tahu yang dia marah dengan saya kerana merakamkan lagu itu, saya ada menghubunginya. Malahan, saya juga ada meminta maaf padanya jika benar perbuatan saya itu menyinggung perasaannya. Tapi masa itu dia sendiri tidak berkata apa-apa. Sama ada dia sudah memaafkan saya atau tidak, saya memang tak tahu. Jadi apabila saya terbaca yang dia sudah memaafkan saya, saya sendiri merasa pelik. Kalau betul dia sudah maafkan saya, kenapa perlu memperbesarkan perkara ini.
“Pun begitu, ada insiden yang membuatkan saya tahu yang dia memang marahkan saya. Sewaktu sesi latihan untuk acara Muzik Muzik separuh akhir yang lalu, kami duduk berehat sementara menunggu kedatangannya. Sebaik saja sampai, dia bersalaman dengan semua orang di sekeliling kecuali saya. Selepas bersalam dengan orang di sebelah saya, dia berlalu begitu saja.
“Jadi dari situ saya dapat rasakan yang dia memang marah betul dengan saya. Dan kenyataan yang dikeluarkannya iaitu dia kini sudah tidak boleh senyum dengan saya membuatkan saya lebih yakin yang dia benar-benar terguris. Jadi apa lagi yang boleh saya lakukan? Apapun, saya bersikap profesional, kalau ada yang mahu menjemput saya nyanyi berduet dengannya, saya tak kisah. Rezeki jangan ditolak,” katanya.
Sementara itu, Riz yang baru saja menjalani pembedahan apendiks selepas dirawat selama dua minggu kini sudah kembali meneruskan tugasnya untuk mempromosikan album sulungnya yang sudah pun berada di pasaran, Selasa lalu.
“Malahan, sebaik saja keluar dari hospital, saya sudah pun menjayakan persembahan. Bagaimanapun, kesan luka saya ini perlu dibuka semula kerana berlaku jangkitan. Biarpun terpaksa menyanyi dalam kesakitan, saya cuba tahan dan tidak mahu itu menjadi satu halangan untuk saya. Selepas membuka jahitan nanti, saya akan terus kembali aktif seperti biasa,” kata Riz yang mengakui berat badannya turun gara-gara penyakitnya itu.

No comments:
Post a Comment