NAK tergelak ada, kasihan pun ada membaca kisah pertelingkahan Alyah dan Riz. Apa tidaknya, takkan hanya kerana Riz merakamkan semula lagu duet popular mereka, Ku Pinjam Satu Bintang secara solo, Alyah boleh berkecil hati hingga tak boleh memandang muka Riz.
Besar sangat ke kesalahan yang Riz buat tu. Kalau ikutkan Raja, Alyah patut alu-alukan sebab boleh membantu mempromosikan lagu itu lagi.
Raja dengar perang dingin antara Alyah dan Riz meletus ketika lagu duet mereka, Ku Pinjam Satu Bintang ke separuh akhir Muzik-Muzik, baru-baru ini. Rupa-rupanya gelagat mesra dan berpegangan di pentas ketika mendendangkan lagu itu hanyalah lakonan semata-mata. Bab ini Raja memang pujilah, sebab mereka cukup profesional walaupun hakikatnya ketika itu Alyah dikatakan sudah memendam perasaan tidak puas hati pada Riz.
Seorang teman yang memerhatikan gelagat mereka sempat berbisik pada Raja, baru-baru ini. Dia nampak Alyah langsung tak layan Riz. Apabila Riz cuba nak bersembang, Alyah memaling muka dan duduk membelakangkan pula. Pelik betul kelakuannya itu. Rasa macam tak manis buat macam itu. Iyerlah, orang sekeliling memerhati saja gelagat mereka, tetapi Alyah buat muka tak malu saja. Air muka Riz ketika itu dah naik birat, malu diperlakukan sedemikian rupa, tetapi Riz tetap menegurnya.
Tapi tanya sepatah, Alyah jawab sepatah, muka Riz langsung dipandang, dibuatnya Riz seolah-olah musuh ketatnya. Tapi Riz tetap menegurnya mengenangkan mereka nyanyi berduet.
Raja diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai, Riz tak tahu apa salah silapnya, tiba-tiba saja Alyah nak tarik muka tak tentu pasal pula. Riz khabarnya cuba menghubungi Alyah banyak kali, tapi tidak dilayan. Akhirnya Riz dapat juga bercakap dengan Alyah. Dia mengakui memarahi Riz kerana merakamkan lagu Ku Pinjam Satu Bintang secara solo tanpa keizinannya. Tindakan Riz benar-benar melukakan hati kerana lagu itu adalah miliknya dan dihasilkan dari wang simpanannya. Yalah, Raja faham Alyah berhak rasa marah, dia sudah keluarkan duit untuk membeli lagu berkenaan daripada komposernya, Ajai.
Tapi, setahu Raja, selalunya selepas enam bulan, komposer berhak memberikan sesebuah lagu yang dihasilkan untuk dinyanyikan semula penyanyi lain jika ada permintaan. Bukan perkara pelik jika sesebuah lagu dinyanyikan semula penyanyi lain, ramai artis yang memuatkan lagu-lagu penyanyi lain dalam album mereka, tak kecoh pula.
Jadi tindakan Riz merakamkan versi solo lagu Ku Pinjam Satu Bintang bukan masalah besar pun, mungkin Alyah sudah tersalah faham. Kalau Ajai tak memberikan kebenaran, takkan Riz suka-suka nak merakamkannya. Khabarnya susunan muzik versi solo dilakukan oleh Ajai sendiri, bermakna pencipta lagu pun sudah beri `lampu hijau'.
Cuma masalahnya di sini, Alyah yang nampaknya seperti tak memberi kebenaran. Kenapa sampai jadi begitu, sepatutnya Alyah berbangga lagu duetnya itu dipilih untuk dinyanyikan semula dan dimuatkan pula dalam album pertama Riz. Kan bagus menaikkan semula populariti lagu berkenaan. Peminat pun ada pilihan sama ada nak nyanyian lagu itu dalam versi duet atau solo.
Raja dengar Riz sudah lama meminta kebenaran Alyah mahu menyanyi lagu itu dalam versi solo, khabarnya ketika lagu berkenaan belum popular lagi, tapi Alyah diam membisu. Kenapa ye? Riz juga khabarnya sudah menghantar surat minta kebenaran kepada syarikat Wake The Baby yang menguruskan perjalanan kerjaya Alyah, takkan Alyah tak dimaklumkan kot! Jadi tidaklah timbul soal curi lagu di sini. Raja harap pertelingkahan antara Riz dan Alyah tidak berpanjangan, bawalah berbincang. Kena ingat, Alyah dan Riz baru nak mengecapi popular, jangan sampai peminat meluat dengan cerita remeh temeh macam ini.
(Petikan artikel daripada BINTANG POPULAR Berita Minggu 27 Disember 2009)
***Minggu depan ruangan Artis Jawab akan memberi peluang kepada Riz untuk menjawab apa juga soalan kepada Pancaindera. Kepada peminat Riz boleh menghantar soalan melalui e-mel: pancaindera@utusan.com.my atau faks 03-92213752. Soalan melalui surat hendaklah sampai sebelum hari Khamis ini. Alamatkan soalan kepada
Artis Jawab/Riz Pancaindera, Mingguan Malaysia, 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, 55200, Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment